Sunday, 2 November 2014

SAYA PUN TIDAK TAHU APA ITU GST ?

GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST


Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. 
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin
menjatuhkan imej Kerajaan
. Hanya di Selangor...
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil
Negara-Negara ASEAN
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
2
Filipina
1988
10%
3
Kemboja
1999
10%
4
Laos
2009
10%
5
Singapura
1999
7%
6
Thailand
1992
10%
7
Vietnam
1999
10%
8
Malaysia
2015
6%
9
Brunei
-
-
10
Myanmar
(Dalam kajian)
(Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. 
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Perkara
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
Barang makanan asas
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
Perkhidmatan pengangkutan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. 
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. 
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus. 

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi. 
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala. 
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta. 
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan. 
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. 
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan? 
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
  • Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  • Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus. 
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. 
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah? 
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
% Kadar GST dikenakan
Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
14
Turkmenistan
1993
15%
2
Turki
1984
10%
15
Jordan
1994
16%
3
Maghribi
1986
20%
16
Mauritania
1995
14%
4
Pakistan
1990
16%
17
Tunisia
1998
18%
5
Mesir
1991
10%
18
Kyrgyztan
1999
20%
6
Kazakhstan
1991
12%
19
Chad
2000
18%
7
Mali
1991
18%
20
Sudan
2000
15%
8
Bangladesh
1991
15%
21
Kosovo
2001
16%
9
Benin
1991
18%
22
Lebanon
2002
10%
10
Algeria
1992
17%
23
Ethopia
2003
15%
11
Azerbaijan
1992
18%
24
Bosnia Herz
2006
17%
12
Uzbekistan
1992
20%
25
Tajikistan
2007
20%
13
Burkina Faso
1993
18%
26
Iran
2008
5%
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). 
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
  • Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
  • Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
  • Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
  • Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
  • Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
  • Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
  • Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Sumber- My Massa

Friday, 31 October 2014

Perilaku Kita Mencerminkan Fikiran Negatif Kita


1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga 6. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dibandingkan diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju daripada kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Kita mahu orang lain menghormati kita, tetapi sukar sekali untuk kita menghormati pendapat orang lain.

Thursday, 30 October 2014

KECERIAAN GDW KG. BAYANGAN KIAN MALAP



Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Bayangan  melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penerima Anugerah Khas Desa Gemilang peringkat kebangsaan, 2004.
Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi    bertempat di Kg. Bayangan Keningau Sabah. ''Detik-detik bersejarah ini akan menjadi suatu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh warga kg. bayangan.

Kg. Bayangan terpilih menerima anugerah ini bukannya suatu yang pertama kali  tetapi ia adalah yang kesekian kalinya sejak tahun 1986, kampung tersebut mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah.
Pada 1998, sekali lagi kampung ini menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan.

Bermula dari situ, kampung di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tuan Hj Kaipin Rosmin terus mengorak langkah sehingga meraih johan Pertandingan Desa Cemerlang peringkat kebangsaan pada 2004.  Kejayaan tersebut sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dan Pusat dalam melaksana program pembangunan luar bandar. ''Kejayaan ini juga adalah kerana kestabilan politik dan ekonomi hasil kebijaksanaan kepimpinan negeri di bawah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. ''Malah, juga mendapat kerjasama baik daripada kepimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan sebagai Ahli Parlimen Keningau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga wakil rakyat dun kawasan N. 34 Liawan YB Datuk Sairin Karno.

Selain itu, kampung bayangan  mendapat bimbingan daripada pelbagai agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS dan beberapa agensi berkaitan,  apa yang membanggakan ialah, kemenangan GDW Kampung Bayangan sedikit sebanyak mengharumkan daerah Keningau dan negeri Sabah sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bayangan.

Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku Dusun yang 100 peratus beragama Islam.
Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'.

Selain kejayaan GDW, kampung itu juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri.

Rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai, Kampung Bayangan mula dikenali bukan saja di peringkat negeri malah di seluruh malaysia amnya, tersebut nama kg bayangan pasti terbayang keindahan kampungnya serta warganya yang ramah- tamah. Sayangnya setelah kejayaan demi kejayaan dicapai keceriaan kampung ini telah mula bertukar malap nampak tidak terurus. Pertukaran kepimpinan Kampung Bayangan ( JKKK ) antara faktor kepada perubahan ini, tambahan lagi warganya kebanyakannya telah menjadi usahawan agaknya mereka semakin sibuk.

Sejarah penubuhan kampung GDW. Saya selaku pengerak kepada kampung kampung GDW pada ketika itu telah mencadangkan kampung GDW yang pertama adalah Kg. Marampong 1996. Kampung kedua yang telah saya cadangkan sebagai kampung GDW adalah kampung Bayangan 1997 . Kampung ketiga adalah kampung Kota Ayangan 1998. Masyarakat di ketiga-tiga kampung ini sangat aktif  menjalankan aktiviti.

Antara faktor utama kejayaan ketiga-tiga kampung ini adala pengurusan tadbir JKKK dan kemuafakatan  masyarakat kampung itu sendiri.


Sunday, 26 October 2014

JANGAN MAKAN HATI


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Kenapa Bahayanya Makan Hati Ayam???
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.
Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
Hati
Paru-paru
Perut
Hempedal
Buah pinggang
Jantung
Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
Telur ikan
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.
Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat.
Sumber : Ohzarina Blog

Tuesday, 23 September 2014

NASI LINOPOT

NASI LINOPOT, saat arwah Ibu masih ada, arwah ibu sangat rajin menyediakan nasi linopot buat santapan kami satu keluarga.. lebih-lebih lagi saat kami masih kanak-kanak. Ini adalah hidangan wajib.. Nasi Linopot ini adalah antara makanan kegemaran orang dusun. ya agak tradisi namun tetap enak bila dimakan bersama sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering dan apa saja jenis lauk. 
 
Cara penyediaan  beras di masak bercampur ubi keladi atau ubi kayu atau ubi keledek, setelah masak barulah digaul sehingga ia bercampur aduk barulah di bungkus mengunakan daun pisang atau sejenis daun kayu. Saya pun lupa apa nama jenis pokok kayu tersebut. Selamat mencuba .

 ( Nasi Linopot bermaksud Nasi Bungkus) . (LINOPOT BERMAKSUD BUNGKUS, LINOPOT ADALAH PERKATAAN DALAM BAHASA DUSUN tempatan orang Sabah.
 
 · 

Sunday, 21 September 2014

HAI MELAYU


Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana malaya bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh sombong harus di tepis,
Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Pak A Samad Said kata, ini bukan sajak dia, apa pun yang penting kita sama-sama hayati bait-bait sajak ini, untuk kita jadikan sebagai renungan dan iktibar.
Sumber-FB

Tuesday, 16 September 2014

Perjalanan Dari Keningau Ke Tawau Melalui Jalan Kalabakan

Pemandangan damai di perkampungan Salarom Taka Pensiangan
Seawal jam 10.30 pagi saya dan beberapa rakan memulakan perjalanan daripada daerah keningau menuju ke bandar Tawau melalui jalan kalabakan, perjalanan memakan masa lebih kurang tujuh jam lamanya, itu pun memandu hanya dalam kelajuan 80km ke 120km. Mungkin saja tak sampai 7 jam jika tidak menyinggah di kampung Salarom Taka minum-minum kopi sambil ziarah keluarga si Roger London di kampung berkenaan.

Lebih kurang jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan, ini merupakan kali pertama ke Tawau mengunakan kenderaan melalui jalan kalabakan, keadaan jalan yang rata serta berturap sungguh santai pemanduan saya sambil menghirup udara segar hutan rimba dari salarom taka sehingga ke kawasan kalabakan, selainnya ribuan ekar kebun kelapa sawit entah milik siapakah ladang itu. Pemandangan hijau saujana mata memandang.

Sebelum ini saya hanya menaiki kapal terbang apa bila ke Daerah Tawau atau menumpang bas, tetapi kali ini menaiki kenderaan sendiri, kelebihan menaiki kenderaan sendiri semua tempat dapat dilihat, dijelajah nampak sangat bandar Tawau ini agak berserabut. Tepat jam 4.45 petang kami tiba di bandar Tawau terus saja mencari tempat penginapan untuk dua malam.
Retusan ibubapa hadir di majlis hari potensi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Sabah, tuan rumah Daerah Tawau telah dipilih.
Program ini sebenarnya yang mengundang kami ke daerah Tawau untuk tujuan menghadiri hari potensi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Sabah. Program ini telah diresmikan oleh YB Datuk Taufik Titingan pada malam ahad bertempat di dewan SMK Balung Tawau.
Kumpulan kompang kanak-kanak Tabika Kemas Johan di peringkat Negeri mewakili ke peringkat kebangsaan
Program ini telah bermula sejak awal pagi pada 13hb september dan berakhir pada sekitar tengahari 14hb september, manakala penyampaian hadiah sekaligus majlis penutupan pada malam ahad. Zon 5 telah berjaya merangkul juara pada kebanyakan kategori yang di pertandingkan. Dari kumpulan kami zon 4 hanya mendapat johan dalam kategori boneka tangan dan kategori bercerita, daripada Tabika Kemas Daerah Ranau. huhu yang penting ada wakil zon.

15hb september pagi sekitar jam 10.00 pagi kami meninggalkan daerah Tawau dan kembali ke destinasi. Alhamdulillah sepanjang menjalankan urusan semuanya dalam keadaan mudah dan lancar.

sebahagian rakan-rakan yang hadir ke program ini

Friday, 12 September 2014

Cerita Bulan Kelahiran


# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

Tuesday, 9 September 2014

Hari Potensi Tabika Kemas Zon 4 2014

Kumpulan nashid daripada daerah Keningau ini telah di nobatkan sebagai johan di peringkat zon 4, kumpulan ini akan mewakili zon ke pertandingan peringkat negeri sabah. Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya merangkul juara.

Ini pula daripada Tabika Kemas Daerah Ranau johan dalam kategori tarian etnik dusun pedalaman mewakili zon 4 ke peringkat negeri. Tuan rumah perlaksanaan pertandingan peringkat negeri sabah kali ini adalah daerah Tawau bertempat di smk Balung pada 13hb hingga 15hb september 2014.


Monday, 8 September 2014

Majlis Konvokesyen Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia KEMAS 2014

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia Ybh, Dato Hasan Hj Mohd Amin, bertempat di Bangunan Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah sekaligus majlis raya di adakan serentak.  Majlis ini antara tujuannya adalah mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pegawai atasan bersama warganya diperingkat bawahan. Turut bersama dalam majlis ini Pengarah Kemas Sarawak dan Sabah.

Majlis ini diselitkan penyampaian sijil diploma kepada beberapa kakitangan Kemas yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang kemahiran seperti jahitan, masakan dan dandanan. Dato Ketua Pengarah turut memberi ingatan kepada warga kemas agar sentiasa berusaha menambah ilmu dalam pelbagai bidang khususnya yang mampu menyumbang pengetahuan kepada masyarakat luar bandar sesuai dengan matlamat jabatan kemas.

Warga kemas juga diingatkan agar sentiasa memberi tauladan yang baik kepada masyarakat serta menjalankan setiap tugas dengan niat yang ikhlas.

Kemas adalah antara agensi yang telah terbukti berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus berjaya mendidik sebilangan masyarakat khususnya dalam bidang kemahiran seperti menjahit, masakan, kraftangan serta kemahiran terkini yang baru di wujudkan kepada golongan wanita muda ialah kemahiran dandanan diri, malah ada golongan ini telah berjaya menjadi usahawan hasil daripada bimbingan guru-guru kemas sejak beberapa dekad lalu.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu  aktiviti yang berjaya menyumbang kegemilangan jabatan Kemas sejak dulu dan sehingga ke hari ini. Telah berjaya melahirkan kanak-kanak ditahap cemerlang seawal umur 4tahun ke 6 tahun yang mana mereka ini fasih membaca, menulis dan mengira sebelum melangkah ke fasa sekolah rendah.

 Justeru semua guru-guru diingatkan agar terus berusaha gigih tanpa jemu dalam membimbing mereka. Kebanyakan guru-guru kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka di institiut Perguruan sudah tentu tahap pengajaran lebih berkualiti setaraf guru-guru pra sekolah dibawah kementerian Pendidikan.
Antara sedutan ucapan Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia. 

Wednesday, 3 September 2014

Adik Shahrul Dalam Kenangan

Adik Shahrul bersama sahabatku
Mendapat kabar adik shahrul telah kembali ke rahmatullah, buat saya sebak dada kerana tak sempat ziarah arwah saat hayatnya terlantar sakit, menurut rakan-rakan di HQ sebaik diketahui penyakit adik sahrul dia telah dipindahkan ke negeri kelahirannya untuk tujuan mendekatkan dirinya pada keluarga serta memudahkan rawatannya.

Telah beberapa bulan saya mendapat perkabaran arwah dalam rawatan di Hospital Pulau Pinang sehinggalah dia meninggal, sedihnya tak tercapai untuk datang ke sana kerana faktor kos. hanya doa mampu diutus semoga adik sharul cepat sembuh.  Namun semuanya adalah kehendak dari yang maha esa, darinya kita datang, kepadanya kita kembali Al Fatihah buat arwah semoga rohnya di tempatkan bersama insan-insan solehen. Seluruh warga Kemas negeri Sabah yang mengenali turut mendoakan.

Saya menulis entre ini kerana saya ada kenangan bersamanya,  Peristiwa ini berlaku saat saya dalam perjalanan dari KL balik ke Sabah, adik sahrul pula dari Terengganu menghadiri mesyuarat hari potensi peringkat kebangsaan mewakili negeri sabah. Semasa menaiki Tren dari KL Sentral menuju ke KLIA, secara kebetulan kami duduk dalam satu gerabak hanya berlainan tempat duduk, dia duduk mengadap ke arah saya. Bermula disinilah saya mula kenal adik sahrul selepas dia menegur saya. Sembang-sembang rupanya adik sahrul ni staf pejabat kami di ibu negeri. Patutlah dia asyik pandang saya dan tersenyum sejak mula bertemu. dia kenal saya, saya pula tidak mengenalinya. katanya dia selalu nampak saya di pejabat kemas negeri setiap kali berurusan atau mesyuarat. saya pula langsung tidak perasan.

( Rentetan peristiwa)..Tanpa sedar tren tiba di KLIA, sebelum ke tingkat lima, saya mengajak adik sahrul ke tingkat dua untuk makan bersama sebelum daftar dikaunter utuk berlepas, kerana waktu pun masih panjang.. Semasa kami sedang makan ruang itu saya gunakan kesempatan bertanya tentang dirinya, rupanya adik sahrul ni berasal dari negeri jelapang padi,, tidak perasan dia berasal dari negeri jelapang padi kerana bahasanya pun dah macam cakap orang sabah  rupanya sudah beberapa tahun berada di negeri bawah bayu ini.

Selesai kami makan, kami terus ke tingkat lima untuk mendaftar dikaunter dan terus menuju ke balai berlepas. Tiba di KKIA sebelum kami berpisah dia sempat bertanya apa kah saya akan terus balik keningau, saya juga sempat bergurau dengannya jika belum ada yang punya boleh aplai jadi menantu saya..dia hanya tersenyum dan ketawa sambil beredar. Al Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama roh insan-insan beriman.

Tuesday, 2 September 2014

ASYIK JAGA HATI ORANG, HATI KITA SIAPA JAGA


Kita asyik saja menjaga hati orang, berhati-hati dalam setiap tindakan, berdiplomasi, bertoleransi, cakap lembut, kalau kasar takut merajuk, takut tersinggung, takut kecil hati, semuanya mau dijaga, walau hati sendiri hangus terbakar. terpaksa hipokrit.

Letih sangat-sangat buat perkara begini. Sejujurnya aku sangat keletihan.makan hati sendiri..hati kita siapa jaga....sendiri pun ada hati..maaflah aku sudah penat asyik mau jaga hati orang. Kalau pun tersinggung kenapalah jika tersinggung seribu tahun..

Aku sudah berfikir panjang mulai dari sekarang, aku lakukan akan buat apa yang patut, aku akan kata apa yang sebenarnya, pedulilah mereka tersinggungkah, merajukkah, kecil hati kah atau apa-apa saja...yang penting aku tidak melanggar hak-hak asasi manusia, bercakap dilandasan kebenaran.

Kadang bila kita terlalu baik orang akan ambil kesempatan pijak kepala huhhh. namun jangan berharap selamanya kepala kita dipijak-pijak ini kali lah..huhhhh

Monday, 1 September 2014

Alhamdulillah Selesai

Dua minggu lagi anak jejaka saya akan berangkat menyambung pengajian ke tanah seberang di pantai timur, Alhamdulillah setelah beberapa bulan menamatkan diploma, penantian untuk menyambung ke peringkat sarjana muda akhirnya terlaksana setelah di kabarkan, dia antara dari retusan siswa telah berjaya diterima semula menyambung pengajian dalam bidang yang telah dikhususkan.

Seorang Umi adalah insan yang paling gembira mengharap dia satu-satunya anak tunggal lelaki,  belajar sehingga ke menara gading tidak perlu terburu-buru mencari pekerjaan kerana usia pun masih muda. Kata-kata itu sentiasa saya pesankan padanya.

Segala persediaan telah diatur termasuk Tiket flight dan pendaftaran , tinggal lagi urusan medical chek- up yang diurusnya.

Setelah keputusan medical chek-up diperolehi alangkah kecewanya dia kerana doktor memberitahu dia mengalami masalah kesihatan yang mana dia harus dirawat selama beberapa bulan serta mencadangkan menangguhkan pengajian, itu pun jika pihak universiti bersetuju atau terpaksa menolak untuk tujuan rawatan.

Lalu dia menghubungi pihak U untuk berbincang, namun pihak U juga menolak untuk penangguhan jika sampai melibatkan satu semestar. Malah pihak U mencadangkan agar dia menolak tawaran tersebut dan cuba memohon semula pada masa akan datang.

Dia rasa kecewa, namun saya meyakinkan dia masih ada jalan serta usaha. saya tidak putus-putus  memberinya semangat serta motivasi. Tidak lupa saya call kakaknya yang bekerja dibahagian kesihatan turut memberi semangat dan motivasi pada adiknya ini.  Dalam diam sebenarnya saya juga turut kecewa, namun dalam hati yang kecewa, minda saya terus ligat berfikir mencari penyelesaian. Saya bertemu pegawai yang melakukan pemeriksaan keatas anak saya dan berbincang secara panjang lebar.

Hasil dari perbincangan ada sedikit penyelesaian, dia minta saya bertemu doktor yang boleh dibawah berunding agar melonggarkan syarat yang telah diberikan oleh pegawai perubatan yang memeriksanya sebelum itu. Kerana hanya doktor yang boleh meletakkan keputusan katanya.

Beberapa orang doktor telah saya temui namun semuanya menolak dengan apa yang saya cadangkan. Mereka tidak mahu berkompromi dalam soal kesihatan seseorang yang telah disyaki ada penyakit. Walhal penyakitnya itu tidaklah memudaratkan sangat, kerana telah pun diberi rawatan sebaik saja dia didapati ada masalah kesihatan. itu kenyataan pegawai yang memeriksa anak saya.

Saya hampir saja berputus asa..namun saya tidak noktakan usaha sampai disitu. Seorang rakan telah mencadangkan saya berhubung dengan seorang doktor pakar yang boleh membantu. Selepas berhubung dan berbincang doktor tersebut tiada masalah boleh membantu namun sayangnya dia berada jauh nun dihujung Sabah. Dia minta saya datang ke tempatnya jika keadaan benar-benar mendesak. Bila memikirkan terpaksa mengeluarkan lagi kos untuk pengurusan..rasanya kurang praktikal.

Waktu semakin dekat akhirnya terpaksa menggambil keputusan terima saja keputusan seorang Doktor selepas perbincangan terakhir. Dalam catatan hanya dua bulan bercuti tetapi dicadangkan cuba merayu kepada pihak U agar di pendikkan cuti dari dua bulan ke dua minggu. Tawakal berusaha dan berdoa. itulah jalan terakhir yang saya cadangkan kepada anak saya. Saya juga terus berdoa. Alhamdulillah, kini anak saya telah berangkat ke pantai timur Insyahallah semoga urusan berjalan lancar.

Hari ini selepas pendaftaran, anak saya telah menhubungi saya memberitahu pihak U hanya memberinya cuti untuk seminggu saja . Syukur Alhamdulillah usaha tidak sia-sia, serta doa kepada yang maha esa memudahkan segala urusan. Nasib baik tidak berputus asa. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH