Rumah Kampung seadanya VILLA AZALEA
Di antara bukit yang berbalut embun,
terpacak megah Villa Azalea berteduh.
Bunga azalea mekar di halaman,
melukis indah setiap hembusan angin kehidupan.
Pintu kayunya menyimpan kisah,
tentang tawa dan air mata yang tak pernah lelah.
Setiap sudutnya bercerita,
tentang rindu yang terbungkus nostalgia.
Langit senja menjadi saksi setia,
di villa ini cinta pernah bertamu.
Azalea memeluk tiap kenangan,
menyimpan damai dalam pelukan waktu.
sederhana tetap membahagiakan. pandangan sisi Kediaman ku yang sederhana. disini aku menghabiskan sisa-sisa hidup yang hanya tinggal sejengkal. Begitu singkatnya hayat kehidupan seperti baru semalam aku di lahirkan kini aku dah beransur senja. Bila usia kian senja lebih banyak memikirkan tentang kematian, benarlah kata orang bila usia beransur senja banyak kehendak perlu dipertimbangkan.
ketiadaan budak2 ni buat rumah jadi sunyi. Sekali setahun bertemu.
Sentiasa Kemas dan bersih buat jiwa tenang selalu.
oleh kerana saiz kediaman ini sederhana saja, ruang ini dibina untuk aktiviti keluarga seperti kenduri, mesyuarat dan sebagainya.
Ruang santai di belakang rumah.
Kediaman sederhana saja yang penting selesa dan bahagia mendiaminya. Kediaman harusnya sentiasa Kemas dan bersih agar rasa tenang dan damai selalu. Tidak rugi korbankan banyak tenaga demi kebahagiaan jiwa sendiri kerana diri sendiri yang menikmatinya.
#biar siok sendiri yang penting tidak menganggu kehidupan insan lain# abaikan saja orang kata#🌹