Sunday, 13 December 2015

Cerpen TETAMU SUBUH



Ini merupakan hasil karyaku yang kedua, setelah berhempas pulas menyiapkan cerpen ini untuk di siarkan ke news utusan borneo. Baharulah dapat merasakan bukan mudah menghasilkan sesebuah karya tanpa usaha gigih. Cerpen ini mengisahkan seorang abang kerjaya seorang pendidik beralih kerjaya sebagai ahli politik atas kehendak masyarakat kampung satu masa lalu.

Ini merupakan kisah riealiti namun nama dan watak telah saya ubah demi mejaga nama yang berkenaan. Kisah sebahagian kehidupan masyarakat tidak salah rasanya di tampilkan
Sekadar perkongsian.

Bergelar seorang pemimpin tidak semudah meneguk secawan kopi o,  banyak ranjau yang  ditempuh. Namun sepahit mana pun ranjau itu demi ingin berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara tempuh ranjau itu sehabis daya dan kudrat, bak kata pepata " JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI".

Barulah dapat merasa sesungguhnya menulis karya2 sebegini buat jiwa rasa enjoy. Ditambah lagi tugasku yang sentiasa berdamping dengan masyarakat sudah cukup membantu menyumbang idea-idea dalam penulisan.


Kisahnya,


 AKU HANYA melihat dari jauh sahaja abang Murad berucap di atas pentas yang dipenuhi masyarakat kawasan kami. Selain bersesak dan tepukan gemuruh, aku rasanya tak perlu berada dekat  pentas, tetapi sekadar hadir dan duduk jauh di pohonan rindang di tepi padang, aku rasa cukup memberi makna sokongan padu kepada abang Murad, sebagai abangku yang memilih untuk bergiat dalam politik.
Pada ketika ini, abang  Murad berucap merasmikan Festival Pendidikan Daerah kami yang bertujuan merangsang semangat  pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar universiti dan ibu bapa mereka untuk merebut peluang menjana kecemerlangan kerjaya menerusi pendidikan. Mereka digalakkan belajar bersungguh-sungguh, bukan sahaja untuk menaikkan nama kawasan kami melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan, tetapi mendapat kedudukan tertinggi dalam setiap peperiksaan kebangsaan.
 Selain itu, aku turut melawat yang menyediakan pelbagai brouser mengenai syarat dan kemudahan memasuki universiti, pusat latihan kemahiran teknologi dan biasiswa yang disediakan. Pengunjung juga akan diberikan cenderamata seperti pen dan buku nota yang tertera nama universiti atau pusat pendidikan teknologi.
Aku terpaksa bersesak dengan orang ramai, tetapi perkara itu tidak menjadi hal kerana ini mendandakan program abang Murad bukan sahaja mendapat sambutan, malah menjadikan dia semakin disayangi  rakyat kerana banyak progrem yang dianjurkan oleh abang Murad mendatangkan manfaat.
Bulan lalu, abang Murad merasmikan program keusahawanan penduduk luar bandar untuk merangsang mereka menjadi peniaga hasil tempatan yang kreatif, umpamanya menncipta barangan kraf serta makanan ringan. Pada majlis itu abang Murad mengumumkan peruntukan 3 juta untuk membuat kilang bersepadu dan kawasan untuk pembinaan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di bina berdekatan kampung kami.
Selesai sahaja berucap dan memotong riben, abang Murad yang baharu dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Desa diiringi pegawai pendidikan daerah dan wakil pertubuhan dan parti politik melawat kawasan gerai,  wartawan yang membuat liputan asyik mengambil gambar.
Aku berdiri di celah orang ramai melambai kepada abang Murad ketika mendekati kami dan abang tersenyun bangga.
Bagi kebanyakan orang, abang Murad tentu dilihat hanya melaksanakan protokol sahaja untuk merasmi dan membaca teks ucapan yang dibumbui peruntukan yang besar kepada rakyat, namun yang mengenali peribadi abang Murad, lebih-lebih lagi kami sebagai keluarganya, tahu bahawa cita-cita abang Murad untuk memajukan penduduk luar bandar bukan hanya gimik untuk menang pilihan raya sahaja.
Selain bercita-cita tinggi untuk membawa kemakmuran kepada masyarakat, abang Murad memang perihatin bukan sahaja di rumah, malah di masjid di mana dia selalu mengajak orang agar memiliki cita-cita yang tinggi menerusi usaha gigih belajar dan bekerja keras.
“Kita tak boleh berharap kerajaan membantu kita, sebaliknya rebutlah peluang yang ada untuk memajukan diri,” katanya ketika menasihati budak-budak kampung yang mengaji di surau kampung kami.
Abang Murad bukanlah asing dalam politik di kawasan kami. Sebelum ini dia mewakli parti Keramat dalm pilihan raya yang lepas dan walau pun tewas, tetapi tak pernah berhenti berusaha meminta pembangunan disalurkan di kawasan kami. Dan apabila, dia memilih untuk menyertai parti baharu yang dianggap mampu membawa kemenangan dan membentuk kerajaan,  maka abang murad terpaksa mengubah haluan demi cita-cita politiknya untuk membentuk masyarakat yang maju.
Memang pergerakan abang Murad menjadi perhatianku sejak dahulu, sejak dia mula dipilih oleh pimpinan atasan Parti Keramat untuk bertanding pada pilihan raya 15 tahun lalu. Dan aku serta keluarga selalu berasakan pahit maung dalam perjuangan abang Murad, terutama amat berasa kasihan melihat wajahnya yang tetap positif walau pun kalah.
“Saya tak akan berputus asa untuk terus berjuang demi kemajuan rakyat. Kalah tidak bermakna saya tak boleh berkhidmat lagi, malah akan terus berikan curah bakti semampu daya saya atas amanah yang diserahi oleh pucuk pimpinan kepada saya,” Pernah abang Murad berucap di hadapan penyokong parti Keramat yang tewas beberapa tahun lalu.
Namun selepas beberapa kali tewas, bintang abang Murad bagaikan cerah apabila, pada satu subuh aku terbangun kerana ada kenderaan masuk di perkarangan rumah. Aku mengintip dari celah jendela dan melihat dua orang lelaki berpakaian kemas membawa sebuah beg naik ke rumah. Bapa menyambut kedatangan mereka.
Kunjungan dua lelaki misteri di penghujung subuh itu benar-benar mengundang seribu persoalan di benakku,  seingatku  kami  tidak pernah di kunjungi mana-mana tetamu di awal subuh begitu.
Aku bangun dan berjengket-jengket ke daun pintu untuk cuba dan mendengar butir perbualan mereka dengan bapa. Namun aku tidak dapat mengagak perkara yang dibincangkan, kemudian cuba mengintip untuk mengenalpasti  siapakah gerangan mereka itu. 
Aku menguak pintu bilikku perlahan, kelihatan dua orang lelaki  berpakaian jaket berwarna hitam nampak segak lagak orang berpangkat besar sedang berbual dengan bapa.  Aku cuba menangkap apa topik yang mereka bualkan namun tidak begitu jelas kerana mereka bercakap seakan berbisik sedang membicarakan sesuatu yang agak sulit.
Selesai mereka berbual dengan bapa,  kedua lelaki itu berdiri dan bersalam mohon diri meninggalkan rumah . Perlahan-lahan aku keluar dari kamar,  menuju ke muka pintu ruang tamu,  aku  melihat kedua lelaki itu menuruni tangga rumah,  salah seorang dari lelaki itu membawa sebuah bag berwarna hitam ala-ala bag james bond.
Setelah kedua lelaki itu hilang dari pandangan mata,  keinginan ingin tahu  sejak dari tadi nampak sangat tidak kesabaran.  Bapa  yang masih tidak berganjak dari kerusi sejak pemergian kedua tetamu itu tadi kelihatan sedang memikirkan sesuatu,  tanpa sabar-sabar aku terus saja mengajukan pertanyaan: “ Pak”,  Apa tujuan kedua lelaki tadi bertemu bapa? ”,  
Pertanyaanku  itu sedikit mengejutkan bapa, lantas memandang tajam ke mukaku  sambil berdiri dan terus saja berlalu  sambil berkata,  " kau masih budak-budak jangan menyampuk cerita orang tua" itulah jawaban bapa  padaku,  aku sedikit rasa hampa.
Aku  kembali masuk kekamarku dan menghempas tubuhku di tilam empuk itu. Fikiranku  terus ligat berfikir tentang  peristiwa yang baru saja berlaku sebentar tadi.  Dalam hati  terus bermonolog "apa tujuan lelaki itu datang disubuh-subuh begitu? Tentu ada hal mustahak dibincangkan".
Kemudian aku cuba memasang telinga apabila bapa  berbual dengan ibu , aku perlahan-lahan dibalik dinding mendengar perbualan mereka.  Antara perbualan masuk kecuping telingaku ,  bapa ada menyebut salah seorang nama abangku,  menurutnya kedatangan kedua lelaki itu ada kena-mengena dengan abang  murad  namun aku masih tidak jelas perkara apa sebenarnya yang bapa bualkan pada ibu.
Beberapa hari berlalu, peristiwa kedatangan kedua lelaki itu ke rumah  masih terus bermain di fikiranku terus menjadi tanya.  Satu petang tanda tanya yang membebani fikiranku  akhirnya terlerai, setelah kedatangan abang murad kerumah. 
Baharulah terbongkar rahsia sulit itu oh,  rupanya tujuan kedua lelaki itu bertemu bapa kerana mereka minta bapa memujuk abang Murad menyertai parti mereka, dan menjanjikan akan diberi  habuan satu jawatan yang agak hebat,  dalam bag itu pula berisi dengan wang begitu banyak jumlahnya...ohhhh..jika calang-calang iman pasti saja semuanya jadi lebur.
Pangkat dan wang bukanlah segala-galanya pada sesetengah manusia demi maruah dan harga diri. Kata abang  Murad duit boleh dicari pangkat sehebat yang di tawarkan itu tidak melemahkan jiwanya kerana dia masih setia pada perjuangan parti keramat itu. Bapa  adalah penasihat abang Murad , apa-apa hal bapalah  tempat abang Murad merujuk, itu sudah menjadi kelaziman pada abang murad.
Pendirian abang Murad itu sungguh aku kagumi walau pun tewas dalam pertarungan merebut kerusi adun beberapa tahun lalu namun semangat juangnya tidak pernah luntur,  jiwa jatinya pada parti keramat itu sentiasa bersulam di hatinya.  Sedikit pun jiwanya tidak goyah,  pendiriannya tetap jitu  walau cuba di pancing dengan jawatan dan wang ringgit.
Aku  masih ingat ketika  orang kampung memujuk bapa, agar abang  di cadangkan menjadi calon untuk parti keramat itu pada masa akan datang. Parti keramat yang mereka perjuangkan sejak bertahun lalu. Meskipun parti keramat itu kian berkurangan penyokongnya kerana kebanyakan penyokong setia parti itu telah beralih sokongan kepada parti baharu yang baru di wujudkan.
Namun pada bapa dan mereka yang masih setia pada parti keramat itu  sedikit pun tidak melunturkan kesetiaan mereka. Kerana mereka masih yakin bahawa parti keramat itu masih mampu meraih sokongan dari para penyokong  jika di usahakan bersungguh-sungguh dan meletakkan calon yang di yakini boleh menang.
Pujukan demi pujukan akhirnya melembutkan hati bapa, terpaksa mengalah walau begitu berat hatinya berbuat demiakian.  Alasannya abang  murad adalah calon pilihan yang tepat berdasarkan keperibadiannya yang disenangi dan terserlah bakat sebagai pemimpin lagi pula abang berstatus seorang pendidik.  Jawatannya itu di yakini mampu menarik sokongan masyarakat padanya.
Aku tahu hati bapa begitu berat menerima cadangan orang kampung itu kerana bapa  memikirkan dialah satu-satu anaknya yang berjaya dalam mencapai cita-cita setakat ini, lagi pula bapa memikirkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bukan semudah yang di sangkakan.
Abang murad  pula hanya menyerahkan segala keputusan pada bapa,  maklumlah abang murad adalah seorang anak yang taat kepada orang tua sejak dari kecil lagi, abang murad  merupakan anak kesayangan bapa, memang selayaknya abang murad  menjadi anak emas kerana keperibadiannya yang sangat hormat orang tua.
Adik beradik kami tidak pernah merasa iri hati atau menyimpan sekelumit benci pada  abang murad  kerana dia layak disayangi dan dihormati.  Sikap abang  murad sangat dihormati keluarga, abang murad  punya sikap memimpin, apa lagi dia  sangat berpegang teguh kepada ajaran agama dan tidak pernah sekali-kali meninggalkan solat lima waktu.

Malah setiap kali abang Murad pulang ke rumah riuh rendahlah rumah  dengan kehadiran anak-anak jiran belajar mengaji yang abang murad sendiri menjadi gurunya. bukan saja belajar mengaji, abang murad  juga mengajar solat kepada anak-anak kampung 
Ketiadan abang murad dirumah sentiasa dicari di tunggu-tunggu kepulangannya,  sikapnya yang ramah serta bijak bergaul dengan masyarakat kampung sangat disenangi sekelian masyarakat.
Sejak penglibatan abang Murad dalam politik begitu banyak dugaan yang dilalui, bukan saja dugaan kepada dirinya malah seluruh keluarga turut menerima tempias. Pernah satu malam,  ketika abang murad sibuk berkempen diserata kampung saat pilihan raya sedang berlangsung.  Tiba-tiba telefon rumah berdering, lantas bapa bangun menyambut,  “ Helo ini rumah En. Murad?, suara seorang lelaki bercakap dicorong telefon. “ Ya saya bapanya “ bapa menjawab panggilan itu.
Wajah bapa tiba-tiba kelihatan berubah sambil mengurut dadanya, “ Kenapa pak”?  aku segera menghampiri bapa yang kelihatan tidak bermaya. “ Abang kamu Murad mendapat kemalangan sekarang sedang tenat dihospital”, “Siapa yang yang menelefon tadi?” pantas aku bertanya, bapa tidak menjawab pertanyaanku sambil meninggalkan aku dalam keadaan terpingga-pingga.
Aku mengejar bapa dari belakang, aku masih tidak berpuas hati, kerana pertanyaanku belum terjawab.  Belum sempat aku mengajukan pertanyaan semula pada bapa. “Maya mari cepat ke hospital kita jengok abang Murad kamu.” Suara bapa kedengaran sebak,  Dengan pantas aku mencapai tudungku dan menggambil kunci kereta yang terletak dalam bilik.
Aku bersama bapa bergegas menuju ke Hospital. Kereta vego 4x4 3.0 cc yang ku pandu dalam kelajuan 100 kilo meter sejam rasanya seperti hendak terbang. Aku berasakan begitu lambat untuk tiba. Sepanjang perjalanan bapa hanya diam, sekali-sekala kedengaran keluhan hiba . “ Sabar pak kita doakan semoga abang Murad  tidak mengalami apa-apa kecedraan” kata-kataku terpacul dari bibir  menenangkan bapa yang kelihatan terlalu risau.
Sebaik tiba di hospital aku dan bapa bergegas menuju ke kaunter kecemasan. Kelihatan seorang pegawai perubatan sedang bertugas menyambut kami dengan senyuman mesra. “ Ya cik ada apa yang boleh saya bantu?, “ Encik ada tak nama pesaki bernama Murad bin Zakariah sedang menerima rawatan di hospital ini?” “Kami di kabarkan dia telah mendapat kemalangan sekitar pukul 8 malam tadi?,” tergesa-gesa suaraku mengajukan pertanyaan.
 Dengan pantas pegawai itu menggambil buku catatan yang terletak diatas meja meneliti nama-nama yang tertera. “ Tak ada cik, apa hubungan cik dengannya?” pegawai itu ingin tahu. “ abang saya calon parti yang bertanding itu”. Aku menjawab tanpa secalit senyum.  “ sejak dari petang tadi sehingga kini kami tiada menerima mangsa kemalangan”. Jawab pegawai itu.
Penjelasan pegawai itu sedikit melegakan resah yang bertakung dalam sanubariku sejak beberapa jam lalu.  Namun bapa masih kelihatan risau . Selepas mengucapkan terima kasih, kami beredar meninggalkan hospital. Aku mengajak bapa pulang.. “ Saya tak tahu siapa lelaki yang menelefon itu Maya bapa tak sempat bertanya kerana dia terus meletakkan telefon” tiba-tiba suara bapa terpacul dari bibirnya. Aku hanya memandang wajah bapa tanpa menyoal.
 Jam ditanganku telah menunjukkan waktu 10 malam. Sebaik aku dan bapa tiba, kelihatan kereta abang murad sedang berpaking di halaman rumah. Kami bergegas naik , Kelihatan beberapa rakan abang murad  sedang sibuk menyusun poster-poster calon diruang tamu.  Abang murad pula duduk berehat disofa bersama beberapa tetamu sedang rancak berbual.
Kegusaran pada riak wajah bapa serta-merta hilang sebaik melihat abang Murad dalam keadaan selamat.  Abang Murad  menyambut bapa lantas berdiri bersalam dan tunduk mencium tangan. Bapa menceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Abang murad  rasa terkejut. “Saya berada di kampung buang sayang tadi pak kempen dan menyampaikan ucapan” suara abang murad kedengaran bercakap.
Aku pula terus menuju ke ruang dapur menyediakan minuman untuk tetamu yang sedang berada dirumah. Bukan itu saja hal-hal yang berlaku, malah surat-surat layang berbaur fitnah juga sering abang Murad terima.  Tidak diketahui siapa pelakunya.
Kadang-kadang terasa pahit menerima fitnah-fitnah sebegitu, namun bapa juga yang sering menginggatkan agar terus bersabar menghadapinya. “Dalam dunia politik inilah antara cabaran yang dilalui.” Kata-kata peransang dan semangat  memberi kekuatan pada abang Murad dan seisi keluarga.
Sebaik keputusan pilihan raya di umumkan dikaca televesyen menyatakan abang Murad  memenangi pilihan raya adun dikawasan kami,  sorakan gemuruh para penyokong yang berada dirumah kami sejak petang tadi menggamatkan suasana.  Segala keletihan kempen pilihan raya selama seminggu itu rasanya seperti angin lalu tanpa kesan.  

Aku perhatikan  wajah bapa begitu tenang dan bersahaja sambil mengucap syukur. Aku pasti bapalah insan paling gembira kerana pengorbanannya menyokong keputusan yang telah diambil oleh abang Murad masa lalu tidak sia-sia.  

Waktu begitu pantas beredar sedar tak sedar abang Murad telah tiga tahun bergelar wakil rakyat didaerah kami.  Abang Murad bertambah sibuk dengan aktiviti politiknya, aku semakin jarang berkesempatan berbual panjang dengan abang Murad.

Keakrabanku pada abang Murad  lewat masa lalu sebelum dia bergelar wakil rakyat kekadang menggamit rinduku untuk berbual lama-lama, namun keadaan sering tidak mengizinkan berbuat demikian. Aku akur dan memahami keadaan abang Murad. Dia milik masyarakat sebahagian kehidupannya kini dipenuhi jadual yang sangat padat.

Melihat keadaan abang Murad yang semakin sibuk dengan program-program bersama rakyat, tidak mengenal penat lelah membuatkan aku berasa simpati namun kata abang Murad perjuangan ini tiada penghujung, “ Buat yang terbaik selagi hayat masih ada” Kata-kata abang Murad itu menjadi inspirasiku berusaha sebaik mungkin menyumbang bakti kepada masyarakat sebagai seorang pegawai kerajaan.

TAMAT.

Tuesday, 20 October 2015

Kak Long Sentiasa di hatiku

Sudah lama aku ingin menulis tentang perjalanan hidup  kak Long, namun asyik tergendala saja,  dialah kakak sulung kami tujuh beradik aku yang ke tujuh. Tahun ini umur kak long menjangkau 65 tahun. dah masuk dalam golongan warga emas.

Beberapa bulan lalu kak long telah dimasukkan ke Hospital SMC kota kinabalu kerana menjalani pembedahan jantung. Sempat melawatnya hanya sekali namun tidak lama kerana kak long masih dalam keadaan tidak sedarkan diri saat itu. Kabarnya kak long telah pun keluar dari hospital telah kembali ke rumahnya. kak long beransur sembuh Alhamdulillah. belum sempat menziarah kak long semoga dia cepat sembuh dan sehat-sehat saja.

Jarang sekali bertemu kak long kerana tuntutan tugas dan kekangan masa kadang-kadang tidak mengizinkan..lagi pula kami tinggal berjauhan. Rasa rindu juga pada kak long bila terlalu lama tidak bertemu. Bila teringat kak long, buat aku terkenang kedua arwah orang tua kami, ketika mereka sakit kak longlah yang selalu menawar diri menjaga mereka, meskipun kak long sibuk dengan perniagaan restorannya.. Kak long tetap meluangkan masa berusaha sedaya agar dialah yang menjaga orang tua kami ketika terlantar dirumah sakit. Sungguh banyak pengorbanan kak long berbanding aku. Kak long pasti merasa tenang kerana banyak berbakti kepada kedua orang tua saat hayat mereka masih ada.

Walaupun kak long mulutnya leazer namun hakikat hatinya baik tidak pernah berdendam, sikapnya yang suka berterus-terang itu kadang-kadang buat  telinga rasa menderu namun itulah sikap kak long semua keluarga faham sekuman tidak membekas dihati kerana apa yang dia perkatakan itu berasas.

Kehidupan masa lalu kak long terlalu banyak onak namun berkat sabar kak long, dia berjaya merentasi kepayahan itu . Walau tidak terlalu mewah kehidupan kak long namun sentiasa murah rezki. Kini kehidupan kak long tidak lagi sepayah dulu, kak long pasti rasa bahagia di kelilingi anak-anak yang sentiasa menggambil berat tentang dirinya, lebih-lebih lagi bila dia sakit, sikap anak-anak kak long, seperti sikapnya juga, bila orang tua sakit, ributlah anak-anaknya menjaga kak long.

Rumah kak Long tempat kami selalu berkumpul bila ada perkara berkaitan hal-hal keluarga di bincangkan, kak Long ramai anak-anak dan menantu serta cucu-cucu yang telah dewasa banyak membantu kak long disaat kak long memerlukan.
Demikianlah serba sedikit tentang kisah kak longku.

Ketika aku dirundung resah kak longlah juga tempat aku meluah segala resah ini. Antara aku dan kak long tiada sempadan rahsia, segalanya kak long tahu tentang aku...moga kak long sentiasa baik2 saja.




Monday, 15 June 2015

ALAM SEMAKIN BERDUKA



Sempena musibah melanda Sabah ketika ini, (Gempa Bumi yang berlaku didaerah Kundasang Ranau mengakibatkan kehilangan nyawa akibat runtuhan batu-batu digunung kinabalu) saya tulis bait-bait lagu ini, dendangan penyanyi tersohor Ebit untuk ingatan buat diri sendiri dan insan lain, kerana dalam lagu ini ada terkait dengan apa yang berlaku, perbuatan manusia ada kalanya bisa mengundang murka bukan saja kepada alam tetapi kepada sang pencipta.  Saya tertarik dengan bait-bait lagu ini kerana begitu puitis dan penuh makna .

BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku tergoncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering
rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapa Ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali disana ada jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya
Pada rumput yang bergoyang

Penyanyi: Ebit

Thursday, 14 May 2015

MENAHAN SABAR BAGAI MELETAK BARA DI HATI

Melayari kehidupan sebagai MANUSIA bukan semudah menternak Biri-biri, apa lagi jika bersama manusia-manusia yang bersikap sering berubah-rubah tidak konsisten dalam pendirian, sekejap kata itu, sekejap kata ini, bisa jadi gila andai sudah kehilangan sabar.


Terkadang keluhan tercetus tanpa dapat ditahan-tahan, itu tandanya melepas satu luahan emosi yang hanya empunya diri tahu apa sebenarnya yang terselit dan terpendam di benak sanubari, bukan mengeluh kerana tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan tetapi keluhan ketidakpuasan hati dalam pelbagai perkara.

Andai diri seperti batu yang tidak punya rasa, andai diri seperti tunggul yang tidak bernyawa tentu saja tak merasai apa-apa kesakitan, kau sepaklah sepuas hatimu, kau ketuklah sampai kau puas sedikit pun tidak akan merasai sejuta kesakitan. Mungkin hanya mampu membisu, mungkin hanya mampu tersenyum; Namun kerana hati ini punya rasa tentu saja merasai segala kepedihan itu. Kepedihan yang terlalu dalam hingga sampai ketulang sum-sum. Terlalu sakit menahan sabar, bagai meletak bara di hati;

Ya aku akur bahawa dalam dunia ini tiada perkara yang sangat sempurna melainkan TUHAN. Hanya aku bimbang jika suatu masa nanti aku sudah kehilangan sabar. SIKSANYA MENAHAN SABAR. BAGAI MELETAK BARA DIHATI.

"DUNIA DAN KEHIDUPAN INI HANYA PINJAM-PINJAMAN"

Saturday, 7 March 2015

Bajet 2015: Tanda Harga Khas Untuk Barangan Pengecualian GST

Government and Services Tax (GST) | Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)

Setiap barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu diletakkan tanda harga khas supaya pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan memahami hak kepenggunaan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, cadangan itu merupakan salah satu mekanisme yang boleh membantu memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pelaksanaan GST.

Katanya, banyak barang yang dijual di pasaran dan pengguna tidak dapat menentukan sama ada setiap barangan itu dikenakan GST atau tidak.

“Pengguna seharusnya diberi kefahaman dengan cara lebih mudah seperti penggunaan tanda harga khas bagi barangan yang tidak dikenakan GST.

“Sebagai contoh, jika barangan yang dikenakan GST mungkin guna tanda harga warna putih, barangan yang dikecualikan cukai itu perlu tanda harga berbeza warna merah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat.

Pelaksaanan GST akan berkuat kuasa pada April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan menerusi pembentangan Bajet 2014, Kerajaan telah mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.

Menerusi Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, Kerajaan telah memperluaskan skop barangan yang tidak dikenakan GST.

Mohd Yusof berkata, perbezaan tanda harga bukan sahaja menjadi petunjuk mengenai barangan yang dikecualikan GST malah membantu menentukan hak pengguna.

“Jika ada perbezaan tanda harga, pengguna dapat mengetahui mengenai pengiraan cukai baharu itu (GST). Jadi, sekiranya terdapat perubahan atau perbezaan harga, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat tuntutan atau aduan.

“Kita tidak mahu ada peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan mengaut lebih keuntungan dengan pelaksanaan GST,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan seharusnya memberi kemudahan kepada rakyat terutama pengguna dengan menyediakan senarai barangan yang dikecualikan GST secara terperinci.

“Bukan semua tahu pengguna faham apakah barangan yang dikecualikan oleh GST. Oleh itu, Kerajaan perlu menyatakannya secara terperinci supaya mereka faham.

“Kaedah ini boleh dilakukan dengan meletakkan panduan pengguna di premis-premis perniagaan seperti pasar raya atau boleh dimuat turut dari Internet,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, satu mekanisme baharu turut dicadangkan sebagai saluran lebih mudah kepada pengguna untuk membuat aduan berkaitan GST.

“Selain tanda harga khas dan senarai barangan lebih terperinci, pengguna juga perlu mengetahui saluran untuk membuat aduan khusus dengan pelaksanaan GST nanti,” katanya.

Pada Bajet 2015, antara penambahan barang yang tidak dikenakan GST ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti puti dan roti tepung gandum penuh, serbuk kopi dan teh, mi kuning, laksa dan bihun.

Ini termasuk ubat-ubatan penting yang meliputi hampir 2,900 jenama bagi kegunaan 30 jenis penyakit, bahan bacaan dan surat khabar.

Menerusi Bajet 2015 juga Kerajaan akan mengeluarkan ‘panduan pembeli’ bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
Kongsi Artikel Ini:

Saturday, 28 February 2015

GROUP EBHRM OUM


Kesempatan bergambar bersama Pengarah OUM Sabah Prof En. Lamjin Atoh
Sebahagian dari group EBHRM Oum Keningau bergambar kenangan bersama Prof Madya Rosli pengarah IPD Oum Malaysia dan Pengarah OUM Sabah Prof Madya En. Lamjin Atoh. Kunjungan ini bertujuan bertemu kami di samping menyampaikan taklimat berkenaan dengn perkembangan pengajian yang kami ikuti.

Pengurus bahagian IPD sabah telah di ambil alih oleh Prof Madya En. Rosly ekoran pengurus merangkap pensyarah kami En. Vivikanand telah meninggal dunia dua minggu lalu. Pemergian beliau sungguh mengejutkan pihak kami kerana sepatutnya tiga hari sebelum kami memulakan kelas bagi tahun 2015 beliau di kabarkan jatuh sakit dan di masukkan ke hospital Kuala Lumpur, tiga hari berada di hospital beliau di sahkan meninggal dunia.

Sepatutnya pengajian kami akan berakhir pada pertengahan tahun ini, namun terpaksa di tamatkan pada penghujung tahun ini kerana banyak perkara yang perlu di selesaikan. Dugaan sentiasa ada dalam apa juga perkara, yang penting pengajian ini berjalan lancar.




Sunday, 22 February 2015

Program Pembangunan Wanita dan Keluarga 1 Malaysia Parlimen Keningau

Barisan AJK wanita
Ajk Puteri UMNO
Ajk Pemuda
Ketua-ketua Wanita Umno cawangan turut hadir serta menerima sumbangan daripada pergerakan wanita, sumbangan berupa peralatan dapur.
Antara kegiatan yang di lakukan oleh pergerakan Wanita UMNO Parlimen Keningau. Wanita sememangnya terlalu padat dengan acara kemasyarakatan tetapi sebahagian acara tidak sempat di tulis dalam blog ini. 

Menghadiri Majlis Perkahwinan Tahun 2015

Cenderahati daripada pengantin
kueh tradisional tidak di lupakan, telah menjadi amalan dalam setiap majlis untuk di berikan kepada setiap tetamu saat meninggalkan majlis

Kebun Sayur menguja pandangan bersebelahan dengan kediaman pengantin
sempat mengambil post berlatar belakangkan kebun sayur bersama puteriku Azalea
 majlis baru bermula saat ketibaan kami,
para tetamu sedang menikmati jamuan sambil menanti ketibaan kedua mempelai.
Di tahun 2015,  inilah majlis perkahwinan pertama yang sempat dihadiri di Kg. Banjar Keningau, bukannya tiada undangan majlis kahwin yang diterima selain majlis ini tetapi tiada kesempatan untuk hadir kerana kesibukan kerja dan kometman lain.

Kebetulan hari ini tidak berurusan di mana-mana, berkesempatanlah menghadiri majlis ini sambil menghirup udara ditempat lain. Sayangnya gambar pengantin tidak sempat dirakam. Apa pun saya menggambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai semoga bahagia hingga akhir hayat.

Sunday, 8 February 2015

DAMAI JIWA HALAMAN INDAH

Antara yang menarik menggamit jiwa
Pokok-pokok yang menghijau dan bunga-bungaan yang pelbagai warna menjadi penyeri keindahan halaman rumah. Ianya memberikan susana yang indah, segar dan membawa ketenangan hati dan minda
Rumah merupakan tempat tinggal dan anda disini setiap hari, pasti anda mahukan suasana yang nyaman dan menarik untuk tatapan anda setiap kali anda pulang dari kerja. Segala kepenatan dan tekanan akan bertukar menjadi kelegaan tatkala melihat halaman yang bersih dengan pepohon subur menghijau dan bunga-bungaan mekar berwarna-warni.
Ceriakan halaman rumah anda agar ianya tidak membosankan. Nikmati keindahan taman-taman bunga yang indah menghiasi halaman rumah. Ianya bukan sahaja mempersonakan pandangan mata tetapi mampu menjadi terapi hati dan minda agar terasa nyaman, segar dan tenang...
Keindahan Halaman Rumah
Tentu anda akan merasa nikmat dan keseronokan untuk berada sentiasa di rumah
andai halaman anda seperti ini.
Keindahan Halaman Rumah
Tidak perlukan percutian untuk menikmati keindahan, sekadar melangkah keluar dari rumah anda. 
Kehijauan dedaun dan warna-warni bunga-bungaan menyerikan taman halaman anda.

Keindahan Halaman Rumah
Pemandangan dan halaman yang indah pasti menjadi idaman setiap insan.
Keindahan Halaman Rumah
Pepohon merendang yang pelbagai warna sudah cukup membuatkan 
halaman rumah anda amat indah dan mengasyikkan.

Keindahan Halaman Rumah
Berehat diluar rumah sambil menikmati udara nyaman dan segar di samping bunga-bunga yang mekar.
Rehat yang cukup berkualiti hanya di halaman rumah.

Keindahan Halaman Rumah
Sungguh mendamaikan...itulah nikmat dari halaman rumah yang bersih dan terjaga keindahannya.

Keindahan Halaman Rumah
Hari minggu anda pasti akan sentiasa segar dan menenangkan. Halaman rumah yang indah pasti menarik tetamu untuk berkunjung dan menikmati keindahan dan ketenangan ini bersama anda.  

Keindahan Halaman Rumah
Tidak semestinya memerlukan kawasan yang luas untuk membuatkan halaman rumah anda indah dan menarik seperti taman bunga, cukup sekadar pokok bunga di dalam pasu sama ada di susun dan di gantung dengan teratur pasti akan menarik. Yang penting penjagaan pokok bunga agar sentiasa subur dan mekar disamping menjaga kebersihannya. 

Keindahan Halaman Rumah
Alangkah indah dan nyamannya berada di halaman rumah andai beginilah suasana di luar rumah anda. 

Keindahan Halaman Rumah
Tidak semestinya halaman rumah sahaja yang perlu anda jaga kecantikannya, belakang rumah anda juga perlu di jaga. Jagalah kebersihan dan hiasilah belakang rumah anda dengan pepohon dan bunga-bungaan agar tampak menyegarkan. Anda akan merasa lebih kedamaian dan ketenangan kerana di belakang rumah tiada banyak gangguan.

Keindahan Halaman Rumah
Pasti ada perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan sebuah taman yang indah dan menarik dihalaman rumah. Namun semua itu berbaloi apabila hasilnya akan memberikan anda kenikmatan ketenangan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya. 

Keindahan Halaman Rumah
Taman di halaman rumah yang indah pasti akan menarik minat sesiapa sahaja. 
Rumah anda akan lebih berseri dan menawan. 
Hiasilah halaman dan sekitar rumah anda dengan pepohon dan pokok-pokok bunga agar ianya menarik. Rumah anda...tempat dimana anda tinggal dan berehat, pasti anda mahukan suasana yang menarik dan nyaman diluar dan dalam. Nikmat menikmati keindahan halaman rumah yang mampu menenangkan dan mendamaikan jiwa dan minda anda. Oleh itu anda tidak perlu kemana-mana lagi, cukup sekadar berada di rumah... Itulah yang di namakan, Rumahku Syurgaku...

Sumber Blog Relex minda.

Saya post enteri ini dalam blog sambil menyulam impian agar segala anganan menjadi kenyataan di tahun 2015 ini.

Saya suka memerhati setiap kali berkunjung ke rumah sesiapa saja, kebanyakan masyarakat kita tidak begitu menitikberatkan perkara keindahan dan kebersihan halaman rumah, sungguh menyakitkan mata memandang, kediaman yang agak kotor dan berselerak.

Yang paling dahsyat tandas dalam rumah berbau, tidakkah keadaan ini mengundang rasa pening dan tidak selesa, melainkan mereka sememangnya telah sebati dengan keadaan demikian.

Sunday, 1 February 2015

Majlis Perpisahan Pengarah Kemas Sabah

Majlis perpisahan Tuan Zamri Mohammad Pengarah Kemas §abah telah di adakan di  Promenad Hotel Kota Kinabalu pada tarikh 1hb febuari 2015. Selama tiga tahun beliau menyumbang tenaganya di negeri Bawah Bayu ini bermula sejak tahun 2012.

Pada saya Tuan Zamri merupakan seorang pengarah yang amat disenangi mudah bergaul dengan semua orang, terutama kepada semua kakitangan bawahan, serta rajin turun ke kawasan memantau aktiviti kemas yang di laksanakan di seluruh pelusuk negeri bawah bayu. Meskipun beliau nampak tegas namun sebenarnya beliau seorang pegawai yang amat disenangi.

Demikianlah adat dunia pertemuan dan perpisahan pasti sentiasa akan berlaku, semoga tuan zamri akan terus cemerlang  dalam menjalankan tugasan ditempat baru ia itu di Pulau Mutiara. Segala jasa baik tuan zamri saat berada di bumi bayu ini akan kami kenang sampai bila-bila.

Serangkap Pantuan buat Tuan Pengarah,

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati

Friday, 16 January 2015

TINGGUR BULAWAN- Adi



                                  Arwah adik Sakril Sidik dalam kenangan

 Mencari-cari bahan untuk ditonton di ruangan you tube, terjumpa lagu-lagu dusun dendengan arwah adik Sakril Sidik mengamit jiwa saya ingin mendengar, sudah lama tidak mendengar suara emasnya berkumandang dicorong radio tempatan, lalu saya klik dan muatkan dalam blog ini. Inilah lagu-lagu yang membuat jiwa saya cukup terusik, mengajak jiwa mengenang arwah ini.

Bait-bait lagu yang di nyanyikan cukup menyentuh hati nurani buat air mata jatuh berderai, terkenang penderitaan adik sakril mengidap penyakit leukimia (sel darah putih berlebihan) sejak lahir, sering di tambah darah sehingga akhir hayatnya. Hanya lagu-lagu ini yang di tinggalkan menjadi kenang-kenangan buat semua insan-insan yang dekat dan mengenalinya.

Meskipun adik Sakril telah pergi meninggalkan alam fana ini sejak tahun 2009 namun namanya sentiasa terpahat dalam kenangan pada pengiat seni tanah air tempatan. Antara lagu-lagu yang sangat diminati ramai   " Timbok Tinggur Bulawan "  irama mendayu-dayu memukau pendengar. Semua lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya tidak membosankan untuk didengar.( kebanyakan lirik lagu arwah ini adalah hasil ciptaannya sendiri ) menurut rakannya.

Arwah adik Sakril Sidik berasal dari Kampung Bayangan Keningau.

Damailah engkau disana, Tuhan lebih menyayangimu.

Monday, 12 January 2015

Jangan 'Terjebak' Penipuan Jualan Langsung

Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna.

Kaedah perniagaannya jika dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ia diakui sebagai satu industri besar sehingga jumlah jualannya mampu mencecah berbilion ringgit.

Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melaporkan nilai perolehan yang dicatat bagi industri jualan langsung negara pada 2008 berjumlah RM5.6 bilion dengan RM3.15 bilion daripadanya disumbangkan oleh anggota DSAM yang terdiri daripada 55 buah syarikat multinasional dan tempatan.

Kejayaan ini disebabkan konsep jualan terus ini menjamin perkhidmatan dan penerangan yang sampai secara langsung kepada pengguna.

Penerangan dan maklumatnya yang jelas, turut memberi kepuasan kepada mereka. Antara produk popular menerusi aktiviti jualan langsung membabitkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan pil pelangsing.

Bagaimanapun, aktiviti jualan langsung kini dicemari oleh sikap segelintir pihak yang berusaha mengaut keuntungan dengan cara yang negatif. Sehingga timbul pandangan sinis dalam kalangan orang ramai terhadap perniagaan jualan langsung.

Daripada perniagaan berkonsepkan jualan terus kepada pengguna, ada pula segelintir syarikat jualan langsung yang menukar strategi pelan pemasaran mereka iaitu daripada kaedah jualan langsung kepada kaedah penajaan ahli.

Kaedah penajaan ahli ini lebih menitikberatkan kepada penajaan ahli baru oleh penaja dan lebih dikenali sebagai sistem Jualan Pelbagai Peringkat atau 'Multi Level Marketing' (MLM).

TANGGUNG HUTANG BANK KERANA MLM

Pelbagai cara digunakan penaja untuk menarik ramai ahli di bawahnya. Bagi yang kekurangan modal, mereka diminta membuat pinjaman bank.

Kaedah ini dinamakan front loading iaitu memaksa ahli atau pengedar membeli barangan atau servis terlebih dahulu dengan nilai yang tinggi.

Masalah timbul apabila ahli tidak mampu menjual produk berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian.

Bagi Mohd Shah Lamat, 23, hutang bank sejumlah RM23 ribu terpaksa ditanggungnya apabila mengambil keputusan tidak mahu meneruskan perniagaan itu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak mampu menaja ahli baru, tetapi berasa was-was dengan cara keuntungan yang diperoleh secara atas angin.

"Saya mula terfikir adakah rezeki tersebut halal apabila ia melibatkan keuntungan yang diperoleh atas cara menindas orang lain. Maksudnya 'downline' (ahli di bawah) saya menderita kerana terpaksa menanggung beban kewangan.

"Apa yang saya lakukan sekarang ialah hanya menjual produk yang sedia ada di dalam simpanan dan mendapat keuntungan atas jualan produk. Dan bukannya keuntungan atas penajaan ahli. Begitu jugalah yang saya nasihatkan kepada downline saya," jelas beliau yang setakat ini membayar hutang bank atas hasil jualan produk yang dibelinya.

Bagi beliau konsep jualan langsung tidak salah kerana ia membantu meningkatkan pendapatan.

"Tetapi biarlah menggunakan cara yang betul serta tidak menyusahkan orang lain. Saya terima jika ia benar-benar jualan langsung dan tidak membabitkan sebarang aktiviti yang berbentuk skim piramid," jelasnya yang pernah menyertai lima syarikat jualan langsug.


ANTARA JUALAN LANGSUNG DAN MLM

Dalam kalangan pengguna, masih ramai yang keliru di antara Jualan Langsung dan MLM sehingga menyebabkan ramai yang menganggap perniagaan MLM dan Jualan Langsung ialah satu bentuk perniagaan yang sama.

Akta Jualan Langsung 1993 menakrifkan jualan langsung sebagai jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan.

Bermaksud, ia tidak dijual atau dipamerkan di kompleks membeli-belah atau di kedai runcit, sebaliknya bergerak dengan melantik ejen-ejen yang telah dilatih. Ejen inilah yang akan memberi penerangan dan menjual produk syarikat.

Sementara MLM pula ialah satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian ahli baru dalam bentuk penajaan.

Contohnya setiap ahli dikehendaki mencari atau menaja beberapa ahli baru untuk diletakkan di bawahnya atau dipanggil downline.

Ada juga situasi melibatkan setiap ahli mencari beberapa individu untuk diajak menghadiri ceramah berkaitan produk yang dianjurkan syarikat dan jika mereka menyertai skim itu, secara automatik mereka akan menjadi downline kepada ahli berkenaan.

Sistem ini turut dikenali sebagai skim piramid yang mana idea asasnya ialah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda daripada orang lain, sebagai balasannya.

Kebanyakan skim ini mengambil peluang di atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang atau mencari keuntungan yang rumit.

Jika diperhatikan, skim piramid ini tidak mempunyai keuntungan akhir. Dengan kata lain, ia merupakan sistem berantai yang membolehkan individu terawal mendapat keuntungan daripada wang yang dilaburkan oleh ahli bawahan mereka.

Bagi mendapatkan wang, ahli perlu mencari lebih ramai orang bawahannya dan begitulah seterusnya. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barang dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal "peserta".


PILIH YANG TERBAIK

Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mewujudkan peraturan mengenai skim piramid di dalam Akta Jualan Langsung 1993 sangat bertepatan berikutan terdapat banyaknya aduan mengenai penipuan yang dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Jualan Langsung.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat syarikat yang menggunakan skim piramid secara sah dengan memberi keuntungan sama rata kepada ahlinya. Ciri yang membezakan kedua-dua konsep ini ialah wang bagi skim piramid sebahagian besarnya datang daripada peserta itu sendiri. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih banyak daripada pelabur terkemudian.

Bagi MLM yang sah, wang atau keuntungan datangnya daripada jualan barang atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim itu.

Paling utama, jika pengguna ingin melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung, pilihlah produk atau perniagaan yang sesuai. Pengguna perlu suka, selesa dan percaya dengan barangan yang dipilih bagi memudahkan mereka menjualnya kelak.

Pastikan juga anda memilih perniagaan yang mempunyai pelan pemasaran yang memberi ganjaran terhadap kerja iaitu jualan anda. Jangan sesekali memilih perniagaan jualan langsung yang bergantung hanya kepada kemasukan ahli baru kerana ia tidak akan bertahan lama.

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui atau membuat sebarang aduan mengenai Jualan Langsung, boleh menghubungi talian Hotline 1-300-888-255/1-300-888AJL atau layari laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my

Sumber- KPDN

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN JUALAN LANGSUNG.

Saturday, 10 January 2015

Meriah Majlis Rumah Terbuka Krismas 2014-2015 Parti Bersatu Sabah (PBS) Parlimen Keningau


Majlis rumah terbuka Krismas anjuran Parti Bersatu Sabah begitu meriah berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan hari ini 9hb Januari 2015. Ahli Parlimen Keningau YB Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan turut hadir sekaligus merasmikan program tersebut.

Rombongan daripada pergerakan wanita UMNO turut meceriahkan suasana dengan menyumbang beberapa buah lagu dan juga tarian dari kalangan AJK wanita kami. Terserlah kemeriahan majlis.

Hadirin bukan saja masyarakat setempat malah dari pelbagai daerah turut bersama dalam majlis ini,  perbezaan anutan agama, suku kaum dan budaya bukan satu halangan dalam meraihkan majlis rumah terbuka krismas ini. Di Sabah bukan sesuatu yang asing dalam menyambut apa juga jenis perayaan, seperti hari raya, tadau kaamatan dan majlis seumpama ini, lagi pula di kalangannya ada hubungan keluarga adik-beradik, sepupu- sepapat berlainan agama.

Inilah antara keistimewaan masyarakat sabah, untuk memupuk keharmonian hubungan masyarakatnya. Semoga keharmonian ini akan terus kekal terjalin di lingkaran masyarakat marhaen bukan saja di sabah tetapi di negara malaysia amnya.  Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang. Happy new year 2015.

Saturday, 3 January 2015

Produk Menguruskan Badan


 






KHASIAT DAN CARA PENGAMBILAN PHYTONATAL

PHYTONATAL BOLEH diamal oleh semua peringkat usia dari Kanak-kanak sehingga ke
Lanjut Usia mengikut dosej yang bersesuaian dan keadaan masing-masing tidak mengira Lelaki atau Perempuan, kahwin atau tidak dan Dalam Pantang Bersalin atau Selepas Berpantang.


Kanak-kanak yang Disyorkan Pengamalan PHYTO NATAL adalah:
Pengamalan mengikut keadaannya & Dosej perlu mengikut Sistem Kelawasannya. Kekerapan amalan terhad kepada Seminggu 1 - 3x shj.
  • Mengalami Banyak Angin
  • Kerap Loya & Muntah @ Perut Sensitif
  • Kerap Lenguh-lenguh Sendi & Tulang
  • Kerap mengalami masalah Selsema & BerKahak
  • Kerap Sakit Kepala atau Pening
  • Sering Sejuk-sejuk
  • Obesiti @ Gemuk
Lelaki & Perempuan Remaja, Dewasa & Lanjut Usia yang amat Disyorkan PHYTO NATAL adalah:
  • Untuk Menurunkan Berat Badan
  • Yang bermasalah Gemuk kerana Retensi Air & Angin @ Gemuk Angin
  • Yang bermasalah Gemuk akibat Gangguan atau Ketidakseimbangan Hormon
  • Obesiti
  • Yang bermasalah Senggugut
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang tidak lancar, sedikit atau terlalu singkat
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang terlalu lebat, tumpah darah atau berpanjangan
  • Bermasalah Sakit Puan
  • Bermasalah Sakit Tuan
  • Bermasalah Sejuk-sejuk, Lenguh atau Kebas Sendi & Tulang
  • Sakit Urat, Bengkak Urat & Sakit Otot
  • Bermasalah Sakit Pinggang
  • Selepas Kelahiran (Secara Lahir Normal dan Lahir Pembedahan @ Caesarian)
  • Selepas Keguguran
  • Bermasalah Penyakit Lumpuh (akibat Penyakit UratSaraf atau Angin Ahmar)
  • Bermasalah Usus yang Sensitif dan sebagainya yang berpuncakan daripada masalah Angin.
  • Bermasalah Angin Pasang @ Hernia

PhytoNatal boleh diamal pada bila-bila masa yang sesuai bagi anda tidak kira dalam pantang bersalin ataupun selepas berpantang dan juga sebagai amalan kesihatan anda (tidak kira kelahiran secara normal atau secara pembedahan).
Dosej Phyto Natal perlu mengikut kesesuaian dengan sistem kelawasan anda. Sila teliti di bawah ini:

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Lawas & Normal -
PHYTO NATAL 2 - 4 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Sensitif & Terlalu Lawas -
PHYTO NATAL 1 - 2 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Tidak Lawas & Sembelit -
PHYTO NATAL 5 - 10 tablet (sehari sekali)
Pengambilan lebih dari 5 tablet hanya dikhaskan untuk mereka yang mengalami sembelit yang berat/teruk dan juga dimasa yang sama turut mengalami masalah obesiti yang serius.

Nota: Jika dosej antara 5 - 10 tablet PHYTO NATAL tidak membantu sistem kelawasan anda, terasa sebu / perut kembung berangin / najis keluar tersekat-sekat, ini bermakna anda perlukan Herba Lawas khas untuk Sembelit iaitu PHYTO CLEANSE PLUS yang digabungkan dengan PHYTO NATAL dengan dos gabungan yang tidak terlalu tinggi (contoh: PLUS 2 tablet + NATAL 3 - 5 tablet).


PROGRAM MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA NR
Menurunkan Berat Badan bagi yang Bermasalah Ketidakseimbangan Hormon, Obesiti, Retensi Air @ Sembab Air, Sembab Angin dan Berlebihan Berat Badan atau Selepas Melahirkan (6 Bulan ke atas):Setiap Waktu Pagi, Tengahari, Petang & Malam
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA

 
Cara Penyediaan:
Rebus 2 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air sehingga mendidih, biarkan ia keluar warna teh sederhana pekat. Tuangkan ke dalam flask/thermos atau teko. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh penuh/paras Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah & sumber tenaga. Minum suam panas atau suam.
2 pkt boleh diulangi rebusan beberapa kali untuk beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.

Setiap Waktu Petang – Buat Pilihan Dosej yang Sesuai dengan Sistem Kelawasan anda:
Lawas Buang Air Besar @ Normal
PHYTO NATAL + PHYTOX
2 - 4 tablet             1 - 2 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar @ Sembelit
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTO NATAL
1 – 2 tablet                              3-5 tablet
Diselang-selikan dengan Keesokannya,
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTOX
1 – 2 tablet                            2 – 3 tablet
Ulangi cara yang diberi setiap hari atau selang-selikan.
Untuk Wanita BerHaid:

  • Teruskan amalan minuman AKAR HERBANIKA & PHYTO NATAL atau PHYTO CLEANSE PLUS atau gabungkan kedua-duanya sekali.
  • PHYTOX TIDAK BOLEH DIAMAL SEMASA HAID!
RAWATAN LUARAN SAMPINGAN UNTUK MENGEMPISKAN MASALAH PERUT BUNCIT, BESAR, LEMBIK ATAU MENGGELEBER.

Setiap waktu pagi & malam-

  • Sapu rata 1 sudu besar paras KRIM SYIFA ke bahagian atas perut, perut, pinggang, pinggul & peha sehingga krim meresapi liangan kulit anda.
  • Gunakan seluar atau pakaian dalam khas (girdle) atau pakaian yang membantu membakar lemak yang ada di pasaran sekarang untuk mempercepatkan proses kelangsingan tubuh badan. Waktu petang, mandi atau bersihkan. Kesat kering.
  • Waktu Petang atau Malam:-Sapu MINYAK HERBANIKA ke seluruhan bahagian perut termasuk payudara (jika mahu) sehingga meresapi liangan kulit anda kemudian, sapu 1 sudu besar paras KRIM SYIFA seperti di atas.
    Gunakan pakaian yang dapat menyokong bahagian perut anda agar kempis dan tidak terbiar tanpa sokongan. Biarkan sehingga waktu malam.
Kepada yang berkahwin, jika suami tidak gemarkan bau 'minyak' pastikan anda bersihkan semula dan hanya gunakan sapuan Krim Syifa' sahaja!
Semasa Mandi
Gunakan SABUN DHIA (bahagian skrab) untuk ke seluruh badan dan gosokkan ke bahagian selulit / lemak berlebihan. Bilas mandi seperti biasa. Boleh gunakan Krim di atas!

NASIHAT: Baca Dengan Teliti!
  • Dalam perubatan untuk mengimbangi semula Hormon anda, pastikan anda kurangkan atau berpantang pengambilan Ayam & Daging. Jika mahu, boleh makan secara minima iaitu ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak (very lean meat).
  • Mengikut secara perubatan Tradisional ataupun Moden, untuk mendapatkan kesan yang baik, anda tidak dibenarkan mengambil apapun jenis daging kecuali Ikan.
  • Kurangkan pengambilan Nasi & jenis Mee atau Pasta, ambil dalam kuantiti yang kecil, lebihkan pengambilan atau ratah Ikan yang besar dimasak stim, sayuran sebagai salad ala kerabu (Malaysian tastes) atau jenis Salada ala'Barat (ikut selera anda), amalan jenis Sup ala Tomyam, Sup Sayur, Sup Bebola Ikan, Sup ala'India berherba, Kari /Gulai Tanpa Santan, Jenis Roti Tosei & Chapati (sekeping, maksimum), Lebihkan stim, rebus & tanpa minyak atau bergoreng (minimumkan). Cadangan yang diberi adalah secara 'ringkas', anda boleh dapatkan khidmat nasihat yang terperinci dari 'Dietician' di Hospital Swasta atau dapatkan dari buku-buku Nasihat tentang khasiat pemakanan seimbang yang dapat membantu menurunkan berat badan.
Anda perlu bersabar & kuatkan semangat dalam menjalani program melangsingkan tubuh badan anda kerana dalam jangkamasa 2 bulan yang anda amalkan Herba-herba ini, ia berkemungkinan banyak menumpukan tugasan mengeluarkan najis-najis bercampur toksik, angin berlebihan, angin lendiran, membersihkan darah, memperbaiki keadaan dalaman sistem rahim anda, memperlancarkan keluaran darah haid semasa haid, memperbaiki sistem dalaman seperti keadaan hormon anda -

Untuk Wanita Yang BerKahwin & Tidak Berkahwin Berusia 35 Tahun ke Atas:-Kami juga amat mengesyorkan kaum wanita supaya mengamalkan Madu Nona Harmonis untuk memelihara keseimbangan hormon dalaman anda dalam membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Apabila anda bersedia dengan penuh dedikasi & komitmen, tambahan MADU NONA HARMONIS amat digalakkan pengambilannya 1 sudu teh paras setiap waktu pagi KECUALI semasa  5 hari pertama haid ataupun diambil selangseli sebagai amalan kesihatan kewanitaan.
Dengan herba NR, selain daripada dapat memelihara penurunan berat badan, ia juga menjaga dalaman anda agar seimbang, bersih, segar dan rapi kewanitaan. Ia juga memelihara kemantapan kulit badan agar tidak lembik atau menggeleber. 


Sumber Blog Nona Roguy

Selamat Tahun Baru 2015

 
Tanpa sedar kita telah berada dilembaran tahun baru, begitu pantas detik berlalu, setiap kenangan yang terpatri dalam sejarah tahun2014 menimpa negara kita tidak akan terluput dalam ingatan seluruh rakyat malaysia, kehilangan pesawat MH 370 dan MH 17 tragedi paling berperstij tinggi dalam sejarah negara.   Meskipun mungkin kita bukan di kalangan ahli keluarga yang terlibat namun kepiluan tetap terpahat dalam benak setiap insan yang ada hati dan perasaan.

Apa pun keadaan yang berlaku baik suka mahupun duka kita pasrah akur bahawa semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan qada dan qadar yang tidak boleh kita nafikan. Walau ada yang cuba menafikan bahawa itu semua adalah di sebabkan kesalahan manusia lain, apa pun alasan yang di persoalkan tetap juga tidak akan mengembalikan keadaan seperti sedia kala, yang wajar kita lakukan sabar dan tabah melalui setiap dugaan.

Setiap yang berlaku itu hikmahnya tetap ada, justeru itu marilah sama-sama sentiasa panjatkan usaha serta doa semoga kehidupan kita pada hari-hari mendatang ini akan lebih baik daripada waktu-waktu yang telah berlalu.  Kita bersyukur kerana masih diberi hayat menikmati kehidupan ini, masih bersama insan-insan yang kita kasihi dan semua yang kita miliki. Lebih indah Allah masih memberi kita peluang beribadat  serta melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidup ini, melainkan tiada keinsafan langsung ke arah kebaikan yang rugi adalah diri sendiri. Wallahualam.

SELAMAT TAHUN BARU 2015