Wednesday, 20 June 2012

Kehadiran PERDANA MENTERI MALAYSIA ke KENINGAU memberi sejuta makna buat rakyat KENINGAU

Kg. Tuarid Taud salah satu tempat yang telah di kunjungi Perdana Menteri sebelum melangkah ke Kompleks sukan merasmikan Pesta Kaamatan peringkat nasional, di mana lokasi kemuncak akhir lawatan beliau ke Keningau
Kg. Tuarid Taud kabarnya Parti Star sangat aktif di kampung ini
16hb Jun 2012 Keningau melakar sejarah dengan kehadiran pemimpin No 1 Negara telah mewarnai suasana Daerah Keningau yang nanti-nantikan selama ini.
9hb Jun tarikh yang telah ditetapkan lawatan PM ke Keningau namun telah di tunda ke tarikh 16hb Jun atas sebab yang tidak dapat di elakkan, kerana di kabarkan PM menghadiri program di tempat lain, desas-desus kedengaran PM tidak dapat hadir ke Keningau mengundang rasa kecewa rakyat Keningau maklumlah harapan besar rakyat di daerah ini, melihat pemimpin ini bersama rakyat di pedalaman terlalu tinggi menggunung.

Apa lagi segala persiapan telah dibuat sudah hampir berbulan dan begitu juga dengan mesyuarat yang tidak henti-henti diadakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program. DO selaku master di daerah telah bertungkus-lumus melakukan yang terbaik, pastinya DO tiada rehat langsung asyik memikirkan banyak perkara untuk menyambut kehadiran pemimpin NO 1 Negara ke daerah ini.

Alhamdulillah kedatangan PM ke daerah ini sedikit sebanyak telah mengubah suasana dan jiwa masyarakat pedalaman, ditambah lagi beberapa perkara penting yang telah di lakukan oleh pemimpin ini untuk rakyat pedalaman, antaranya ialah pecah tanah untuk pembinaan Kolej KDM di Tambunan, UITM di Pekan Sook, dan melangsaikan isu Tanah yang telah lama mencederakan jiwa sebahagian rakyat pedalaman, perkara ini memberi kesan yang positif kepada rakyat pedalaman khususnya di keningau dan sekitar daerah.

 Lebih-lebih lagi di saat PRU 13 sedang terkuak, tindakan PM Dato Seri Najib ini sangat tepat pada waktunya kerana sudah tentu jiwa-jiwa rakyat yang merajuk kesan daripada isu tanah ini dapat diredahkan itu pun jika mereka tahu bersyukur dan janji PM ini dilaksanakan secepat yang diharapkan oleh mereka yang terlibat dalam isu ini.  Semoga rakyat pedalaman di daerah ini akan terus teguh menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional yang tidak henti-henti memberi keselesaan kepada rakyat.

Monday, 18 June 2012

Semoga Impian Bakal Terlaksana

Keluarga Hafiz dari Shah Alam Selangor

Ibu Hafiz menyampaikan ucapan
Ibu Hafiz menyarung cincin

Atiq dan Hafiz
15hb Jun 2012- Hotel Juta Keningau, melakar sejarah majlis pertunangan puteri sulungku telah berlangsung, Atiq dan Hafiz mewartakan sebuah ikatan yang bakal menyatukan dua jiwa, InsyahAllah semoga niat mereka berdua akan menjadi satu realiti. Aku pula bakal menerima menantu sulung tak lama lagi,....huhu

Penantian beberapa waktu untuk di satukan ada kalanya mengundang pelbagai rintangan, namun kekuatan jiwa, kesabaran dan keimanan adalah kunci segalanya, melayari bahtera kehidupan ini bukannya mudah, semudah  memetik sekuntum mawar di halaman, Doaku sebagai seorang IBU sudah pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anakku, semoga kebahagiaan sentiasa melingkari kehidupan mereka. Kita hanya mampu merancang, berusaha serta berdoa namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Thursday, 31 May 2012

Steven Lim wartawan Utusan Borneo Pos dalam kenangan

Mendiang Steven sedang bertanya kepada Pn. Maria Regina, matlamat program yang dianjurkan.
Beberapa minggu lepas ketika saya menghadiri konvensyen GDW di Hotel Tang Denasty Park, Kota Kinabalu, saya terkejut mendengar berita pemergian seorang wartawan yang begitu akrab dengan kami ( KEMAS ) En. Steven Lim,  menurut rakan yang sempat saya hubungi En. Steven meninggal akibat jangkitan paru-paru, dimasukkan ke Hospital Keningau , selama dua hari beliau terlantar, menurut Doktor yang merawatnya, penyakit beliau tidak sempat di rawat kerana telah berada dalam keadaan kronik. beliau begitu dekat dihati kami kerana sering bersama dalam setiap program yang kami anjurkan, dan beliaulah yang akan membuat liputan seterusnya menyiarkan dalam berita Utusan Borneo Post.

Kali terakhir bersama beliau ketika kami mengadakan program motivasi pemakanan sehat untuk ibubapa kanak-kanak Tabika Kemas di Kg. Selibog Tambunan, saya bersembang lama dengan beliau, hari itu saya bercadang mengundang beliau sebagai salah seorang penceramah dalam bidang penulisan berita kepada kakitangan Kemas Parlimen Keningau yang kami rancang akan dilaksanakan pada bulan Jun ini dan beliau bersetuju. Namun akhirnya tidak kesampaian.

Kehilangannya amat dirasai, apa lagi beliau seorang yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan semua ajensi, pemimpin dan masyarakat. Sedihnya kami tidak sempat hadir menziarah jasad beliau ketika di kebumikan kerana kami masih dalam sesi seminar. Segala kenangan bersama beliau sentiasa terpahat dalam ingatan sehingga bila-bila. "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA" semoga mendiang bersemadi dalam aman. Amin

Tuesday, 1 May 2012

Mencari Damai di Hati

Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta. Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.
Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu. Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati. Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu? Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya? Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya? Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai? Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita. Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia. Bagaimana mahu mengawal pemikiran? Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati… Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis. Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita. Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan. Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.

Saturday, 28 April 2012

YB Datuk Hj Sairin Hj Karno -Adun Liawan Keningau Keturunan PENDATANG









Datuk Sairin dan sepupu dari 3 moyang memotong Kek, antara yang ada dalam foto ini, En.Sani, En. Amir Situl, En. Jamri Mansiri,
Acara memotong Kek
Kaum kerabat berhimpun sempena hari keluarga/ Rumah kediaman En. Situl Gombilid, Kg. Marampong Keningau
Acara magaggong

sebahagian adik beradik Datuk Sairin yang hadir dalam majlis ini

( En. Situl Gombilid menatap di Kg. Marampong Keningau adalah Sepupu sekali kepada Hj Karno Banduai,  )
21hb April 2012- Hari keluarga ( 3 i ),  IYAD, IMBAK dan IMBAYAD, majlis ini telah berlangsung di Kg. Marampong Keningau, selama dua hari di rumah kediaman pakcik saya En. Situl Gombilid. (En. Situl Gombilid adalah sepupu sekali kepada arwah Hj Karno)  Jenerasi kepada tiga moyang ini  berhimpun dalam satu majlis hari keluarga, Majlis ini antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan keluarga, di samping berkenal-kenalan di antara satu sama lain, maklumlah jenerasi kepada 3 moyang ini telah mencecah ribuan orang, untuk mengenali antara satu sama lain agak sukar. Bak kata pepata " Yang jauh di dekatkan, yang dekat di rapatkan".  Majlis ini telah di rasmikan oleh YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Wakil Rakyat Liawan, Ketua UMNO Bahagian Parlimen Keningau merangkap Pembantu Menteri Luar Bandar Negeri Sabah.

3 moyang ini adalah berasal dari Daerah Tambunan suku Dusun, berhijrah ke daerah Keningau sekitar tahun 40han. namun sebahagian jenarasi 3 moyang ini masih berada di daerah asal iaitu di Kg. Kumawanan Tambunan. Agama asal mereka adalah pagan dan kristian, namun kini jenerasi 3 moyang ini telah ramai yang  bertukar agama kepada agama Islam dan sebahagiannya masih kekal dengan agama asal mereka. Perbezaan agama tidak menghalang keluarga ini dari terus menjalin hubungan baik demi keharmonian persaudaraan.

Datuk Sairin Karno merupakan salah seorang cucu daripada 3 moyang ini, iaitu moyang dari keturunan IYAD, sesetengah pihak mendakwa Datuk Sairin Karno adalah  keturunan PENDATANG,, dakwaan itu adalah tidak benar, mungkin ini berlaku kerana ayahnya bernama KARNO. Nama asal ayah Datuk Sairin sebelum islam ialah SATOR B. BANDUAI, Isteri Banduai bernama SIMBOI Binti IYAD, Datuk Sairin adalah dari keturunan moyang bernama IYAD sebelah ibu ayahnya. Ayah Datuk Sairin asalnya beragama Kristian merupakan seorang pendakwah kristian (KOTIGIS) yang sangat taat ketika zaman mudanya namun telah memeluk agama islam sekitar tahun 40han melalui seorang tua bernama Mandur Sharif Raden Winata berasal dari Jawa. ketika itu mereka berada di Estet Lobou Manggatal. Arwah Mandur Sharif telah memberikan nama KARNO kepada ayah Datuk Sairin, dan nama itu kekal sehingga ke hari ini .

Ibu Datuk Sairin juga adalah berasal dari Kg. Kirokot Tambunan suku Dusun tulin. Banduai adalah ayah kepada Hj Karno yang berasal daripada Ranau-Tambunan (Kg. Madsangoh) , suku dusun, tiada kaitan langsung dengan mana-mana suku melainkan suku DUSUN tulin. Datuk Sairin lahir di Kg. Bayangan Keningau Sabah pada tahun 1954. 

Inilah faktanya dan sampai bila pun, ia tetap tidak akan berubah.
Sejarah tidak akan melupakan bangsa dan bangsa tidak akan melupakan sejarah.

Tuesday, 17 April 2012

Budak 13 Tahun pelajar Tabika

Umur 13 tahun tiada sijil lahir
Pagi hari ini saya ke Tambunan menghadiri program di dua kampung, saya sempat singgah ke sebuah Tabika dalam daerah Tambunan, kebetulan kelas Tabika ini kedudukannya tidak jauh dari jalan raya besar laluan utama, baru setahun beroprasi dan masih menumpang di bangunan Balai raya. Bangunan baru masih dalam proses pembinaan tidak jauh dari bangunan ini. Ketibaan saya di sambut dengan keriuhan anak-anak Tabika, maklum saja budak-budak dalam lingkungan 4 dan 5 tahun seramai 18 orang.

 Di Tabika ini ada seorang budak lelaki dalam gambar ini, saya bertanya kepada guru yang bertugas di Tabika ini tentang budak lelaki ini, kata guru berkenaan budak ni setiap hari datang ke Tabika menjaga dua orang adiknya,  saya bertanya pada budak ini, kenapa tidak ke sekolah dan berapa umur? jawabnya 13 tahun tiada sijil lahir, hanya dua orang adiknya saja yang mempunyai sijil lahir, agak janggal kedengaran bila orang tempatan tidak mempunyai sijil lahir. Ayahnya orang tempatan mana kala ibunya berasal dari Indon. Jika ayahnya orang tempatan rasanya tiada masalah untuk mendapatkan sijil lahir, saya agak simpati nasib anak ini, apa akan jadi kepada masa depannya????

Saturday, 7 April 2012

Filem Titanic masih menyengat



FILEM percintaan antara dua darjat yang menjadi tunjang utama Titanic telah meletakkannya dalam kelompok filem-filem klasik sepanjang zaman.


Biarpun sudah 15 tahun berlalu, ramai yang terus memperkatakan tentang Titanic yang kini berada dalam kelompok filem-filem berstatus klasik seperti Gone With The Wind (1939) dan Casablanca (1942).
Cukup menyedari Titanic sebuah naskhah agung James Cameron dan pencinta sinema dunia, maka itu, dia dan sahabatnya yang juga penerbit filem tersebut, Jon Landau kembali melayarkan Titanic ke pawagam.
Lebih mengagumkan apabila karya itu diterbitkan semula dalam versi tiga dimensi (3D) yang kini menjadi satu budaya popular dalam pembikinan filem di dunia. Apabila memperkatakan tentang 3D, ia bukanlah sesuatu yang baru buat Cameron yang dilihat sebagai pelopor kepada filem-filem dalam versi itu.
Bermula tahun 2001, Cameron sudah mempelopori penggunaan teknik 3D dalam filem dokumentarinya, Ghosts of the Abyss dan seterusnya mengaplikasikan teknik yang lebih canggih dalam filem Avatar.
Mencipta teknik yang dipanggil steroskopik 3D yang digunakan sepenuhnya dalam filem Avatar, Cameron telah mencetus satu revolusi dalam pembikinan filem. Yang menjadi persoalan sekarang, apakah Titanic yang ditimbulkan semula dalam bentuk 3D ini mampu menyaingi produk asal 15 tahun lalu? Tetapi jika dilihat pada senario awal penghasilan Titanic oleh Cameron, tiada siapa yang mempercayai naskhah yang lahir dari idea pengarah kreatif ini mampu menjadi sebuah fenomena.

Bayangkan ketika Cameron cuba menjual cerita tentang sebuah kapal persiaran mewah diberi nama Titanic sekitar tahun 1995, ramai yang meraguinya. Namun mengenali Cameron, dia bukan seorang yang mudah berputus asa dan apabila hatinya sudah bulat, tiada siapa mampu menghalangnya. Cameron mempunyai visinya yang tersendiri dan sedar seandainya sebuah cerita yang fokus kepada pelayaran sebuah kapal semata-mata, ia kurang menarik perhatian. Lalu pengarah yang cukup dikenali dengan filem-filem bercorak aksi dan sains fiksyen itu menyuntik elemen drama dan cinta antara dua darjat. Idea itu dilihat cukup menarik dan akhirnya, dua buah studio gergasi Hollywood, 20th Century Fox dan Paramount Pictures bergabung tenaga menghasilkan Titanic. Belumpun memulakan penggambaran, Titanic sudah mencipta rekodnya sendiri apabila menjadi filem paling mahal pernah dihasilkan di dunia iaitu dengan kos sebanyak AS$200 juta pada tahun 1996. Seperti yang diramal ramai pihak sewaktu Titanic dalam pembikinan, pelbagai masalah timbul terutama kos pembikinannya yang terus meningkat dari hari ke hari. Ia cukup merisaukan dua buah studio itu apabila mereka enggan lagi menanggung kos penerbitannya yang ketika itu memang dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Sehinggakan mereka mendesak Cameron memberhentikan penggambaran dan melupakan sahaja niat menzahirkan Titanic ke layar perak. Setinggi manapun ego Cameron sebagai pengarah dan penerbit, akhirnya dia tunduk dengan kehendak 20th Century Fox dan Paramount Pictures.

Tetapi bukan untuk menghentikan penggambaran sebaliknya pengarah itu sanggup mengorbankan bayaran gajinya demi menyelamatkan Titanic. Penggambaran diteruskan selama lebih setahun sehinggalah ia ditayangkan kepada umum pada 21 Disember 1997 dan sekali lagi, ia mengundang kebimbangan kepada penerbit. Ia berikutan kutipan Titanic pada minggu pembukaannya dilihat kurang memberangsangkan apabila sekadar mencatatkan AS$28 juta sahaja. Angka itu bukanlah satu rekod yang dianggap cemerlang untuk sebuah filem blockbuster seperti Titanic kerana jika silap percaturan, ia boleh mengundang kegagalan. Fenomena Namun kebimbangan itu bertukar menjadi satu kejayaan apabila kutipannya terus meningkat minggu demi minggu sehingga mampu menjadi juara carta filem pecah panggung selama 15 minggu berturut-turut di Amerika Syarikat dan Kanada. Ditambah pula dengan 14 pencalonan dan seterusnya memenangi 11 trofi Oscar termasuk Filem dan Pengarah Terbaik untuk Cameron pada tahun 1998, Titanic terus berlayar lancar ke mercu kejayaan sehingga mampu menjadi satu fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Malah ia juga terus bertahan di panggung wayang selama hampir setahun sebelum pihak penerbit memutuskan untuk menamatkan tayangannya pada 1 Oktober 1998. Rekod baru juga telah tercipta apabila Titanic menjadi filem pertama di dunia untuk mencatatkan kutipan sebanyak AS$1.8 billion dan terus berada di takhta selama 12 tahun sebelum sebuah lagi filem arahan Cameron, Avatar mengambil alih kedudukan itu. Lalu apabila Cameron menerbitkan semula Titanic dalam versi 3D, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak. Bahkan, ia adalah saat yang cukup dinanti-nantikan kerana ramai yang mahu melihat hasilnya. Apakah ia mampu terus mengekalkan keaslian ceritanya sekali gus mengembalikan nostalgia penonton filem tersebut? Atau apakah Titanic sengaja 'dihidupkan' semula ke layar perak atas tujuan komersial semata-mata dan terus mengutip kutipan berganda-ganda daripadanya?
"Saya mempunyai justifikasi sendiri mengapa mahu menerbitkan semula Titanic. Pertamanya, filem ini merupakan 'bayi' saya dan telah membawa saya ke mercu kejayaan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. "Seterusnya, ia adalah sebuah naskhah yang telah mengubah hidup ramai orang dan meletakkannya di satu tahap luar biasa sehingga mampu menjadi sebuah budaya popular di seluruh dunia. "Bukan itu sahaja, saya mahu menjelmakan semula Titanic dalam bentuk 3D kerana percaya ia mampu mendekatkan filem ini lagi kepada penonton. "Versi 3D ini bukan hanya untuk menunjukkan kemegahan Titanic itu sendiri tetapi setiap adegan dalam filem ini yang saya percaya mampu bergerak dengan penuh dramatik terutama pada semua babak antara Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater," kata pengarah filem Terminator 2: Judgement Day dan True Lies itu penuh optimis. Kata Cameron lagi, perbincangan untuk Titanic 3D telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan dia mahukan versi terbaru itu ditayangkan tahun ini sempena ulang tahun ke-15 filem tersebut selain sambutan penubuhan Paramount Pictures yang ke-100. Bukan itu sahaja, kemunculan Titanic 3D juga adalah mengenang kembali pelayaran sulung dan terakhir kapal persiaran mewah itu 100 tahun lalu pada 10 April 1912. Bercerita lanjut tentang Titanic 3D, jelas Cameron, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilakukan terutama sekali untuk menukarkan versi asalnya kepada 3D.

Monday, 2 April 2012

Mahluk Aneh yang Terdampar Adalah Ikan Purba



Menurut Pawnation AOL, haiwan raksasa ini mungkin nampak asing, tapi tidak merbahaya. Doktor haiwan dari akuarium Carolina Selatan mengidentifikasi mahluk ini sebagai 'sturgeon' atau seakan ikan purba. 'Sturgeon' Atlantik boleh mencapai ukuran 4,5 meter panjang dan berat 362,8 kg.

'Sturgeon' Atlantik ini malah lebih takut pada manusia. Mereka kini masuk daftar spesies yang nyaris punah karena kaviar atau telur ikannya menjadi buruan orang. Kini ada batasan akan jumlah ikan purba ini yang boleh ditangkap.

Menguja Pandangan Taman Orkid


Ya Allah cantiknya Orkid ini
Bagai nak gila tengok orkid2 ni
pelancong ini berkata-kata seorang diri, mungkin berbicara dengan c orkid ini..
Taman Burung
Burung Nuri yang mesra
Apa agaknya Nuri sejoli ini bisikkan..Jelajah berakhir disini
Tak ku tahu, wujudnya taman orkid, taman burung, taman rama-rama di sekitar kuala lumpur, tak ada yang memberitahuku selama ini, walaupun berulangalik ke KL,, tempat ini boleh melapangkan minda...ok juga..lain kali jika ada kesempatan dan tidak sibuk pasti akan ke sini lagi....

Mari Menjelajah ke Taman Rama-rama

Berada ditempat ini, bagai berada didalam rimba, sedamai rasa


Ketika melawat Taman ini tiada kelihatan warga tempatan, ramai pelancong dari luar negara, mungkinkah kerana waktu ini bukan waktu melancong  bagi warga tempatan.