Thursday, 1 May 2014

SAAT MENCABAR KEMAMPUAN DIRI

Sahabat setiaku menemani ke pelusuk bawah bayu
Akhir-akhir ini seperti selalu, kesibukan kian melanda, mesyuarat tidak pernah redah saban minggu asyik mesyuarat dan bengkel, hampir saja tidak berdaya menghadirkan diri, namun digagahi juga demi tuntutan tugas dan tanggungjawab selaku penjawat awam melaksanakan amanat negara.

Dihati kecil ini selalu saja berbisik, aku hanya menghabiskan sebahagian sisa-sisa hidup ini di perjalanan, saban minggu menyusuri banjaran crocker menuju ke pusat bandaraya bawah bayu lewat subuh yang dingin sesekali meredah kabus bersama sahabat setiaku pacuan empat roda yang gagah.

Kekadang memecut laju 120km sejam tanpa sedar kerana menghindari kelewatan waktu yang telah ditetapkan, waktu sentiasa tepat tiba dilokasi. Bila keadaan tenang rasa bergetar jantung ini bila memikirkan pemanduanku yang agak kelam kabut.

Mujur kemampuan diri masih berdaya walau terasa begitu keletihan merantai jasad ini bersama serpihan usia yang kian merangkak senja.  Tiba ke penamat hayat persaraan, beginilah detik-detik sebahagian hayat ini di habiskan...Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah ini.

" SELAMAT HARI BURU "

Saturday, 19 April 2014

Memory Full Sudah..

Alahai sibuk-sibuk aku melayari FB tadi terpandang potret brother aku merasmikan program anjuran belia peringkat daerah keningau berlangsung petang tadi di perkarangan Mall Keningau..sikit aku terlompat betul2 aku terlupa datang huhhhhh..

Sudahlah jabatan aku terlibat mengendalikan salah satu aktiviti dalam program tersebut...nasib baik urusetianya telah dilantik awal..menguruskan semuanya....betullah memory di kepala aku ni sudah full...namun dalam hati masih ada keresahan ...ini kali lah ..

alamak..alamak..

Friday, 18 April 2014

KEMAS KENINGAU Di arah Tutup ???

 Gara-gara terlepas hadir mesyuarat tindakan daerah beberapa minggu lepas,,jabatan saya di arah tutup...biar betul...???  sekian lama ini belum saya terdengar mana-mana Do yang setegas ini..huhhh

Beberapa rakan dari pelbagai agensi menyampaikan pada saya betapa marahnya master daerah ini kepada mana-mana ketua jabatan tidak hadir meeting tanpa sebab atau alasan yang munasabah. Siap call lagi dan minta surat tunjuk sebab..ini barulah betul-betul bos prihatin..

Saya tidak hadir bukan sebab di sengajakan,  tetapi kebetulan mesyuarat jabatan di laksanakan pada tarikh dan masa yang sama, sehingga saya terlupa memaklumkan kepad PA si Master daerah ini yang saya tidak dapat hadir mesyuarat tersebut.

Pegawai lain dalam pejabat turut tidak dapat menggantikan kerana mereka juga terlibat dengan bengkel jabatan di luar daerah...

Arahan tutup ini, buat saya kecut perut...namun sekecil kuman pun saya tak ambil hati sebabnya ini kesilapan sendiri yang harus diinsafi buat pengajaran diri dimasa-masa akan datang..

Saya faham niat bos ini, dalam amanatnya lewat meeting dua bulan lalu diawal kehadirannya bahawa si master daerah ini telah bertegas menyatakan serta menginggatkan, tidak mahu ada di kalangan para pegawai ponteng meeting tanpa sebab, demi memastikan kelancaran serta kerjasama dalam memajukan keperluan masyarakat serta pembangunan di daerah ini dapat di laksanakan dengan baik. .

Si master daerah ini baru beberapa bulan di tukarkan ke daerah ini, nampak gayanya semangat dan ketegasannya dalam melaksanakan dasar kerajaan serta kehadirannya di daerah ini sangat bertepatan, sesuai dengan keadaan daerah ini yang begitu pantas membangun.

Jika sebelum ini ramai para pegawai sambil lewa menghadirkan diri dalam setiap kali meeting pembangunan daerah, tindakan daerah dan meeting yang lain, namun kali ini tiada yang boleh terlepas. Melainkan bersebab.

 Wajanr sangat buat ingatan kepada semua pegawai yang telah di amanahkan dengan tanggungjawab masing-masing.  Jangan sampai jabatan sendiri di arah tutup. Terima kasih kepada tuan Do yang baru.

Saturday, 15 March 2014

AL-FATIHAH Buat Sahabatku

"Kepadnya kita datang dan kepadanya kita kembali" hanya itu kata-kata yang mampu terucap. Aku baru mendapat kabar daripada anak buahku yang kebetulan sahabatku itu adalah kakak iparnya, sahabat ini telah pergi meninggalkan alam fana ini lewat malam tadi. Menurut anak buahku selama dua minggu sahabat ini bertarung dengan penyakitnya. Terakhir kami bertemu bulan Disember 2013.

Kanser payu dara adalah puncanya.. penyakit yang sangat menakutkan buat semua insan bernama hawa di dunia ini. mungkin telah mencecah jutaan wanita yang telah menjadi korban angkara penyakit ini...sehingga kini belum ditemui lagi sebarang produk yang boleh mencegahnya daripada terus merebak. Jika semua pakar telah menemui penawarnya sudah tentu hati wanita termasuk aku pasti akan tenang dan tiada lagi kerisauan.

Namun kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya. Andai setelah berusaha, dan tiada perubahan ianya merupakan takdir yang tak mampu dielak, melainkan hanya pasrah dan menerima segala yang telah ditentukan.

Sejujurnya pemergian sahabatku ini, buat aku rasa sebak, rasa kesal kerana tidak sempat hadir saat dia di semadikan lewat petang tadi.  Arwah merupakan rakan karibku sejak di sekolah rendah,  meskipun kami berjauhan kampung namun sesekali kami bersua muka dibandar tanpa dirancang, kekadang aku menyapanya dan  ambil kesempatan berkisah pada kenangan saat kami pernah bersama dalam satu kumpulan nashid musim remaja di bawah kerajaan Parti Berjaya tahun 80han.

Arwah merupakan penyanyi utama dalam kumpulan tersebut, suaranya sangat lunak dan merdu. Musim itu lagu-lagu nashid yang kami dendangkan sering berkumandang dicorong radio Sabah, dibawah pimpinan ustaz Jalidar Abdul Rahim,  Arwah Pak Haji Omar Sidik, Arwah Hj Abdul Rashid Abu Bakar, Arwah Ustaz Hj Aludin Kamdin, Hj Jefry Siman dan beberapa ustaz lagi.

Kini semuanya tinggal memory yang tak mungkin di lupakan..

Buat keluarga, suami dan anak-anak arwah bersabarlah menghadapi dugaan ini semoga Allah menempatkan roh arwah ini dikalangan roh para solehen AL FATIHAH semoga engkau damai dialam sana, aku sentiasa mendoakan.

Wednesday, 12 March 2014

AJK MPLB

Bilik Mesyuarat pejabat Tan Seri Datuk Joseph Pairin Kitingan. Bersama AJK MPLB Parlimen Keningau 2014 -Pengerusi Ahli Parlimen Keningau
Penyampaian surat watikah perlantian  sebagai AJK MPLB Daerah Keningau menyalaras Projek-projek KKLW di daerah, daripada Tan Seri Datuk Josep Pairin Kitingan Ahli Parlimen Keningau merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.

Mesyuarat pertama ini berlangsung di Pejabat Tan Seri Joseph Pairin Kitingan bangunan JKR Kota Kinabalu

Sunday, 9 March 2014

TRAGEDI BOEING MH370 DAN DATIN ROSMAH


Tragedi kehilangan BoEing MH370 hari ini masuk hari kedua, menggemparkan negara dan keserata dunia, warga dunia tertanya-tanya dimana gerangan kapal itu menghilang, jejak pun masih samar tidak dapat dikesan sehingga saat ini. Sejak hari kelmarin saya asyik didepan TV tidak mahu ketinggalan sedetik berita pun tentang kehilangan kapal ini dalam minda banyak persoalan berligar.

Siang tadi saat saya menonton setiap berita di paparkan ternampak kelibat Datin Rosmah  tiba-tiba muncul di KLIA membuat lawatan kepada keluarga mangsa, saya melihat Datin Rosma mengalirkan air mata tanpa dapat ditahan-tahan sambil bersalaman dan bercakap dengan mereka, jiwa saya turut sebak dan mengalir air mata tanpa dipaksa..walhal lagilah pada keluarga yang terlibat, inikan pula seperti Datin Rosmah, Saya dan masyarakat diluar sana..semuanya meluahkan rasa sebak dan simpati...

Sebagai manusia yang kaya dengan perasaan bukannya mudah untuk kita menitiskan air mata tanpa sebab melainkan hati benar-benar diusik perkara menyayat hati, apa lagi memikirkan tragedi ini melibatkan rakyat negara kita ibarat keluarga sendiri.

Namun disaat kita turut bersedih akibat tragedi ini, masih ada rupanya manusia yang tiada perasaan diluar sana, berbagai gurauan, sendaan, cacian, makian penghinaan dilontarkan, jenis manusia apakah mereka ini? haiwan pun bisa menanggis inikan manusia yang kaya dengan akal sempurna namun seolah-olah mereka tiada jiwa atau sifat sebagai manusia normal.

Bukankah lebih baik menyumbang doa yang terbaik dari menyumbang dosa. Tiada seorang pun dari kita mengharapkan malapetaka berlaku melainkan semua ini adalah ketentuan sang pencipta. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar semuanya dalam keadaan yang kita harapkan.

Wahai seluruh rakyat Malaysia jangan kita putuskan segala doa memohon dari yang maha esa agar pencarian itu dipermudahkan. Semoga setiap doa yang kita pohonkan akan dimakbulkan Tuhan. Insyah-ALLAH


Friday, 7 March 2014

PROGRAM JELAJAH PELUANG PENGAJIAN TINGGI LUAR BANDAR KAWASAN KENINGAU

Ucapan Perasmian oleh YB Adun Liawan

Barisan AJK Wanita Umno Parlimen Keningau

Kolej Kiara sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta melancarkan program Jelajah Peluang Pengajian Tinggi Luar Bandar.
Majlis Pelancaran disempurnahkan oleh YB Datuk Hj Sairin Karno Adun Liawan, Merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah.

Ketika ditemui pada majlis tersebut,  Datuk Sairin  menyambut baik langkah IPTS tersebut yang menyebar luas peluang pendidikan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya di kawasan luar bandar.
Dalam masa sama beliau turut menyarankan IPTS tersebut menawarkan kursus pengajian yang sesuai bagi memudahkan graduan mendapatkan pekerjaan kelak.
Sementara itu dalam ucapan aluan Ketua Esekutif Kolej Kiara, Natalie Chow berkata, pihaknya menyasarkan seramai 20 pelajar lepasan SPM mendapat tajaan di setiap lokasi ADUN bagi meneruskan pendidikan ke peringkat diploma.
Kolej itu setakat ini menawarkan kursus diploma pengurusan hotel, diploma kesetiausahaan eksekutif dan diploma pentadbiran koprat.

Dalam majlis tersebut Datuk Sairin Karno telah menyampaikan sumbangan sejumlah RM 20.000 ribu ringgit  kepada Ketua Esekutif Kolej Kiara bagi tujuaan tajaan kepada dua puluh orang pelajar daripada daerah Keningau












Sunday, 2 March 2014

PUDING MILO LAPIS OREO


Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Milky Peach Pudding (Puding Pic Bersusu)


Sumber : FP Cek De Sam
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
500 ml air
500 ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Buah peach dalam tin

Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.

Wednesday, 19 February 2014

APA KAH KERANA DIA BERSTATUS TUAN ? SESUKA HATI MENENGKING ORANG BAWAHAN


Mentang-mentanglah dia bos, apa dia sesuka hati saja tengking-tengking orang bawahan..keluh seorang kakitangan disebuah jabatan kedengaran sedang bercakap dengan rakannya yang kebetulan duduk disebelah, ketika saya menunggu kereta sedang dicuci di sebuah car was yang terletak di pinggir sebuah kampung.

Kedengarannya dia bercakap pasal bosnya yang suka marah-marah tak tentu pasal, perkara kecil pun tak boleh selesaikan, mau juga dibincang melalui meeting. Walhal katanya perkara itu mudah saja dia ambil tindakan jika dia mahu, kerana dia seorang bos lagi pula perkara itu bukannya melibatkan sampai perlu diurus ke ibu pejabat pusat.
 
Sikap bosnya itu buat dia rasa menyampah dan tidak selasa menjalankan tugas seharian, ada-ada saja perkara yang tidak kena. Masalah rumahtangganya juga sampai terbawa-bawa ke pejabat, habis semua kakitangan manjadi mangsanya melepaskan geram.. luahnya.

Tidak di nafikan terdapat dikalangan kakitangan berjawatan bos sangat berlagak dan sombong terhadap kakitangan bawahan, ahh baru setakat bos rendah belum jadi pengarah...kenapa harus menyombong tahap langit, jawatan itu bukan diwarisi sampai ke cucu-cicit..

Sampai ada yang tidak dipandang malah terlalu dibenci walau telah bersara..kerana terlalu berdendam dengan si pegawai ini suatu ketika dahulu..perkara ini boleh kita jadikan iktibar jangan kita dibenci orang pula sampai ke akhir hayat.

Monday, 17 February 2014

Jelajah Ke Banjaran Crocker

Dua warga Jepun turut bersama, mereka sering datang ke tempat ini membuat kajian, yang sebelah kanan sangat fasih berbahasa melayu, sudah 4 tahun berada di Sabah, yang sebelah kiri pula berstatus DR. tidak tahu berbahasa melayu baru setahun di Sabah.
Rombongan sedang menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan oleh Taman-taman Sabah
suasana didalam rimba
Batu yang menyerupai wajah seekor singa, ini antara yang menarik ditempat ini
Kelihatan Ketua Umno Bahagian dan Timbalan Ketua Umno bahagian. Anuar Datuk Ayub serta rombongan sambil sembang dan  menikmati hidangan tengahari...
Sempat menggambil post di kaki bukit banjaran croker, alahai damainya disini dan dinginnya menyejuk jiwa
Pejabat Taman-taman Sabah yang terletak di Kg. Ulu Senagang Keningau


Kami meneruskan perjalanan ke satu perkampungan di Ulu Senagang dan Kg. Mongol dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Liawan Keningau yang terletak di kaki bukit banjaran croker menghadiri satu program perasmian komuniti bersama masyarakat setempat.

Program ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri YB. Datuk Sairin Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah. Ianya adalah program anjuran Taman-taman Sabah. Rombongan daripada pergerakan yang di ketuai oleh ketua wanita UMNO Pn. Hajah Amelia Ajun seramai 15 orang kesemuanya adalah wanita. Rombongan Ketua Bahagian pula telah berangkat lebih awal.

Perjalanan menuju ke perkampungan ini memakan masa lebih kurang 1 jam,  keadaan jalan raya yang agak becak kerana di basahi hujan, sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke destinasi. Ini merupakan lawatan pertama sebahagian dari rombongan kami ke tempat ini, kerana ada diantara rakan-rakan belum berkesempatan melawat ke tempat ini termasuk saya.

Tempat ini tidaklah jauh sangat dari bandar Keningau, namun untuk sampai ke tempat sebegini tanpa bersebab mungkin tidak dapat di luangkan kerana masing-masing ada kometman. 

Dalam keadaan jalan becak berlumpur begini pemanduan terpaksa di perlahankan kerana jalannya agak licin, silap haribulan boleh menjunam ke bawah bukit  huhu...justeru itu berhati-hati di jalan raya adalah penyelamat.

Tibanya kami ditempat ini..hati sungguh rasa sangat teruja melihat keindahan alam sekeliling, suasana hijau begitu mengoda pandangan mata.. minda terasa segar melihat panorama rimba yang masih dara, belum pernah diteroka oleh mana-mana manusia, kerana tempat ini dilarang sekeras-kerasnya kepada sesiapa yang cuba meneroka tanpa keizinan dari yang punya tuan iaitu Taman-taman Sabah, ianya merupakan kawasan tadahan. 

Hembusan bayu dingin menyapa selamat datang... desiran air sungai menggalir lembut, penghuni rimba kedengaran bersahut-sahutan menandakan kehadiran penghuni dari luar..mungkinkah mereka rasa terganggu mendengar keriuhan gelak tawa manusia yang ada di sekitar ..huhh..sunguh damai disini. Sangat sesuai untuk berbulan madu buat mempelai yang baru melayarkan bahtera.

Namun satu perkara yang terasa sangat rugi tidak sempat ke air terjun tujuh tingkat yang terdapat di dalam rimba sana, ini kerana  tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..lagi pula kami di beritahu oleh kakitangan taman-taman sabah di tempat itu banyak pacat yang sentiasa menunggu-nunggu menyerang mangsa..

huhuuu.. setakat pacat tidaklah mematahkan semangat serikandi tetapi kerana hujan..dan waktu begitu cemburu..kami terpaksa berangkat balik meneruskan perjalanan,  ziarah ke beberapa buah lagi kampung yang menjadi mangsa banjir..

Selepas meninggalkan tempat ini dengan sedikit rasa kesal, ada dikalangan rakan mengajak semula rombongan ke tempat ini pada masa akan datang, dengan tujuan melawat ke air terjun tujuh tingkat itu. .akan sampai waktunya nanti kami pasti datang lagi...InsyahAllah.

Wednesday, 12 February 2014

Elak Derita Dihujung Usia


ELAK DERITA DI HUJUNG USIA

Paparan Sinar Harian ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Kita sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya


Sumber Sinar Harian-  sekadar perkongsian.

Thursday, 23 January 2014

KUNJUNGAN HORMAT PERGERAKAN WANITA UMNO KENINGAU KEPADA PEGAWAI DAERAH


Barisan pergerakan wanita UMNO Parlimen Keningau yang di ketuai oleh Pn. Hajah Amelia Ajun melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Keningau yang baru Tuan Hj Mohd Yusuf .
Kunjungan ini antara  tujuannya ialah merapatkan silaturahim di kalangan pergerakan wanita umno parlimen keningau dengan pegawai daerah serta warganya.

Dalam ucapan ringkas pegawai daerah selaku ketua pentadbir di daerah mengharapkan adanya kerjasama diantara pejabat daerah dan pertubahan ini dalam apa juga perkara terutama yang berkaitan dengan masalah masayarakat juga pembangunan sekitar.

Selaku pegawai daerah yang baru di daerah keningau, beliau juga amat mengharapkan sokongan padu daripada semua agensi kerajaan menyumbang segala idea bernas dalam membangunkan daerah ini ketahap yang lebih cemerlang. Lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Ahli Parlimen Keningau dan Adun Liawan.

Kunjungan selama 45 minit itu diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada Tuan Pegawai daerah keningau daripada pergerakan wanita umno parlimen Keningau.

Monday, 13 January 2014

BERTUDUNG SESUAIKAN DENGAN IMEJ


WANITA yang bertudung masih boleh nampak jelita, anggun, menawan dan manis jika mereka mengetahui bagaimana menjaga penampilan yang betul. Apabila bertudung bukan bermakna seseorang itu harus nampak lebih tua daripada usia sebenar dan berasa rendah diri kerana tidak berfesyen seperti orang lain.
Banyak wanita bertudung yang tidak mengetahui bagaimana memaparkan penampilan wanita muslim yang menarik, bukan untuk memikat orang tetapi untuk keselesaan dan keyakinan diri sendiri.

Banyak wanita muslim yang kita lihat kurang menjaga penampilan. Pada mereka, apabila bertudung mereka tidak perlu lagi bergaya kerana bimbang menjadi fitnah atau tidak sesuai lagi dengan imej mereka yang bertudung.  Bertudung tidak harus menyekat wanita daripada bergaya namun haruslah bersesuaian dengan imej mereka. “ Ramai wanita yang hanya memakai tudung dengan satu gaya sahaja. “Sebenarnya banyak jenis ikatan tudung yang boleh digayakan setiap hari. .

Terdapat wanita muslim yang bertudung tetapi pakaian mereka tidak menutup aurat, terdedah di dada, pinggang, lengan dan sebagainya. Sebagai wanita muslim, kita tidak seharusnya mendedahkan diri atau memakai pakaian yang menjolok mata sebaliknya menghargai diri dan menjaga maruah. walaupun seseorang itu bertudung.

“Banyak wanita yang memakai tudung bawal sedangkan tudung tersebut mahal. Kita masih boleh nampak cantik jika memakai tudung bercorak yang berharga RM10 jika mengetahui cara menggayakan dan mengikatnya. “Tudung bercorak sesuai dengan baju polos sementara jika memakai tudung polos, pilih baju yang bercorak,’’ ujar beliau.

Tudung bercorak belang harimau pula, amat tidak sesuai dipakai kerana menampakkan watak garang seseorang wanita. Jika gemar memakai baju kurung, jangan pula memakainya setiap hari ke pejabat. Selang-seli dengan baju lain yang moden sedikit tetapi masih menutup aurat. Baju dan tudung tidak boleh dipakai sedondon kerana tidak menarik sebaliknya pakai yang kontra agar tidak jemu dipandang. Untuk berjimat, banyakkan koleksi baju polos dan hanya pelbagaikan corak tudung.

“Sentiasa menyimpan satu atau dua helai tudung yang menarik di dalam kereta kerana jika tiba-tiba anda dijemput menghadiri sesuatu majlis selepas pejabat, anda tidak perlu pulang ke rumah untuk bersiap. Sebaliknya tukar sahaja tudung dan cara ikatan yang berbeza bersama kerongsang yang berkilauan.
Selain menitik beratkan mengenai pakaian, warna juga amat memainkan peranan penting. Wanita muslim tidak sesuai memakai pakaian yang berwarna terang, sebaliknya pilihlah warna-warna pastel atau lembut.
Pakailah kasut yang sesuai seperti court shoes atau but. Sandal tidak sesuai dipakai ke pejabat. Di Barat, mereka yang memakai sandal ke pejabat dianggap tidak beradab.

Solekan yang sesuai untuk muslimah. Sebagai wanita, kita harus mengenakan solekan agar wajah nampak berseri dan tidak pucat. Solekan yang tipis amat bersesuaian dengan seseorang wanita muslim. Bersolek , bukanlah untuk memikat orang tetapi dapat memberi keyakinan kepada diri sendiri apatah lagi bagi wanita yang tugasnya banyak berjumpa dengan pihak lain.

Tips
1. Digalakkan memakai baju kosong yang boleh dipadankan dengan banyak tudung bercorak.
2. Jika ke pejabat, jangan setiap hari memakai baju kurung sebaliknya selang-seli dengan baju berfesyen.
3. Pakai kerongsang yang kecil. Jika tudung merah, pakai kerongsang warna keemasan sementara tudung warna lain sesuai dengan kerongsang warna perak.
4. Wanita berbadan besar tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Jika mahu yang besar, cari yang berbentuk panjang.
5. Jangan tutup bahu dengan tudung kerana badan akan nampak lebih besar.
6. Wanita yang berbadan besar tidak digalakkan memakai tudung besar.
7. Selain kerongsang, boleh juga dipakai klip skarf atau sepit rambut yang cantik.

Sunday, 12 January 2014

SOLEKAN YANG SESUAI UNTUK WAKTU MALAM

Teknik solekan yang betul mampu membangkitkan seri wajah biarpun hanya mengenakan mekap tipis. Namun paling penting pemilihan alat solek yang boleh memberikan warna sesuai dengan kulit seterusnya membuatkan wanita kelihatan anggun dalam apa jua acara dihadiri.
Cara sapuan warna yang bersesuaian dengan mood sekeliling penting kerana wajah yang kusam boleh diserikan hanya dalam sekelip mata. Apa juga teknik solekan, ia pasti akan memberikan hasil yang cantik sekiranya dipadukan dengan sapuan warna menarik.

Baginya apa yang paling penting alat solek yang lembut kerana ia mudah dicalit pada wajah, memudahkan teknik sapuan selain mampu menutup pori kulit, sekali gus membuatkan wajah tampil mulus.
FotoWAJAH berseri selepas disolek.

Katanya, alat solek keluaran jenama berkenaan mempunyai pelbagai warna yang mampu diadun bersama pada wajah dan disapu rata, tanpa bertompok lantas menghasilkan wajah sempurna.

“Bagi teknik solekan malam, warna yang dipilih perlu lebih terang, bersesuaian dengan suasana gelap di waktu malam. Menggunakan solekan jenama ini juga tidak perlu mengambil masa lama, hanya lima minit sudah cukup untuk bersiap.

“Solekan waktu malam juga perlu lebih garang dan sesuai untuk digayakan ke majlis makan malam atau sekadar keluar berjalan-jalan,” katanya ketika menunjukkan demonstrasi menyolek menggunakan alat mekap Mary Kay di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut Azalina, solekan boleh dimulakan dengan bedak asas yang disapu bermula dari bahagian atas wajah menggunakan berus supaya ia lebih rata dan kemas.

Kemudian, sapukan pembayang mata bermula dengan warna lembut terlebih dulu sebagai asas kemudian warna lebih gelap di penjuru mata, sekurang-kurangnya dua atau tiga warna bersesuaian untuk mendapat kesan lebih segar sebelum melukis garisan mata.

“Ini diikuti dengan penggunaan maskara yang dimulakan bersama primer supaya bulu mata lebih lentik, tidak gugur dan tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan primer sebelum maskara mampu menguatkan bulu mata,” katanya.

Pemakaian pelembap bibir sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir penting kerana ia dapat melembapkan kawasan bibir.

“Sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir, gariskan bentuk bibir dengan pensel bibir. Sekiranya seseorang itu makan atau minum hingga hilang warna gincu, sekurang-kurangnya masih ada lagi bentuk bibir.

“Bagi mereka yang berkulit cerah, cukup sekadar mengenakan pengilat bibir berwarna,” katanya.

Mereka yang sudah sedia berbulu kening lebat, boleh mengemaskannya menggunakan gel bulu kening dilengkapkan dengan penyikat supaya tidak berserabut.

Teknik solekan boleh diteruskan dengan menyapu pemerah pipi pada tulang pipi yang disapu selepas gincu bagi mengawal warna pada wajah supaya tidak berlebihan.

“Akhir sekali, sapukan bedak mineral di seluruh wajah bagi melembutkan warna pemerah pipi dan solekan tahan lebih lama dan cantik,” katanya.

WANITA PERLU TAHU FESYEN YANG SESUAI DI WAKTU MALAM

Menawan dengan gaun syifon daripada fabrik bercorak.





























HARUS ada perbezaan antara pakaian untuk ke majlis malam dan siang. Ini kerana kebanyakan orang tidak menghiraukan pakaian yang sesuai untuk ke sesuatu majlis. Mereka memakai apa sahaja yang dirasakan cantik.

Tidak bijak memilih pakaian untuk ke majlis malam akan membuatkan kita malu sendiri kerana bakal diberikan pandangan sinis dan jelingan tetamu lain. Tidak mungkin anda ke majlis malam dengan memakai kemeja, blaus, jaket atau baju kurung biasa. Nanti dikatakan orang, anda tidak tahu etika ke majlis.

Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk pulang ke rumah menukar pakaian namun tetamu lain tidak memahami masalah anda itu. Jadi jika anda telah mengetahui majlis yang akan dihadiri sebaik habis waktu bekerja, bawa pakaian yang hendak dipakai pada majlis malam itu.

Atau bawa baju lain yang boleh disuai padan atau kasut yang lebih cantik dan dihiasi dengan batu permata atau kristal. Kini terdapat banyak butik dan kedai yang menjual pakaian malam yang telah siap pada harga yang berpatutan. Pilih warna yang bersesuaian dengan anda namun jangan pilih warna kelam.

Pakaian untuk ke majlis malam lazimnya lebih bergaya daripada majlis di siang hari dengan warna-warna cerah dan terang seperti merah, biru dan sebagainya. Pakaian malam harus nampak lebih elegan, eksklusif dan bergaya. Dibuat daripada fabrik yang lembut beralun seperti syifon menjadikan anda tampak begitu menawan.

Gaun kembang, dres labuh atau singkat yang dihiasi dengan batu-batu permata atau manik yang berkilat dan berkilauan amat sesuai bagi digayakan ke majlis malam. Ia membuatkan anda nampak lebih berseri daripada biasa. Inilah yang membezakan di antara pakaian majlis malam dan siang kerana pakaian yang dihiasi permata berkilauan tidak dipakai di siang hari.

MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN PUTERI UMNO NEGERI SABAH



Bersama sahabatku Fina Zariana bekas naib ketua puteri Sabah
melepaskan rindu kami jarang bertemu Fina di Kota Merudu aku pula di Keningau
Kenangan manis bersama Fina, sewaktu pilihan raya di Pendang Kedah 2002 semasa dalam puteri, kami berdua telah menyusup masuk ke markas PAS dengan tujuan ziarah JIRAN, nasib baik tidak kena halau.
Ketua Puteri UMNO Malaysia
Mantan Ketua Puteri Umno Sabah
Ketua Puteri Umno Sabah yang baru Pn. Normala Rasik
Rakan Puteri yang masih bersama menerajui Puteri Sabah (kanan ketua puteri Pensiangan)
Kota Kinabalu- Hotel Hayat  (malam)-11hb Januari 2014- berlangsung satu majlis Jasamu dikenang anjuran pergrakan Puteri UMNO negeri Sabah, bagi meraikan warga Puteri yang telah bersara menerajui kepimpinan pergerakan puteri umno Sabah.

Majlis yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan semua ketua-ketua puteri bahagian di seluruh sabah. Ketua puteri umno Malaysia menyampaikan ucapan tahniah kepada semua mantan puteri diatas segala sumbangan dan jasa diatas segala pengorbanan dan usaha yang telah dibuat.

Kesinambungan daripada usaha puteri2 terdahulu dan kini,  puteri pada hari ini dilihat semakin mantap malah telah berjaya mengumpul bilangan ahli sehingga kejumlah ratusan ribu diseluruh negara. Negeri sabah khususnya jumlah keahlian puteri telah mencecah lima puluh ribu keatas. Kejayaan puteri menarik ramai golongan muda menyertai pergerakan ini memperlihatkan usaha terus dibuat sekaligus menambah keahlian umno dari masa ke semasa.

Tahniah dan terima kasih kepada Puteri UMNO sabah diatas ingatan buat kami yang telah bersara dalam puteri, kita teruskan perjuangan ini, kerana tiada istilah nokta dalam sebuah perjuangan selagi nadi berdetik  Justeru marilah sama-sama berjuang sehingga ke detik nafas yang terakhir.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DIATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI

Friday, 3 January 2014

LELAKI TIDAK DISUKAI WANITA

Gambar hiasan
Gambar hiasan
Oleh:Web MIDI

Bukanlah bermaksud wanita ini cerewet, tetapi memang fitrah wanita akan memilih lelaki yang mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin dan juga teman hidup yang terbaik untuknya hingga ke akhir hayat. Dalam banyak-banyak lelaki yang ada di dunia, ada juga golongan lelaki yang tidak disukai wanita. Faktor umur bukan ukuran ya, bab-bab memilih, wanita memang cerewet. No questions ask!

Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

1.Lelaki yang bajet kacak
Kelakar bila guna bahasa anak muda sekarang ini, tetapi wanita memang tidak suka lelaki yang bajet kacak, ‘feeling hot’ atau merasakan diri macam lelaki Melayu terakhirlah kiranya. Bukan bermakna wanita suka yang tidak kacak, tetapi ‘kacaknya’ seseorang itu kan universal. Hati seorang wanita akan lebih terpaut dengan lelaki yang berketerampilan dan bertanggungjawab. Bukan lelaki yang kacak tetapi terpaksa ditanggung dan bukan menanggung.

2. Panas baran
Haish…tolonglah,  janganlah cepat sangat naik angin dek hanya perkara-perkara kecil. Kaum wanita memang penyabar, tetapi kesabarannya ada hadnya juga. Dalam peringkat umur begini, panas baran adalah perkara terakhir yang akan dicari pada seorang lelaki.

3. Cepat merajuk
Hilanglah macho abang kalau kuat merajuk, dah tak nampak cute dah sekarang ini. Sekali-sekali tu mungkin boleh dilayan lagi. Tapi kalau dah sepanjang masa, tak larat sayang nak pujuk. Jangan sampai membawa rajuk sendiri nanti.

4.Lelaki show-off
Tengok pertunjukan memang seronok, tapi tengok orang menunjuk-nunjuk tu tidaklah rasanya. Ada wanita yang suka lelaki dengan kereta mewah, gaya yang gagah dan berjaya. Tetapi kadangkala bila si lelaki yang menunjuk-nunjuk kemewahan, gaya dan kejayaannya jadi naik tak suka pula. Lama-lama wanita mungkin akan menjauhkan diri kerana tidak mahu lagi tengok pertunjukan tersebut.

5. Terlalu tak kisah
Abang jenis tak kisah sahaja. Apa pun yang dilakukan oleh kaum wanita, dianggukkan, dibiarkan atau dibuat tak tau. Terlalu dingin boleh menyebabkan wanita cepat merasa bosan dan merasa jauh hati kerana beranggapan kurang disayangi. Wanita sukakan lelaki yang boleh menjadi pelindungnya dan mengambil berat perihal dirinya.

6. Kayu tiga

Awal-awal lagi dah main kayu tiga. Memang itulah petanda pertama akan ‘direject’ oleh kaum wanita. Wanita suka dihargai dan cepat terluka jika insan yang disayangi bermain cinta bersama wanita lain. Mungkin ada sesetengah wanita memendam rasa dengan hal ini, tapi hati yang luka akan tetap terus



Thursday, 2 January 2014

BIARLAH RAHSIA AZAM INI

.com/ 

" SELAMAT TAHUN BARU " demikianlah ucapan setiap kali menjelang tahun baru yang hanya diucap setahun sekali oleh seluruh masyarakat di mana-mana negara diseluruh dunia ini.. Kegembiraan jelas dilihat melalui acara disambut berdentuman disana-sini tak kisahlah apa cara sekali pun yang pasti kegembiraan meninggalkan tahun yang lalu dan menyambut pula tahun baru.

Setiap kali bertukar tahun baru, ramai di kalangan kita menanam azam baru yang pasti azam baru itu sudah tentu menginginkan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam. Namun sejauh mana azam itu dapat direalisasikan terpulanglah pada diri masing-masing.  Kita hanya mampu merencanakan dan berusaha namun Tuhan yang menentukan segalanya.

Tuhan mahu kita sebagai hambanya sentiasa memperbaiki tahap kehidupan agar kita dapat mengecapi nikmat hidup ini dengan lebih baik, namun bukanlah hanya sekadar duduk goyang kaki segala nikmat kehidupan itu akan datang bergolek, tetapi haruslah dengan memerah segala keringat yang ada, sebagaimana yang terkandung dalam surah Al Jumuah yang bermaksud:-

"  Setelah selesai kita mengerjakan solat maka bertebaranlah kita dimuka bumi ini untuk menjalani urusan masing-masing. dan mencari apa yang dihajati dari limpah kurniah ALLAH swt, ingatlah akan Allah banyak-banyak ( walau dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat ). Demikianlah yang Allah telah pesankan secara jelas melalui Al-Quran.

Azam ku pula biarlah rahsia hanya Allah yang tahu apa yang telah ku cita-citakan di tahun baru ini, tidak diucap melalui bibir tetapi dalam hati sentiasa di zikirkan Insyah-Allah moga ianya akan tercapai." SELAMAT TAHUN BARU 2014 ".