Wednesday, 29 July 2020
Tuesday, 28 July 2020
ALFATIHAH
Kenangan bersama arwah masih tersimpan Kemas. Masa kecil2 dulu dikampung, kami sama-sama belajar mengaji. Arwah ini seorang yang lemah lembut perwatakan. Yang aku sedih permohonan bantuan rumah pprt belum terlaksana hingga dia meninggal dunia. Hari ini saya ambil kesempatan menghantar sedikit sumbangan kepada anak-anaknya.
Al fatihah semoga arwah dikalangan roh orang-orang yang beriman.
Monday, 27 July 2020
Sunday, 26 July 2020
Tuesday, 21 July 2020
AKU HANYA INGIN
Aku disini bersama serpihan usia yang hanya tinggal sejengkal, seperti pohon-pohon tua dihalaman rumah ku, terbaring kaku diranjang bumi, mungkinkah hari esok atau lusa atau hari ini aku akan pergi meninggalkan segala kenangan yang tersisa. Rumah ini akan menjadi rumah pusaka anak-anakku.
Aku tak pasti, apakah anak-anak mengasihiku setelah aku tidak berdaya, aku tidak punya harta untuk di berikan satu persatu. Ibu ayahku juga tidak punya apa yang di tinggalkan untuk kami, hanya tanah pusaka milik bersama.
waktu berlari pantas, tak ada waktu untuk bermimpi, tak ada ruang untuk ketawa, cukup sudah, tak ada yang dicari, tak ada pula yang di tunggu, tak ada lagi misteri, tak ada juga yang mesti diburu, hanya ku ingin, bekalan untuk dibawa bertemu TUHAN.
Saturday, 18 July 2020
Tuesday, 14 July 2020
CINTA BUNGA TULIP
Secoret puisi ini diminta oleh seorang cikgu sekolah menengah untuk dimuatkan dalam buku puisi miliknya sempena pengisian salah satu aktiviti dimusim pkp bermula, saya pun coret apa yang diminta "Cinta Bunga Tulip" inilah hasilnya.
Secara spontan saya karang puisi ini, Rupa-rupanya ada terkena-mengena dengan cikgu ni, alahai secara kebetulan pula. Maafkan saya cikgu. SubhanAllah semoga tenang dan bahagia meniti Hari-hari berlalu.
* hati ku jatuh dalam ribut *
Friday, 10 July 2020
APA YANG TAK KENA?
Masih menjadi satu persoalan dibenak hingga ke saat ini. Beberapa tahun yang lalu, saya menziarahi keluarga disatu kampung, tanpa dirancang saya ke rumah jiran keluarga ini, rasa terkejut melihat satu sosok tubuh terbaring kaku. Seluruh jasad nampak tinggal rangka hanya kulit yang menutupi.
Tetapi yang peliknya suara masih lantang bila berkata-kata seperti orang tak sakit. Selera makan pun seperti selera orang sihat.
Saya diberi tahu oleh anak hamba Allah ini ibunya sudah bertahun-tahun sakit. Berubat dengan pelbagai cara namun tiada perubahan. Pernah diubati oleh seseorang menggunakan kaedah rawatan Islam tetapi pesakit ini tiba-tiba terlolong-lolong marah, mengamuk. Mungkinkah ada faktor lain yang mempegaruhi dia bertindak demikian. Wallahua'lam.
Sedetik tiada niat mengaib, ya Allah betapa jasad terseksa, keluarga terbeban. Andai anak-anak mampu menjaga rasa bersyukur jika sebaliknya tak mampu di bayangkan. Sehingga saat ini dia masih hidup.
Ya Allah semoga kita terhindar dari segala perbuatan syirik. Nauzhbillahi min zalik.
Tuesday, 7 July 2020
JANGAN BAWA SUAMI
Aku terbaca suatu kisah suami isteri ketika menunaikan haji, tiba di tanah suci pasangan suami isteri ini tiba-tiba bercerai ianya berpunca dari si suami yang sikapnya agak panas baran tiada kesabaran. Hanya hal kecil dia telah melafazkan talak pada isterinya, setelah itu menyesal.. Ingin rujuk semula namun isteri sudah tidak mahu menerimanya.
Sikap pemarah, panas baran, tiada kesabaran membawa padah. Wajar dan pengajaran kepada si suami yang egonya meluap-luap, Isteri pun selamat tenang jiwa, bahagia rasa. Hemmm
Kisah ini mengingatkan aku cerita seorang kawan, saat dia dan suami ke tanah suci, kisahnya hampir sama namun tidaklah berlaku kes bercerai, sepanjang mereka berada di tanah suci sikap suaminya asyik marah-marah, panas baran, sikit-sikit marah, pantang silap sedikit. Mujurlah isteri ini masih mampu bersabar kerana dia memikirkan sedang berada di tanah suci.
Suatu hari suaminya kehilangan selipar saat menunaikan solat di mesjidil haram, apa lagi isterinya pula jadi sasaran kemarahan pelbagai kata-kata yang tak sepatutnya diluahkan apatah lagi dalam keadaan sedang menunaikan haji.
Isteri ini pada saat itu teruji kesabaran, lalu isterinya tidak bertemu suaminya selama dua hari,, dia tidur di mesjid selama itu, naik bingung si suami. Berkat kesabaran si isteri keadaan tenang saja.
Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan dia asyik kena marah, sudah tentu stress teramat. Rasanya lebih aman jika tidak bersama dengan manusia pemarah. Ketenangan pun tiada, apa lagi rasa bahagia. Sepatutnya saat bersama itu adalah waktu yang membahagiakan apa lagi berada di tanah suci tapi berlaku pula sebaliknya itu antara dugaan paling menguji.
Dia berpesan lebih baik pergi haji sendiri saja jangan pergi bersama suami bimbang berlaku perkara yang dialaminya. Dugaan setiap manusia mungkin berbeza. Ya Mudah-mudahan saja impian untuk menunaikan rukun ini di makbulkan oleh Allah SWT InsyahAllah dapat jejak ke tanah suci sebelum dijemput ilahi.
Pasti bahagia rasa tanpa ada yang marah-marahkan. Moga hati tenang selalu.
AKU DAN BUNGA
Pemagaran dalam proses penyiapan
![]() |
| penyusunan pasu mengikut saiz telah dibuat, tapi nampak gayanya masih tidak memuaskan hati |
Melihat pohon-pohon ini, andai tiba-tiba aku pergi dijemput ilahi, bagaimana kah nanti??
Hari-hari hujan memudahkan segala penyiraman pohon-pohon dihalaman. Terima kasih TUHAN yang mengirimkan hujan. Menyegarkan segala tumbuhan yang kian layu. Menyejukkan kalbu manusia.
Wanita dan bunga bagai isi dengan kuku, penyusunan pasu-pasu telah diubah semula, kini nampak lebih teratur sedikit dan Kemas, tetapi masih belum memuaskan cita rasa. Mata melihat buat hati senang penghibur dikala jiwa diamuk stress. 😅😅 Hari-hari pandang bikin jiwa bahagia.
"bijak-bijaklah mengurus stress"
Friday, 3 July 2020
MAHUA
Mahua
Kesekian kali aku kesini
Melihat jejak yang pernah kutinggakan masih basah menghiasi dibibir jalan seperti baru semalam
Aku melihat hijau pohon
tumbuh tenang
deru sungai mengalir damai
Didahan-dahan burung riang
berkicauan
gemersik bayu dipohonan
dalam sepi
duka menyala lara jiwa
mencari bahagia di rimba sunyi
dalam tenangmu mahua
anugerah ilahi kunikmati
*hk-kujagahatiku*
27/jun/2020
Mahua
*aku ikut bunga itu hingga ke hujung langit*
Tuesday, 2 June 2020
DUNIAKU BERKOCAK
Aman duniaku
berkocak tiba-tiba
Corona virus melanda jagat
kemesraan kian hilang
Ruang semakin terbatas
Untuk kita saling menyapa
Untuk kita saling menyentuh
Untuk kita Saling berkunjung
Disana sini ruang tertutup
Terkurung tanpa suara
Kehidupan suram dan sepi
Dunia menjadi sunyi
hk.
Stayathome
*dinding dan gunung memisahkan kita*
#kitajagakita#
Monday, 1 June 2020
KOTOBION TAGAYO TADAU KAAMATAN 2020
Hari ini menghampar selera di sceret recipe kerana sudah rasa keboringan dengan masakan sendiri. Tak salah sesekali tukar selera dengan menu yang jarang-jarang disantap dan sekali gus menempa sejambak kek untuk dibawa pulang.
Kek di sceret recipe sedap walau harganya boleh tahan tapi berbaloi untuk dimakan. Tidak rugi dengan harganya. Nah sempat dicoret sebagai Kenangan "selamat menyambut pesta kaamatan". Aku etnik dusun, hanya ucapan saja cukup memandai. Huminodun yang berkorban untuk semangat padi. Moga tidak salah.
Kiri- kadazan penampang
Tengah- Dusun Kimaragang kota merudu
Kanan- Dusun Tambunan keningau
😍💖💐
Saturday, 30 May 2020
SYAWAL 2020
selamat hari Raya aidil fitri maaf zahir batin hanya itu yang mampu di ucap, raya tahun ini amat berbeza, segala-galanya berubah, tiada kunjung-mengunjung. Tiada majlis raya dimana-mana, ada pun hanya dikalangan Ahli keluarga saja. Keadaan ini berlaku diseluruh dunia kerana berdepan dengan pandemik covid - 19.Syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan harus dipatuhi.
Tuesday, 26 May 2020
Monday, 25 May 2020
RAYA 2020 LUAR BIASA
Selamat menyambut Aidil fitri maaf zahir batin. Kini Kita menyambut syawal di tahun 2020, kali ini kita raya bukan biasa-biasa tetapi luar biasa.
Raya kali ini jauh berbeza dan rasanya ini pertama kali berlaku dalam sejarah raya kita raikan dalam suasana sepi dan sunyi di tambah lagi dalam keadaan pkp.
Sungguh pun demikian suasananya, raya tetap di sambut dengan jiwa lapang dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt berikan, kita masih dalam keadaan baik-baik saja walau diuji dengan wabak covid - 19 melanda satu dunia. Pasti ada hikmah atas dugaan ini. Sentiasa berbaik sangka dengan apa yang berlaku.
Hanya juadah ini sempat di sediakan untuk tetamu dikalangan keluarga dan jiran terdekat, tetap di sambut dengan gembira.
Laksa,
Biskut, dodol, bahulu
😅🙏💖
Saturday, 23 May 2020
Monday, 11 May 2020
Saturday, 2 May 2020
KARYA PILIHAN SUNTIK 4/2020
Ini karya pilihan pada tarikh tersebut moga ini menyumbang semangat untuk terus berkarya. Hati manusia kadang boleh berubah-rubah, bisa jadi hangat, bisa jadi dingin. Bisa jadi sebaliknya. Begitulah hati serapuh kaca. Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)









