Sumber daripada Wikipedia.
| Daerah Keningau |
|
|
| Geografi |
| Status |
Daerah |
| Asal nama |
Pokok Kayu Manis
(Cinnamomum Verum) |
| Negara |
Malaysia |
| Negeri |
Sabah |
| Daerah |
Daerah Keningau |
| Keluasan |
3532.82 km persegi |
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman
Sabah,
Malaysia dan terbesar di
Bahagian Pedalaman atas. Daerah ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau
bersempadan
dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di
sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat
sabah. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu
Negeri Kota Kinabalu melalui jalan
Tambunan atau melalui jalan
Kimanis
di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang
mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan menaiki sama ada
perkhidmatan texi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan
darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau.
Bagaimanapun
Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
Sejarah
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan
kayu manis
iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di
kawasan tersebut iaitu kaum Dusun, mereka memanggilnya sebagai kayu
kondingau.
[1]
Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu
keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung
kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting
pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan
daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar
yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di
kawasan pedalaman Sabah.
Zaman Kesultanan Brunei
Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6
lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang
tinggal di daerah Keningau.
Zaman pemerintahan British
Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British
yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hairaki. Kampung
Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan sebuah pusat pentadbiran
British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi
eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah
nama Presiden yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:
| Nama Presiden |
Tahun mentadbir |
| W.S Holley |
1960-1961 |
| Roderick Maclean |
1961-1963 |
| E.J.K Wickstead |
1964 |
| J.P.C Burbrock |
1964-1965 |
| Peter L. Regis |
1965-1967 |
| Albert Watson |
1967-1968 |
| Stephen D. Lee |
1968-1971 |
| Alber Watson |
1071-1973 |
| Hj. Abdul Halim Abbie |
1974-1976 |
| Hendry Mosiun |
1976-1977 |
| Thien Thau kiew |
1977-1979 |
Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.
Zaman pemerintahan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan
slogan "Kesemakmuran Asia Raya" dan "Asia untuk Asia" telah mara ke
Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa
ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di
Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap
darat dan laut. Jepun berminat ke atas Sabah dengan membuat Rancangan
membuka
pusat migrasi ke Keningau
tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak
mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak
British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera
Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin.
Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada
penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus
dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah
berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun
tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.
Demografi
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara
menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai
134,234 orang seperti berikut:
Ekonomi
Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang
pertanian, perladangan, perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang
membawa kepada kemajuan dan peluang pekerjaan penduduk tempatan.
Pertanian
Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian
khusunya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang
diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran
untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu
iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau
yang beroperasi sepanjang malam. Keningau akan dijanggka menjadi antara
daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang
dijalankan di
Kampung Ambual
yang mana berjaya mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program
penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia
secara individu [tradisi].
Perladangan dan penternakan
Dengan bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk
tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa
sawit dan getah. Dianggarkan terdapat 60 orang yang bergelar jutawan
hasil mengusahakan ladang kelapa sawit. Penternakan juga giat dijalankan
dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan
feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.
Perusahaan
Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin
berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan
pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan
dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa
dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.
Pelancongan
Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi
penduduk di Keningau namun, ianya satu bidang yang banyak diusahakan
oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibukitkan bahawa pembinaan homestay di
Kampung Bayangan.

Perkhidmatan
Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan amat mudah di dapati di sini. Jika
melancong atau melawat ke Keningau, boleh mendapatkan bas mini, texi
atau bas express di terminal bas Kota Kinabalu dan tambang adalah amat
berpatutan.
Bank
Daerah Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini
antaranya Bank Simpanan Nasional [BSN], Malayan Bangking, CIMB Bank,
Bank Rakyat, Public Bank, AM Bank dan Aliance Bank.
Komunikasi
Liputan menerusi celcom, digi dan maxis juga mempunyai pejabat bagi memudahkan urusan.
Pusat membeli belah
Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di daerah Keningau
mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain,
Misalnya Servey, Milimewa, bangunan Gimat dan ianya mencukupi keperluan
harian penduduk.
Hotel
- Hotel Perkasa - 3 bintang
- Hotel Juta - 3 bintang
 |
| Hotel Perkasa 3 bintang |
 |
| Hotel Juta taraf 3 bintang |
Sosial
Bahasa
Bahasa Melayu meluas di gunakan di daerah ini yakni mengunakan loghat
Melayu Sabah
yang dipengaruhi oleh dailek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang
dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana
mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di
Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dailek-dailek
suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan
di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di
Keningau seperti berikut:
| Bahasa Melayu Baku |
Loghat Bahasa Melayu |
| Limpas |
tumpang lalu |
| ngaam |
sesuai, sepadan |
| bangas |
basi |
| bangali |
merujuk kepada keturunan Pakistan |
| batagar |
berkerat |
| bikin |
buat |
| palui |
bodoh |
| pantat |
punggung |
| sandi |
teruk |
| siring |
tepi |
Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami
oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan
pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun
telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami
mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.
Budaya
Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum
Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah
ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya
bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.
Pendidikan
Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat
pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat
pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah
nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah
ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.
Senarai Sekolah Rendah
- SK Ambual
- SK Apin-Apin
- SK Banjar
- SK Batu Lunguyan
- SK Rancangan Biah
- SK Binaong
- SK Bingkor
- SK Bonor
- SK Bulu Silou
- SK Bundu Apin-Apin
- SK Bunsit
- SK Kawakaan
- SK Dalit
- SK Delayan Tulid
- SK Kabatang Baru
- SK Kalampun
- SK Kampong Baru
- SK Kampong Biah
- SK KG Keningau
- SK Karamatoi
- SK Jaya Baru
- SK Pekan Keningau
- SK Inandung
- SK Bariawa Ulu
- SK Kapayan Baru
- SK Lanas
- SK Liau Apin-Apin
- SK Luagan
- SK Magatang
- SK Mansiat
- SK Membulu
- SK Menawo
- SK Merampong
- SK Mamagun
- SK Pasir Putih
- SK Pohon Batu
- SK Kuala Kahaba
- SK Senagang
- SK Sinaron Tengah
- SK Sodomon
- SK Sook
- SK Membulu
- SK Tuarid Taud
- SK Tulid
- SK Ulu Liawan
- SK Ansip
- SK Malima
- SK Penagatan
- SK Sinua
- SK Meninipir
- SK Malaing
- SK Bunga Raya
- SK Sinulihan Baru
- SK Simbuan Tulid
- SK Ulu Senagang
- SK Gaulan
- SK Petikang Laut Keningau
- SK Binuwou Tengah
- SK Rancangan Belia Tuilon
- SK Binakaan
- SK Bunang Sook
- SK Lintuhun Baru
- SK Nangkawangan
- SK Nandagan
- SK Binanon
- SK Pangas
- SK Pekan Keningau 11
Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam
daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau
disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah
Keningau.
Senarai sekolah menengah
- SMK Gunsanad
- SMK Gunsanad 11
- SMK Bingkor
- SMK Keningau
- SMK Keningau 11
- SMK SOOK
- SM Ken Hwa
- SM saint Francis Xavier
- SMK Tulid
- SMK Apin-Apin
Senarai pengajian tinggi
- Maktab Perguruan Keningau [IPG]
- Pusat Dakwah Islam Keningau
Agama
Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti
oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran
Indonesia khususnya dari wilayah Flores yakni kaum Tator [Tanah Toraja].
Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis
Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar,
dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga juga bertapak di daerah ini yang
dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari
Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha di sini oleh kaum
Cina.
Senarai gunung di Keningau
- Gunung Pisagan
- Gunung Paling-paling
- Gunung Sigapon
- Gunung Lingan
- Gunung Rinangisan
- Gunung Kauran
- Gunung Tinutudan
Senarai kampung di Keningau
- Kampung Kepayan Baru
- Kampung Pantai Baru
- Kampung Ambual
- Kampung Dongiluang
- Kampung Bunga Raya
- Kampung Tonobon Baru
- Kampung Bayangan
- Kampung Tudan Baru
- Kampung Baginda
- Kampung Toboh Laut
- Kampung Merapok
- Kampung Panui
- Kampung Merasak
- Kampung Sodomon
- Kampung Luanti
- Kampung Magatang
- Kampung Kosugui
- Kampung Penagatan
- Kampung Menawo
- Kampung Bomboy
- Kampung Limbawan
- Kampung Sigapon
- Kampung Kuala Punteh
- Kampung Kota Ayangan
- Kampung Linsudan
- Kampung Tohan Baru
- Kampung Labak Baru
- Kampung Awas-awas
- Kampung Lingawon
- Kampung Baru
- Kampung Bingkor Baru
- Kampung Bingkor Lama
- Kampung Binaong
- Kampung Liau Laut
- Kampung Liau Darat
- Kampung Tagai
- Kampung Kumawanan
- Kampung Bunsit
- Kampung Pasir Putih
- Kampung Tuntumulud
- Kampung Toboh Baru
- Kampung Merampong
- Kampung Pagansangan
- Kampung Mengitom
- Kampung Berungis
- Kampung Bariawa Ulu
- Kampung Togudon
- Kampung Kikiran Ulu
Banyak perubahan pembangunan di daerah ini telah berlaku dari masa kesemasa, masih banyak maklumat tentang daerah ini yang tidak tercatat dalam artikel ini.