Tuesday, 21 August 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Di kesempatan lebaran ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua warga malaysia,

Walau Langkah Tak Bertamu
Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar
Mata Tak Bertentang, Mohon Maaf segala kesilapan
Kerana Ada kalanya Mata Silap Memandang
Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berbicara
Hati Tersalah Menduga
SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Raya ke 4 baru dapat merasa suasana raya di kampung, indah-indahnya  Negara orang, indah lagi tempat sendiri, Benar kata pepatah, "  HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU NEGERI SENDIRI, LEBIH INDAH NEGERI SENDIRI" walau hanya hujan batu...

Tuesday, 14 August 2012

Bahaya Pemikiran Liberal Dalam Masyarakat


Kolumnis Indonesia pertikai penerimaan penganut Katolik di Malaysia tidak wajar

Pemikiran liberal dalam kalangan pihak tertentu terutama mereka yang kononnya berpendidikan tinggi amat membimbangkan. Ada yang mempunyai nama Melayu, mengamalkan budaya dan adat resam Melayu dan beragama Islam. Tetapi ada kalanya tindak-tanduk mereka amat mencurigakan. Apabila mereka berhujah atau bercakap mengenai sesuatu, terutama berkaitan agama, kenyataan mereka boleh menimbulkan sangsi, seolah-olah condong kepada pihak lain, kalau tidak pun lari daripada akidah.

Apa yang berlaku di Indonesia sebenarnya jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia. Sedarkah beliau bahawa di Indonesia lelaki bersongkok boleh menjual babi guling?” Mungkin bagi golongan ini, orang yang terlalu mengikuti peraturan atau budaya tertentu itu ortodoks agaknya. Bagi mereka juga, pihak yang tidak sependapat dengan pemikiran bebas dan liberal seperti mereka semuanya kolot.

Kolumnis bela Katolik

Penulis memetik satu penulisan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang disiarkan pada 7 Ogos lalu. Penulisnya seorang kolumnis terkenal menceritakan mengenai bagaimana golongan Kristian Katolik di Indonesia lebih diterima oleh masyarakatnya, berbanding di Malaysia. Katanya, penganut agama Kristian Katolik adalah golongan minoriti di kedua-dua negara, kurang daripada tiga peratus di Indonesia dan secara rasminya pula berjumlah lebih sejuta di Malaysia. Namun Katolik di Indonesia lebih diterima dalam fabrik kehidupan masyarakat di sana. Penulis itu menyatakan betapa sedihnya melihat kebanyakan golongan Katolik di Malaysia masih dianggap sebagai orang luar, malah sebagai orang asing, walaupun negara kita sudah merdeka lebih separuh dekad.

Ceritanya berlegar pada kehidupan seorang paderi terkemuka di Indonesia iaitu Albertus Soegijapranata, yang difilemkan. Soegija dilahirkan sebagai Muslim pada 1896 dan kemudian menukar agama ketika berusia 14 tahun. Berdasarkan pemerhatiannya mengenai kehidupan Soegija, penulis berkenaan merumuskan bahawa pendekatan Indonesia terhadap agama dan kaum adalah jauh lebih baik daripada Malaysia. Benarkah keadaan itu dan apakah ia berdasarkan kajian? Lalu diceritakannya mengenai kegemilangan paderi berkenaan sehingga beliau akhirnya mempunyai hubungan akrab dan diyakini oleh Presiden Sukarno. Soegija juga dikatakan antara orang yang memperjuangkan penggunaan bahasa Indonesia dalam pengucapan di gereja.

Konsep identiti nasional

Sebenarnya penulis terbabit ingin membuat perbandingan antara konsep identiti nasional kita dengan apa yang berlaku di Indonesia. Sebagai seorang kolumnis terkenal, penulisannya sememangnya menarik. Gaya dan lenggok bahasanya ketika menyampaikan ideanya juga sedap dibaca.

Tetapi diharapkan beliau memahami terlebih dulu hubungan kaum dan agama di negara ini mengikut konteks dan latar belakang sejarah kita sendiri. Apa yang berlaku di Indonesia sebenarnya jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia. Sedarkah beliau bahawa di Indonesia lelaki bersongkok boleh menjual babi guling? Sedarkah beliau bukan semua yang bersongkok itu beragama Islam? Tahukah beliau apa bezanya budaya Malaysia dengan budaya Indonesia?

Kalau beliau hanya memilih untuk melihat konsep identiti kerana kesediaan semua pihak menerima sesiapa saja dengan sama rata, beliau sebenarnya tidak memahami sejarah penubuhan Malaysia. Jumlah penduduk Muslim di Indonesia juga yang terbesar di dunia. Jumlah penduduk Muslim khususnya Melayu di Malaysia hanya melebihi 15 hingga 20 peratus berbanding kaum lain. Jika perkara ini tidak dianggap penting, maka tidak hairanlah satu hari nanti hilanglah identiti kemelayuan di negara ini.

Sudahlah kedudukan ekonomi negara dikuasai kaum lain, sudah ada pula tanda-tanda bahawa kuasa politik juga ingin dirampas mereka. Namun tidak seperti yang disangka penulis terbabit, tiada satu usaha pun di negara ini untuk menidakkan mana-mana golongan, sama ada Katolik, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Malaysia lebih adil

Dalam banyak segi, kita mungkin lebih adil berbanding kebanyakan negara lain. Kalau tidak silap, hanya di Malaysia saja wujudnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada, bukannya teruja apabila melihat kain rentang di gereja di sebuah negara jiran yang mengucapkan ‘Selamat Menunaikan Ibadat Puasa’. Adalah lebih wajar beliau mengambil kesempatan Ramadan ini untuk juga lebih memahami Islam. 
Sumber Berita Harian

SeCebis Kisah dan Tauladan

Sekadar Gambar Hiasan

” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkn kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,” jawabsaya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan  itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. ” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak. ” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis. ” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya. ” RM 20 aja! ” si gadis berkata.” Tak ada,” jawab ibunya. ” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “ ” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

 Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.” ” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur. ”Kemudian gadis berkenaan  masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. ” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. ” Apa pasal,” Si ayah bertanya. ” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. ” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terleka, tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. ” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.” Tolong saya ayah, tolong saya kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si gadis sambil meratap.” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal, Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus. ” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana? “kata imam kepada bapa gadis berkenaan. ” Habis anak saya ?” tanya si bapa. ” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.Lelaki berkenaan bersetuju.  Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. ” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi. ” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana didepan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meterdaripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok  rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. ” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. ” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya. ” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. ” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk….. Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendakmelihat apa yang  sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur. Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; “Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal ”Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan
gadis berkenaan. ” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf…” Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya. Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Thursday, 26 July 2012

Gula dan Minyak Makan Jenama Sawit Mulai Hilang di Pasaran Menjelang Perayaan

Jenama minyak luar negara  harganya mahal, hanya minyak ini yang ada dalam rak, minyak tempatan lesap entah  dimana??
Telah menjadi lumrah sikap para peniaga, setiap kali menjelang musim perayaan, menyorok barangan terutama barangan keperluan asas itu telah menjadi satu kemestian,  bila musim perayaan menjelang terutama musim-musim perayaan hari raya. Sangat ketara tindakan mereka ini. Hari pertama Ramadan bermula ketika saya ke salah sebuah pasar raya membeli barangan keperluan asas seperti minyak makan dan gula, saya terkejut kerana minyak dan gula keluaran tempatan tidak kelihatan dalam rak di supermarket tersebut seperti biasanya kelihatan semasa bukan musim perayaan. Dari hujung ke hujung ruang kedai itu saya mencari minyak jenama sawit namun saya tidak menemuinya, yang ada hanya minyak-minyak makan berasaskan jagung, Bunga matahari, kacang dan beberapa lagi jenama yang semuanya adalah bukan kebiasaan yang di gunakan oleh para pengguna setiap hari.

Menurut kenyataan salah seorang pekerja di kedai itu, ketiadaan barangan tersebut adalah kerana barang kawalan itu terpaksa mereka sorok dan mereka meletaknya di kaunter pembayaran, bagi mengelak para pengguna membelinya dalam kuantiti yang berlebihan, sehingga terdapat pengguna lain kehabisan, itu adalah antara alasan peniaga yang tidak masuk akal, dan katanya lagi peniaga lain turut melakukan perkara yang sama, Maknanya semua peniaga telah berpakat melakukan perkara serupa. Namun tindakan peniaga ini kadang kala berpunca daripada sikap para pengguna itu sendiri. Kerana terdapat para pengguna membeli dan menjualnya semula kepada pengguna lain dengan harga yang tinggi ketika dalam keadaan mendesak.

Peniaga yang menjual barangan runcit di kampung-kampung juga sering menggambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata, Para pengguna khususnya harus bijak bila berhadapan dengan situasi sebegini. Pemantauan daripada pihak bertanggungjawab seharusnya di lakukan sekerap yang boleh, jika tidak sudah tentu ia akan dijadikan isu politik  oleh pihak tertentu dan menyalahkan pihak kerajaan pula.

Wednesday, 25 July 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Raya ini..


Terima Kasih Pemimpinku
Dato Seri Najib Tun Razak Perdana menteri Malaysia semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Pesara kerajaan juga turut menerima bonus tersebut. Bayaran ini akan di buat pada 9hb Ogaos 2012. Perdana Menteri berkata pemberian bonus ini merupakan penghargaan kerajaan terhadap penjawat awam, dan pesara kerajaan yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

PM juga turut mengharapkan agar bonus tersebut sedikit sebanyak dapat membantu persediaan menyambut Hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. Semoga berita gembira ini dapat di manfaatkan oleh seluruh warga kerajaan dan pesara kerajaan dengan sebaiknya. Marilah kita syukuri segala nikmat yang ada. Kepimpinan yang mantap akan membawa kepada keharmonian kehidupan umat sejagat. Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang ada, akan menyumbang kepada kekuataan dan kestabilan Negara.

Friday, 6 July 2012

Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Zon 4,
















Tenom-17 Julai 2012- Berlangsungnya hari potensi kanak-kanak Tabika KEMAS Zon 4, bertempat di Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom. Majlis ini telah di rasmikan oleh Ybh. En. Jamawi Jaafar Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Pegawai Khas kepada Menteri KKLW Malaysia. 

Program ini di sertai 4 Parlimen, ia itu Parlimen Keningau/Pensiangan/ Tenom dan Ranau. Program ini diadakan untuk memilih peserta kanak-kanak Tabika yang berpotensi bagi mewakili zon ke peringkat Negeri yang mana dijangka akan berlangsung pada bulan september depan.

Program Potensi kanak-kanak tahun ini hanya menjurus kepada acara pentas, iaitu pertandingan Pidato, Tarian Gerak-rama, Teater, Nashid dan ada beberapa acara lagi. Sepanjang acara ini berlangsung anak-anak telah bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik dan ternyata anak-anak ini semuanya berbakat, Kanak-kanak yang mewakili Parlimen masing-masing adalah yang telah memenangi acara di peringkat Parlimen.

TABIAK kEMAS adalah antara pilihan Ibubapa untuk anak-anak mereka di peringkat Tabika. Kemas sangat menitikberatkan konsep 3 M, membaca. mengira dan menulis tidak hairanlah anak-anak di peringkat Tabika ini bermula dari umur 5tahun dan 6 tahun telah mahir membaca dan menulis serta mengira.

Saturday, 30 June 2012

" LONDOM PIOMBOLUTAN SINIKULAN" bersama OUM Hotel Perkasa Keningau

Ybh. Encik Repin Ibrahim CEO Naib Kaunselor OUM Malaysia tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan
Menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas2 pelajar IPD OUM Keningau/Sipitang



para pelajar bersama keluarga masing-masing




Kumpulan pemukul Gong

Acara suka-suka


Prof Dr. Selva Oyyan Pengarah IPD OUM Malaysia menari bersama sumandak-sumandak Keningau
begitu rancak c Prof menari
30hb Jun 2012- Hotel Perkasa Keningau/ Majlis malam mesra pelajar IPD OUM Keningau/Sipitang di adakan dan telah di rasmikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat En. Rosdy Padiman. Majlis ini untuk meraihkan para pelajar yang telah menampatkan pengajian di peringkat Diploma dan seterusnya akan memulakan pengajian di peringkat Ijazah pada bulan Julai ini.

Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak OUM khususnya kepada En. Vivikanandan selaku Konsoltan IPD OUM Negeri Sabah, yang telah banyak membantu menjayakan program ini. Semoga kenangan ini akan terpahat disetiap sanubari para pelajar. Kita akan teruskan langkah ini sehingga ke puncak jaya.

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada pihak OUM, wakil rakyat Liawan dan ketua Umno Bahagian Parlimen Pensiangan YBH Datuk Ghani Yasin diatas sumbangan berupa wang tunai bagi membiayai majlis ini.



Saturday, 23 June 2012

Anak-anak TASKA PERMATA Negara (KEMAS) Hospital Likas

Anak seorang Doktor, pertama kali bertemu anak ini begitu mesra tanpa segan  silu  sempat bermanja-manja di pangkuan saya, umur 4thn
bersama anak-anak Taska Permata Negara comel-comel semuanya
Anak Doktor yang peramah
Anak-anak Taska Permata, begitu riang menyanyi

Sempat melawat ke Taska Permata Negara Hospital Likas selepas menghadiri mesyuarat di ibu Negeri Kota Kinabalu, Kedatangan saya ke Taska ini sungguh hati rasa teruja dengan gelagat anak-anak comel ini, berumur antara 2 tahun ke 4 tahun. Mereka adalah anak-anak kakitangan hospital yang bertugas di tempat ini. Seawal 7 pagi sehinggalah ke jam 5 petang anak-anak ini berada di Taska.

Terkenang kembali ketika bergelar seorang pendidik, begitu seronok bergelut bersama anak-anak kecil..berapa ramaipun sanggup menjaga mereka.... Mereka adalah aset Negara yang perlu di jaga dengan sebaiknya.
" KATA  PEPATA MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA " semoga mereka menjadi anak-anak yang berguna kelak.

Makluman kepada semua ibubapa disekitar, anda boleh menghantar anak-anak ke Taska ini, bayaran sangat berpatutan, tenaga pengajarnya bertauliah .

Wednesday, 20 June 2012

Kehadiran PERDANA MENTERI MALAYSIA ke KENINGAU memberi sejuta makna buat rakyat KENINGAU

Kg. Tuarid Taud salah satu tempat yang telah di kunjungi Perdana Menteri sebelum melangkah ke Kompleks sukan merasmikan Pesta Kaamatan peringkat nasional, di mana lokasi kemuncak akhir lawatan beliau ke Keningau
Kg. Tuarid Taud kabarnya Parti Star sangat aktif di kampung ini
16hb Jun 2012 Keningau melakar sejarah dengan kehadiran pemimpin No 1 Negara telah mewarnai suasana Daerah Keningau yang nanti-nantikan selama ini.
9hb Jun tarikh yang telah ditetapkan lawatan PM ke Keningau namun telah di tunda ke tarikh 16hb Jun atas sebab yang tidak dapat di elakkan, kerana di kabarkan PM menghadiri program di tempat lain, desas-desus kedengaran PM tidak dapat hadir ke Keningau mengundang rasa kecewa rakyat Keningau maklumlah harapan besar rakyat di daerah ini, melihat pemimpin ini bersama rakyat di pedalaman terlalu tinggi menggunung.

Apa lagi segala persiapan telah dibuat sudah hampir berbulan dan begitu juga dengan mesyuarat yang tidak henti-henti diadakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program. DO selaku master di daerah telah bertungkus-lumus melakukan yang terbaik, pastinya DO tiada rehat langsung asyik memikirkan banyak perkara untuk menyambut kehadiran pemimpin NO 1 Negara ke daerah ini.

Alhamdulillah kedatangan PM ke daerah ini sedikit sebanyak telah mengubah suasana dan jiwa masyarakat pedalaman, ditambah lagi beberapa perkara penting yang telah di lakukan oleh pemimpin ini untuk rakyat pedalaman, antaranya ialah pecah tanah untuk pembinaan Kolej KDM di Tambunan, UITM di Pekan Sook, dan melangsaikan isu Tanah yang telah lama mencederakan jiwa sebahagian rakyat pedalaman, perkara ini memberi kesan yang positif kepada rakyat pedalaman khususnya di keningau dan sekitar daerah.

 Lebih-lebih lagi di saat PRU 13 sedang terkuak, tindakan PM Dato Seri Najib ini sangat tepat pada waktunya kerana sudah tentu jiwa-jiwa rakyat yang merajuk kesan daripada isu tanah ini dapat diredahkan itu pun jika mereka tahu bersyukur dan janji PM ini dilaksanakan secepat yang diharapkan oleh mereka yang terlibat dalam isu ini.  Semoga rakyat pedalaman di daerah ini akan terus teguh menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional yang tidak henti-henti memberi keselesaan kepada rakyat.

Monday, 18 June 2012

Semoga Impian Bakal Terlaksana

Keluarga Hafiz dari Shah Alam Selangor

Ibu Hafiz menyampaikan ucapan
Ibu Hafiz menyarung cincin

Atiq dan Hafiz
15hb Jun 2012- Hotel Juta Keningau, melakar sejarah majlis pertunangan puteri sulungku telah berlangsung, Atiq dan Hafiz mewartakan sebuah ikatan yang bakal menyatukan dua jiwa, InsyahAllah semoga niat mereka berdua akan menjadi satu realiti. Aku pula bakal menerima menantu sulung tak lama lagi,....huhu

Penantian beberapa waktu untuk di satukan ada kalanya mengundang pelbagai rintangan, namun kekuatan jiwa, kesabaran dan keimanan adalah kunci segalanya, melayari bahtera kehidupan ini bukannya mudah, semudah  memetik sekuntum mawar di halaman, Doaku sebagai seorang IBU sudah pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anakku, semoga kebahagiaan sentiasa melingkari kehidupan mereka. Kita hanya mampu merancang, berusaha serta berdoa namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Thursday, 31 May 2012

Steven Lim wartawan Utusan Borneo Pos dalam kenangan

Mendiang Steven sedang bertanya kepada Pn. Maria Regina, matlamat program yang dianjurkan.
Beberapa minggu lepas ketika saya menghadiri konvensyen GDW di Hotel Tang Denasty Park, Kota Kinabalu, saya terkejut mendengar berita pemergian seorang wartawan yang begitu akrab dengan kami ( KEMAS ) En. Steven Lim,  menurut rakan yang sempat saya hubungi En. Steven meninggal akibat jangkitan paru-paru, dimasukkan ke Hospital Keningau , selama dua hari beliau terlantar, menurut Doktor yang merawatnya, penyakit beliau tidak sempat di rawat kerana telah berada dalam keadaan kronik. beliau begitu dekat dihati kami kerana sering bersama dalam setiap program yang kami anjurkan, dan beliaulah yang akan membuat liputan seterusnya menyiarkan dalam berita Utusan Borneo Post.

Kali terakhir bersama beliau ketika kami mengadakan program motivasi pemakanan sehat untuk ibubapa kanak-kanak Tabika Kemas di Kg. Selibog Tambunan, saya bersembang lama dengan beliau, hari itu saya bercadang mengundang beliau sebagai salah seorang penceramah dalam bidang penulisan berita kepada kakitangan Kemas Parlimen Keningau yang kami rancang akan dilaksanakan pada bulan Jun ini dan beliau bersetuju. Namun akhirnya tidak kesampaian.

Kehilangannya amat dirasai, apa lagi beliau seorang yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan semua ajensi, pemimpin dan masyarakat. Sedihnya kami tidak sempat hadir menziarah jasad beliau ketika di kebumikan kerana kami masih dalam sesi seminar. Segala kenangan bersama beliau sentiasa terpahat dalam ingatan sehingga bila-bila. "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA" semoga mendiang bersemadi dalam aman. Amin

Tuesday, 1 May 2012

Mencari Damai di Hati

Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta. Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.
Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu. Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati. Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu? Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya? Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya? Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai? Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita. Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia. Bagaimana mahu mengawal pemikiran? Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati… Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis. Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita. Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan. Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.