Pohon-pohon orkid di halaman kian rimbun dan meriah berbunga, kini hampir dua tahun kewujudannya tidak pernah menghampakan kepada pemiliknya.
Idea meletakkan pokok orkid dalam keadaan begini tercetus memudahkan ketika penyiraman atau membaja.
Inilah sebahagian tetamu yang sempat dirakam, oleh Kerana masih rasa was-was dengan keadaan yang melanda dua tahun lalu tetamu undangan hanya dikalangan saudara mara terdekat, rakan dan jiran saja. Di antara bukit yang berbalut embun,
terpacak megah Villa Azalea berteduh.
Bunga azalea mekar di halaman,
melukis indah setiap hembusan angin kehidupan.
Pintu kayunya menyimpan kisah,
tentang tawa dan air mata yang tak pernah lelah.
Setiap sudutnya bercerita,
tentang rindu yang terbungkus nostalgia.
Langit senja menjadi saksi setia,
di villa ini cinta pernah bertamu.
Azalea memeluk tiap kenangan,
menyimpan damai dalam pelukan waktu.
Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi bersama keluarga berbuka puasa Ramadan tahun ini. Tahun hadapan tiada kepastian, hanya mampu berdoa Semoga akan terus bersama. Ini sebahagian keluarga ku yang datang kali ini selainnya tidak dapat bersama atas alasan masing-masing. 😎Rasa bahagia bila bersama keluarga menjamu selera syukur Alhamdulillah.