Sunday, 15 October 2017
ANTALOGI PEREMPUAN CINTA DAN MARUAH CERPEN: SANGAI-SANGAI
CERPEN 1: SANGAI-SANGAI
Oleh; Haini Karno
Kokokan ayam hutan yang bertingkah-tingkah, sayup-sayup di kejauhan, mengejutkan Karno dari lenanya. Buat sedetik itu, Karno termangu seakan menanti bunyi letupan bom seperti – tahun 1941 ketika perang dunia ke 2 meletus, tentera jepun mula mendarat dan bertempur dgn tentera British, pada 1 april 1941) Cahaya pelita minyak kelapa yang dipuput bayu subuh yang menyelinap masuk melalui lubang dinding rumah yang diperbuat daripada buluh itu, menari-nari di permukaan selaput matanya. cahaya pelita itu seperti cahaya agama yg dihulurkan oleh Sharif Raden Winata berasal dari jawa kepadanya dahulu.
Sebenarnya, walau tanpa kokokan ayam hutan itu pun, dia sudah biasa bangun seawal subuh. Malah, lama sebelum kedatangan Jepun lagi. Cuma waktu itu karno yang masih menggunakan nama Satur telah diambil bertugas sebagai anggota tentera oleh pihak British yamg menjajah hingga ke daerah Tambunan, di tanah Borneo, pada tahun 1941 ; Pihak British yang kekurangan tenaga pekerja, menghendaki dia bangun seawal subuh saban hari untuk membantu menjaga keamanan di setiap kampung di daerah Tambunan. Maka, saban hari jugalah satur mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi kepentingan pihak british, sedangkan gaji yang hanya lima ringgit sebulan.
`Tak berbaloi, sangat-sangat. Berbahaya! Pada bila-bila masa sahaja, orang-orang jahat akan menyerbu datang dengan parang dan sumpitan mereka!’ getus Karno yang masih menggunakan nama Satur ketika itu, dlm hati. Malah, ayah angkatnya yang juga mendisplinkan satur agar bangun seawal pagi itu pun, tidak menggalakkan Satur terus bekerja dengan tentera british. Keadaan hidup yang cukup susah dan gaji yang sedikit itu, akhirnya Satur mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya. Karno menghela nafasnya perlahan seolah-olah melepaskan satu perasaan yang membeban fikirannya.
Kini, karno yang terjaga dari tidur oleh kokokan ayam hutan tadi, bingkas bangun menuju ke belakang dapur yang dalam proses pembinaan lalu mengambil air sembahyang yang terdapat dalam sebiji tajau yang ditadahnya ketika hujan turun pada tengah malam itu-. Sebaik selesai menunaikan solat subuh, seperti biasa Karno duduk di beranda sulap sambil menantikan fajar terbit. Karno mengalaskan perutnya dengan ubi rebus yang ditanaknya didalam belanga lewat subuh itu. Karno memerhati suasana di halaman rumahnya yang berhampiran dengan sungai. Mata fikirnya menerawak pada suasana di sekitar kampung yang masih hijau dan belum bernama itu.
Setelah fajar merendah sayap dan alam pun benderang, Karno meninggalkan sulapnya dengan membawa Tangga diperbuat daripada bahan bambu yang telah dikerat panjangnya lebih kurang setengah hasta tempat mengisi air menuju ke sungai yang terletak di sebelah arah matahari terbit itu. Keadaan tanah yang agak curam dan becak, sehingga dia terpaksa mengatur langkah kakinya yang acap kali tenggelam dlm lumpur, dengan berhati-hati karno terus melangkah ke tebing sungai yang menjadi sumber penghidupan masyarakat tempatan dan diri karno sendiri, sejak dia berhijrah ke kampung terpencil itu bersama lima orang sahabatnya lagi.
Mendadak, fikiran Karno menerawang ke arah peristiwa beberapa hari lalu ketika dia cuba menyampaikan dakwahnya kepada sebuah keluarga yang baru saja tiba di kampung itu, menumpang sementara disulap sahabatnya yang tinggal tidak jauh dari kediaman Karno. “Pak cik agama Islam adalah agama perpaduan, agama ini mengajak kita menyembah Tuhan Yang Satu dan tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah, dan… ”Belum sempat Karno menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba satu penumbuk hinggap di pipi kirinya. Tumbukan yang agak kuat itu serta-merta menyebabkan Karno hilang imbangan tubuh lalu jatuh di atas tanah.
“Hei, budak! Jangan kau memandai-mandai mengubah fahaman kepercayaan kami, kami masih setia dengan fahaman kepercayaan nenek moyang kami!” Lelaki tua itu yang menyembah pokok Ara dipinggir kampung itu, menengking marah.
Karno bingkas bangun lalu terus beredar pergi meninggalkan orang tua itu yang masih diamuk kemarahan. Kiranya, dia menunggu orang tua itu ia akan hanya menambahkan kemarahannya. Apa lagi anak lelaki orang tua itu cuba memukul karno dengan sebatang kayu dengan mukanya yang bagai harimau kelaparan.
Bimbang juga jika terjadi perkara yang tidak diingini ke atas dirinya kelak. Dia terus bersabar dan dalam hatinya terus berdoa agar jiwa orang tua itu diberi hidayah. Meski pun usia Karno baru mencecah 16 tahun, namun dia yakin amat bahawa kekuatan jiwa dan mentalnya sukar digugat. Masih tersimpan kemas Nasihat pak gurunya Mandur Sharif Raden Winata berasal dari jawa di benaknya.
Didikan tuan guru Mandur Sharif kepadanya menjadikan dia seorang yang matang dan tabah menghadapi setiap dugaan yang dilaluinya –“Bapak tua walaupun dugaan ini perit, aku akan teruskan walau hayatku berakhir dihujung pedang, demi agama islam aku akan terus berjuang” hati kecilnya berbisik perlahan. Ketika Karno menundukkan mukanya ke arah permukaan sungai, dia tersenyum tiba-tiba. Dia dapat melihat akan wajahnya bermata sepet, hidung pesek, berkulit putih dengan rambut lurus dengan usianya 16 tahun itu, dengan begitu jelas sekali seperti dia memandang sebuah cermin. Air sungai yang jernih itu mengalir perlahan menghanyutkan daya fikir Karno ke daerah kenangan yang paling menggetirkan, saat dia berusia enam tahun, di Kampung Madsango Tambunan.
“Satur esok ikut bapa ke hutan menggambil rotan, bapa mau buat tali untuk mengikat kayu untuk dibuat titi,”ujar ayahnya, suatu hari dahulu,
Satur hanya menganguk tanpa membantah. Pada petang itu kedua ibu dan ayahnya telah memenuhi) jemputan moginakan {kenduri kesyukuran) kelahiran anak pak cik Satur dirumah mereka yang hanya lima kilometer jaraknya terletak di seberang sungai di kampung Kumawanan Tambunan , . Satur pula tinggal dirumah seorang diri kerana dia tahu untuk pergi ke rumah pak ciknya itu terpaksa menyeberang sungai Madsango yang berarus deras.
Ketika kedua ibubapanya balik kerumah setelah majlis moginakan selesai dirumah pakciknya mereka tidak sedar sungai yang mereka seberangi itu tiba-tiba saja mengalir teramat deras. Sungguh tidak dapat dijangka bahawa sungai itulah yang mengorbankan nyawa kedua ibu dan ayahnya. Puas orang kampung berusaha mencari mayat kedua ibu dan ayahnya, namun tidak ditemui. Sejak itu satur menjadi anak yatim piatu dan telah dipelihara oleh ketua kampung madsangoh.
Kini, hembusan angin dari arah Banjaran Crocker, menyentuh kulit buat Karno yang hanya memakai baju getah dan berseluar pendik itu menggigil kedinginan. Pohon-pohon dan tumbuhan masih kekal seperti seadanya kerana belum diteroka itu, menyebabkan permukaan tanah agak lembab dan licin. Keriuhan suara burung yang berkicau di pohonan menenggelamkan kesunyian, begitu menghiburkan. Bukan sebaliknya seperti keriuhan orang ramai apabila jepun datang pada tahun 1941, ketenteraman penduduk kampung madsango menjadi kacau bilau kerana ketakutan, sedang satur ketika itu dalam usianya 12 tahun terpaksa bersembunyi didalam hutan bersama penduduk kampung.
1 april 1941 berapa tahun yg lalu, Satur dan seluruh penduduk kampung madsangoh bagaikan diserang gerudah, terpekik terlolong berlarian bersembunyi kedalam hutan kerana ketakutan dengan keganasan tentera jepun. Bom meletup disana-sini.
Malang sungguh. Pencerobohan tentera Jepun tidak tamat di tanah Borneo pada tahun 1945, bahkan masih terus berperang dengan tentera British dan rakyat tempatan turut menjadi korbannya. Keadaan di kampung selalu menjadi huru hara apabila penduduk kampung sering saja diganggu oleh tentera jepun. Ramai orang kampung lari meninggalkan kampung halaman kerana tidak tahan dengan kekejaman tentera Jepun, malah ada yang dihukum bunuh kerana disyaki menyokong perjuangan pihak tentera British. Mujurlah tentera british tidak sekejam tentera Jepun.
“Lebih baik aku mengikuti kawan-kawanku merantau mencari kerja ditempat lain,” bisik hatinya ketika dia mendengar perbualan beberapa orang kampung yang akan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan. Khabarnya beberapa orang kampung akan ke Daerah Manggatal kerana ada tawaran kerja sebagai penoreh getah disebuah estet peninggalan kerajaan british. Lalu, Satur juga menggambil keputusan untuk turut merantau bersama-sama mereka.
`Tambahan pula, tiada lagi yang perlu kufikirkan di kampung halaman ini, bukan?’ Getus hatinya. Berjalan kaki menuju ke daerah Mangatal yang perjalanannya sejauh 100 batu kerana tiada keenderaan pada ketika itu, amat menggetirkan. Walaupun mereka terpaksa meredah hutan belantara, menyeberangi sungai berarus deras dan bersarang dengan buaya, mendaki bukit bukau dan lembah yang dalam yang penuh dengan haiwan buas, sedikit tidak mematahkan semangat Satur meneruskan cita-citanya.
Perjalanan menuju ke daerah mangatal memakan masa selama tiga hari dua malam. Tubuh kecil Satur sesekali terhoyong-hayang kerana barangan keperluan dalam baraitnya seperti beras dan beberapa helai pakaian, terasa cukup berat dan melelahkan.
sewaktu melalui denai yang diliputi semak belukar yang tebal, Satur terus menguatkan semangatnya tanpa sedikit rasa takut atau gerun. Lagipun, suasana hutan tebal sebegitu telah banyak dilaluinya bersama ayahnya dahulu dan bukanlah menjadi masalah kepada satur. Kemudiannya, setelah berjalan selama tiga hari dan dua malam berturut-turut akhirnya Satur dan beberapa orang dewasa dari kampung Madsango , tiba di daerah Manggatal. Mereka segera menuju ke Estate Lobou, ladang getah beratus ekar milik kerajaan british, yang ditinggalkan saat kedatangan tentera jepun ke tanah borneo pada pertama kalinya.
Mereka telah disambut baik oleh seorang mandur bernama Sharif Raden Winata berasal dari jawa. - “Saya sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke estet ini kerana kebetulan estet ini kekurangan pekerja dan saya amat gembira serta meluluskan permohonan tuan-tuan semua, mulai esok bolehlah tuan-tuan memulakan kerja masing-masing”. Kata Mandur Sharif sambil bersalaman dengan rombongan seramai lima belas orang itu termasuk Satur yang paling muda dikalangan mereka. “Terima kasih bapa kerana menerima kami bekerja disini” kata Satur dengan penuh homat sambil menghulur tangannya dan mencium tangan Mandur Sharif ketua estet Lobou itu.
“Nama anak ini siapa?” Tanya Mandur Sharif,
“Satur, pak” jawab satur, penuh hormat
“Anak mau kerja disini ya?” soal mandur sharip lagi.
“Ya pak, saya mau kerja sebagai penoreh getah,” Satur menjawab dengan menunjukkan kesunguhan pada riak wajahnya.
“Baiklah nak, ibu dan bapak anak ni bagaimana setujukah bekerja disini?”
“Saya anak yatim pak, kedua orang tua saya telah lama meninggal dunia,” jelas Satur, kesayuan. Satur lalu menundukkan mukanya.
“Baiklah, jika begitu bolehkah anak ini menjadi anak angkat bapa, kerana kebetulan bapa ini tidak punya anak?” Pertanyaan Mandur Sharif membuat hati Satur tersentuh kegembiraan. Ternyata, sikapnya yang matang itulah rupanya yang amat disenangi oleh mandur sharif.
Semua pekerjaan dilakukannya seperti orang dewasa lakunya. Pada suatu malam, Satur tiba-tiba mendapati Mandur Sharif tiada di rumahnya. Satur tidak diberitau akan ke mana Mandur Sharif pergi segera mendapatkan ibu angkatnya, iaitu isteri kepada Mandur Sharif.
“Ibu, di mana bapa Mandur Sharif, dari petang kemarin dan sehingga pagi ini saya tidak nampak dia dirumah ini?” tanya Satur, perlahan
“Oh, beliau pergi ke hujung kampung nak Satur, beliau mengajar budak-budak bersilat,” jawab ibu angkatnya,
`Bersilat?’ getus Satur dalam hati. Dia termenung sejenak, memikirkan tentang mengapa dia tidak pernah tahu sama sekali bahawa di estet Lobou itu terdapat aktiviti belajar silat yang gurunya adalah bapa angkatnya sendiri. Sungguh satur tidak mengerti mengapa Mandur Sharif tidak pernah memberitahunya tentang hal ini.
“Anakku Satur, adakah kamu berminat untuk memeluk agama islam? Sekiranya kamu berminat kamu kena ikhlas dan reda kerana dalam memilih agama Islam ini tiada paksaan,” ujar Mandur Sharif, suatu hari kemudiannya.
Satur tidak dapat menjawab pertanyaan bapa Mandur Sharif pada saat itu. Dia hanya diam. Malam itu Satur tidak dapat melelapkan matanya kerana asyik teringatkan kata-kata Mandur Sharif. Di suatu subuh yang bening selepas mandur sharif selesai mengerjakan solat subuh, Satur sudah tidak sabar lagi mahu menyuarakan hasratnya. Dengan dada yang berkobar-kobar, Satur menghampiri bapa angkatnya. . “Pak saya telah berfikir semalaman saya ingin memeluk agama Islam pada hari ini juga,” Suara satur kedengaran lembut dan tegas. Dengan lafaz dua kalimah syahadah yang diajar oleh bapa angkatnya, Satur sah memeluk agama islam.
“Dari hari ini bapa ingin menukar namamu dengan nama Karno, ya..” ujar Mandur Sharif sambil mengusap-ngusap kepala Satur. “Terima kasih pak,” ucap Satur sambil menghulurkan tangannya kepada Mandur Sharif dan menciumi tangan bapa angkatnya itu. Serta-merta, dada Satur berasa begitu lapang dan tenang sekali. Sejak itu Satur mula belajar ilmu-ilmu agama syariaat daripada Mandur Sharif . Dia juga telah bersedia belajar ilmu tarekat iaitu ilmu kebatinan tasauf. Kesungguhan Satur menekuni setiap apa yang dipelajarinya, menarik perhatian Mandur Sharif. Keupayaan Satur cepat menangkap dan menghafal apa yang diajar, membuatkan Mandur Sharif kekaguman.
Beberap lama kemudiannya tibalah waktunya bagi anak-anak murid Mandur Sharif menamatkan pelajaran mereka. Mandur Sharif telah mengadakan ujian kepada setiap anak muridnya dan terbukti dalam kalangan anak muridnya, Karno yang paling cemerlang kerana lulus semuanya. Karno telah dihadiahkan oleh Mandur Sharif dengan sebilah keris sebagai tanda penghargaan kepada anak murid yang berjaya.
malangnya, sama seperti di ladang-ladang lain, pokok-pokok getah di ladang Lobou- kian hari merosot mengeluarkan hasilnya, Semuanya berpunca daripada kemarau yang melanda selama setahun di daerah Mangatal. Ramai pekerja berhenti kerana pihak estet tidak lagi dapat membayar gaji mereka, Karno juga terpaksa berhenti kerja kerana tiada lagi pendapatan. Setelah karno berbincang dengan beberapa orang rakannya mereka bersepakat utk berhijrah ke daerah keningau setelah mendapat perkhabaran bahawa di Daerah Keningau terdapat sumber pekerjaan yang sedang menunggu.
“Nak Karno, kau sudah habis fikir hendak ke daerah Keningau itu?” pertanyaan Mandur Sharif disuatu petang ketika mereka sedang berbual dihalaman rumah. Kesayuan terpapar pada wajah Mandur Sharif. “Ya nak apakah kau tidak mahu tinggal terus disini bersama kami?” disusuli pertanyaan isteri Mandur Sharif terlihat kesedihan terpapar pada wajahnya. Karno tunduk memandang kebawah sambil menahan air matanya yang hampir menggalir. Lama dia menjawab pertanyaan kedua ibubapa angkatnya itu. “Ya pak,ibu, saya akan turut merantau bersama beberapa orang rakan ke daerah Keningau. Suara Karno kedengaran sebak.
Sebelum Karno dan beberapa orang rakannya meninggalkan estet Lobou mandur sharif telah mengadakan kenduri doa selamat untuk murid-muridnya yang bakal meninggalkan estet. Karno merasa sebak dan sayu kerana terpaksa berpisah dengan Mandur Sharif, bapa angkatnya. Banyak kenangannya bersama orang tua itu. Mandur Sharif telah berjaya mendidik jiwanya menjadi seorang manusia yang kuat berpegang kepada ajaran islam.
Karno cuba menahan sebak saat bersalaman dan memeluk Mandur Sharif namun ia gagal mengawal emosinya, air matanya menitis menuruni dikedua belah pipinya. “Karno dan anak-anakku sekelian bapa harap kamu peganglah agama kamu dengan sebaiknya, bersatulah kamu dan jangan pernah berpecah belah” Nasihat Mandur Sharif masih terdengar-dengar di telinganya.
Tiba-tiba Sehelai daun tarap jatuh melayang di permukaan sungai. Karno tersentak daripada lamunannya. Lantas Karno yang masih menatap bayangnya pada permukaan sungai itu, bangun perlahan-lahan, setelah Tangga yang dibawanya telah diisi dengan air. Dalam hatinya terus berkata-kata kampung ini akan aku namakan sebagai kampung sangai-sangai yang bermaksud - Bayangan.
Setelah berbincang dengan beberapa sahabatnya perihal cadangan nama kampung itu, akhirnya dipersetujui bahawa kampung itu perlu dinamai_ sebagai kampung Sangai-sangai. Karno lalu pergi ke Pejabat Daerah Keningau untuk mendaftarkan nama kampung itu yang telah dipersetujui oleh pihak pejabat daerah di keningau, pada 1hb Julai 1945 Lama kelamaan, penduduk Kampung Sangai-sangai kian bertambah namun kebanyakan mereka adalah berfahaman pagan.
Suatu hari, karno mendapat khabar tentang anak kepada orang tua yang pernah menumbok pipinya ketika dia cuba berdakwah dahulu, tiba-tiba ditimpa penyakti misteri yang agak tenat. Sedangkan tiada hospital yang berhampiran. Jalan menuju ke Pekan Keningau belum ada, yang ada hanya sebatang jalan kecil bagi kemudahan penduduk yang berurusan di Pekan Keningau dan mereka terpaksa berjalan kaki untuk itu.
Tidak sampai hati, Karno segera menziarai anak orang tua itu tanpa merasa dendam di hatinya. Mujurlah orang tua itu tidak lagi menunjukkan kemarahan kepada karno lagi, malah karno disambut dengan baik.
“Pak cik tolong berikan saya segelas air saya akan cuba tawarkan penyakit anak pakcik ini,” pinta Karno dengan selembut mungkin..
Tanpa membuang masa pak cik itu bergegas ke dapur dan kembali ke sisinya dengan membawa segelas air bening. Gelas bersi air itu lalu diserahkan kepada karno. Dengan ayat-ayat al quran yang pernah dipelajarinya daripada Mandur Sharif dahulu, Karno membacakan air itu untuk dijadikan sebagai penawar kesakitannya .Dia meminta pak cik itu memberikan anaknya memimum air yang ditawarnya itu. Sebaik selesai urusannya, Karno terus pulang ke rumahnya. Keesokan harinya di awal pagi lagi, ketika Karno sedang bersiap-siap ke Sungai Sangai-sangai untuk mengangkat air, dia terkejut dengan kedatangan pak cik itu, Pak cik itu lalu menyampaikan berita baik tentang anaknya telah beransur sembuh kepada Karno.
`Syukur alhamdulillah pak cik, kesembuhannya itu adalah atas kehendak Allah taalah jua,”kata Karno yang turut tersenyum keharuan.
Pak cik itu lantas memeluk karno dan mengucapkan terima kasihnya secara bertubi-tubi, sebelum menyampai hasrat dia dan keluarganya ingin memeluk agama islam.
“Jangan berterima kasih kepada saya pak cik, yang menyembuhkan anak pak cik itu adalah Allah… Baiklah, jika pak cik telah rela dan ikhlas untuk memeluk agama Islam, saya degan senang hati mensyukurinya, pak cik,”ujar Karno. “Saya sedia membimbing pak cik.”
Orang tua itu kelihatan sangat gembira. Petang itu Karno datang ke rumah pak cik itu dan pada ketika itu juga, mereka sekeluarga dibimbing melafazkan dua kalimah syahadah. Anak pak cik itu semakin sembuh. Karno merasa bersyukur kerana makin bertambah bilangan penduduk di Kampung Sangai-sangai yang memeluk agama Islam. Namun, sungguh tidak disangka, sejak itu, perkhabaran tentang Karno yang berupaya merawat anak lelaki tua itu, telah tersebar luas, bukan saja di Kampung Sangai-sangai, akan tetapi juga di sekitar kampung-kampung jirannya. Apabila ada yang sakit, maka berdatanganlah mereka ke rumah karno untuk meminta ditawarkan penyakit mereka. Pernah juga berlaku bagaimana seorang tua tiba-tiba hilang dari kampung, keluarga itu telah datang bertemu dengan Karno untuk meminta petolongan. Dengan izin Allah swt orang tua itu tiba-tiba kembali ke rumahnya dalam keadaan selamat.
“Karno! Karno!” Suara kedengaran memanggil-manggil di luar rumah, suatu malam.
Karno yang baru saja mahu melelapkan matanya itu, bingkas membuka pintu, dan terlihat akan dua orang tentera Jepun bersama ketua kampung tercegat di luar rumah.
“Kenapa tok ketua kampung?” jantung Karno sedikit berdebar tidak keruan. Segala kekejaman tentera Jepun terhadap orang tempatan, membayang di ruang matanya. Perasaannya membuak serta merta.
“Karno ini orang jepun mau jumpa kau,” kata ketua kampung dengan suara
yang tersekat-sekat. Kedua tentera Jepun itu tunduk hormat secara serentak, sebaik melihat Karno di muka pintu.
“Kedatangan orang jepun itu semata-mata mahu berubat dengan kau, karno,” jelas ketua kampung. “Kaptain Jepun itu susah mau tidur sudah hampir sebulan kerana mengalami satu penyakit misteri,”
Rupanya, melalui ketua kampung itulah tentera-tentera Jepun itu mendapat tahu tentang keupayaan Karno yang boleh mengubati penyakit misteri itu.
Mau tidak mau, Karno terpaksa akur dengan permintaan mereka. Malam itu Karno mengikuti dua tentera jepun ditemani oleh ketua kampung dengan menaiki trak menuju ke kediaman captain tentera jepun itu. Sebaik tiba di rumah captain tentera jepun itu, Karno terkejut melihat akan sosok tubuh orang jepun itu terlalu kurus sedang terbaring lesu di atas katil.
Mendadak, terbit rasa simpati di hati Karno, meskipun selama ini dendamnya terhadap mereka begitu tebal. Namun, atas dasar peri kemanusiaan yang begitu mendalam, dengan hati yang ikhlas, Karno meminta izin kepada salah seorang tentera Jepun yang boleh berbahasa tempatan untuk disediakan segelas air bening. Di sudut bilik itu karno duduk dan setelah air itu dibacakan dia pun mengarahkan orang itu memberi minum kepada tentera Jepun yang kelihatan layu itu.
Setelah meminum air yang telah ditawarkan tiba-tiba kapten tentera Jepun itu menggerak-gerakkan matanya dan terlelap. Sepanjang dua hari kapten tentera Jepun itu tertidur nyenyak, selama itulah Karno dan ketua kampung itu tidak dibenarkan meninggalkan kediaman itu dan terus dilayan dengan baik. Tiba-tiba, pada pagi berikutnya, kapten tentera Jepun itu, terjaga dari tidur dan kelihatan amat segar. Karno sekali lagi diminta meneruskan mengubati kapten tentera Jepun itu. Karno terus akur dengan arahan itu.
Kemudiannya, untuk membalas jasa Karno yang telah menyembuhkan penyakit misteri kapten tentera Jepun itu, mereka menghadiahkannya dengan sebilah pedang semurai yang panjangnya satu hasta.
“Arigato,” Karno menerimanya sambil mengucapkan “terima kasih” dalam bahasa Jepun.
Sekali lagi, Karno teringatkan bagaimana kesengsaraan penduduk Kampung Madsangoh oleh keganasan tentera Jepun, pada – 1hb april tahun 1941 dahulu. Tentera Jepun telah mengerahkan semua penduduk menghantar segala beras ke kubu mereka yang terletak di Pekan Tambunan. Malah penduduk kampung juga dikerah membina jambatan tanpa diberi upah. Karno melihat sendiri bagaimana keadaan salah seorang penduduk kampung diikat pada sebatang pokok berhari-hari kerana enggan menurut arahan tentera jepun menghantar beras.
Pelbagai lagi penyeksaan yang mereka lakukan. Peristiwa itu sukar Karno lupakan sejak usia 12 tahun lagi sehinggalah karno remaja -. Kehidupan orang kampung selalu tidak tenteram, ramai yang telah melarikan diri kedalam hutan tebal dikawasan Tambunan. Ramai juga yang telah mati akibat diserang binatang buas. Karno menghela nafas panjang lalu membuang segala dendam di hatinya. Karno berusaha berhubung baik dengan semua orang meskipun berbeza agama dan bangsa. Karno telah mengislamkan ramai sekali penduduk Kampung Sangai-sangai dan kampung-kampung sekitar Daerah Keningau.
Kemudiannya, penglibatan Karno memperjuangkan kemerdekaan tanah air telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri dan telah diabadikan dimuzium Daerah Keningau.
Siaran dalam Antalogi " PEREMPUAN CINTA DAN MARUAH "
Kumpulan Penulis Wanita Borneo
Monday, 9 October 2017
FORUM PUISI DAN SYAIR ASEAN 2017
≡
Forum Puisi dan Syair Asean 2017 di Malaysia Ditutup
Sastra dan Politik Jadi Perbincangan Hangat pada Forum Puisi dan Syair Asean 2017
Rabu, 04/10/2017 | 01:27
Noir, Rusli dan Raja Ahmad (Foto: Ist)
KUALA LUMPUR-TIRASTIMES: Perkembangan sastra di suatu negara sangat tergantung pada kebijakan dan keputusan politik masing-masing penguasa. Oleh sebab itu, tak ada pilihan yang paling tepat kecuali sastrawan harus terjun ke dalam dunua politik agar dapat memberi warna terhadap kebijakan sastra.
Kesimpulan itu dipetoleh dari sesi diskusi yang menampilkan dua pembicara utama mading-mading Rusli Marzuki Saria (Indonesia) dan Dr. Siti Zainun Ismail (Malaysia) pada Forum Puisi dan Syair Asean di hari terakhir, Sabtu (30/9) di Gedung Dewan Bahada dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Malaysia.
Rusli Marzuki Saria mengungkapkan pengalamannya di masa lalu waktu menjadi wakil rakyat di Provinsi Sumbar. Rusli terus melalukan pendekatan dengan penguasa agar ptogram pembinaan dan pengembangan seni budaya dapat didukung melalui dana pemerintah.
''Para sastrawan tak boleh alergi terjun dalam berbagai posisi baik eksekutif maupun legislatif agar kegiatan sastra tidak dianaktirikan. Tapi persoalannya sekarang banyak sastrawan yang hanya asyik dengan dirinya. Akibatnya sastra terus saja terpencil dari pembacanya,'' kata Rusli yang bakal dianugerahi Sea Write Award 2017.
Sementara Siti Zainon Ismail lebih banyak bercerita tentang pengalaman bersastra yang sudah dilakoninya puluhan tahun.
Di luar acara diskusi formal srcara terpisah sejumlah sastrawan beberapa negara memperbincangkan topik sastra dan politik.
Sastrawan Malaysia, Engku Raja Ahmad Aminullah mengungkapkan para sastrawan di negaranya juga mengalami hambatan-hambatan berkspresi karena faktor-faktor politis.Termasuk penyediaan dana yang mencukupi dalam mendukung kegiatan sastra.
Sementara sastrawan Singapura, Noor Hasnah Adam mengatakan para sastrawan Melayu mengalami keterbatasan dalam menerbitkan buku-buku sastra karena proses seleksi yang cukup ketat.
''Memang ada subsidi penerbitan buku sebesar 2.500 dolar Singapura per buku, tapi begitu sulit mendapatkannya karena harus bersaing ketat,'" kata Noor yang penggemar motor besar ini.
Kritikus sastra Indonesia, Maman S. Mahayana menyatakan secara politis pethatian pemerintah terhadap pengembangan sastra masih terbatas padahal gerakan literasi sudah digaungkan dan menjadi keputusan politik.
Terkait masih terpencilnya sastra dari pembaca, Maman mengritik banyak sastrawan masa kini cenderung melakukan 'duplikasi' atas karya sastrawan pendahulunya. Hal sebagai akibat enggannya para sastrawan melakukan penggalian dan pendalaman pada karya sastra pendahulunya.
Maman mencontohkan bagaimana Sutardji Calzoum Bachri (SCB), Sapardi Djoko Damono dan Rendra melakukan pengkajian dan pendalaman atas puisi Chairil Anwar hingga menemukan kekhasan yang baru. Begitu pula Afrizal Malna mendalami puisi-puisi SCB. Begitu pula Eka Kurniawan jelas sekali mendalami karya-karya Pramoedya Ananta Toer.
FPSA 2017 ditutup secara resmi Sabtu malam (30/9) di Gedung DBP, Kuala Lumpur. Tampak hadir CEO ITBM, Mohd. Khair Nfaduron, Presiden PENA Malaysia, Saleeh Rahamad dan para undangan dan sastrawan.(Ich)
Sumber berita- Tirastimes

![]() |
| En. Rusli Marzuki |
Sunday, 8 October 2017
JAMU KAMPUNG ISTIMEWA
![]() |
| Jamu ini saya oder dari seorang rakan mahir membuat jamu |
Ini merupakan jamu kampung yang dihasilkan menggunakan bahan asli daripada tumbuhan semulajadi yang mudah didapati bahan tersebut, ibu kunyit, madu asli, limau nipis dan lain2. Jamu kampung ini sangat membantu untuk kesihatan dalaman seorang wanita juga menambah tenaga terutama wanita yang aktif diluar sana jika diamalkan secara berterusan.
Mungkin ia agak tradisi namun kesannya sangat menakjubkan dijamin tiada kesan sampingan atau memudaratkan kepada dalaman tubuh badan.
Jamu kampung ini mungkin tidak lagi digemari oleh sesetengah wanita di zaman moden ini kerana jamu dipasaran yang diproses secara moden mudah didapati berlambak dipasaran. Namun tidak diketahui daripada apa bahan-bahan itu diproses banyak juga keraguan tentang kesan sampingan jadi berhati-hatilah.
Zaman kini ramai wanita tidak lagi begitu mengambil berat tentang perkara sebegini kerana ia dianggap remeh tetapi jangan lupa sebagai seorang wanita harus berusaha menjaga kesihatan apa lagi bila usia kian meningkat.
Kenapa ada wanita yang usianya masih muda tetapi sudah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, berlaku kegemukan, perut buncit selepas melahirkan anak, tidak bermaya, cepat letih itu antara tanda-tanda terdapat organ dalaman mengalami masalah, jika tidak dirawat nah sendiri menanggung derita.
Kadang kedengaran suami merungut isteri asyik tak sihat saja tetapi suami juga harus menyumbang peranan membantu menjaga kesihatan sang isteri.
Sudahlah membantu melahirkan zuriat untuk kamu sia-siakan lagi. Bila isteri sihat suami pun turut sihat hu hu😃😃😃😃 apa pun dari kita saja itu wahai wanitaku. Kesibukan jangan jadikan alasan dalam menjaga kesihatan. Aku hanya berkongsi rahsia awet muda. Hi hi
Kisah saya bermula mengamalkan minum jamu, ketika masih remaja belasan tahun. Saya mesra dengan seorang wanita berbangsa jawa. Melihat muka saya ditumbuhi jerawat yang tak terkawal.
Dia memberikan beberapa paket jamu berupa serbuk, dia suruh saya minum setiap hari, mulanya tak mampu di telan kerana rasanya terlalu teruk namun lama kelamaan rasa sebati maka sejak itu saya terus amalkan. Bukan saja jenis serbuk tetapi jenis suplement. Berkotak-kotaklah saya oder dari agen sebelah pantai timur. tapi kini jenis serbuk dan suplement saya tidak lagi amalkan, saya dah tukar ke jamu kampung buatan sendiri.
Jamu kampung ini saya belajar dari seorang makcik berbangsa suluk dia pula berkongsi pengalamannya mengamalkan jamu kampung ini sejak dia muda yang diturunkan oleh ibunya. Zaman dulu katanya ibu2 yang melahirkan hanya bergantung kepada jamu kampung buatan sendiri dan Alhamdulillah sihat hingga ke tua.
Demikianlah kisah seadanya.😃😃😃justeru rajin2lah menjaga kesihatan, buatlah sendiri lebih baik.
Saturday, 7 October 2017
KALI INI JOHAN
Kali ini sumandak bungsu ini dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian lagu2 dalam BI. sumandak ini memang bolehlah tahan aku pun tak boleh lawan BI nya.
Namun bahasa melayunya agak ke bawah setiap kali exam jarang dapat A , asyik2 dapat B. Bahasa china lagilah agak mundur. Kecenderungan lebih kepada BI. Mau buat macamana.
Monday, 4 September 2017
KERONCONG KUALA LUMPUR
Malam ini menonton filem klasik lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramli "ANAK BAPAK". Sudah lama rasanya tidak menonton filem2 Tan Sri P. Ramli. Dalam filem ini terselit sebuah lagu kesukaan saya bertajuk " KERONCONG KUALA LUMPUR" lagu ini sungguh mengusik kalbu Iramanya mendayu-dayu melayangkan ingatan ke zaman kanak-kanak. Waktu yang sudah jauh ditinggalkan terkenang deretan pohon-pohon getah dibelakang rumah dan terbayang arwah ayah dan ibu sedang menoreh getah. Aduhh sungguh sebak bila mengenang.
Kata orang tanda-tanda orang sudah berjiwa tua apa bila sering teringat masa-masa lalu, sering datang mengusik-ngusik kalbu, benar kah begitu? Semua insan banyak kenangan beranika warna itu pasti dan normal.

Sunday, 3 September 2017
SEPILOK ORANG HUTAN
![]() |
| Pintu masuk Taman Sepilok |
Baik juga jalan-jalan cari angin. Kali ini aku ke sandakan menghadiri majlis hari potensi kanak2 Tabika Kemas peringkat Negeri dan daerah Sandakan sebagai tuan rumah. Kali ini aku ditemani seorang rakan dari jabatan pendidikan. Mujur program ini berlangsung waktu cuti UPSR jadi rakan ini kebetulan sedang bercuti. Nasib baik dia sudi menemani aku jika tidak lugai-lugai keseorangan memandu selama 6 jam. Rombongan guru2 dan murid2 Tabika pula, menaiki bas sewa. Aku paling malas tumpang kereta orang kecuali terpaksa. Aku lebih selesa memandu kereta sendiri biar pun berjam-jam lamnya, lebih enjoy orang bilang..
Suasana ditaman sepilok ini masih seperti dulu tidak pernah sunyi dengan kehadiran pengunjung, tapi sayangnya kali ini tidak berkesempatan bertemu Orang Hutan kerana ketibaan kami kelokasi agak lewat dalam sekitar jam 11.30 pagi. Kata penjaga orang hutan itu, spesis itu baru saja dilepaskan kedalam hutan sekitar jam 11 pagi tadi. Dia mengingatkan kepada pengunjung jika ingin bertemu dengan orang hutan itu jadualnya dalam sekitar jam 10 pagi dan jam 2 pada sebelah petang. Alahai tiada rezeki kali ini. Hanya berfoto dengan replikanya pun tak apalah lain kali saja.
Sebenarnya dalam Taman ini banyak lagi spesis haiwan yang boleh dilihat tetapi kenalah masuk kedalam taman itu dengan berjalan kaki jauhnya ratusan meter. Jika dilihat dalam pelan yang tertera dipintu masuk agak jauh juga. Memandangkan masa tak mengizinkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk melihat spesis2 itu.
Tunggulah waktu lain.
![]() |
| Replika orang hutan sebagai tanda kenangan saja |
ANDAI WAKTU MAMPU DIUNDUR
Baru-baru ini saya bertemu rakan seasramah dahulu dalam satu program majlis raya di pedalaman ini. Lama juga kami tidak bersua puluhan tahun. Kami pun sembang saling bertanya kabar dan perkembangan kehidupan masing-masing dengan panjang lebar.
Cerita kami berkisar tentang kisa-kisah kami diasrama, kerjaya dan keluarga. Seronok rasanya mengimbas nostalgia zaman sekolah . Masa itu saya dalam tingkatan 4 dan dia pula dalam tingkatan 3. Ketika saya dalam tingkatan 5, saya berpindah semula kesekolah lama didaerah sendiri menyebabkan kami terus terputus hubungan.
Dengan izin Tuhan kami bertemu semula setelah diusia hampir emas. Menurutnya dia bertugas dibahagian pentadbiran disalah sebuah sekolah didaerahnya. Anaknya kesemua tujuh orang dan sudah memiliki beberapa orang cucu.
Katanya dia sudah berpisah dengan suaminya dan kini berstatus ibu tunggal. Kesemua anak dia jaga. Bekas suaminya pula sudah keluar negara kerana bekerja disana. Saya tidak bertanya punca apa dia berpisah.
Saya bertanya pada sahabat ini, kiranya masih ada jodoh apakah dia masih mahu berkahwin lagi? Jawabnya " JIKA BOLEH DIA TIDAK INGIN BERKAHWIN LAGI , " KEHIDUPAN LEBIH DAMAI, TIADA YANG MARAH-MARAH, TIADA YANG MENDERA JIWA, HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK LEBIH MESRA dan banyak lagi alasan-alasan kenapa dia tidak mahu berkahwin lagi.
Pandangan peribadi saya tindakannya untuk tidak berkahwin lagi adalah satu keputusan selesa dan saya boleh bayangankan kehidupan dia lebih tenang dan bahagia bersama anak2 dan cucu. Kerana berkahwin lagi belum tentu menjanjikan bahagia atau menyelesaikan segala masalah. Mungkin masalah lain bakal muncul dan mungkin sebaliknya.
Memang benar kata-kata sahabat saya, banyak contoh yang di lihat berlegar disekitar kehidupan macam2 hal. Saya mendoakan sahabat ini agar hatinya sentiasa cekal dalam mendepani cabaran hidup. Dia pasti sudah MERDEKA dari penderaan emosi.

Tuesday, 8 August 2017
WALAU SEKADAR KERTAS BIASA
![]() |
![]() |
| Kad ucapan hari lahirku untuk tahun 2017 |
Dia anak bungsuku yang masih setia menjadi teman dirumah. Selainnya dah dewasa sudah masing2 bertebaran dimuka bumi ini. Beginilah nasib kehidupan semua insan bergelar ibubapa akhirnya akan bersendirian dihujung usia, mau buat macamanakan itu sudah takdirnya putaran hidup bagai sebiji bola.
Hanya doa kutadah moga anak2ku sihat selalu dan ingat2lah orang tua walau dimana saja kalian berada.
![]() |
| Ini pula kad ucapan sempena hari ibu tahun 2016 |
Saturday, 5 August 2017
PULAU BANGGI
JELAJAH KE PULAU BANGGI KUDAT, kali ini tumpuan kami dalam kawasan dewan undangan negeri N. 1 Banggi parlimen Kudat. Sudah beberapa kali saya ke daerah Kudat atas urusan tugas namun belum berkesempatan berkunjung ke pulau ini, gerakerja sosial anjuran jabatan mengundang saya ke pulau ini dan sudah tentu peluang ini tidak di abaikan.
2hb ogos, jam 8 pagi saya memulakan perjalanan dari daerah Keningau, memandu sendirian saja kali ini tidak berteman dan pergerakan pun lancar tidak singgah dimana2 hanya singgah makan sebentar di kota kinabalu. Selesai makan saya terus memandu dalam kelajuan 100 km kadang lebih laju dari itu bergantung pada keadaan jalan.
Jam 11.45 am, saya tiba di pekan kudat dan sebelum ke jeti saya berlegar-legar sambil melihat-lihat suasana sekitar pekannya dan terus menuju ke kawasan tamu, kelihatan tidak lagi begitu sibuk sebahagian pengunjung dan penjaja telah beredar meninggalkan tamu selainnya sedang bersiap-siap mengemaskan barang jualan mereka. waktu pun sudah melewati tengahari. Saya menghentikan kereta dibawah pokok ketapang dipinggir tamu dan berehat sebentar sambil menghubungi salah seorang rakan jabatan yang turut bersama ke pulau banggi.
Dalam makluman rombongan harus berada dijeti pada jam 1.30pm kerana feri akan bertolak pada jam 2.00pm. Setengah jam kemudian saya terus memandu menuju ke jeti untuk membeli tiket. Harga tiket berbeza-beza mengikut kedudukan tempat duduk. Paling murah RM 20 taklah begitu mahal. Saya sengaja memilih tempat duduk paling belakang.
Setelah semua penumpang selesai mengambil tempat duduk tepat jam 2.00pm feri mula bergerak menuju ke Pulau Banggi rombongan kami terdiri dari kakitangan jabatan sabah yang disenaraikan saja termasuk Pengarah dan timbalan pengarah. Mereka semuanya duduk dibahagian hadapan.
Pergerakan feri agak laju seperti kapal terbang AirAsiah lakunya, dengan posisi tempat duduk paling belakang saya dapat melihat semua gelagat penumpang dengan pelbagai ragam. Memang agak sesak suasana dalam feri macam ikan sadin, kata mereka biasanya dihujung2 minggu begitulah keadaannya. Lebih kurang dalam satu jam feri tiba di jeti pulau banggi. Rasa teruja melihat suasana pulau yang pertama kali kujejaki ini. Rombongan kami disambut oleh beberapa kakitangan jabatan yang bertugas dipulau ini antaranya penyelia Dun 1 Banggi En. Elly Kasim penduduk pulau ini.
Kelihatannya meriah sungguh di jeti ini macam pekan, kedai2 makan beberapa deret, kedai runcit dan kelihatan wanita2nya menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Nampaknya semua ada, harga pun berpatutan.
Setelah berehat seketika rombongan kami menaiki kenderaan pacuan empat roda dan selainnya kereta pikap. Kenderaan ini membawa rombongan kami ketempat penginapan di bangunan Tabika yang terletak di kampung Banggi 5km jaraknya daripada jeti. Saya tak terfikir langsung dipulau ini terdapat kenderaan sebegitu dan sangkaan saya perkampungan disini semuanya terletak ditepi laut aduhai. Ditabika inilah rombongan kami menginap biasa2 saja, gitulah tak kisah yang penting ada tempat berteduh.
Disekitar bangunan Tabika ini terdapat puluhan buah rumah PPRT nampak terbengkalai pembinaannya. Saya yang tak sabar2 ingin tahu lantas bertanya kepada pemandu kenderaan yang kami tumpangi perihal rumah itu. Menurut kata pemandu itu rumah itu sepatutnya telah lama siap tetapi ditinggalkan begitu saja oleh kontrakter yang dilantik sebelum pru 12 lagi, selepas pru 12 dan bn menang tiada tindakan dibuat oleh pehak berkenaan dan jadilah isu panas dikalangan penduduk.
Setelah isu asyik membahang barulah ada tindakan dan kelihatannya sedang disambung pembinaannya saat kami berada dikampung tersebut. Moga rumah itu sudah siap. Kesihan orang kampung menunggu begitu lama.
Selain dari rumah pprt terbengkalai terdapat juga tanaman getah yang dikendalikan oleh RISDA disekitar kampung, ini pun ada isunya macam2. Namun biarlah cerita itu tersimpan dibalik tirai pengetahuan orang luar seperti kami, itu tugas orang banggilah yang menyelesaikan dengan pihak berkenaan. Hanya saya tetap bersimpati dalam beberapa keadaan moga2 BN masih kekal dihati rakyat banggi. Namun jika beginilah keadaan jangan salahkan rakyat jika rakyat menolak BN.
Kawasan ini majoriti penduduknya beragama islam suku bajau ubian, dusun bonggi dan bajau suluk.
Sokongan dalam kategori Putih. Penyokong kuat BN. Keadaan hidup masyarakat disini biasa2 saja kemudahan semua ada. Panorama disekitar pulau dan kampung sungguh indah hanya cuaca panas membahang. Ikan Kering semuanya segar2 belaka maklum baru ditangkap dari laut. Indahnya pulau banggi.
Keesokan harinya kami memulakan tugas masing2 yang mana rombongan kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan ditugaskan dibeberapa buah kampung berlainan dengan tugasan berbeza. Kumpulan saya telah ditugaskan disebuah kampung bernama Kg. Padang. Kami menaiki kereta ke kampung ini kerana ia agak jauh dalam 7km dari tempat penginapan.
Kedudukan kampung tepi laut, rumah penduduk kampung dibina dengan begitu teratur dan nampak seninya pada ukiran disetiap beranda rumah dan atap juga diukir dengan lambang seakan bentuk atap rumah orang minang. Rumah mereka kebanyakannya bertiang dan bersih.
Kami berkunjung dirumah pengerusi jkkk dan menyampaikan hasrat dan tujuan. Setelah selesai kami terus saja menuju ke mini dewan kampung yang terletak beberapa meter dari rumah pengerusi jkkk Membuat persiapan kerana pada keesokan harinya ada satu acara yang telah kami atur menjemput waki rakyak bersama penduduk kampung.
dibelakang mini dewan ini terdapat kedai runcit milik individu penduduk disini. Sementara rakan sedang menyelesaikan tugas yg hampir selesai saya kekedai runcit ini membeli minuman tin untuk kami menyegarkan tekak yang dah mulai kering. Kebetulan tuan punya kedai ada dikedai ini suami isteri.
Sambil berurusan membeli saya mengambil kesempatan bertanya hal2 dlm kampung tentang isu2 semasa, politik dan lain2 kepada si suami. Dia begitu bersemangat menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dalam hal isu2 politik. Katanya walau pun dia bekas pesara kerajaan namun dia berterus terang tidak menyokong kerajaan bla..bla..bla dengan hujah2nya yg panjang lebar.
Saya hanya memaniskan senyuman dan angguk2 tanda faham. Huhhh..saya jadi pendengar setia dan tidak membalas segala hujah pakcik itu walaupun berdesing-desing cuping telinga ini mendengarnya. Dalam diam terus memujuk hati bersabar untuk kesekian kalinya. Begitulah sestengah orang menampilkan sikap. belum kes hempas kerusi atau tumbuk dinding ha ha.
Disinilah takdir ini tersurat apa nak buatkan. Tugas kami bukannya berkempen atau memaksa orang undi itu jangan undi ini, hanya mencari isu2 apa yang rakyat tidak puas hati terhadap pemimpin atau kerajaan, apa yang rakyat inginkan dan janji2 pemimpin kenalah tunaikan. Kami hanya menyampaikan suara hati rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. Jangan salahkan rakyat jika mereka zahirkan ketidakpuasan dihujung jari.
Apa pun manusia ini sebenarnya tidak pernah puas dengan apa yang ada, meskipun segunung emas dilambakan didepan mata pasti tetap juga tidak berpuas hati. Sekian banyak bantuan dan sumbangan kerajaan telah berikan namun tetap juga kata tidak berpuas hati. Ada saja cela dipandangan, tetapi tidaklah semua, marilah belajar bersyukur walau rezeki sekecil zara.
Diluar sana masih ramai insan yang hidup menderita hilang negara, dibunuh, jadi pelarian dan sejuta macam penderitaan. Kita di negara ini masih hidup dalam keadaan selesa dan bahagia belum ada kedengeran berlaku kematian kerana kebuluran atau mati kerana peperangan atau apa2 saja. Kita masih damai di bumi sendiri. Demikianlah secebis kisah dan pengalaman yang tersulam di pulau yang indah ini.
Mungkin kah tidak lagi berpeluang berkunjung ditempat ini pada masa mendatang. Menurut sahabat saya penduduk pulau banggi, perancangan pembangunan di pulau ini sungguh mengujakan pastinya ditunggu-tunggu oleh penduduk pulau menjadi suatu realiti.

| Pejabat daerah Banggi |
| Hotel pun ada |
| pemandangan laut dsekitar pulau |
| Jeti Banggi |
SANDAKAN DAN TELUR PENYU
Daerah Sandakan antara daerah yang sedang pesat membangun tanpa sempadan, pembinaan bandar dibeberapa tempat menjadikan pusat bandar utama agak lebih selesa dan tidak lagi berlaku kesesakan lalu lintas.
Sandakan juga terkenal dengan telur penyu namun sayangnya tidak dibenarkan memakan sesuka hati kerana ianya dilindungi oleh undang2. Jika sebelum ini tiada larangan memakan telur penyu ini namun setelah spesis ini didapati bakal berlaku kepupusan akhirnya ia menjadi bahan larangan dan undang-undang telah dikuat kuasakan oleh pehak kementerian dan melarang orang awam memakannya apa lagi untuk tujuan perniagaan.
Namun segelintir orang awan masih melakukan penjualan telur penyu ini secara senyap dengan tidak mendedahkan secara terang-terangan tetapi dengan menggunakan isyarat jari simbul 0. Jadi kepada sesiapa yang teringin sangat makan telur penyu ini bijak2lah mencari dan boleh didapati ditempat2 tertentu sahaja.
Tetapi awas jika anda ketahuan oleh penguat kuasa anda mungkin bakal masuk penjara kerana memakan bahan terlarang. Fikir2lah dahulu sebelum berangan-angan hendak memakannya.
Bandar Sandakan antara bandar yang indah terletak ditepi laut saujana mata memandang lautan lepas yang membiru sungguh mengasyikkan. Banyak tempat boleh dilawati. Sepilok antara tempat menjadi daya tarikan pengunjung kerana banyak spesis terdapat ditempat ini. Orang hutan paling populer.
Macam2 ada.
ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI SABAH DAN LABUAN 2017
Kampung Merampong Keningau Sabah telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Desa Perdana peringkat negeri sabah kali ini bagi tahun 2017. Majlis penganugerahan ini berlangsung di Hotel Kalagen 1 Borneo Kota Kinabalu.
Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri KKLW YB Dato Ismail Sabri.
Bukan mudah bergelar juara jika tidak dengan pengorbanan ,kesungguhan dan kerjasama dari seluruh warga kampung apa lagi bila melibatkan ribuan penduduk yg pastinya pelbagai karenah namun berkat darpada kesepakatan mereka Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Tahniah diucapkan kepada penduduk kampung merampung diatas kejayaan ini. Teruskan usaha memajukan kampung tuan2 bukan kerana imbuhan semata-mata tetapi demi perpaduan umah sejagat menjadi kampung contoh disekitar.
PARANG PRODUK TEMPATAN
Ini produk tempatan sedang giat diusahakan oleh seorang warga muda dari kampung Merampung terletak 12 km dari bandar keningau. sebuah kampung yang baru saja dinobatkan sebagai kampung cemerlang dalam pertandingan desa perdana peringkat negeri sabah.
Parang ini diproses secara manual sahaja. Tidak menggunakan mesin canggih. Bahannya pula daripada spring kereta yang sudah tidak digunakan kata pengusaha ini. Pendapatannya amat membanggakan. Ramai pembeli datang dikediamannya menempah parang2 ini. Harganya dari RM 300 hingga ke ribuan ringgit bergantung kepada jenis besi dan saiz parang tersebut.
![]() |
MENYIMPUL KENANGAN DIPUNCAK IQRA
![]() |
| Bergambar kenangan bersama isteri dan Hj Husin berbaju kurung putih |
![]() |
| Hj Hussin merupakan penaung puteri umno sabah sejak puteri diwujudkan tahun 2002 |
![]() |
| pandangan sekitar Puncak Iqra |
![]() |
![]() |
| Pandangan dari hadaan puncak iqra, kelihatan dari aras bukit saujana sawah terbentang |
Lewat bulan julai lalu sempat menghadiri majlis raya Tuan haji Hussain Kasau mantan setiausaha kerja Ketua Menteri sabah di Puncak Iqra terletak dalam daerah Papar .
Dalam majlis tersebut ada acara pelancaran antalogi puisi bertajuk KEPIMPINAN MUSA AMAN DALAM PUISI yang dilancarkan sendiri oleh CM. Buku tersebut hasil selenggaraan oleh Tuan Jasni Matlani, Siti Rahmah Ibrahim dan Abdul Karim Gulam.
Suasana persekitaran di Puncak Iqra milik Tuan Hj Hussain Kasau agak menarik tempatnya untuk dikunjungi, kedudukan bangunan diatas bukit dikelilingi pohon2 buahan. Suasananya agak sunyi dari keriuhan.
Terdapat sebuah mini perpustakaan, beberapa buah bilik penginapan dan mini kafie tempat bersantai. Kata tuan haji jika mengadakan bengkel puisi disini dia alu2kan pada sesiapa saja. Dan katanya lagi sudah beberapa persatuan telah mengadakan acara ditempat itu dan tuan haji Hussain sendiri menyumbang makan minum kepada para peserta tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Perjalanan ke lokasi daripada pekan papar lebih kurang dalam 20 minit. Keadaan jalan juga agak baik semuanya berturap.
![]() |
| bersama puteri bungsuku |
LIM SWEE TIN KOMEN SAJAK AKU
WARISAN LELUHUR
Tanah ini pernah kering tandus
Lalu kami siram ia dengan keringat
Tumbuhlah tunas tunas hijau
Membuahkan rezeki penghapus lapar
Memberi harapan untuk satu perjalanan
Yang bernama kehidupan
Inilah warisan para leluhur
Dan inilah sumpah kami
Bahawa selagi keringat membasah bumi
Akan tetap subur pusaka kami
Menaungi mereka yang bakal lahir
Dulu pernah ada lautan sengsara
Yang membuat kami perkasa
Keperitan dan sengsara adalah hiasan
Menyalut dan mengukuh kebanggaan kini.
Wahai bangsa ku!
Ingatlah
Perjalanan ini tiada hentinya
Perkukuhkan langkah kita
Menuju medan jaya
Haini Karno
Keningau
Komen Prof Lim Swee Tin penyair tersohor tanah air pasal sajak aku ini, Sebelum dia mula mengomen, dia kata jangan marah jika dia komen, kerana ramai penulis tak suka karya mereka dikritik. Aku kata tak jadi masalah dan aku bersedia menerimanya,.
Dia pun komenlah selepas dia baca sajak aku yang tak sepertinya ini. dia kata tidak bagus penggunaan ayat banyak basi, penulis belum bersedia, harus banyak belajar, hem aku tak marah dengan komen2 yang dilontarkan betul pun, kan aku baru belajar tulis puisi.
komennya bla bla bla tiba2 ada lautan sengsara ha ha aduhaii...dia sempat memberi sedikit panduan bagaimana melakar sajak yang indah dan bermakna, katanya lagi tak perlu guna ayat mendayu-dayu bimbang akhirnya tiada makna. Dan dia bagi contoh sajak yang ringkas tapi padat. Wah jika aku berkesempatan ikut bengkel dengannya alangkah bagusnya.
Pertemuan tanpa dirancang di KLIA 2 itu, aku ambil kesempatan bertanya saat kami sedang minum tea O minggu lalu bersama sahabatku Katirina Tati. pertanyaanku hanya menjurus kpd perkara berkaitan sajak saja seperti lakunya macam budak tadika yang baru belajar a b c.
Itulah pertama kali dapat sembang2 dengan Prof Lim Swee Tin secara depan pertuturan bahasa melayunya amat fasih logat chinanya langsung tiada.

| Berfoto bersama penyair tersohor negara Lim Swee Tin di KLIA 2, foto ini dirakam oleh isterinya |
Monday, 10 July 2017
TERATAKKU DALAM RIMBA
![]() |
| Sebahagian koleksi bunga kertas menghias halamanku |
![]() |
![]() |
| Ruang beranda tempat aku dan keluarga melepak bersantai |
![]() |
Dari masa ke masa kian berubah, pohon-pohon bunga pelbagai jenis mulai menghiasi halaman teratakku terlihat kian ceria ahh sungguh menyegarkan. Jika boleh aku mahu duduk saja seharian memerhati setiap hayat yang melata dipersekitaran. Aku mahu nafasku menyedut aroma bunga melati yang sentiasa mengharum didepan rumah.
Tarikh berpindah ke kampung halaman 16 Mei 2016.
Sunday, 9 July 2017
CORETANKU DIMAJLIS RAYA 2017 DISEKITAR RUMAH AGAM HJ KARNO
![]() |
| Bersama brother aku YB Datuk Sairin Karno wakil rakyat N. 34. Liawan |
![]() |
Majlis berlangsung pada 2hb julai 2017 raya ke 8 bermula jam 2.00 pm hingga ke 8.00 mlm. Namun seperti selalu walau pun jemputan telah ditetapkan hadir pada sekian waktu tetapi para tetamu biasanya ada yang tiba lebih awal begitulah kebiasaannya .
Seawal jam 1.00pm jemputan telah mula berduyun-duyun datang dan seperti biasalah tugasku selalunya menyambut para tetamu yang hadir. Kerjasama daripada sebahagian ajk bahagian, wanita, pemuda dan puteri sebagai penyambut tetamu turut membantu bersama brother aku selaku Ketua UMNO Bahagian Parlimen Keningau merangkap wakil rakyat Dun 34 Liawan.
Antara acara dlm majlis penyampaian sumbangan kepada ibu2 tunggal, anak2 yatim dan pemberian angpau kpd anak2 yang turut hadir dlm majlis. Tersebut Acara hiburan jemputan kali ini ialah Abu Bakar Ela dan beberapa orang penyanyi wanita saya lupa nama2nya. Selain itu ada beberapa lagi acara yang turut diselitkan untuk golongan tahap kanak2 dan orang dewasa begitulah lebih kurangnya.
Jamuan alhamdulillah lebih daripada cukup, kehadiran tetamu tak terkira berapa ribu agaknya, biasanya begitulah. Masyarakat setempat lebih suka majlis diadakan disekitar kampung berbanding di dewan masyarakat kerana mereka kata suasana dikampung lebih santai dan boleh berlama2. Benar juga. Suasana dikelilingi pohonan hijau lebih segar dan damai.
Majlis berakhir sekitar jam 11.00 mlm.
Subscribe to:
Posts (Atom)