Sunday, 17 April 2022

DUA MINGGU LAGI MENYAMBUT RAYA

Biar happy selagi masih hidup, nikmatilah Ia dengan hati penuh kebahagiaan. 
Salam Ramadan

#. Bertabahlah engkau wahai perempuan bodoh# bodoh. Sebodoh-bodohnya. 

SALAM RAMADAN 2022

Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi bersama keluarga berbuka puasa Ramadan tahun ini. Tahun hadapan tiada kepastian, hanya mampu berdoa Semoga akan terus bersama. Ini sebahagian keluarga ku yang datang kali ini selainnya tidak dapat bersama atas alasan masing-masing. 😎Rasa bahagia bila bersama keluarga menjamu selera syukur Alhamdulillah. 

Friday, 1 April 2022

LANSKAP KEHIDUPAN



ruang santai bersama keluarga
 
 
 
Keadaan selalu berubah tidak sentiasa berada di posisi indah, tepulang kepada kehendak masing-masing ingin berubah atau kekal begitu selamanya. Namun semua orang mengharapkan perubahan kearah yang lebih baik. InsyahAllah segalanya di permudahkan. Semoga Allah menunjukkan jalan. Namun... 
"seorang penipu tidak akan bahagia sepanjang hidupnya"

Saturday, 15 January 2022

HALAMAN BELAKANG



Seadanya tapi agak selesa, tempat bersantai di petang hari. 

Saya lebih suka duduk di area belakang berbanding area hadapan. Area belakang rasa suasana lebih tenang menyenangkan dan sejuk mungkin kerana banyak pohon-pohon disekitar. 

Tuesday, 28 December 2021

TIDAK JATUH MISKIN

InsyahAllah selagi hayat di kandung badan akan sentiasa membuat kebaikan dan kebaikan yang di lakukan itu tidak perlu dicanang-canang Itu pesanan arwah ayah.
*Sembunyikanlah sedekah mu, hanya Allah saja yang tahu *

Tuesday, 14 December 2021

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru Hamizah dan Isnain💃😍 semoga bahagia hingga ke syurga. Hanya madah ini yang dapat di ucap. Syukur Alhamdulillah 

Sunday, 12 December 2021

Wednesday, 1 December 2021

ANGGUNNYA TERLEBIH


Pohon-pohon anggerik sedang hangat berbunga dilaman. Tiada yang mampu menandingi keanggunan si anggerik desa sentiasa menjadi pilihan penggemarnya. Tak hairanlah ianya sentiasa menjadi rebutan para datin-datin menghiasi banglo mewah mereka.

Walau aku bukan golongan datin namun anggerik tetap pilihan yang utama. Laman yang seadanya tempat melepas lelah mata dan emosi menjadi damai dari kelelahan sendiwara duniawi yang membikin cepat tua. 

"KU SEMBUNYIKAN KESEDIHANKU DALAM PUISIKU"