Monday, 5 August 2013

SETIA DIHUJUNG NYAWA


Ketika kau berumur 14 tahun, Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea. Sebagai balasannya, kau lempar remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin memeluk dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau jawab ..apalah mak nii..saya dah besar, rimas laa"lalu lari kunci pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu membenarkan kamu menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau menggunakan Komputer ribanya hingga tidak ada kesempatan ia nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu Mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau meraikannya hanya dengan teman-temanmu sedangkan dengan ibu buat endah tak endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama...
Sebagai balasannya engkau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya ibu bila hendak membelikan hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada masa terluang untuk balik!”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar dan upah bibik untuk menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang..
Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu..sayangnya dia telah tiada lagi..



Buat renungan anak-anak yang tidak menginggati orang tua
LIKE >> Setia Hujung Nyawa Raya <<

Sumber-FB

Sunday, 4 August 2013

LAGU-LAGU RAYA MERENTAP TANGKAI JANTUNGKU

Lagu-lagu raya sudah mulai dikumandangkan di corong-corong radio sejak bayu syawal mulai menjengah, buat mengundang rindu dan terkenang pada mereka yang telah tiada, kenapa hati ini begitu sayu dan hiba bila tiap kali mendengar lagu-lagu raya terutamanya lagu-lagu raya klasik yang didendangkan penyanyi2 lama ohhh..buat aku jadi termenung dan ingatan kembali ke zaman silam.. dalam banyak2 lagu ".LAGU DENDANG PERANTAU " menyengat kalbuku nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramli..aku suka lagu itu..aku ada kenangan bersama lagu itu yang tak pernah luput di ingatan.

" Jangan dirantai kenangan lalu bertapak disanubari kata seorang sahabat, ia bisa mematikan jiwa dan masa depan, harus mengenang kemasa depan agar jiwa sentiasa segar." .ya memang benar..lupakan yang sedih-sedih harus happy selalu, hanya jangan terlebih happy sampai lupa akhirat hehe...

Kehadiran syawal pun hanya beberapa hari lagi, sepertia biasa tak gempar dan tak ribut menyambut  syawal, Ramadan pula bakal berlalu, tiada baju baru, tiada langsir baru, masih kekal tidak berganti, biskut pula ahh tiada ditempah dan lain-lain, rasa tidak ghairah menyambut syawal kali ini aku asyik stress..tiada mood .harap-harap tidak dilanda penyakit nyanyuk..

Sambut biasa-biasa saja..tak ada yang berbeza rasanya sama saja, hanya suasana syawal rasa meriah kerana disambut setahun sekali. SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG TIBA...HAPPY-HAPPY HARI RAYA DI RANTAUAN....

Saturday, 27 July 2013

Hari keluarga mampu perkukuh hubungan


Kerajaan disaran menggalakkan sektor korporat dan syarikat menganjurkan acara hari keluarga serta aktiviti lain berasaskan keluarga untuk kakitangan mereka dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan melalui pengecualian cukai dan inisiatif lain.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kakitangan atau pekerja adalah aset terpenting syarikat dan kesejahteraan mereka penting dalam menentukan produktiviti syarikat.
Katanya, majikan perlu memainkan peranan untuk menjamin kesejahteraan kakitangan atau pekerja melalui aktiviti berasaskan keluarga dengan sokongan kerajaan.

Apabila negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan menjadi mangsa pertama di mana anak tidak dapat perhatian” Lee Lam Thye, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

“Melihat pelbagai gejala sosial yang melanda anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan serta menggalakkan nilai murni menjadi semakin penting hari ini berbanding dulu.

Masalah sosial

“Apabila negara itu menuju kemajuan, institusi kekeluargaan mungkin menjadi mangsa pertama di mana anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan secukupnya, mengakibatkan kemunculan gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita,” katanya di sini, semalam.

Lam Thye berkata, ibu bapa yang sibuk, tidak mampu menghabiskan masa berkualiti bersama anak terutama di bandar dan menyebabkan mereka tidak mendapat kasih sayang serta tunjuk ajar mengenai nilai murni kekeluargaan.
“Mereka akan mencari bimbingan rakan sebaya. Kewujudan tekanan persekitaran rakan sebaya yang negatif akhirnya akan menghasilkan pelbagai gejala sosial,” katanya.

Thursday, 25 July 2013

Datuk Azalina Bakal Ketua Wanita UMNO Malaysia ?


Datuk Azalina Dato Osman Said Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia

Dato Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Malaysia

Kedua tokoh ini tidak asing lagi dikalangan wanita dan puteri, mereka memiliki kelebihan dan kehebatan tersendiri, Dato Shahrizat Jalil mahu pun Datuk Azalina. Datuk Azalina merupakan mantan ketua pergerakan puteri umno malaysia juga bekas menteri belia dan sukan malaysia.

Penubuhan pergerakan Puteri Umno pada tahun 2001 dalam era Tun Mahatir, bermula disinilah saya mengenali Azalina secara dekat kerana saya turut terlibat dalam pergerakan puteri sebagai ketua di peringkat bahagian. Secara peribadi saya melihat Azalina adalah seorang yang berperwatakan tegas dan rajin bekerja. Pengalaman Azalina menarajui Puteri Malaysia dengan begitu baik sekali Sudah tentu dapat membantu beliau menggalas tanggungjawab ini dengan baik jika sekiranya beliau diberi mandat dan kepercayaan oleh para perwakilan dalam pemilihan yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Minggu lepas saya mendapat undangan daripada orang kanan Datuk Azalina hadir dalam satu perjumpaan disalah sebuah Hotel terkemuka di Ibu Negeri bersama beberapa mantan ketua puteri UMNO bahagian di Sabah ini. Intipatinya, beliau menyampaikan makluman Datuk Azalina akan bertanding sebagai ketua wanita Umno Malaysia dalam pemilihan kali ini.

Saya sebenarnya dah maklum pun perkara ini melalui berita utusan malaysia yang mana Datuk Azalina telah pun membuat keputusan akan bertanding. Wakil Datuk Azalina minta jasa baik agar beliau diberi peluang dalam menerajui pergerakan wanita dengan misinya membawa perubahan dalam pergerakan itu nanti jika sekiranya beliau berjaya dalam pemilihan tersebut. Perkara ini disampaikan kepada beberapa mantan ketua2 puteri bahagian yang bakal bertanding merebut jawatan penting dalam pergerakan wanita dibahagian masing-masing. Itu pun jika sekiranya mereka berjaya dalam pemilihan itu nanti.

Apa pun yang disuarakan tunggu dan lihat keputusan masing-masing jika sekiranya semua berjaya dalam pemilihan.  Datuk Azalina kena bekerja keras sekiranya beliau meneruskan cita2...Meskipun Dato Sharizat terlibat dalam skandal lembu yang melibatkan suaminya, namun apa yang saya perhatikan  pergerakan wanita bahagian di kebanyakan tempat masih setia bersamanya, mereka tidak sangat melihat isu lembu itu tetapi mereka melihat kerja keras dan usaha gigih Dato Sharizat dalam menjayakan setiap misi pergerakan wanita umno. Namun terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka dalam merai sokongan daripada semua perwakilan.

Wednesday, 24 July 2013

Ajaib Sungguh Anak Adam

by Abu Nafis
ANAK ADAM
Ajaib sungguh kamu wahai anak Adam!!!
Ketika dilahirkan kamu tidak tahu siapa yg menggeluarkan kamu dari perut ibumu..
Ketika mati kamu tidak tahu siapa yg memasukkan kamu kedalam kuburmu..
Ketika dilahirkan kamu dibersih dan dimandikan..
Ketika mati kamu dibersihkan dan dimandikan..
Ketika dilahirkan kamu tidak tahu siapakah yg bergembira di atas kelahiranmu..
Ketika mati kamu tidak tahu siapakah yg menangisi di atas kematianmu..
Di dalam perut ibu,kamu ditempat yg sempit dan gelap..
Ketika mati kamu akan diletakkan ditempat yg sempit dan gelap..
Ketika dilahirkan tubuh kamu akan ditutupi dengan kain..
Ketika mati kamu akan dikafankan dengan kain..
Ketika dilahirkan kamu diazankan..
Ketika mati kamu dsembahyangkan..

Sumber FB-

Monday, 15 July 2013

Beraya Diluar Negara..

Tahun lalu menyambut raya di negara orang ..nampak gayanya kali ini pun beraya juga di negara orang,,kali ini agak lama baru kembali ke tanah air agak-agaknya mungkin raya ke lapan baru akan kembali ke tanah air ini kali lah...

Tak apalah cuma pasti terasa sayu kerana tidak dapat beraya pertama bersama dengan kaum kerabat, tak apalah tak kemana-kemana pun, setelah kembali akan bersama juga.

Kembara kali ini akan menuju ke Negara yang merupakan negara ketiga terbesar di dunia menyimpan pelbagai khazana alam yang mempunyai pamandangan yang sangat indah dan menakjubkan.,,harap-harap akan menemukan sesuatu yang lebih indah dan bermakna.

Kata pepata jauh berjalan luas pandangan...hanya yang ingin2 sangat aku hendak pergi melawat ke negara eropah pula muda-mudahan tahun depan akan terlaksana....Salam Ramadan.

bakal di jejaki

Sunday, 14 July 2013

Ramadan Ya Ramadan




Masak sendiri lagi sedap dan puas hati ini sekadar gambar hiasan













Ramadan kembali lagi , Ramadan yang penuh berkat Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan menghirup suasana ramadhan kali ini. Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu sememangnya bulan ramadhan ini berbeza dari bulan-bulan yang lain,,justeru kesempatan inilah sewajarnya diambil oleh seluruh umat muslimin dan muslimat melakukan segala amalan kebaikan untuk mendapatkan ganjaran pahala darpada Allah SWT, biar yang miskin mahu pun si kaya semana yang termampu.

Saya berkesempatan meninjau-ninjau di bazar ramadan dihujung minggu ..owhh pelbagai juadah dijual macam-macam ada..namun sedetik pun tak terlintas difikiran membelinya kerana asyik serik, nampak sedap pada luaran namun bila dimakan, rasanya sungguh mengecewakan langsung tak sedap dahlah harga mahal tidak berbaloi langsung...

Kerana keserikan itu akhirnya tak pernah lagi membeli makanan yang berjual dipasaran tetapi masak sendiri, lagi best...lagi puas hati...lagi sedapp..yang penting rajin ...selamat berpuasa, selamat berbuka puasa serta selamat bersahur..

Thursday, 4 July 2013

Gaji Guru-guru KEMAS Melambung tinggi


Owh bersorak-sakan guru-guru Kemas kali ini kerana gaji mereka sekali lagi dinaikkan malah kenaikan gaji dari gred 11 ke gred 17  ke gred 27 selepas mereka menamatkan pengajian di Institiut Perguruan sampai ada yang mendapat tunggakan mencecah ke RM 17 ribu...ini sudah berbaloi kerana tugasan mereka semakin bertambah...tidak semudah yang disangka mendidik anak-anak dlam lingkungan umur 4, 5, hingga ke 6 tahun banyak cabaran kerana semuanya baru bermula. Pendidikan melalui 4 M sangat ditekankan.(MENULIS, MEMBACA, MENGIRA, MENAKUL).

Yang sangat menggembirakan jawatan kontrek guru-guru Kemas pula bakal di serap ke jawatan tetap pastinya ini memberi semangat baru buat guru-guru bagi meningkatkan prestasi tugas mendidik anak-anak murid. Peruntukan makanan tambahan kepada murid-murid ini juga rasanya lebih dari cukup, keperluan alat pengajaran pula semuanya disediakan oleh pihak jabatan.

Buat ingatan kepada guru-guru kemas teruskan berbakti kepada anak-anak bangsa kita, kerana mereka adalah pemangkin kepimpinan negara dimasa akan datang. TAHNIAH BUAT GURU-GURU KEMAS.

Jika disorot kembali gaji guru-guru Kemas dahulu mungkin ada yang tidak percaya namun itu hakikat kepada mereka yang pernah melaluinya. Kenaikan gaji tahunan pun jarang berlaku, namun kini telah jauh berubah dan lebih baik, ini harus di syukuri oleh mereka yang berada dalam era ini.
Rebah Jenerasi Rebahlah Negara

Wednesday, 26 June 2013

Bikin Panas



Sikap warga kita dalam soal kebersihan masih ditahap rendah suka sangat membuang sampah merata-rata, pengotor, gantung sampah diluar kereta, kadang-kadang tu tanpa disedari bakul sampah itu jatuh dijalanan habis bertaburan,  suka membuang sampah dari kereta, buang sampah dalam sungai betul-betul bikin panas, buat sakit mata.

Apalah maknanya Majlis daerah meletak iklan besar-besar jika hanya sekadar iklan yang tidak berfungsi siap dengan amaran "akan didenda kepada sesiapa yang didapati membuang sampah", hanya sekadar iklan dan kata-kata apa maknanya jika undang-undang tidak dikuat kuasakan, lebih baik tidak payah letak, hanya menguntungkan kepada si pembuat projek iklan itu saja. lebih baik sampahkan saja atau robohkan saja iklan itu hanya sekadar menyemak pandangan. Kalaulah ada tukang sapu seperti yang berlaku di negera cina, seorang tukang sapu memotong tangan pada si pembuang sampah dari kereta..padan muka dia..siapa berani buat???

Wednesday, 12 June 2013

SEOLAH MENENGAH AGAMA KENINGAU PERSIS SEBUAH UNIVERSITI






Dihujung minggu tempat ini jadi tumpuan untuk memancing

Tasik ini pula terdapat di kampung Banjar, tempat ini antara laluan  apa bila ke SMA ini.
Sekolah Menengah Agama ini terletak dibelakang Kampung Banjar dan Kampung Kauran dalam daerah Keningau. Lebih kurang 6 km daripada bandar Keningau. Sekolah ini mula beroperasi pada bulan Januari 2013 tahun ini. Sekolah ini adalah antara sekolah yang tercantik di Sabah. Menariknya sekolah ini persis sebuah Universiti. 

Bukan saja masyarakat Keningau merasa bangga, rakyat Sabah khususnya turut berbangga kerana anak-anak yang di tempatkan di sekolah ini bukan saja anak-anak setempat malah anak-anak dari seluruh pelusuk Sabah merupakan pelajar di sekolah ini, kerana ianya berstatus asrama penuh.

Pengetuanya pula merupakan anak tempatan Ustaz Haidun Safri berasal dari GDW Kg. Bayangan Keningau Sabah. Pengetua ini sangat disukai anak-anak murid kerana sikap ramahnya bukan saja kepada anak-anak murid tetapi ramah pada ibubpa dan kepada sesiapa juga yang datang berurusan.

Akhirnya menjadi kenyataan Daerah Keningau nun jauh di pedalaman mendapat sebuah sekolah SMA . Sekolah Menengah ini terletak di kawasan dewan undangan Negeri 34 Liawan.
 

KENALILAH DAERAHKU KENINGAU

Sumber daripada Wikipedia.
Daerah Keningau
Lokasi bandar dan daerah Keningau
Geografi
Status Daerah
Asal nama Pokok Kayu Manis
(Cinnamomum Verum)
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Daerah Keningau
Keluasan 3532.82 km persegi
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Daerah ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan menaiki sama ada perkhidmatan texi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Sejarah

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Dusun, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[1] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Zaman Kesultanan Brunei

Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.

Zaman pemerintahan British

Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hairaki. Kampung Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah nama Presiden yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:
Nama Presiden Tahun mentadbir
W.S Holley 1960-1961
Roderick Maclean 1961-1963
E.J.K Wickstead 1964
J.P.C Burbrock 1964-1965
Peter L. Regis 1965-1967
Albert Watson 1967-1968
Stephen D. Lee 1968-1971
Alber Watson 1071-1973
Hj. Abdul Halim Abbie 1974-1976
Hendry Mosiun 1976-1977
Thien Thau kiew 1977-1979
Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.

Zaman pemerintahan Jepun

Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan "Kesemakmuran Asia Raya" dan "Asia untuk Asia" telah mara ke Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap darat dan laut. Jepun berminat ke atas Sabah dengan membuat Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.

Demografi

Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti berikut:
Etnik Jumlah Penduduk
Melayu Brunei 4,485
Kadazan-Dusun 68,627
Murut 29,070
Bajau 5,403
Cina 10,661
India 374
Bumiputera lain 12,445
Lain-lain 3,169

Ekonomi

Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang pertanian, perladangan, perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang membawa kepada kemajuan dan peluang pekerjaan penduduk tempatan.

Pertanian

Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khusunya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau yang beroperasi sepanjang malam. Keningau akan dijanggka menjadi antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan di Kampung Ambual yang mana berjaya mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia secara individu [tradisi].

Perladangan dan penternakan

Dengan bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Dianggarkan terdapat 60 orang yang bergelar jutawan hasil mengusahakan ladang kelapa sawit. Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.

Perusahaan

Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.

Pelancongan

Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di Keningau namun, ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibukitkan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.

Perkhidmatan

Pengangkutan

Perkhidmatan pengangkutan amat mudah di dapati di sini. Jika melancong atau melawat ke Keningau, boleh mendapatkan bas mini, texi atau bas express di terminal bas Kota Kinabalu dan tambang adalah amat berpatutan.

Bank

Daerah Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini antaranya Bank Simpanan Nasional [BSN], Malayan Bangking, CIMB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, AM Bank dan Aliance Bank.

Komunikasi

Liputan menerusi celcom, digi dan maxis juga mempunyai pejabat bagi memudahkan urusan.

Pusat membeli belah

Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di daerah Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, Misalnya Servey, Milimewa, bangunan Gimat dan ianya mencukupi keperluan harian penduduk.

Hotel

  1. Hotel Perkasa - 3 bintang
  2. Hotel Juta - 3 bintang
Hotel Perkasa 3 bintang

 

 

 

 

 

 

Hotel Juta taraf 3 bintang

 

 

 

 

 

 

Sosial

Bahasa

Bahasa Melayu meluas di gunakan di daerah ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dailek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dailek-dailek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:
Bahasa Melayu Baku Loghat Bahasa Melayu
Limpas tumpang lalu
ngaam sesuai, sepadan
bangas basi
bangali merujuk kepada keturunan Pakistan
batagar berkerat
bikin buat
palui bodoh
pantat punggung
sandi teruk
siring tepi
Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.

Budaya

Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.

Pendidikan

Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.
Senarai Sekolah Rendah
  1. SK Ambual
  2. SK Apin-Apin
  3. SK Banjar
  4. SK Batu Lunguyan
  5. SK Rancangan Biah
  6. SK Binaong
  7. SK Bingkor
  8. SK Bonor
  9. SK Bulu Silou
  10. SK Bundu Apin-Apin
  11. SK Bunsit
  12. SK Kawakaan
  13. SK Dalit
  14. SK Delayan Tulid
  15. SK Kabatang Baru
  16. SK Kalampun
  17. SK Kampong Baru
  18. SK Kampong Biah
  19. SK KG Keningau
  20. SK Karamatoi
  21. SK Jaya Baru
  22. SK Pekan Keningau
  23. SK Inandung
  24. SK Bariawa Ulu
  25. SK Kapayan Baru
  26. SK Lanas
  27. SK Liau Apin-Apin
  28. SK Luagan
  29. SK Magatang
  30. SK Mansiat
  31. SK Membulu
  32. SK Menawo
  33. SK Merampong
  34. SK Mamagun
  35. SK Pasir Putih
  36. SK Pohon Batu
  37. SK Kuala Kahaba
  38. SK Senagang
  39. SK Sinaron Tengah
  40. SK Sodomon
  41. SK Sook
  42. SK Membulu
  43. SK Tuarid Taud
  44. SK Tulid
  45. SK Ulu Liawan
  46. SK Ansip
  47. SK Malima
  48. SK Penagatan
  49. SK Sinua
  50. SK Meninipir
  51. SK Malaing
  52. SK Bunga Raya
  53. SK Sinulihan Baru
  54. SK Simbuan Tulid
  55. SK Ulu Senagang
  56. SK Gaulan
  57. SK Petikang Laut Keningau
  58. SK Binuwou Tengah
  59. SK Rancangan Belia Tuilon
  60. SK Binakaan
  61. SK Bunang Sook
  62. SK Lintuhun Baru
  63. SK Nangkawangan
  64. SK Nandagan
  65. SK Binanon
  66. SK Pangas
  67. SK Pekan Keningau 11
Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah Keningau.
Senarai sekolah menengah
  1. SMK Gunsanad
  2. SMK Gunsanad 11
  3. SMK Bingkor
  4. SMK Keningau
  5. SMK Keningau 11
  6. SMK SOOK
  7. SM Ken Hwa
  8. SM saint Francis Xavier
  9. SMK Tulid
  10. SMK Apin-Apin
Senarai pengajian tinggi
  1. Maktab Perguruan Keningau [IPG]
  2. Pusat Dakwah Islam Keningau

Agama

Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia khususnya dari wilayah Flores yakni kaum Tator [Tanah Toraja]. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha di sini oleh kaum Cina.

Senarai gunung di Keningau

  1. Gunung Pisagan
  2. Gunung Paling-paling
  3. Gunung Sigapon
  4. Gunung Lingan
  5. Gunung Rinangisan
  6. Gunung Kauran
  7. Gunung Tinutudan

Senarai kampung di Keningau

  1. Kampung Kepayan Baru
  2. Kampung Pantai Baru
  3. Kampung Ambual
  4. Kampung Dongiluang
  5. Kampung Bunga Raya
  6. Kampung Tonobon Baru
  7. Kampung Bayangan
  8. Kampung Tudan Baru
  9. Kampung Baginda
  10. Kampung Toboh Laut
  11. Kampung Merapok
  12. Kampung Panui
  13. Kampung Merasak
  14. Kampung Sodomon
  15. Kampung Luanti
  16. Kampung Magatang
  17. Kampung Kosugui
  18. Kampung Penagatan
  19. Kampung Menawo
  20. Kampung Bomboy
  21. Kampung Limbawan
  22. Kampung Sigapon
  23. Kampung Kuala Punteh
  24. Kampung Kota Ayangan
  25. Kampung Linsudan
  26. Kampung Tohan Baru
  27. Kampung Labak Baru
  28. Kampung Awas-awas
  29. Kampung Lingawon
  30. Kampung Baru
  31. Kampung Bingkor Baru
  32. Kampung Bingkor Lama
  33. Kampung Binaong
  34. Kampung Liau Laut
  35. Kampung Liau Darat
  36. Kampung Tagai
  37. Kampung Kumawanan
  38. Kampung Bunsit
  39. Kampung Pasir Putih
  40. Kampung Tuntumulud
  41. Kampung Toboh Baru
  42. Kampung Merampong
  43. Kampung Pagansangan
  44. Kampung Mengitom
  45. Kampung Berungis
  46. Kampung Bariawa Ulu
  47. Kampung Togudon
  48. Kampung Kikiran Ulu
Banyak perubahan pembangunan di daerah ini telah berlaku dari masa kesemasa, masih banyak maklumat tentang daerah ini yang tidak tercatat dalam artikel ini.

Monday, 10 June 2013

LATIFAH OMAR DALAM KENANGAN

Latifah Omar
Latifah Omar
Latifah Omar
Antara babak yang dilakonkan oleh Allahyarhamah Latifah Omar.
SEBUTIR demi sebutir bintang pergi meninggalkan kita.

Namun, apa yang pasti, tiada siapa mampu menggantikan tempat mereka dihati peminat.

Setelah dikejutkan dengan pemergian pelawak veteran, S.Shamsudin, Selasa lalu, kita dikejutkan pula dengan berita pemergian pelakon veteran, Latifah Omar, semalam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 6.19 petang semalam di HUKM akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.

Jenazah bakal disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar, pada jam 11 pagi ini.

Nama Latifah Omar mula dikenali selepas menceburkan diri dalam dunia lakonan pada era 1950-an.

Pada tahun 1953, beliau dinobat sebagai Ratu Cantik Singapura dan sejak itu beliau mula mencipta nama dalam dunia lakonan.

Filem Panggilan Pulau merupakan filem pertama lakonannya.

Latifah sering dilihat bergandingan dengan seniman Nordin Ahmad dalam pelbagai filem, antaranya, Lanchang Kuning dan Gurindam Jiwa.

Pada tahun 1959, Latifah terus dikenali dengan penampilannya sebagai Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Bukan sahaja memiliki rupa paras jelita, malah setiap lakonannya amat berkesan.

Beliau sentiasa berjaya membawakan wataknya dengan berkesan hingga membuatkan penonton menitiskan air mata.

Selepas memiliki anak, allahyarham memilih untuk bersama keluarga dan bersara dari dunia lakonan.

“Lakonan terakhir saya ialah filem, Hati Batu pada 1973. Ketika itu, saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana memiliki anak kecil. Jika saya terus berlakon, saya tidak dapat beri perhatian penuh kepada anak.

“Memang niat saya ketika itu bukanlah untuk berhenti terus, tetapi bila bertahun-tahun tidak berlakon, saya jadi kekok untuk memulakannya semula. Jadi, saya ambil keputusan untuk terus bersara.

“Tidak dinafikan, saya menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama, tapi saya tolak. Saya dah tertutup hati untuk berlakon semula dan lebih selesa berada di rumah, melayan karenah cucu-cucu,” katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, tahun lalu.

-LATIFAH OMAR antara pelakon yang sangat saya minati.. filem yang begitu berkesan dihati  " Bawang Putih Bawang Merah." .pertama menonton filem ini pada tahun 70han waktu itu masih kanak-kanak lagi..sampai nanggis-nanggis...Filem dulu-dulu lebih seronok walau beribu kali ditonton berbandaing filem2 zaman sekarang boring dan membosankan.

AL-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama orang beriman...

Wednesday, 5 June 2013

SELEPAS PRU 13 PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN

Pru 13 hampir sebulan berlalu, selaku warga penyokong tegar Kerajaan BN tentunya merakam bangga dengan kemenangan ini, segala daya usaha yang telah dicurah, memerah daya keringat  sepanjang waktu demi memastikan kemenangan Kerajaan Barisan Nasional dapat dijulang dengan jayanya.

Sebagai kakitangan kerajaan sudah sewajarnya, berjiwa setia dan mengenang budi itu telah diterap dan disemai didalam sanubari tanpa berbelah bagi sokongan kepada mana-mana parti melainkan parti Barisan Nasional. Ini merupakan sumpah setia sebagaimana dalam aku janji bahawa sentiasa taat kepada pemimpin dan kerajaan selagi semuanya masih dilandasan yang betul.

Namun sungguh mengecewakan didalam diam ada dikalangan sahabat dibawah satu bumbung " musang berbulu ayam."  suara sumbang mereka sesekali menyelinap masuk kecorong telingaku,,meskipun telah bersumpah setia dalam aku janji malangnya lidah memang tidak bertulang, hanya indah pada ucapan tetapi lidah bercabang seribu, bukan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara biasa, manusia sebegini telah wujud lama dalam dunia ini sejak zaman-berzaman. Sejak kewujudan nabi Adam dan Hawa. Spesis manusia begini tidak harus dipercaya..harus berhati-hati..
 
Kemenangan memihak kepada yang didoakan agar kalah rupanya masih kekal dipilih rakyat..syukurlah Tuhan masih menghendakinya jadi pemimpin..biasalah manusia ini sarat dengan keangkuhan , cakap besar, seolah-olah dia Tuhan bisa mengubah segala apa yang dia kehendaki ..tidak senang melihat orang lain senang, bagai ketam didalam baldi...huhu
Tak apalah...

Beberapa hari lalu aku telah bertemu kenalan lama berasal dari Surabaya Indonesia, agak-agak lapan tahun kami tidak bersua selepas aku tidak berurusan lagi dengannya. Nampak gembira sahabat
ini dengan pertemuan itu...antara intipati  perbualannya dia meminta aku membantunya untuk mendapatkan MY KAD huhu ini agak gawat bu..mana bisa...nanti aku ditangkap pak polisi,,.kataku berseloroh...

Katanya dia serius,,dia tidak mahu lagi kembali ke negaranya kerana dia telah jatuh hati dengan negara Malaysia yang dianggapnya lombong emas ...dia sempat berkata kenapa ramai rakyat malaysia membeci negaranya sendiri ...dan tidak menyokong pemerintah walhal rakyat banyak mendapat manfaat dari kerajaan berbanding mereka di negaranya. Sebab itu ramai warganya berduyun-duyun masuk ke negara ini hingga sanggup mengadai nyawa meredah samudra...

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN


Monday, 3 June 2013

Seksaan Azab Menanti Pengamal Ilmu Penunduk


Sumber Blog-
Pendakwah bebas, Ustaz Noor Hisham Ismail memberitahu, ilmu penunduk suami sememangnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Namun, katanya, tarikh bila bermulanya ilmu tersebut tidak dapat dipastikan secara tepat sama ada wujud dari zaman nabi, zaman Parameswara atau pun zaman Abraham Lincoln.

Beliau berkata, hukum asalnya adalah harus sekiranya diamalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tetapi sejak puluhan tahun yang lampau ia telah disalah gunakan sesetengah pihak dengan memasukkan unsur-unsur sihir dan menggunakan bantuan makhluk halus seperti jin dan syaitan.

“Ada juga masyarakat yang menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran dalam memastikan matlamat mereka berjaya dan telah menyebabkan ia bertukar haram disebabkan unsur-unsur tersebut,” katanya.

Ilmu penunduk suami kebiasaannya dilakukan oleh isteri dalam usahanya memastikan suami menurut dan patuh segala kehendaknya.

Selain itu, katanya, isteri yang mengamalkan ilmu penunduk amat berharap suami tidak curang, suami bertukar karakter dari seorang pembengis kepada lemah lembut, suami bertambah sayang kepadanya dan bermacam-macam faktor lagi.

Tambah beliau, suami yang terkena ilmu tersebut tidak menyedari bahawa dirinya disihir melainkan saudara mara atau sahabat handai yang menyedari perubahan mendadak berlaku ke atas sang suami.

“Antara perubahan mendadak yang mudah dikesan mereka yang rapat dengan suami yang terkena ilmu penunduk seperti sifat panas barannya bertukar menjadi penyabar dalam sekelip mata, suka berfoya-foya di luar tiba-tiba suka duduk bersama keluarga, ikut kata isteri tanpa membantah dan sebagainya.

“Pendek kata, pergerakan suami semasa di rumah tidak ubah seperti robot atau lembu yang dicucuk hidungnya tetapi berbeza perwatakan bila mana beliau berada di luar rumah,” katanya.

Jelas Ustaz Noor Hisham, isteri yang mengamalkan ilmu penunduk suami pastinya akan menanggung azab yang amat besar sama ada di dunia mahupun di akhirat.

“Azab besar menanti sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pada seorang isteri yang menyihirkan suaminya demi kepentingan peribadi,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, banyak amalan-amalan dan doa-doa yang boleh diamalkan pada setiap masa dan selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami dan isteri.

“Antaranya dengan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 dari surah yang sama dan ayat ke 74 surah Al-Furqan. Berdoalah setiap masa pada Allah dan bukannya meminta pertolongan dengan bomoh-bomoh yang mengamalkan mantera-mantera yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam,” ujarnya.

Kesimpulannya, Ustaz Noor Hisham menasihatkan golongan isteri supaya meninggalkan perkara-perkara syirik tersebut kerana tidak memberi sebarang faedah melainkan mendatangkan kemurkaan Allah pada si pelaku dan mendapat balasan neraka.

“Untuk isteri, mahu memikat hati suami bukanlah dengan cara mengamalkan ilmu penunduk tetapi ikatlah hati suami dengan kasih sayang berpanjangan, bertolak ansur dan melakukan apa jua perkara yang disukainya selagi ia tidak menyalahi syariat Islam,” katanya.

Ingatan kepada para isteri yang mengamalkan sihir seumpama ini, tunggulah azab pasti akan menimpa kepada si pengamal Nauzubillahiminzalik.

Saturday, 18 May 2013

PERUMPAMAAN ' WANITA IBARAT SEBIJI BOLA '


19HB MEI 2013 Program ini telah di rasmikan oleh YB Datuk Hj Sairin Karno Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah
Bersama Jurulatih Pn. Nancy Benjey

Hari ini bersama beberapa orang sahabat dalam jabatan berkesempatan mengikuti kursus penambahan ilmu bersama 20 orang peserta kursus dandanan diri, mengisi masa lapang selagi ada ruang. Peserta terdiri dari pelbagai daerah anjuran sedcovest. Juru latihnya di kendalikan oleh pn. Nansy Benjy bersama seorang lagi rakannya. Semoga ilmu yang dikutip hari ini akan dimanfaatkan dan di kongsikan kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir di satu masa bila waktu lapang.

Kursus ini berjalan selama tiga hari bermula sejak 17hb hingga 19hb Mei di Hotel Perkasa Keningau. Program ini telah di resmikan oleh YB Datuk Hj Sairin Karno Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah merangkap Adun Liawan Keningau. Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Sedcovest Negeri Sabah Ybh.  Datuk Shyam Hj Awang Amit.

Dalam petikan ucapan YBH Datuk Shyam mengenai wanita menggamit perhatian saya, perumpamaan katanya " wanita ini ibarat seperti sebiji bola, di saat usia dalam lingkungan 20han dia menjadi rebutan 22 orang pemain, usia 30han dia ibarat sebiji bola golf menjadi rebutan 14 orang pemain, usia 40han dia ibarat sebiji bola ping -pong hanya menjadi rebutan 2 orang pemain, usia menginjak 60han ia ibarat sebuah perhiasan yang di letakkan didalam sebuah almari kaca yang perlu dijaga dengan rapi agar ianya tidak diganggu-gugat oleh segala serangga perosak seperti lipas, gegat dan sebagainya.

Ada benarnya kata-kata perumpamaan itu, ianya berkisar kepada putaran kehidupan seorang wanita yang mana bukan saja harus sentiasa menjaga keterampilan diri, menjaga kesihatan tetapi menjaga tingkahlaku agar wanita itu sentiasa di pandang mulia oleh masyarakat peranannya bukan saja menjadi pemimpin tetapi menjadi contoh kepada jenerasi yang di lahirkan.

Demikianlah antara petikan ucapan beliau dalam memberi semangat dan peransang kepada golongan wanita ini bukan saja kepada peserta kursus tetapi di tujukan kepada wanita diluar sana yang mana, kehidupan wanita hari ini semakin sengit cabaran yang lalui. Wanita juga harus sentiasa melengkapkan diri dalam pelbagai kemahiran seperti mencebur diri dalam bidang perniagaan dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Bidang kecantikan juga mampu menyumbang pendapatan lumayan jika di usahakan bersungguh-sungguh dan pihak sedco akan memberi pinjaman kepada para pengusaha ini dengan syarat yang telah di tetapkan.

Justeru mana-mana wanita yang berminat dalam bidang yang di fikirkan mampu di laksanakan haruslah merebut peluang ini tanpa menoleh kebelakang. Ybh. Datuk Hj Awang Amit menghari ucapan bersama tepukan gemuruh dari para peserta.


Tuesday, 14 May 2013

KAU PERGI TIBA-TIBA

gambar arwah bersama Isteri
Isteri arwah bertafakur dipusara suami tercinta (suzyanti) semoga tabah menempuh dugaan ini
 Arwah Saiful dikebumikan di Tanah perkuburan islam Kampung Bayangan Keningau pada 3hb Mei 2013
Masyarakat turut hadir di pengkebumian arwah
Arwah telah diserang strok pada malam 30hb 4 dimasukkan ke Hospital Quen 1 kemudian telah dipindahkan ke Hospital Quen 2 Kota Kinabalu pada ke keesokan harinya. Arwah disahkan meninggal pada 2hb 5 2013
Ibu arwah Datin Hajah Omai Salama Kama bertudung hitam berbaju putih bersama ahli keleruaga
Disaat pilihan raya sedang gamat berlangsung, dengan penuh semangat berkempen sana-sini tiba-tiba berita pemergian Mohd Saiful anak sulung abang saya mengejutkan keluarga dan masyarakat setempat kerana sepanjang kempen berjalan kekadang kelibat arwah dilihat berkunjung ke markas-markas BN disamping memberi semangat kepada ayah tercinta yang kebetulan calon di salah satu adun di daerah keningau.

Tiga hari sebelum pemergian arwah, kami bertemu di kantin kompleks sukan keningau secara kebetulan dan sempat bersembang lama dengannya bersama isterinya, pelbagai cerita kami antaranya berkenaan kereta ford yang baru saya beli dan hal lain berkenaan suasana kempen pilihan raya yang sedang berjalan.  Tak sangka itulah pertemuan terakhir kami ..  tiada tanda-tanda arwah sakit, keadaannya sehat saja..namun entah kenapa pertemuan terakhir itu, saya memandang arwah terasa ada sesuatu yang membuat hati ini rasa sunyi dan sayu, saya tak tahu kenapa perasaan tiba-tiba terasa begitu. Namun tidak sempat diluah pada sesiapa. 

Rupanya itu gambaran arwah akan pergi buat selamanya.Terlalu banyak kenangan bersama arwah, Kami semua keluarga menyayanginya tetapi Tuhan lebih menyayanginya Al-Fatihah buat arwah MOHD SAIFUL semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solehen. ( Kepadanya kita datang, kepadanya juga kita kembali ).


Monday, 13 May 2013

PEMBANGKANG PUNCA KEKACAWAN PRU-13


Pembangkang punca  kekacauan PRU-13
Kuala Lumpur: Kekacauan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dikenal pasti berpunca daripada tindakan pembangkang yang dengan sengaja melanggar peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tohmahan dan fitnah dilemparkan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) selama ini terbukti hanya helah mereka untuk melindungi kesalahan sendiri.
Ahli BN patuhi peraturan


Beliau berkata, pandangan dan maklum balas diterima setakat ini menyatakan semua ahli BN mematuhi peraturan bertanding yang ditetapkan bagi memastikan PRU-13 berjalan dengan lancar.

“Semua calon kita mengikut undang-undang, dan tidak melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan peraturan ditetapkan, berbanding pihak sana yang tidak putus-putus menyerang kita dengan pelbagai tohmahan.

“Saya juga kesal dengan tindakan mereka memainkan emosi rakyat, khususnya golongan muda. Mengapa perlu mereka berbuat demikian, malah ada pengundi muda di kawasan saya yang mengakui mereka mengundi pembangkang kerana bimbang akan masuk neraka,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat kepada Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, beliau mengesyaki ada pihak tertentu membiayai pembangkang untuk menimbulkan kekacauan dalam negara sepanjang tempoh PRU-13.
Timbul kekacauan

“Saya tidak menuduh, tetapi mungkin mereka perlu menunjukkan kepada kuasa luar yang memberi mereka peruntukan tertentu untuk melakukan kerja menimbulkan kekacauan. Barangkali mereka perlu menunjukkan kepada ‘political masters’ mereka. Saya tidak menuduh tapi mungkin.. jika dia (pembangkang) hendak bawa saya ke mahkamah (kerana beri kenyataan ini), tidak apalah,” katanya.

Ditanya mengenai pendekatan BN untuk mengatasi serangan emosi pembangkang terhadap generasi muda, Tengku Adnan berkata, penerangan khusus akan diberikan kepada golongan muda agar mereka sedar dan tidak lagi terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang.

“Kita memang tak suka apa yang mereka lakukan, memainkan emosi rakyat, menaikkan kemarahan rakyat pada perkara yang tidak benar. Kita akan berikan penjelasan sepenuhnya (kepada golongan muda) supaya akidah mereka tidak lagi terpesong,” katanya.

Sunday, 12 May 2013

RASA SABAR BAGAI DIHIRIS PISAU BELATI

SABAR!!! SABAR! SABARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR! Buat saya letih bukan mudah bersikap sabar bila berhadapan dengan pelbagai karenah manusia,,bila diturut-turutkan hati mahu saja balas apa yang orang lain lakukan terhadap diri..terlalu sakit untuk bersabar..benarlah kata pepata "IKUT HATI MATI IKUT RASA BINASA" apa pun sabar walau terlalu perit untuk dihadam.

Thursday, 9 May 2013

Rakyat DUN Liawan harap YB DATUK SAIRIN KARNO diberi peluang menteri penuh





KENINGAU: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan khususnya penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan ini meminta supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno diberi peluang menjadi menteri penuh dalam barisan Kabinet Negeri yang akan dibentuk dalam sehari dua ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Rakmadin Mohd. Yassin berkata, Sairin yang memenangi kawasan DUN Liawan bagi penggal ketiga wajar diberi peluang dalam barisan Kabinet Negeri Sabah atau menteri penuh bagi menghargai perjuangannya begitu konsisten dalam BN.
Katanya, rekod pencapaiannya dalam tiga pilihan raya di kawasan ini menunjukkan peningkatan dari segi pertambahan undi yang diperolehi.

“Walaupun majoriti dilihat menurun tetapi pertambahan undi yang diperolehi semakin meningkat di mana pada Pilihan Raya Umum (PRU11) 2004, Sairin memperoleh 4,709 dengan majoriti 3,305 dengan peratusan turun mengundi 63 peratus. Pada PRU 12 (2008) beliau memperoleh undi 4,661 dengan majoriti 2,044 undi dengan peratusan 71 peratus dan pada PRU 13 (2013) beliau mendapat 5,383 undi dengan majoriti 1,752 dengan peratusan turun mengundi 81 peratus,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Rakmadin berkata, pada PRU11, Sairin hanya memegang jawatan Pengerusi salah satu agensi kerajaan dan pada PRU12 beliau dilantik menjadi Pembantu Menteri. “Kalau mengikut urutan maka layaklah pada penggal ketiga ini Sairin diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh,” jelas Rakmadin.

Sementara itu, Ketua Bahagian parti Gerakan Bahagian Keningau Clarence Lee berkata, Sairin wajar diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh berdasarkan pengalamannya semasa memegang jawatan Pembantun Menteri dan beberapa jawatan yang dipegang sebelum ini seperti Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan sebagainya.
Justeru itu katanya, tiada masalah bagi Sairin memegang jawatan Menteri Penuh jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN Negeri.

Empat lagi Pengerusi JKKK terdiri dari Kennedy Bukat (Kg. Lingkudau) Julius Intai (Kg. Motou), Jhony Liew (Kg. Masak) dan Lazarus Lajiun (Kg. Gaulan) senada menyuarakan pandangan dan sokongan kepada Sairin supaya dilantik Mneteri Penuh.Kata mereka, pemilihan Sairin sebagai Menteri Penuh dinanti-nantikan oleh penyokong BN kerana bagi penggal kedua yang lalu beliau hanya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar sahaja.“Jika beliau (Sairin) dilantik Menteri Penuh sekurang-kurangnya ia menjadi sandaran bagi rakyat di kawasan ini untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat di sini, selain bertanggungjawab dalam pembangunan di Sabah secara keseluruhannya,” kata Kennedy.

Bagi Ketua Kampung Masak Eson Aris, pemilihan Sairin sebagai Menteri Penuh sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan ini sejak ia menjadi Adun.“Justeru itu tidak salah kalau Sairin diberi peluang untuk memegang jawatan Menteri Penuh di mana-mana Kementerian yang difikirkan sesuai  oleh pucuk pimpinan BN,” katanya.Beliau berkata, rakyat di kawasan ini amat mengharapkan agar Sairin diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh.

Harapan rakyat tidak menjadi kenyataan, akhirnya hanya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah.  Terimalah dengan hati terbuka hanya itulah rezki belajar bersyukur daripada tiada.

Tuesday, 7 May 2013

KAWASAN ADUN BINGKOR SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA " INI KALI LAH "


Kini Datuk DR. Jefrey Datuk Kitingan Wakil Rakyat N. 33 BINGKOR yang baru dalam Kawasan Parlimen 180 Keningau. ( Parti STAR Pembangkang)
Keputusan pilihan raya PRU 13 kali ini di kawasan Parlimen 180 Keningau dan Dun  tidak begitu cemerlang berbanding keputusan PRU 12 namun kemenangan masih memihak kepada parti Barisan Nasional. Meski pun salah satu Dun telah ditawan pihak pembangkang iaitu Dun Bingkor yang kini bertukar milik kepada Parti STAR pimpinan Datuk Jefrey Kitingan, memperolehi jumlah undi 5,350. manakala En. Kennedy John Angian daripada parti komponan UPKO (BN hanya mendapat 4,894 undi. Kelebihan undi Parti Star hanya 456.

Kekalahan BN di Dun ini telah dijangka awal berdasarkan isu-isu yang di bangkitkan berkenaan calon UPKO muka baru yang tidak dipersetujui sebilangan rakyat Bingkor. Berbagai isu berat ditimbulkan dan ini memungkinkan menyumbang kepada kekalahan atau ada isu lain yang tidak diketahui umum.

Rakyat bingkor sendiri begitu lantang ingin menukar calon pada PRU 13 ini, malah mahu calon dari golongan muda di tampilkan. Mereka juga mahu calon lama penyandang Datuk Justin Guka diganti yang dilihat tidak berfungsi dan tidak bersungguh-sungguh membangunkan Dun Bingkor, nampak ketara kawasan Bingkor pembangunan agak perlahan berbanding kawasan Liawan dan Tambunan. Inilah antara faktor utama menjadi isu kenapa wakil rakyat ini harus diganti'  rakyat perlukan perubahan, itulah harapan rakyat Bingkor.

Akhirnya pertukaran calon telah berlaku sudah tentu rakyat bingkor bersorak gembira namun malangnya calon yang di tampilkan masih tidak memuaskan hati mereka, meskipun bantahan telah dibuat akan tetapi keputusan pucuk pimpinan UPKO pusat telah di muktamadkan. Mana mungkin proses pengantian bisa berlaku disaat akhir sudah tentu banyak lagi perkara yang harus dibuat sedangkan pilihan raya sudah bermula.

" KERANA MARAHKAN NYAMUK HABIS KELAMBU DIBAKAR " Kekecewaan atas faktor calon tidak disukai itu telah di zahirkan melalui undi yang akhirnya kerusi BN Dun Bingkor bertukar milik kepada pembangkang ( Parti STAR ). Namun apakah keputusan itu mengundang tuah buat rakyat Bingkor? Apakah memilih parti pembangkang kawasan Bingkor akan lebih cemerlang ? mampukah Dr, Jefrey merubah wajah Bingkor yang masih dahagakan pembangunan? Kita sama-sama tunggu dan lihat dan menanti slogan-slogan Datuk jefrey menjadi kenyataan.. Apakah ianya menjadi realiti atau hanya sekadar teori " INI KALI LAH "


Keputusan Pilihan Raya N.33 BINGKOR PRU 13:

1. RICKY @ ROLAND SEDOMON       -     BEBAS          111  UNDI 
2. AHMAD SHAH TAMBAKAU             -     PKR               2, 368
3. KENNEDY JOHN ANGIAN               -     BN                  4, 894
4. DATUK DR. JEFFREY KITINGAN     -    STAR               5,350

                                                                        MAJORITI- 456