Tuesday, 22 December 2020
Saturday, 12 December 2020
KU ULANG KEMBALI
Hujung minggu ini buat aktiviti belajar kembali mengalunkan surah-surah yang telah lama terabai hingga tiun pun sudah lari. Kali ini bersama sifu yang memang pakar dalam bidang ini.
MasyahAllah syukur Alhamdulillah masih mampu, lidah ini masih waras walau tiun banyak lari. Allahuakbar mencabar diri untuk terus gigih hingga ke penamat.
Aku sudah tua InsyahAllah dengan cara ini hati cerah kembali dan lidah jadi lembut. Walau sibuk dengan bunga tapi ruang untuk ini harus diberi perhatian.πππ
AKTIVITI HARI SABTU
sebahagian pokok kemboja dalam pasu kecil telah di pindahkan ke pasu sederhana besar. Syukur Alhamdulillah mudah-mudahan subur dan sihat. Aktiviti hari Sabtu memindahkan kektus ke pasu-pasu anggun, MasyahAllah menyumbang bahagia dihati. Aktiviti yang tak pernah membosankan bagi seorang perempuan pencinta bunga-bunga hidup. Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi yang maha kaya.
Syukur Alhamdulillah masih diberi kesihatan, kesejahteraan, rezeki dan nikmat hidup dialam fana ini. Semoga esok masih ada, insyahAllah.
Friday, 11 December 2020
HASIL JELAJAH HARI INI TUARAN, KUNDASANGπ
Orkid Telinga gajah
Periuk Kera yang saya dambakan selama ini akhirnya dapat, terus beli dua pasu dengan harga RM50. 00, Impian telah menjadi kenyataan ππ
Hasil jelajah hari ini. Jam 11.30 pagi dari keningau ke Tambunan singgah rakanku si Ruby, kami beredar meninggalkan Tambunan pada 12.30th menuju ke Tuaran beli pasu punya pasal. Jam 4.30 petang dari Tuaran terus ke Kundasang kektus dan orkid punya pasal. 5.40 petang dari Kundasang balik keningau sampai rumah jam 7.45 malam MasyahAllah. kilang pasu Tuaran, alang-alang terus ke kilang puashati π
.
Monday, 7 December 2020
BILA SUDAH GILA
beratus jenis orkid terdapat di nursery ini rasanya mau angkat semua ππ
Ini Pakis Tanduk Rusa
Hari ini ke daerah Kundasang Ranau bersama dua orang rakan sama-sama gila bungaπ
dengan tujuan mencari bunga orkid yang fresh. Dapat juga puluhan jenis. Harga pun boleh tahan, oleh kerana terlalu minat soal harga tak perlu di fikirkan sangat. Duit boleh cari, orkid pun boleh dapat π
π
Baru belajar mengenal nama-nama orkid:-
Jenis-jenis orkid yang saya beli,
1. Lycasta
2. Dendrobium
3. Cattleya
4. Telinga Gajah
5. Pakis Tanduk Rusa
dan lain2
Subscribe to:
Posts (Atom)

