CERPEN 1: SANGAI-SANGAI
Oleh; Haini Karno
Kokokan ayam hutan yang bertingkah-tingkah, sayup-sayup di kejauhan,
mengejutkan Karno dari lenanya. Buat sedetik itu, Karno termangu seakan
menanti bunyi letupan bom seperti – tahun 1941 ketika perang dunia ke 2
meletus, tentera jepun mula mendarat dan bertempur dgn tentera British, pada 1
april 1941) Cahaya pelita minyak kelapa yang dipuput bayu subuh yang
menyelinap masuk melalui lubang dinding rumah yang diperbuat daripada buluh
itu, menari-nari di permukaan selaput matanya. cahaya pelita itu seperti cahaya
agama yg dihulurkan oleh Sharif Raden Winata berasal dari jawa kepadanya
dahulu.
Sebenarnya, walau tanpa kokokan ayam hutan itu pun, dia sudah biasa bangun
seawal subuh. Malah, lama sebelum kedatangan Jepun lagi. Cuma waktu itu karno
yang masih menggunakan nama Satur telah diambil bertugas sebagai anggota
tentera oleh pihak British yamg menjajah hingga ke daerah Tambunan, di tanah
Borneo, pada tahun 1941 ; Pihak British yang kekurangan tenaga pekerja,
menghendaki dia bangun seawal subuh saban hari untuk membantu menjaga keamanan
di setiap kampung di daerah Tambunan. Maka, saban hari jugalah satur
mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi kepentingan pihak british, sedangkan
gaji yang hanya lima ringgit sebulan.
`Tak berbaloi, sangat-sangat. Berbahaya! Pada bila-bila masa sahaja,
orang-orang jahat akan menyerbu datang dengan parang dan sumpitan mereka!’
getus Karno yang masih menggunakan nama Satur ketika itu, dlm hati. Malah, ayah
angkatnya yang juga mendisplinkan satur agar bangun seawal pagi itu pun, tidak
menggalakkan Satur terus bekerja dengan tentera british. Keadaan hidup yang
cukup susah dan gaji yang sedikit itu, akhirnya Satur mengambil keputusan untuk
melepaskan jawatannya. Karno menghela nafasnya perlahan seolah-olah melepaskan
satu perasaan yang membeban fikirannya.
Kini, karno yang terjaga dari tidur oleh kokokan ayam hutan tadi, bingkas
bangun menuju ke belakang dapur yang dalam proses pembinaan lalu mengambil air
sembahyang yang terdapat dalam sebiji tajau yang ditadahnya ketika hujan turun
pada tengah malam itu-. Sebaik selesai menunaikan solat subuh, seperti biasa
Karno duduk di beranda sulap sambil menantikan fajar terbit. Karno mengalaskan
perutnya dengan ubi rebus yang ditanaknya didalam belanga lewat subuh itu.
Karno memerhati suasana di halaman rumahnya yang berhampiran dengan sungai.
Mata fikirnya menerawak pada suasana di sekitar kampung yang masih hijau dan
belum bernama itu.
Setelah fajar merendah sayap dan alam pun benderang, Karno
meninggalkan sulapnya dengan membawa Tangga diperbuat daripada bahan bambu yang
telah dikerat panjangnya lebih kurang setengah hasta tempat mengisi air
menuju ke sungai yang terletak di sebelah arah matahari terbit itu. Keadaan tanah
yang agak curam dan becak, sehingga dia terpaksa mengatur langkah kakinya yang
acap kali tenggelam dlm lumpur, dengan berhati-hati karno terus melangkah ke
tebing sungai yang menjadi sumber penghidupan masyarakat tempatan dan diri
karno sendiri, sejak dia berhijrah ke kampung terpencil itu bersama lima orang
sahabatnya lagi.
Mendadak, fikiran Karno menerawang ke arah peristiwa beberapa hari
lalu ketika dia cuba menyampaikan dakwahnya kepada sebuah keluarga yang baru
saja tiba di kampung itu, menumpang sementara disulap sahabatnya yang
tinggal tidak jauh dari kediaman Karno. “Pak cik agama Islam adalah agama
perpaduan, agama ini mengajak kita menyembah Tuhan Yang Satu dan tiada Tuhan
yang lain, melainkan Allah, dan… ”Belum sempat Karno menghabiskan kata-katanya,
tiba-tiba satu penumbuk hinggap di pipi kirinya. Tumbukan yang agak kuat itu
serta-merta menyebabkan Karno hilang imbangan tubuh lalu jatuh di atas tanah.
“Hei, budak! Jangan kau memandai-mandai mengubah fahaman kepercayaan kami,
kami masih setia dengan fahaman kepercayaan nenek moyang kami!” Lelaki tua itu
yang menyembah pokok Ara dipinggir kampung itu, menengking marah.
Karno bingkas bangun lalu terus beredar pergi meninggalkan orang tua itu
yang masih diamuk kemarahan. Kiranya, dia menunggu orang tua itu ia akan hanya
menambahkan kemarahannya. Apa lagi anak lelaki orang tua itu cuba memukul
karno dengan sebatang kayu dengan mukanya yang bagai harimau kelaparan.
Bimbang juga jika terjadi perkara yang tidak diingini ke atas dirinya kelak.
Dia terus bersabar dan dalam hatinya terus berdoa agar jiwa orang tua itu
diberi hidayah. Meski pun usia Karno baru mencecah 16 tahun, namun dia yakin
amat bahawa kekuatan jiwa dan mentalnya sukar digugat. Masih tersimpan kemas
Nasihat pak gurunya Mandur Sharif Raden Winata berasal dari jawa di benaknya.
Didikan tuan guru Mandur Sharif kepadanya menjadikan dia seorang yang matang
dan tabah menghadapi setiap dugaan yang dilaluinya –“Bapak tua walaupun dugaan
ini perit, aku akan teruskan walau hayatku berakhir dihujung pedang, demi agama
islam aku akan terus berjuang” hati kecilnya berbisik perlahan. Ketika Karno
menundukkan mukanya ke arah permukaan sungai, dia tersenyum tiba-tiba. Dia
dapat melihat akan wajahnya bermata sepet, hidung pesek, berkulit putih dengan
rambut lurus dengan usianya 16 tahun itu, dengan begitu jelas sekali seperti
dia memandang sebuah cermin. Air sungai yang jernih itu mengalir perlahan
menghanyutkan daya fikir Karno ke daerah kenangan yang paling menggetirkan,
saat dia berusia enam tahun, di Kampung Madsango Tambunan.
“Satur esok ikut bapa ke hutan menggambil rotan, bapa mau buat tali untuk
mengikat kayu untuk dibuat titi,”ujar ayahnya, suatu hari dahulu,
Satur hanya menganguk tanpa membantah. Pada petang itu kedua ibu dan ayahnya
telah memenuhi) jemputan moginakan {kenduri kesyukuran) kelahiran anak pak cik
Satur dirumah mereka yang hanya lima kilometer jaraknya terletak di
seberang sungai di kampung Kumawanan Tambunan , . Satur pula tinggal dirumah
seorang diri kerana dia tahu untuk pergi ke rumah pak ciknya itu terpaksa
menyeberang sungai Madsango yang berarus deras.
Ketika kedua ibubapanya balik kerumah setelah majlis moginakan selesai
dirumah pakciknya mereka tidak sedar sungai yang mereka seberangi itu tiba-tiba
saja mengalir teramat deras. Sungguh tidak dapat dijangka bahawa sungai itulah
yang mengorbankan nyawa kedua ibu dan ayahnya. Puas orang kampung berusaha
mencari mayat kedua ibu dan ayahnya, namun tidak ditemui. Sejak
itu satur menjadi anak yatim piatu dan
telah dipelihara oleh ketua kampung madsangoh.
Kini, hembusan angin dari arah Banjaran Crocker, menyentuh kulit buat Karno
yang hanya memakai baju getah dan berseluar pendik itu menggigil kedinginan.
Pohon-pohon dan tumbuhan masih kekal seperti seadanya kerana belum diteroka itu,
menyebabkan permukaan tanah agak lembab dan licin. Keriuhan suara burung yang
berkicau di pohonan menenggelamkan kesunyian, begitu menghiburkan. Bukan
sebaliknya seperti keriuhan orang ramai apabila jepun datang pada tahun 1941,
ketenteraman penduduk kampung madsango menjadi kacau bilau kerana ketakutan,
sedang satur ketika itu dalam usianya 12 tahun terpaksa bersembunyi didalam
hutan bersama penduduk kampung.
1 april 1941 berapa tahun yg
lalu, Satur dan seluruh penduduk kampung madsangoh bagaikan diserang gerudah,
terpekik terlolong berlarian bersembunyi kedalam hutan kerana ketakutan dengan
keganasan tentera jepun. Bom meletup disana-sini.
Malang sungguh. Pencerobohan tentera Jepun tidak tamat di tanah Borneo pada
tahun 1945, bahkan masih terus berperang dengan tentera British dan rakyat
tempatan turut menjadi korbannya. Keadaan di kampung selalu menjadi huru hara
apabila penduduk kampung sering saja diganggu oleh tentera jepun. Ramai orang
kampung lari meninggalkan kampung halaman kerana tidak tahan dengan kekejaman
tentera Jepun, malah ada yang dihukum bunuh kerana disyaki menyokong perjuangan
pihak tentera British. Mujurlah tentera british tidak sekejam tentera Jepun.
“Lebih baik aku mengikuti kawan-kawanku merantau mencari kerja ditempat lain,” bisik
hatinya ketika dia mendengar perbualan beberapa orang kampung yang akan
meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan. Khabarnya beberapa orang
kampung akan ke Daerah Manggatal kerana ada tawaran kerja sebagai penoreh getah
disebuah estet peninggalan kerajaan british. Lalu, Satur juga menggambil
keputusan untuk turut merantau bersama-sama mereka.
`Tambahan pula, tiada lagi yang perlu kufikirkan di kampung halaman ini,
bukan?’ Getus hatinya. Berjalan kaki menuju ke daerah Mangatal yang perjalanannya
sejauh 100 batu kerana tiada keenderaan pada ketika itu, amat menggetirkan.
Walaupun mereka terpaksa meredah hutan belantara, menyeberangi sungai berarus
deras dan bersarang dengan buaya, mendaki bukit bukau dan lembah yang dalam
yang penuh dengan haiwan buas, sedikit tidak mematahkan semangat Satur
meneruskan cita-citanya.
Perjalanan menuju ke daerah
mangatal memakan masa selama tiga hari dua malam. Tubuh kecil Satur sesekali
terhoyong-hayang kerana barangan keperluan dalam baraitnya seperti beras dan
beberapa helai pakaian, terasa cukup berat dan melelahkan.
sewaktu melalui denai yang diliputi semak belukar yang tebal, Satur terus
menguatkan semangatnya tanpa sedikit rasa takut atau gerun. Lagipun, suasana
hutan tebal sebegitu telah banyak dilaluinya bersama ayahnya dahulu dan
bukanlah menjadi masalah kepada satur. Kemudiannya, setelah berjalan selama
tiga hari dan dua malam berturut-turut akhirnya Satur dan beberapa orang dewasa
dari kampung Madsango , tiba di daerah Manggatal. Mereka segera menuju ke
Estate Lobou, ladang getah beratus ekar milik kerajaan british, yang
ditinggalkan saat kedatangan tentera jepun ke tanah borneo pada pertama
kalinya.
Mereka telah disambut baik oleh seorang mandur bernama Sharif Raden Winata
berasal dari jawa. - “Saya sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke
estet ini kerana kebetulan estet ini kekurangan pekerja dan saya amat gembira
serta meluluskan permohonan tuan-tuan semua, mulai esok bolehlah tuan-tuan
memulakan kerja masing-masing”. Kata Mandur Sharif sambil bersalaman dengan
rombongan seramai lima belas orang itu termasuk Satur yang paling muda
dikalangan mereka. “Terima kasih bapa kerana menerima kami bekerja disini” kata
Satur dengan penuh homat sambil menghulur tangannya dan mencium tangan Mandur
Sharif ketua estet Lobou itu.
“Nama anak ini siapa?” Tanya Mandur Sharif,
“Satur, pak” jawab satur, penuh hormat
“Anak mau kerja disini ya?” soal mandur sharip lagi.
“Ya pak, saya mau kerja sebagai penoreh getah,” Satur menjawab dengan
menunjukkan kesunguhan pada riak wajahnya.
“Baiklah nak, ibu dan bapak anak ni bagaimana setujukah bekerja disini?”
“Saya anak yatim pak, kedua orang tua saya telah lama meninggal dunia,”
jelas Satur, kesayuan. Satur lalu menundukkan mukanya.
“Baiklah, jika begitu bolehkah anak ini menjadi anak angkat bapa, kerana
kebetulan bapa ini tidak punya anak?” Pertanyaan Mandur Sharif membuat hati
Satur tersentuh kegembiraan. Ternyata, sikapnya yang matang itulah
rupanya yang amat disenangi oleh mandur sharif.
Semua pekerjaan dilakukannya seperti orang dewasa lakunya. Pada suatu malam,
Satur tiba-tiba mendapati Mandur Sharif tiada di rumahnya. Satur tidak
diberitau akan ke mana Mandur Sharif pergi segera mendapatkan ibu angkatnya,
iaitu isteri kepada Mandur Sharif.
“Ibu, di mana bapa Mandur Sharif, dari petang kemarin dan sehingga pagi ini
saya tidak nampak dia dirumah ini?” tanya Satur, perlahan
“Oh, beliau pergi ke hujung kampung nak Satur, beliau mengajar budak-budak
bersilat,” jawab ibu angkatnya,
`Bersilat?’ getus Satur dalam hati. Dia termenung sejenak, memikirkan
tentang mengapa dia tidak pernah tahu sama sekali bahawa di estet Lobou
itu terdapat aktiviti belajar silat yang gurunya adalah bapa angkatnya
sendiri. Sungguh satur tidak mengerti mengapa Mandur Sharif tidak pernah
memberitahunya tentang hal ini.
“Anakku Satur, adakah kamu berminat untuk memeluk agama islam? Sekiranya
kamu berminat kamu kena ikhlas dan reda kerana dalam memilih agama Islam ini
tiada paksaan,” ujar Mandur Sharif, suatu hari kemudiannya.
Satur tidak dapat menjawab pertanyaan bapa Mandur Sharif pada saat itu. Dia
hanya diam. Malam itu Satur tidak dapat melelapkan matanya kerana asyik
teringatkan kata-kata Mandur Sharif. Di suatu subuh yang bening selepas mandur
sharif selesai mengerjakan solat subuh, Satur sudah tidak sabar lagi mahu
menyuarakan hasratnya. Dengan dada yang berkobar-kobar, Satur menghampiri bapa
angkatnya. . “Pak saya telah berfikir semalaman saya ingin memeluk agama Islam
pada hari ini juga,” Suara satur kedengaran lembut dan tegas. Dengan lafaz dua
kalimah syahadah yang diajar oleh bapa angkatnya, Satur sah memeluk agama
islam.
“Dari hari ini bapa ingin menukar namamu dengan nama Karno, ya..” ujar
Mandur Sharif sambil mengusap-ngusap kepala Satur. “Terima kasih pak,” ucap
Satur sambil menghulurkan tangannya kepada Mandur Sharif dan menciumi tangan
bapa angkatnya itu. Serta-merta, dada Satur berasa begitu lapang dan tenang
sekali. Sejak itu Satur mula belajar ilmu-ilmu agama syariaat daripada Mandur
Sharif . Dia juga telah bersedia belajar ilmu tarekat iaitu ilmu kebatinan
tasauf. Kesungguhan Satur menekuni setiap apa yang dipelajarinya, menarik
perhatian Mandur Sharif. Keupayaan Satur cepat menangkap dan menghafal apa yang
diajar, membuatkan Mandur Sharif kekaguman.
Beberap lama kemudiannya tibalah waktunya bagi anak-anak murid Mandur Sharif
menamatkan pelajaran mereka. Mandur Sharif telah mengadakan ujian kepada setiap
anak muridnya dan terbukti dalam kalangan anak muridnya, Karno yang paling
cemerlang kerana lulus semuanya. Karno telah dihadiahkan oleh Mandur Sharif
dengan sebilah keris sebagai tanda penghargaan kepada anak murid yang berjaya.
malangnya, sama seperti di ladang-ladang lain, pokok-pokok getah di ladang
Lobou- kian hari merosot mengeluarkan hasilnya, Semuanya berpunca
daripada kemarau yang melanda selama setahun di daerah Mangatal. Ramai pekerja
berhenti kerana pihak estet tidak lagi dapat membayar gaji mereka, Karno juga
terpaksa berhenti kerja kerana tiada lagi pendapatan. Setelah karno berbincang
dengan beberapa orang rakannya mereka bersepakat utk berhijrah ke daerah
keningau setelah mendapat perkhabaran bahawa di Daerah Keningau terdapat sumber
pekerjaan yang sedang menunggu.
“Nak Karno, kau sudah habis fikir hendak ke daerah Keningau itu?” pertanyaan
Mandur Sharif disuatu petang ketika mereka sedang berbual dihalaman
rumah. Kesayuan terpapar pada wajah Mandur Sharif. “Ya nak apakah
kau tidak mahu tinggal terus disini bersama kami?” disusuli pertanyaan isteri
Mandur Sharif terlihat kesedihan terpapar pada wajahnya. Karno tunduk
memandang kebawah sambil menahan air matanya yang hampir menggalir. Lama dia
menjawab pertanyaan kedua ibubapa angkatnya itu. “Ya pak,ibu, saya akan
turut merantau bersama beberapa orang rakan ke daerah Keningau. Suara Karno kedengaran
sebak.
Sebelum Karno dan beberapa orang rakannya meninggalkan estet Lobou mandur
sharif telah mengadakan kenduri doa selamat untuk murid-muridnya yang bakal
meninggalkan estet. Karno merasa sebak dan sayu kerana terpaksa berpisah dengan
Mandur Sharif, bapa angkatnya. Banyak kenangannya bersama orang tua itu. Mandur
Sharif telah berjaya mendidik jiwanya menjadi seorang manusia yang kuat
berpegang kepada ajaran islam.
Karno cuba menahan sebak saat bersalaman dan memeluk Mandur Sharif
namun ia gagal mengawal emosinya, air matanya menitis menuruni dikedua
belah pipinya. “Karno dan anak-anakku sekelian bapa harap kamu peganglah
agama kamu dengan sebaiknya, bersatulah kamu dan jangan pernah berpecah belah”
Nasihat Mandur Sharif masih terdengar-dengar di telinganya.
Tiba-tiba Sehelai daun tarap jatuh melayang di permukaan sungai. Karno
tersentak daripada lamunannya. Lantas Karno yang masih menatap bayangnya pada
permukaan sungai itu, bangun perlahan-lahan, setelah Tangga yang dibawanya telah
diisi dengan air. Dalam hatinya terus berkata-kata kampung ini akan aku namakan
sebagai kampung sangai-sangai yang bermaksud - Bayangan.
Setelah berbincang dengan beberapa sahabatnya perihal cadangan nama kampung
itu, akhirnya dipersetujui bahawa kampung itu perlu dinamai_ sebagai kampung
Sangai-sangai. Karno lalu pergi ke Pejabat Daerah Keningau untuk mendaftarkan
nama kampung itu yang telah dipersetujui oleh pihak pejabat daerah di keningau,
pada 1hb Julai 1945 Lama kelamaan, penduduk Kampung Sangai-sangai kian
bertambah namun kebanyakan mereka adalah berfahaman pagan.
Suatu hari, karno mendapat khabar tentang anak kepada orang tua yang pernah
menumbok pipinya ketika dia cuba berdakwah dahulu, tiba-tiba ditimpa penyakti
misteri yang agak tenat. Sedangkan tiada hospital yang berhampiran. Jalan
menuju ke Pekan Keningau belum ada, yang ada hanya sebatang jalan kecil bagi
kemudahan penduduk yang berurusan di Pekan Keningau dan mereka terpaksa
berjalan kaki untuk itu.
Tidak sampai hati, Karno segera menziarai anak orang tua itu tanpa merasa
dendam di hatinya. Mujurlah orang tua itu tidak lagi menunjukkan kemarahan
kepada karno lagi, malah karno disambut dengan baik.
“Pak cik tolong berikan saya segelas air saya akan cuba tawarkan penyakit
anak pakcik ini,” pinta Karno dengan selembut mungkin..
Tanpa membuang masa pak cik itu bergegas ke dapur dan kembali ke sisinya
dengan membawa segelas air bening. Gelas bersi air itu lalu diserahkan kepada
karno. Dengan ayat-ayat al quran yang pernah dipelajarinya daripada Mandur
Sharif dahulu, Karno membacakan air itu untuk dijadikan sebagai penawar
kesakitannya .Dia meminta pak cik itu memberikan anaknya memimum air yang
ditawarnya itu. Sebaik selesai urusannya, Karno terus pulang ke rumahnya.
Keesokan harinya di awal pagi lagi, ketika Karno sedang bersiap-siap ke Sungai
Sangai-sangai untuk mengangkat air, dia terkejut dengan kedatangan pak cik itu,
Pak cik itu lalu menyampaikan berita baik tentang anaknya telah beransur sembuh
kepada Karno.
`Syukur alhamdulillah pak cik, kesembuhannya itu adalah atas kehendak Allah
taalah jua,”kata Karno yang turut tersenyum keharuan.
Pak cik itu lantas memeluk karno dan mengucapkan terima kasihnya secara
bertubi-tubi, sebelum menyampai hasrat dia dan keluarganya ingin memeluk agama
islam.
“Jangan berterima kasih kepada saya pak cik, yang menyembuhkan anak pak cik
itu adalah Allah… Baiklah, jika pak cik telah rela dan ikhlas untuk memeluk
agama Islam, saya degan senang hati mensyukurinya, pak cik,”ujar Karno. “Saya
sedia membimbing pak cik.”
Orang tua itu kelihatan sangat gembira. Petang itu Karno datang ke rumah pak
cik itu dan pada ketika itu juga, mereka sekeluarga dibimbing melafazkan
dua kalimah syahadah. Anak pak cik itu semakin sembuh. Karno merasa
bersyukur kerana makin bertambah bilangan penduduk di Kampung Sangai-sangai
yang memeluk agama Islam. Namun, sungguh tidak disangka, sejak itu, perkhabaran
tentang Karno yang berupaya merawat anak lelaki tua itu, telah tersebar luas,
bukan saja di Kampung Sangai-sangai, akan tetapi juga di sekitar
kampung-kampung jirannya. Apabila ada yang sakit, maka berdatanganlah mereka ke
rumah karno untuk meminta ditawarkan penyakit mereka. Pernah juga berlaku
bagaimana seorang tua tiba-tiba hilang dari kampung, keluarga itu telah datang
bertemu dengan Karno untuk meminta petolongan. Dengan izin Allah swt orang tua
itu tiba-tiba kembali ke rumahnya dalam keadaan selamat.
“Karno! Karno!” Suara kedengaran memanggil-manggil di luar rumah, suatu
malam.
Karno yang baru saja mahu melelapkan matanya itu, bingkas membuka pintu, dan
terlihat akan dua orang tentera Jepun bersama ketua kampung tercegat di luar
rumah.
“Kenapa tok ketua kampung?” jantung Karno sedikit berdebar tidak keruan.
Segala kekejaman tentera Jepun terhadap orang tempatan, membayang di ruang
matanya. Perasaannya membuak serta merta.
“Karno ini orang jepun mau jumpa kau,” kata ketua kampung dengan suara
yang tersekat-sekat. Kedua tentera Jepun itu tunduk hormat secara serentak,
sebaik melihat Karno di muka pintu.
“Kedatangan orang jepun itu semata-mata mahu berubat dengan kau, karno,”
jelas ketua kampung. “Kaptain Jepun itu susah mau tidur sudah hampir sebulan
kerana mengalami satu penyakit misteri,”
Rupanya, melalui ketua kampung itulah tentera-tentera Jepun itu mendapat
tahu tentang keupayaan Karno yang boleh mengubati penyakit misteri itu.
Mau tidak mau, Karno terpaksa akur dengan permintaan mereka. Malam itu Karno
mengikuti dua tentera jepun ditemani oleh ketua kampung dengan menaiki trak
menuju ke kediaman captain tentera jepun itu. Sebaik tiba di rumah captain
tentera jepun itu, Karno terkejut melihat akan sosok tubuh orang jepun itu
terlalu kurus sedang terbaring lesu di atas katil.
Mendadak, terbit rasa simpati di hati Karno, meskipun selama ini dendamnya
terhadap mereka begitu tebal. Namun, atas dasar peri kemanusiaan yang begitu
mendalam, dengan hati yang ikhlas, Karno meminta izin kepada salah seorang
tentera Jepun yang boleh berbahasa tempatan untuk disediakan segelas air
bening. Di sudut bilik itu karno duduk dan setelah air itu dibacakan dia
pun mengarahkan orang itu memberi minum kepada tentera Jepun yang kelihatan
layu itu.
Setelah meminum air yang telah ditawarkan tiba-tiba kapten tentera Jepun itu
menggerak-gerakkan matanya dan terlelap. Sepanjang dua hari kapten tentera
Jepun itu tertidur nyenyak, selama itulah Karno dan ketua kampung
itu tidak dibenarkan meninggalkan kediaman itu dan terus dilayan dengan baik.
Tiba-tiba, pada pagi berikutnya, kapten tentera Jepun itu, terjaga dari tidur
dan kelihatan amat segar. Karno sekali lagi diminta meneruskan mengubati
kapten tentera Jepun itu. Karno terus akur dengan arahan itu.
Kemudiannya, untuk membalas jasa Karno yang telah menyembuhkan penyakit
misteri kapten tentera Jepun itu, mereka menghadiahkannya dengan sebilah
pedang semurai yang panjangnya satu hasta.
“Arigato,” Karno menerimanya sambil mengucapkan “terima kasih” dalam bahasa
Jepun.
Sekali lagi, Karno teringatkan bagaimana kesengsaraan penduduk Kampung
Madsangoh oleh keganasan tentera Jepun, pada – 1hb april tahun 1941 dahulu.
Tentera Jepun telah mengerahkan semua penduduk menghantar segala beras ke kubu
mereka yang terletak di Pekan Tambunan. Malah penduduk kampung juga dikerah
membina jambatan tanpa diberi upah. Karno melihat sendiri bagaimana keadaan
salah seorang penduduk kampung diikat pada sebatang pokok berhari-hari kerana
enggan menurut arahan tentera jepun menghantar beras.
Pelbagai lagi penyeksaan yang mereka lakukan. Peristiwa itu sukar Karno
lupakan sejak usia 12 tahun lagi sehinggalah karno remaja -. Kehidupan orang
kampung selalu tidak tenteram, ramai yang telah melarikan diri kedalam hutan
tebal dikawasan Tambunan. Ramai juga yang telah mati akibat diserang binatang
buas. Karno menghela nafas panjang lalu membuang segala dendam di hatinya.
Karno berusaha berhubung baik dengan semua orang meskipun berbeza agama dan
bangsa. Karno telah mengislamkan ramai sekali penduduk Kampung Sangai-sangai
dan kampung-kampung sekitar Daerah Keningau.
Kemudiannya, penglibatan Karno memperjuangkan kemerdekaan tanah air telah
mendapat pengiktirafan kerajaan negeri dan telah diabadikan dimuzium Daerah
Keningau.
Siaran dalam Antalogi " PEREMPUAN CINTA DAN MARUAH "
Kumpulan Penulis Wanita Borneo