Tuesday, 8 September 2020

SEDERHANA YANG MEMBAHAGIAKAN


Kediamanku di kampung kelahiran sederhana saja, tidak besar tidak kecil tidak berbelok-belok, tidak berfesyen hanya biasa-biasa saja tapi agak selesa berbanding Kediamanku di kawasan perumahan dahulu. 

Pembinaan rumah ini agak tergesa-gesa kerana desakaan keadaan. Tidak terancang dengan begitu baik, pelannya pun simpel saja. Yang tidak memuaskan hati cara kontrekter menukang rumah ini agak cincai kerana kurang pemantauan ketika pembinaan sedang di lakukan. 

Perancangan untuk pembesaran masih di pertimbangankan, harus kah? atau wajib? atau tak perlu. Persekitaran damai dan tenang, bersyukur sudah dengan apa yang ada. SubhanAllah, Alhamdulillah. 
Aman damai menikmati kehidupan disini. Disinilah duniaku, disinilah pengakhiran hayatku. Tiba saatnya  aku akan pergi meninggalkan alam fana ini menghadap sang pencipta. Tanpa sedar telah genap empat tahun melayari kehidupan disini. 

13 tahun tinggal dikawasan perumahan dahulu beranika corak suasana. Paling meresah kalbu bila jiran-jiran sebelah rumah berbangsa cina meraihkan tahun baru, dentuman mercun hingga mengeggar bumi bikin telinga jadi tuli, bikin jantung merana menahan sabar. Majoriti manusianya hampir tiada semangat kejiranan. *kau kaulah, aku akulah, begitulah lebih kurang. 

Hendak di tegur bimbang mengundang marah, hanya bersabar jalan terbaik. pelbagai lagi gelagat manusia disekitar yang cukup menyentap perasaan. Apa pun ada hikmah semua itu, mendidik diri jadi manusia menggunakan akal di kepala bukan akal dilutut atau akal ditelapak kaki. 

Kini segalanya telah berlalu dan berubah atas takdir ilahi, Cogan kata yang aku pahat dalam jiwa sejak dulu, "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, syukur Alhamdulillah kini telah menjadi nyata. Bahagia itu tidak akan datang sendiri, kita berusaha mencarinya, demikian juga dengan rezeki tidak akan datang bergolek atau datang melayang ke ribaan. 

"AKU BERJIWA RIMBA*  HIJAU DUNIAKU SEGAR DAN SEJUK😅

" kau tabur duri diatas jalanmu sendiri telapak kaki mu yang berdarah rasai perihnya, 
Usah kau cari aku merawat luka itu, tunggulah.. Ketika takdir masih ada..😭

Thursday, 3 September 2020

TERAPI HATI PALING AWESOME


Tahun 2020 ini fokus untuk Mengindahkan halaman seadanya. Bukannya apa, Itulah impian hati sejak dulu, andai punya rumah di kampung halaman, di tanah sendiri saya akan buat apa yang saya suka. Syukur Alhamdulillah doa bertahun Allah telah makbulkan. Walau tak segah istana Dato Alif syukri 😅 rumah kecil tak bertiang tak bertangga tapi cukup membahagiakan. 
Bila kita akrab dengan alam tumbuhan, kita akan tahu setiap masalahnya dan apa tindakan yang wajar di lakukan. Merawatnya untuk menjadi subur, Merawatnya bila pokok sakit dan banyak lagi yang harus diambil perhatian. 
Pohon-pohon ini seperti manusia ada perasaan, perlukan sentuhan dan kasih sayang andai ia di biarkan pasti ia akan layu tak bermaya hilang segar, hilang seri akhirnya hayat pun berlalu hemm.. 
Pohon-pohon ini seperti bayi kewujudannya, setiap kali pergi berat kaki melangkah dan bila di tinggalkan ingin segera pulang.. Itulah jiwa pencinta bunga-bunga hidup😁 cinta organik😅. 
Siang malam asyik dengan pohon-pohon ini, hilang segala nestapa yang bersarang dijiwa. Setiap manusia masing-masing dengan minat. Jadi mungkin TUHAN telah takdirkan dengan ini
Tanpa pengorbanan tak akan dapat melihat anggunnya bunga kebangsaan walau kembangnya tak lama😊😍
Berulang kali dirombak ini hasil sentuhan terakhir, rasanya sudah OK. Disini tempat saya bersantai setiap hari setelah keletihan dengan pelbagai tugasan yang tak bernokta kecuali nyawa bercerai dari jasad. 

Hidup hanya sedetik cuma buatlah sesuatu yang menyumbang hati bahagia. 
Ini pula bahagian hadapan dalam proses penyusunan semula belum berapa OK, akan di teruskan dari waktu ke waktu. 

Hari-hari asyik topik bunga, sebab Hal2 lain letak tepi😅😅. 
Syukur Alhamdulillah sesungguhnya jiwa rasa bahagia dan tenang bertemankan pohon-pohon ini. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. Ini sekadar cerita kampung-kampung.

Saturday, 29 August 2020

SALAM RINDU DI BAWAH BAYU

Disinilah dunia mereka, Rumah diatas langit, persekitaran bingit dan menyesak, ngauman kenderaan 24 jam tidak berhenti-henti. 
Saya duduk disini sehari pun rasa mau terjun bangunan😭

Salam rindu dari bawah bayu untuk dua budak ni. Selalu dinanti kepulangan ke kampung halaman. 

Wednesday, 26 August 2020

TRAGEDI TAK PERNAH DISINGKAP

Sebuah perkampungan terlihat pada sisi potret, kedudukan dilereng bukit sungguh damai segar dan santai disini mengundang ingatan dimasa lalu. Tempat ini asal usul moyang ku, persekitarannya masih hijau, dan dibalik bukit itu adalah daerah Ranau. 

Ada kisah duka tersingkap disini, Suatu tragedi duka telah berlaku diantara dua keluarga namun kisahnya agak sensitif untuk di ceritakan. Peristiwa ini telah di ceritakan oleh saudara terdekat, ianya berlaku saat mereka masih belum beragama lagi. 

Mengenangnya rasa hiba, meski jenerasi kami tidak terlibat dalam hal itu, namun kesannya masih terlihat hingga ke hari ini. Biarlah masa lalu itu beredar jauh meninggalkan tanpa kesan pada sesiapa lagi. Yang baik itu jadikan tauladan dan yang sebaliknya jadikan sempadan. 

Moga moyang yang pernah bersengketa itu damai dialam abadi. 
Ya Allah jauhkan kami dari segala sengketa pada jenerasi kami dan jenerasi yang akan datang. Sumpah laknat jangan dipersenda, jangan di pandang remeh kerana kesannya berpanjangan dan buruk akibatnya. 

Masih ingatkah kisah sumpahan MAHSURI tujuh keturunan ditimpa musiba, Allahualam. 

Saturday, 22 August 2020

MENGINDAHKAN HALAMAN

Mengindahkan halaman sebegini harus juga dengan bajet yang tinggi, jika berkemampuan semuanya dapat di realisasikan, jika sebaliknya tinggal hanya impian.

Begitulah lebih kurang. Namun tidak Mengapa jika impian tidak jadi kenyataan pun bersyukur dengan apa yang ada. Tidak semua impian dan harapan itu akan menjadi nyata.

Oleh itu usah berduka yang penting hati tenang selalu. Ingat selalu pada TUHAN dan jangan tinggalkan yang wajib walau apa pun keadaan. 

Benarlah jiwa akan sentiasa tenang walau ditimpa seberat mana masalah. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. Ya Allah engkaulah yang berkuasa atas segala yang berlaku. Engkaulah tempat hamba2mu mengadu dikala susah dan senang. 

Thursday, 20 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT MAALHIJRAH 2020

Sepena cuti maalhijrah ini, saya ambil kesempatan menghijrahkan sebahagian pokok bunga kertas ke pasu putih. Wah Nampak lebih bergaya. 

Setiap kali balik dari ofes, nampak dari jauh berseri-seri halaman saya dengan keterampilan bunga-bunga anggun di pasu putih, rasanya tidak rugi membeli pasu tersebut walau harganya mahal, sangat berbaloi. 

Ingin kan sesuatu yang istimewa kenalah berkorban demi kebahagiaan jiwa sendiri, Terapi jiwa kata orang. Tetapi pengorbanan tidak semua membawa untung, lihatlah pengorbanan apa yang engkau lakukan. 

Jangan berkorban pada perkara yang membawa padah diri sendiri, nanti menyesal seumur hidup. Penyesalan hingga ke 7 keturunan pun tiada guna. 

#hidup hanya sekali, pengorbanan adalah suatu perjuangan#

Namun satu perkara yang buat aku kecewa bila pengorbanan tidak dihargai. Namun aku percaya pada suatu kata-kata mengucap syukur Alhamdulillah bila kita dijauhi oleh orang yang tidak menghargai. Hanya itu mampu di ucap walau terasa perit. Aku yakin ada hikmah disebalik semua dugaan. 

BERTABAHLAH, HIDUP HANYA SEMENTARA


Ingat lah Doa seorang ibu tiada hijab, moga bertemu diakhirat😭Allah mengetahui SEGALA-GALANYA. Engkau mendengar setiap doa hambamu. Ya Allah sedihnya kehidupan andai tiada keberkatan. 

Sunday, 16 August 2020

DARI DULU KINI DAN SELAMANYA

LURAH DAN LEMBAH KULEWATI

Dari desa ke desa dijelajahi merentasi pergunungan, lurah dan lembah, inilah sebahagian kehidupan yang kulewati, amanah yang kupikul, tanggungjawab yang di galas demi masyarakat luar Bandar. Akulah serikandi bangsa. 

Saturday, 15 August 2020

EMOSI BILA BERJIWA TUA

Kadang rasa sunyi itu indah 
Merindukan menyakitkan
Dikala tiada lagi tangan melambai 
Saat aku pergi 
Menanti diberanda ketika aku pulang 
Tiada ku dengar lagi suara tawa, tangis
Berlari bermain dihalaman 
Mengenangnya sendu
Embun pun mengalir perlahan dipipi 
 begitu kah emosi, bila sudah berjiwa tua 

Saturday, 8 August 2020

SELAMAT BERBAHAGIA FARIS, AINA


8hb 8 2020
Selamat menempuh gerbang rumah tangga buat anak buahku Faris dan isteri, moga bahagia hingga ke syurga.

Covid 19, tidak menghalang majlis di teruskan, akur saja mengikuti peraturan yang telah di tetapkan dan ikut sop. Syukur Alhamdulillah Majlis berlangsung dalam keadaan baik-baik saja dan sederhana namun tetap meriah hanya dihadiri dikalangan sanak saudara terdekat.

Syarat hanya 250 orang hadirin di benarkah dalam Majlis. Apakan daya keadaan tidak mengizinkan untuk menjemput semua orang. 

Tuesday, 4 August 2020

MAJLIS HARI RAYA AIDIL ADHA 2020








Majlis sederhana sempena hari raya aidil adha di kediamanku di kampung, hanya untuk keluarga terdekat. memandangkan masih dalam mood pkp saat ini tidaklah jemput orang luar dalam Majlis tersebut. Syukur Alhamdulillah Majlis berjalan dalam keadaan aman saja.