Sunday, 9 October 2011

ISU BOTOX










Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di seluruh dunia

MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam konteks kecantikan diri, masih ada segelintir wanita yang ingin mencari kesempurnaan dengan membuat `transformasi’ terhadap wajah mereka.

Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih; hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan Botox yang kini menjadi perbualan panas seantero negara. Botulinum Toxin Type A atau Botox terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium.

Ia dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia khususnya wanita.
Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan sering dipakai ramai selebriti terkenal di seluruh dunia.

Selepas diragui kandungan serta penggunaan bahan itu, akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, baru-baru ini mengumumkan bahawa suntikan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram di sisi agama Islam kerana ia mengandungi bahan yang meragukan termasuk racun dan khinzir.

Itupun selepas pihak terbabit meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara mengenai penggunaan bahan itu sebelum membuat keputusan, termasuk kajian di Asia Barat. Hasilnya, mereka mendapati Botox antara lainnya mengandungi bahan daripada khinzir, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh memudaratkan pengguna.

Selain itu, penggunaan Botox boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan anggota fizikal dan dalaman.
Dari sudut lain, suntikan Botox juga mungkin ada persamaan dengan kaedah menanam susuk yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu sejak zaman berzaman untuk kelihatan lebih cantik tetapi diharamkan agama.

INFO BOTOX

1 Ia adalah ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot pada wajah.
2 Kos RM1,500 setiap suntikan.
3 Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
4 Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.
5 Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
6 Suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat.
7 Suntikan Botox disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Tuhan.

Pelakon, tunang dijangka bebas hari ini

 
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23, baru-baru ini yang ditahan bersama tunangnya Jumaat lalu kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dijangka dibebaskan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, tempoh tahanan reman kedua-dua mereka akan berakhir esok (hari ini) dan berkemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas semua keterangan diambil.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada pelakon itu dan tunangnya.
“Siasatan diteruskan untuk mengetahui punca bekalan dadah diperoleh dan sejauh mana pembabitannya dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menyiasat sama ada kedua-dua suspek terbabit dalam pengedaran dadah.

Akhbar ini semalam melaporkan seorang pelakon berusia 30 tahun dan tunangnya yang juga bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah stesen minyak di Ampang.

Buaya Putih Cerita Dongeng Dan Legenda


Kita mungkin berfikir bahwa kewujudan BUAYA PUTIH  hanya berada dalam dongeng dan kisah yang sering kita dengar dari orang-orang tua,  bahawa buaya putih itu hanya sebuah jelmaan dari makluk halus, atau ada juga yang mengatakan bahwa buaya putih jelmaan atau reinkarnasi dari seorang sakti zaman dulu yang merubah bentuk jadi buaya putih. Terlepas dari  cerita dan dongeng buaya putih seperti yang banyak ditulis dalam buku-buku cerita ternyata Buaya Putih  di zaman moden ini memang benar-benar ada dan di pelihara di taman Gatorland Florida .
Seekor buaya putih yang merupakan salah satu dari 12 buaya putih di Dunia yang telah berhasil diidentifikasi (Dailymail.co.uk) jadi kalau anda berfikir bahawa buaya putih hanya ada dalam dongeng itu salah. Buaya putih memang benar-benar wujud.

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa

48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Saturday, 8 October 2011

Pembentangan Bajet 2012...


Ketika PM mengumumkan pembentangan bajet 2012 ramai di kalangan penjawat awam bertepuk sorak gembira kerana mendapat durian runtuh apa tidaknya saat inilah yang di tunggu2 namun bagi kami kumpulan sokongan gred tetap begini sehingga ke penamat tugas..walau apa pun ini tetap di sambut dengan penuh kesyukuran daripada tiada langsung.

Ucapan jutaan terima kasih buat PM di atas keperihatinan ini. kami sentiasa buat yang terbaik untuk negara demi kelangsungan sebuah perjuangan yang tidak pernah selesai...kami akan tetap teguh dalam barisan dan tidak mungkin akan tergugat walau nyawa bercerai dari jasad, itulah sumpah pertiwi.....Terima Kasih PM dan Kerajaan..





Tuesday, 4 October 2011

telekom open house

bergambar bersama warga telekom
Lebih kurang jam 9.00pagi  keluar ofes menuju ke pejabat telekom atas urusan membayar bil telefon dan astro, setiba disana i say langkah kaki kanan betul keluar ofes tadi rupanya Telekom open house  hari ini, hehe kempitan juga beraya bersama mereka..

Tak sangka pula bertemu guru kelas semasa tingkatan 4  SMK Tambunan, cikgu Adnan lelaki duduk di sebelah,( sekarang pensyarah IPG Keningau.  Duduk di belakang bertudung kelabu kelasmate, isteri kepada guru kelas kami.

Hitam - Putih- Putih - Hitam..

kanak-kanak ibarat kain putih didiklah mereka sebaiknya, agar mereka akan menjadi jenerasi yang berahlak mulia, mereka adalah bakal pemimpin masa depan.

Sudah 16 tahun berlalu saya meninggalkan alam pendidikan setelah saya bertukar tugas ke pejabat. Saya mengajar kanak-kanak Tabika lebih kurang begitu lamanya, sepanjang tempoh saya jadi pendidik, banyak pengalaman manis-pahit yang dilalui..cabaran mendidik anak-anak kecil tidaklah sehebat mengajar orang dewasa.  Mendidik kanak-kanak di peringkat  Tabika sesungguhnya sangat menyeronokkan bila melihat gelagat mereka yang menghiburkan dan sememangnya saya suka pada kanak-kanak.

Kanak-kanak ini bila kita marah rajuknya hanya seketika, dan kembali segar bila di pujuk. tidak seperti orang dewasa jika merajuk bagai hendak meroyan....ada satu peristiwa yang sukar saya lupakan ,,ketika pertengahan tahun atas arahan pihak atasan semua sekolah di minta  mengadakan pertandingan membaca di peringkat kanak-kanak Tabika sempena kempen bulan membaca, saya pun tanpa membuang masa memilih  anak-anak murid saya yang cun-cun  membaca. setiap hari melatih mereka membaca sehingga semuanya ok.

Sidang mesyuarat di kalangan guru-guru sepakat  mengadakan pertandingan tersebut di satu kampung.. beberapa minggu kemudian tibalah masa pertandingan itu di langsungkan.....banyak acara di pertandingkan antaranya pertandingan membaca itu temanya...saat yang di tunggu-tunggu telah tiba pertandingan itu pun di langsungkan dengan di hadiri oleh ibubapa kanak-kanak.

Sebelum acara itu bermula semua guru-guru di minta melakukan cabutan undi bagi menentukan wakil mana yang terlebih dulu akan memulakan, nasib menyebelahi tuan rumah telah terpilih memulakan acara tersebut.  Salah seorang kanak-kanak dari Tabika itu tanpa berlengah terus naik ke pentas dan mula membaca dengan menyebut satu-satu huruf lebih kurang begini bacaannya...H I T A M- dia sebut PUTIH......P U T I H - dia sebut -HITAM... apa lagi semua ibubapa yang hadir gelak ketawa mendengar sebutan yang bertentangan maksudnya...

 saya mendapat kabar, kanak2 itu, kini bergelar seorang Doktor Manusia. Tahniah..