Saturday, 21 June 2014
Contoh Dapur Idaman
Sebagai seorang wanita yang sukakan kekemasan dan keselesan ini tak dapat di pisahkan, walau apa jenis bentuk kesibukan,, " Rumahku Syurgaku" . Ini antara contoh-contoh dapur idaman menjadi pilihan, Kemas dan selesa..
Sunday, 15 June 2014
Ruang Tamu Idaman
![]() |
| Ruang tamu ini menggamit jiwaku sesuai dengan suasana kampung yang redup nan menghijau di persekitaran. |
Sudah hampir 12 tahun tinggal di kawasan perumahan yang begitu menyiksa perasaan, kawasan perumahan yang kebanyakan penghuninya mengamalkan sikap tak kenal jiran, lebih-lebih lagi penyewa yang tidak menggambil berat soal kebersihan. huhhh sungguh menyiksa jiwa nurani.
Tanah pusaka peninggalan orang tua di situlah bakal untuk dihuni sampai ke akhir hayat nanti InsyahAllah. Semoga urusan di permudahkan, tidak mengapa rumah tak sehebat istana raja yang penting bahagia serta damai di kelilingi pohonan hijau jauh dari keributan.
Cita rasa setiap manusia tentulah berbeza, Cuma rasa teramat kecewa apa yang diharapkan tidak tercapai. Saya lebih suka jendela kaca berbanding kayu apa lagi jendela yang bersaiz agak kecil, tersangat hampa. Namun apa nak buat sabar penawar duka.😃😃😃😃
Saturday, 14 June 2014
" DATIN DISIKSA DALAM SANGKAR EMAS "
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
Kisah suaminya pernah mengegar tanah air satu ketika dulu menjadi tajuk utama didada akbar tempatan. ".biarlah rahsia "?? kata dalam lagu penyanyi Siti Norhalizah ... namun kesnya telah ditutup demi kepentingan semua pihak. Satu hari wanita ini tiba-tiba menghubungi aku melalui mesej ingin bertemu dengan aku. Serius aku tergamam kerana tak pernah terfikir langsung tentang wanita ini, apa lagi bertemu kerana tiada sebarang urusan antara aku dan dia. Aku diterjah seribu persoaalan ingin tahu??, berligar diminda ini kenapa dia ingin bertemu aku, apakah perkara luar biasa yang ingin di sampaikan, akhirnya aku bersetuju.
Kami bertemu di satu lokasi, satu tempat yang tak pernah ku jejaki agak tersorok dari keributan manusia, kebetulan aku berada di ibu Kota pada hari tersebut. Datin ini sengaja memilih lokasi itu bagi mengelak dilihat ramai orang, hanya andaian aku saja.. Tepat masa yang di janjikan dia pun tiba, aku terlebih dulu sampai. Aku tidak begitu cam wajahnya kerana dia memakai kaca mata hitam, rambutnya panjang melepasi bahu. Dia menghulur tangan bersalam denganku dan terus duduk di sebelahku kami hanya berdua.
Sebelum datin ini berkisah tentang dirinya, kami sembang biasa maklumlah itulah kali pertama aku bertemu secara empat mata dan berbicara dengannya. Aku kenal suaminya telah lama, tak kan tak kenal dengan orang ternama, berwajah tenang setenang air ditasik rupanya banyak gelombang. Telah banyak kapal karam di tasik itu.
Tanpa diminta Datin ini mula menceritakan kisah hidupnya bersama vip ini, kisah pertemuan, perkahwinan sampailah kepada kehidupannya saat ini. Rupanya sudah hampir beberapa tahun mereka tidak tinggal sebumbung kerana kabarnya suaminya telah ada wanita lain.
Menurut Datin ini dia tak tahu dimana suaminya tinggal, lebih malang suaminya tidak memberi sebarang nafkah kepadanya dan anak-anak walhal suaminya itu berduit dan banyak harta. Sepanjang kehidupan bersama suaminya dia ibarat hidup di dalam neraka, perilaku suaminya sungguh melukai jiwanya, khusuk aku mendengar ceritanya, sekali-sekala aku mencelah sesak nafasku mendengar kisah hidupnnya, aku simpati. kesabaran datin ini aku anggap sudah tahap tidak bertempat namun katanya dia tidak berdaya kerana dia hanya memikirkan anak-anak, itu keutamaan dalam hidupnya.
Datin ini pernah melarikan diri beberapa kali kerana kesabarannya benar-benar teruji, namun hasratnya terhalang kerana diugut oleh suaminya,di acuh pistul ke mukanya, akhirnya dia membatalkan hasratnya, lagi pula anak-anaknya masih kecil ketika itu.
Datin ini pernah bertemu dengan yang berkenaan agar suaminya tidak di senarai lagi dalam barisaan organisasi yang di terajui namun entah kenapa masih lagi di senaraikan dan masih kekal. Menurut datin ini dia banyak berkorban untuk suaminya selama mereka hidup bersama namun suaminya tidak pernah mengenang serta menghargai segala pengorbanannya, malah dia sering menjadi bahan sepak terjang untuk melepaskan kemarahan dan pelbagai lagi penderaan di lakukan terhadapnya
Itu antara kisah yang di ceritakan datin ini, ceritanya dia jarang sekali keluar rumah hanya ketika perlu, kesemua anak-anak tinggal bersamanya dan semuanya telah dewasa. ada di antaranya telah menamatkan pengajian di Universiti dan selainnya masih berada di sekolah menengah. Di akhir bicara datin ini minta aku mencari seseorang yang boleh membantunya agar suaminya itu di beri kelembutan hati agar menginggati dirinya dan anak-anak.
Masa begitu cepat berlalu..waktu hampir senja kami terpaksa berpisah kerana aku pun masih ada urusan waktu itu.. Datin ini berjanji akan menemuiku lagi bila ada kelapangan, bergantung pada aku, aku pun bukannya banyak waktu yang terluang kerana kadang-kadang agak sibuk dengan tugas. Banyak lagi cerita datin yang belum sempat di kongsi, Datin ini mengharapkan agar aku dapat meluangkan waktu bertemunya pada masa akan datang muda-mudahan ada kesempatan.
Thursday, 12 June 2014
Ketenangan Yang Dicari
![]() | ||||
Maka, meriahlah pusat-pusat peranginan seperti ini, khasnya pada musim cuti, ketika hujung tahun atau masa perayaan tertentu apabila lelaki dan wanita yang kesunyian ini menghabisi masa bersedih bersama orang asing yang dapat menerima mereka dengan hati terbuka.
Sebenarnya... pencarian sebuah ketenangan itu tidak wajar dimulakan dari luar. Sebaliknya, ia bermula dari diri kita sendiri.
Kita mungkin boleh melancong menghabiskan ribuan ringgit bagi menghiburkan hati. Tetapi, bila tiba waktu malam atau saat terbangun daripada tidur, kesedihan itu pasti akan menggamit jiwa-jiwa yang lemah dan penuh pengharapan kepada sebuah kebahagiaan.
Tangan meraba-raba ruang kosong di sebelah tetapi cadar terasa sejuk kerana tiada penghuni. Lalu... apa reaksi kita? Tangisan mula berlagu dan kesedihan pun hadir menemani siang dan malam...
Sebenarnya, kita tetap mampu berbahagia walaupun tiada suami atau isteri di sisi kerana ia berbalik kepada diri sendiri.
Biarlah perkahwinan yang telah terbina selama ini mencapai usia 10, 11 atau 12 tahun sekalipun, namun ia bukanlah satu alasan untuk mengatakan yang kita tidak akan mampu lagi hidup bahagia dan gembira selepas kehilangannya... bercerai atau diceraikan.
Perkara yang menghalang daripada mencapai kebahagiaan ialah diri kita sendiri, bukannya orang lain. Kebahagiaan itu ada di dalam hati kita. Tiada siapa yang akan dapat mengambilnya daripada kita... kecuali sendiri.
Sunday, 8 June 2014
Gelagat Aisy Elman Ali
| Aisy bersama makcik-makcik dan pakciknya |
Aisy kini sudah hampir genap sembilan bulan, jarang sekali bersamanya hanya sekali-sekala kami bertemu kerana kesibukan tugas. Aisy adalah jenerasiku yang pertama.
Benar kata orang bila ada cucu akan lebih mengasihinya dan sayang akan terlebih-lebih. Pasti aku akan merinduinya bila berada jauh dari pandangan, kerana beberapa bulan lagi aisy dan ibunya akan berada nun jauh di tanah semenanjung bersama ayah dan neneknya.
Semoga Aisy akan baik-baik saja disana.
Friday, 30 May 2014
Semoga Ada Keinsafan Bermukim Dihati
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH ( Kisah menyentuh hati )
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima.
Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman
Jangan lupa tekan share
Sumber FB.

Saturday, 24 May 2014
Panda Jadi Isu Hangat Masa Kini
Isu panda telah mengambil carta atasan masa kini. Ada pro dan kontra tentang kehadiran haiwan unik itu. Ada yang kata membazir. Ada yang kata sangat berfaedah untuk hubungan diplomatik dengan China yang negara kita amat perlukan sekarang.
Isu ini hendaklah dilihat secara objektif tanpa emosi kepartian. Mungkin ada faedah tertentu yang pihak pentadbiran kita tahu. Apapun ia terdedah kepada perbahasan.
Apa yang penting, jangan pula ada yang menggunakan nas agama secara salah untuk menyokong atau membantah kehadiran panda ke negara kita.
Jangan pula nanti ada golongan madkhalist yang menyatakan memelihara panda amalan salafussoleh, ataupun membantah panda itu terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah dan khawarij, ataupun yang membenci kedatangan panda itu bagaikan pelacur, ataupun kehadiran panda adalah ketetapan Allah kita tiada pilihan dan seumpamanya.
Jangan pula ada yang kata tidak boleh pelihara panda kerana tiada dalam sunnah Nabi s.a.w.
Kebodohan-kebodohan seperti itu jangan diulangi lagi atas pentas perbahasan politik kita.
Sumber FB
Friday, 23 May 2014
IbuKu Bidan Kampung
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Setiap kali ibu dijemput akulah meneman ibu kerumah orang yang melahirkan anak itu. Satu malam saat aku sedang tidur, ibu kejutkan aku, seperti selalu ibu minta temankan aku ke rumah jiran kerana isteri jiran itu sedang sakit perut hendak melahirkan anak. Aku bangun tanpa membantah dan terus mengikuti ibu kerumah jiran yang hendak melahirkan anak itu, jarak rumah jiran dan rumah kami lebih kurang 1 km. Aku dan ibu keluar rumah meredah malam sunyi di kawasan kebun getah sambil ibu memegang lampu minyak tanah. Zaman itu belum ada letrik di kampung.
Sesampainya aku dan ibu dirumah jiran itu kami disambut oleh tuan rumah, suami kepada wanita yang sedang sakit perut. Kedengaran suara wanita itu mengerang-ngerang menahan sakit. Tuan rumah mempelawa ibu terus masuk ke bilik, aku juga turut ikut..nampak samar dalam bilik hanya diterangi lampu minyak tanah.
Tanpa berlengah Ibu memulakan operasinya, aku nampak mulut ibu berkumat-kamit sedang membaca sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ayat-ayat yang ibu baca sambil memegang perut wanita itu, . Sementara itu aku duduk menyandar dinding tidak berapa jauh dari ibu dan wanita itu. Aku hanya jadi pemerhati.
Sudah hampir setengah jam belum juga anak itu di lahirkan, aku lihat wajah ibu nampak risau. Ibu memanggil suami wanita itu masuk kebilik dan minta suami wanita itu melangkah perut isterinya sebanyak 7 kali. Selesai melangkah perut isterinya, suami wanita itu keluar dari bilik. Agaknya itu antara petua bagi membantu mempercepatkan kelahiran cara orang dulu-dulu.
Hanya beberapa minit selepas dilangkah, tiba-tiba wanita itu melahirkan anaknya dengan selamat, bayi yang dilahirkan itu seorang bayi lelaki. Ibu memanggil suami wanita itu masuk kebilik sekali lagi dan memintanya menyediakan cebisan bambu sebesar ibu jari dan perlu ditajamkan tepinya. suami wanita itu akur dengan arahan ibu, beberapa minit kemudian suami wanita itu menyerahkan bambu yang telah ditajamkan kepada ibu. Mulut ibu sekali lagi aku lihat berkumat-kamit entah apa lagi ayat-ayat yang ibu baca. Selesai membaca Ibu memotong tali pusat anak itu dengan menggunakan bambu tersebut. Segala urusan memandikan bayi dan membarut (dalam bahasa tempatan) semuanya ibu lakukan. Selesai tugasan ibu pada lewat malam itu. Hebatnya ibu..
Alhamdulillah anak itu kini dah dewasa membesar dengan keadaan sehat walafiat dan telah pun berkeluarga. Itulah antara kenangan yang tidak dapat aku lupakan bersama arwah ibu. Satu waktu aku pernah bertanya pada ibu, apakah ayat-ayat yang ibu baca saat membidankan wanita yang melahirkan anak?, ibu kata belum tiba waktunya untuk aku tahu, kerana aku masih budak-budak. Zaman itu ramai wanita takut untuk melahirkan anak di hospital, lagi pula kemudahan penganggkutan tiada. Terpaksalah melahirkan anak dirumah tanpa rasa takut. Kebanyakan mereka hanya menggunakan ubat-ubatan tradisional selepas melahirkan anak..
Sampai ke akhir hayat ibu, aku tidak berkesempatan berkongsi ilmu kebidanan cara tradisi dari ibu, lantaran keadaan yang tidak mengizinkan, kerana aku sudah tiada waktu untuk itu semua. Andai waktu yang lalu bisa berulang kembali alangkah indahnya..namun itu adalah sesuatu yang mustahil dalam realiti kehidupan, kita hanya mampu mengenang sedang waktu terus berlalu..
Al-Fatihah buat arwah IBU.
" SELAMAT HARI IBU "
Saturday, 17 May 2014
Pasar Malam Keningau Diarah Tutup
Jabatan kesihatan keningau mengarahkan pasar malam keningau di tutup, terutamanya di bahagian permis jualan makanan setelah berlaku beberapa kes melibatkan pelanggan, keracunan makanan selepas memakan makanan di pasar ini.
Kebanyakan penjual dipermis ini adalah warga asing Indonesia, di maklumi mereka ini bukannya mementingkan kebersihan, dikuatiri tahap kesihatan sangat meragukan dan mungkin juga pejaja ini berpenyakit. Hasil tinjauan pegawai kesihatan ke tempat kediaman mereka :-
(Rumah setinggan, tadahan air hujan untuk jualan minuman, dalam masa yang sama air di gunakan keluarga mereka ke tandas, air tadahan berhampiran dengan tandas, keadaan rumah sangat kotor, tahi kucing bertaburan, kucing peliharaan banyak dalam rumah, dawai tempat panggangan ikan dan sayap ayam di biarkan diluar rumah, anjing berebut-rebut menjilat-jilat dawai bekas panggangan, tidak di basuh selepas di gunakan, dibawa semula ke pasar malam untuk digunakan.
Terdapat juga kanak-kanak di bawah umur 5 tahun membantu buat kueh tanpa membasuh tangan. hingus berjuntai hampir ke mulut dan banyak lagi penemuan yang menjijikkan. ( petikan ini saya ambil melalui whatsap yang telah di sebarkan oleh rakan2 di daerah Keningau. Sumber daripada para pegawai kesihatan yang terlibat dalam pemantauan).
Nah wahai para pelanggan daripada hasil siasatan ini ternyata punca daripada apa yang berlaku kepada beberapa pelanggan tanpa ragu-ragu semuanya jelas. Kebijaksanaan pelanggan memilih permis yang bersih terletak di kepala otak pelanggan sendiri, jangan main tangkap muat saja. Sikap berhati-hati harus ada, jangan membeli semberangan makanan terutamanya penjaja asing ini. Mujur aku sudah tak pernah membeli makanan mereka tengok saja pun tekak sudah naik loya.

Kedai Rakyat 1 Malaysia Ringankan Beban Rakyat Marhean
| kedai 1 malaysia daerah keningau |
Sepetang saya berkesempatan meninjau di mini market kedai 1 malaysia yang terletak tak jauh dari parking Bas Tung Maa di daerah Keningau. Saya meninjau setiap barangan dan melihat harga yang terpapar, ternyata harganya memang berpatutan walaupun harga setiap barangan itu tidaklah jauh bezanya dengan harga yang terdapat di kedai lain, namun masih dikira agak murah.
Barangan keperluan asas seperti beras, minyak makan, gula, susu tepung dan sebagainy, semuanya ada dalam kedai ini, mungkin masyarakat keningau masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kedai ini, kebetulan pula ia terletak agak jauh dari laluan utama, parking disekitar kedai ini pula agak terhad, iklan promosi juga tiada kelihatan di sekitar bandar keningau.
Pengusaha kedai 1 malaysia di bandar keningau ini sepatutnya menyebarluaskan serta meletak papan iklan atau banner di merata tempat , antaranya dilaluan utama agar diketahui umum wujudnya kedai ini. Saya sendiri tidak tahu kedai ini wujud, setelah secara tidak sengaja melalui jalan ini kerana ada urusan berdekatan dengan kedai ini barulah saya tahu wujudnya kedai ini.
Rakyat di daerah keningau boleh berkunjung ke kedai ini untuk membeli-bela bagi sesiapa yang mengharapkan harga rendah. Sekurang-kurangnya kuranglah beberapa sen berbanding di kedai sekitar yang harganya agak mahal.
Perginya Seorang Sahabat
![]() |
| Sumber dari whatsaap, arwah dalam ICU Hospital Sandakan semalam |
Ya Allah daripadanya kita datang, dan kepadanya jua kita kembali..semoga arwah di tempatkan bersama para solehen dialam berzah. Arwah Awang Sapar Yakub ini, aku anggap abang, aku kenal arwah sejak tahun 1996 lagi, dalam satu jabatan. Dia yang ku kenal, seorang insan yang baik, suka bercakap tentang hal-hal agama, kata-kata nasihatnya selalu saja hinggap ke cuping telingaku, bila kesempatan bersembang dengannya. Nasihat yang ku anggap dari seorang abang atau bapa, dia juga selalu berjenaka.
Kali terakhir bertemu tahun lalu tak ingat dalam program apa, aku mendapat kabar sudah beberapa tahun dia sakit dan sentiasa dalam rawatan, seringkali juga bertanya tentang kabarnya melalui isterinya, kerana isteri arwah juga rakan dalam jabatan. Minggu lalu sempat juga aku bertanya keadaan kesihatannya pada kak Amnah sewaktu kami menghadiri BTN.
Hari ini kami kehilangan seorang insan harapan yang banyak memberi sumbangan dan jasa kepada jabatan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Buat keluarga arwah bersabar menerima dugaan ini, kita doakan semoga rohnya sentiasa damai dialam abadi. AL-FATIHAH.
Thursday, 15 May 2014
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
| Geleri Kraftangan berasaskan Rotan dan Bambu |
| Hasil sentuhan penduduk tempatan daerah Keningau |
| Batik Keningau |
| Wakil rakyat Dun Liawan mencatat tanda kehadiran di geleri ini |
15hb Mei 2014- KENINGAU
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Sabah , Amanah Iktiar Malaysia dan Rembau Crystal SDN BHD, Di Saksikan Oleh:
YB Datuk Haji Sairin Hj Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Negeri Sabah. merangkap Adun N. 34 Liawan / Dewan Salingkawang Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.
Hadir bersama YB Datuk Sapawi Hj Ahmad Pengarah Yayasan Sabah.
Friday, 9 May 2014
Cemburu Buta Menganggu Ketenangan Hubungan
Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.
1. Kenalpasti faktor penyebab
Anda harus megenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?. Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit.
2. Berfikirlah
Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa yang anda lakukan terhadap pasangan anda. Adakah betul apa yang anda lakukan terhadapnya selama ini?. Selalulah berfikiran positif dan berpandangan jauh.
3. Bina keyakinan diri
Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Oleh itu, anda perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan yakinlah bahawa anda punya keistimewaan yang tersendiri di mata pasanan anda.
4. Beri markah pada tahap cemburu
Setiap kali anda rasa cemburu, ambil kertas dan tulislah rasa cemburu anda. Kemudian, berilah markah kepada tahap cemburu anda. Tanya pada diri anda sendiri, mengapakah anda bersikap sedemikian dan berilah markah sekali lagi.
Perasaan cemburu buta boleh meretakkan hubungan baik anda dengan pasangan dan juga boleh mengundang kepada perpisahan andai cemburu buta tidak dikawal. Jadi, kawallah perasaan dan rasa cemburu anda agar hubungan anda dan pasangan berkekalan dan aman bahagia.
pssstt: Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t. (Jika tak mahu sayang melayang, sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta)
Friday, 2 May 2014
ALHAMDULILLAH Semuanya Jadi Manusia
![]() |
| Kalian adalah harta umi di dunia dan akhirat |
![]() |
| ATIQ, LALA, DUDUL AND AISY |
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

Perasaan
cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat
segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap
sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini
dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan
keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas
dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika
anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar
hubungan anda dan pasangan kekal harmoni. Berikut adalah langkah-langkah
yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta. .jpg)
.jpg)