Selamat tahun baru yang bakal menjelang tiba beberapa detik lagi kita akan menyambut tahun baru, semoga tahun yang bakal menjelang ini akan lebih cemerlang melingkari kehidupan kita.
2012 telah melabuhkan tirainya....
Saturday, 31 December 2011
Friday, 30 December 2011
Menyentuh hati...
Saat saya dan rakan-rakan sekerja hari ini memasuki sebuah perkampungan menghantar sumbangan, tiba disebuah rumah milik seorang pesara kakitangan hospital hati saya cukup tersentuh melihat keadaan pakcik yang sedang uzur itu tidak bermaya akibat diserang strok kata anaknya, telah tiga tahun ayahnya itu terlantar, tidak mampu berjalan. bila melihat keadaan itu lantas saya teringat saudara saya yang sedang sakit. mujur dia tidak sampai ke tahap tidak mampu berjalan hanya suaranya yang telah berubah, bercakap satu persatu kesan dari serangan sakit yang mengejut.
Saturday, 24 December 2011
Program Hari Ini Menghantar sumbangan di Dua Kampung dalam Kawasan Dun Tambunan- Kg. Naudu dan Kg. Narayat Daerah Tambunan sempena menyambut Hari Christmas
| Masyarakat Kg. Naudu Tambunan |
| Bersama Ketua Wanita UMNO Parlimen Keningau Pn. Amelia Ajun menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Kg. Naudu Tambunan. (sumbangan daripada KEMAS sempena menyambut hari Cristmas) |
| Bersama Ketua Wanita UMNO menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah sempena menyambut hari christmas 2011 Kg. Narayat N. 32 Daerah Tambunan. |
| Warga KEMAS bersama Ketua Wanita UMNO dan wartawan brneo pos, selagi hayat di kandung badan tanggungjawab sentiasa di laksanakan umpama matahari menyinari alam maya. Terlihat setiap wajah orang kampung menerima sumbangan ini, mereka sangat bersyukur , bukan saja kerana sumbangan yang tak seberapa ini, silaturrahim di jalinkan, semoga masyarakat di sini akan terus menghargai keperihatinan kerajaan. |
Friday, 16 December 2011
Hanya Sekadar Kulit Bergelar Ustaz..
![]() |
Sambil bersembang dan minum petang, dia sempat menceritakan, salah seorang anak perempuannya telah berkahwin dan menantu lelakinya itu bergelar seorang USTAZ, namun telah bercerai dengan anaknya, kerana sikap baran menantunya itu buat anak dia menderita selalu didera oleh suaminya, katanya anaknya pernah dimasukkan ke hospital akibat didera oleh menantu ustaznya itu. Anaknya mengalami retak tulang di kerongkong akibat dicekek, dan menantunya itu telah di penjara beberapa tahun kerana didapati bersalah mendera sehingga kecederaan serius dan turut dibuang kerja.
Saya rasa malu , mereka bergelar mualaf tetapi dipamirkan dengan sikap yang kurang elok oleh seorang manusia yang dipandang beragama. Mereka mengharapkan bimbingan hal-hal berkaitan tentang agama namun itu tidak berlaku sebaliknya pula sifat kehaiwanan yang di tunjukkan malah lebih dahsyat daripada itu, kita faham dia manusia biasa bukan maksum, namun sekurang-kurangnya gelaran ustaz itu menghalangnya daripada bersifat haiwani atau syaitani...
Tuesday, 13 December 2011
Monday, 12 December 2011
Penjawat Awam Usah Gopoh
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini.
“Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
“Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini semalam.
Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.
Berhubung tempoh untuk menandatangani opsyen berkenaan iaitu 15 hingga 31 Disember, Omar berkata ada penjawat awam menyatakan tempoh itu tidak mencukupi.
“Ini kerana ramai penjawat awam sedang bercuti dan disebabkan itu kita bimbang ramai tidak faham mengenai SBPA nanti,” katanya.
Ditanya sama ada penjawat awam akan berdepan masalah jika tidak menandatanganinya, Omar berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia berdasarkan kepada persetujuan individu.
sumber-sinar harian.
-bagus-bagus mau naik gaji apa lagi yang mau di kecoh?
Keistimewaan Masjidil Haram
![]() |
Telaga zamzam kini
dipamerkan di Muzium Senibina Dua Masjid Suci Mekah dan Madinah yang
sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.
|
Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah kaabah.
Ia berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu ketika membina atau mendirikan kaabah), hajar aswad (batu hitam) dan telaga zamzam.
Masjidil Haram - sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah.
Keadaan Masjidil Haram pada masa nabi dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya.
Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiah.
Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.
Berikutan tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.
Di sekeliling masjid itu terdapat tujuh menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama iaitu Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara itu turut menjadi model masjid di seluruh dunia.
Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa". (riwayat ad-Darimi, an-Nasaie dan Ahmad)
Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman kira-kira 45 meter (m). Telaga itu juga disebut Telaga Ismail.
Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya.
Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang, dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi sekitar 6m dan berdiameter kira-kira 0.5m berjumlah 589 buah.
Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 1.2m.
Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur terdapat dua tiang abu-abu.
Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan.
Pada bahagian tembok pula terdapat batu inskripsi yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Asma ul Husna.
Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama antara lain:
(1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf;
(2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan saie;
(3) Bab as-Su'ud (pintu su'ud);
(4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan
(5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf.
sumber-utusan
Bersabarlah wahai sahabat
Melihat manisnya wajah sahabat saya, hati mentafsir dia sangat bahagia melalui fasa kehidupan yang dilalui, sudah pastinya begitu. Tinggal di Mahligai indah bagai istana raja, kereta mewah, pakaian berjenama, emas, berlian tak usah nak kata segala-galanya lengkap, suami orang kaya siapa tak kenal dia, bergelar jutawan yang berjaya hasil dari usaha gigihnya mencari rezki.
Ketika saya menghadiri bacaan doa selamat di rumahnya, atas undangannya saya hadir, dia bersungguh-sungguh mengundang saya melalui panggilan telefon. Saya hampir tidak mengenalinya, susuk tubuhnya terlalu kurus, wajahnya cengkung seperti sudah berbulan-bulan sakit, saya agak tergamam, gerangan apa yang telah menimpa sahabat ini sehingga nampak derita pada luaran jasadnya, hati saya berbisik, dia menghampiri saya, menyapa dan menghulur tangan bersalam..
Doktor telah sahkan dia mengidap penyakit kanser payudara , masyah-Allah begitu tragis di pendengaran..penyakit pembunuh no 1 wanita. Payudaranya terpaksa dibuang demi menyelamatkan nyawanya yang sedang terancam. Banyak-banyaklah bersabar, kuatkan semangat menempuh dugaan ini ucap saya menamat bicara.
Ketika saya menghadiri bacaan doa selamat di rumahnya, atas undangannya saya hadir, dia bersungguh-sungguh mengundang saya melalui panggilan telefon. Saya hampir tidak mengenalinya, susuk tubuhnya terlalu kurus, wajahnya cengkung seperti sudah berbulan-bulan sakit, saya agak tergamam, gerangan apa yang telah menimpa sahabat ini sehingga nampak derita pada luaran jasadnya, hati saya berbisik, dia menghampiri saya, menyapa dan menghulur tangan bersalam..
Doktor telah sahkan dia mengidap penyakit kanser payudara , masyah-Allah begitu tragis di pendengaran..penyakit pembunuh no 1 wanita. Payudaranya terpaksa dibuang demi menyelamatkan nyawanya yang sedang terancam. Banyak-banyaklah bersabar, kuatkan semangat menempuh dugaan ini ucap saya menamat bicara.
Friday, 9 December 2011
Satu hari diberanda..
Tiba-tiba datang seorang tua bertanya, adakah anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah ?..lalu dia berkata.. Ingat lima perkara:-
SEHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI
dia pun melangkah pergi......
Monday, 5 December 2011
Sabah Tangga Kedua Negeri Paling Ramai Belajr di OUM
KENINGAU:
Pengarah Open University Malaysia (OUM) Wilayah Sabah, Lamjin Atoh
berkata, Sabah berada di tangga kedua sebagai negeri paling ramai di
negara ini belajar di universiti itu, selepas Kuala Lumpur.
“Pelajar OUM kini mencapai 15,000 orang,” ketika universiti itu mula bertapak di Sabah pada tahun 2002,
hanya kira-kira 53 orang yang mendaftar sebagai pelajar, tetapi kini
bilangannya mencacah sehingga 15,000 orang.
“Saya benar-benar bangga dengan peningkatan ini,” katanya dan menambah, sasarannya ialah memastikan OUM sebagai salah sebuah universiti pilihan tinggi di kalangan rakyat Sabah menjelang Tahun 2015.
Sepanjang lapan tahun bertapak di negeri bawah bayu ini, OUM telah melahirkan kira-kira 9000 graduan termasuk mereka yang masing-masing menerima ijazah pada 19 – 22 Jun ini di PWTC Kuala Lumpur. OUM telah melahirkan kira-kira 984 garaduan Sarjana Muda Pengajaran (SMP). SMP
Pedalaman seramai 284 pelajar sedang mengikuti pengajian, melibatkan
guru-guru tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di seluruh Sabah,
dan berpusat di Keningau.
Kira-kira 700 pelajar lagi terlibat dalam program SMP/biasa, dan sebahagiannya telah menamatkan pengajian.
SMP Pedalaman merupakan program khas Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan guru-guru di seluruh Sabah, sementara SMP/biasa
adalah pelajar di kalangan guru-guru yang bertugas di kawasan
Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom, atau melanjutkan pengajian
secara bersendirian tetapi di bawah program pengijazahan kementerian.
Thursday, 1 December 2011
Sabarlah Wahai Hati
Sabarlah wahai Hati
selagi bisa bersabar
selagi mampu bertahan
dugaan silih berganti
datang dan pergi..
aku tidak suka hujan
aku tidak suka kemarau
aku tidak suka ribut taufan
guntur, petir buat jantungku berkecai
menganggu kedamaian
aku suka angin sepoi-sepoi bahasa
aku suka pelangi
aku suka kilauan bintang malam
aku suka terangnya rangbulan
aku suka sinar mentari pagi
dan redup senja...
SubahanAllah
menyumbang damai di hati..
selagi bisa bersabar
selagi mampu bertahan
dugaan silih berganti
datang dan pergi..
aku tidak suka hujan
aku tidak suka kemarau
aku tidak suka ribut taufan
guntur, petir buat jantungku berkecai
menganggu kedamaian
aku suka angin sepoi-sepoi bahasa
aku suka pelangi
aku suka kilauan bintang malam
aku suka terangnya rangbulan
aku suka sinar mentari pagi
dan redup senja...
SubahanAllah
menyumbang damai di hati..
Wednesday, 30 November 2011
Kehebatan Sukarno menakluk hati wanita
Namun Sukarno bukan sahaja dikenang sebagai seorang pemimpin unggul Indonesia yang telah berkhidmat hampir 22 tahun kepada bangsa Indonesia sebagai presiden tetapi beliau juga dikenali sebagai `penakluk wanita' paling hebat di negara itu.
Kini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100, kisah-kisah cinta Sukarno yang cukup unik dan menarik kembali dicanangkan di media massa utama Indonesia.
Isteri terakhir yang dinikahi secara rasmi oleh Sukarno ialah Heldy Djafar setahun sebelum kejatuhannya sebagai presiden pada tahun 1967.
Perkahwinan dengan Heldy hanya berlangsung selama dua tahun kerana selepas kejatuhannya Sukarno dihumban ke dalam tahanan di Wisma Yaso, Jakarta.
Heldy merupakan salah seorang daripada sederet wanita yang pernah jatuh di bawah jajahan takluk cinta Sukarno dan berkahwin dengannya.
Wanita-wanita lain yang pernah menjadi isteri beliau ialah Utari Tjokroaminoto, Inggit Garnasih, Fatmawati (ibu Naib Presiden, Megawati Sukarnoputri), Hartini, Yurike Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi.
Beberapa perkahwinan Sukarno berakhir dengan perceraian manakala wanita yang mampu bertahan sehingga Sukarno meninggal dunia pada tahun 1970 ialah Hartini dan Ratna sari Dewi.
Daripada sembilan isterinya itu, Fatmawati yang melahirkan lima orang anak Sukarno (termasuk Megawati) menjadi Wanita Pertama Indonesia.
Sukarno sememangnya seorang lelaki yang cukup mengagumi kecantikan wanita. Atas sebab itulah dalam satu wawancara Sukarno pernah menyatakan, ``Tuhan menciptakan wanita penuh dengan keindahan. Saya fikir setiap lelaki normal senang melihat keindahan yang ada pada diri wanita.''
Bapa Megawati itu sememangnya mempunyai karisma untuk menakluk wanita sehingga beliau tidak pernah membeza-bezakan usia atau latar belakang wanita yang ingin ditakluknya.
Heldy dan Yurike misalnya dinikahi ketika mereka berusia 18 tahun. beza umur mereka dengan Sukarno ialah 48 tahun. Fatmawati disunting ketika berusia 20 tahun manakala Inggit Garnasih tua lebih 15 tahun daripada Sukarno. Ratna Sari Dewi pula adalah seorang wanita yang pernah bekerja di kelab malam dan kemudiannya menjadi model terkenal.
Haryati adalah seorang penari di Pejabat Setiausaha Negara. Mereka berkahwin pada tahun 1963 dan bercerai tiga tahun kemudian. Sukarno seterusnya berkahwin dengan Yurike Sanger pada tahun 1964, perkahwinan itu juga hanya bertahan tiga tahun.
Begitu juga dengan Kartini Manoppo, bekas pramugari syarikat penerbangan Indonesia, Garuda. Sukarno jatuh cinta pada Kartini apabila melihat potret wajah wanita itu yang dilukis oleh Basuki Abdullah. Mereka bernikah pada tahun 1959 dan memperoleh anak pada tahun 1967. Anak itu diberi nama Totok Suryawan Manoppo.
Namun kesemua wanita yang pernah tunduk kepada cinta Sukarno harus juga bersedia melihat api asmara mereka dengan Sukarno pudar apabila presiden itu bertemu wanita lain.
Dalam wawancara dengan majalah Tempo pada tahun 1999, Hartini menceritakan mengenai kegemaran Sukarno kepada wanita cantik.
``Cintanya kepada wanita yang cantik adalah beban bagi saya. Walaupun saya sudah berusaha menerima dia sebagaimana adanya, dia sangat mencintai keindahan, termasuk keindahan dalam kecantikan wanita,'' kata Hartini.
Malah bekas ajudannya, Bambang Widjanarko sepertimana dilaporkan oleh majalah Tempo pernah berkata, ``Daya tarik dan daya intelektualnya yang tinggi menjadikan Sukarno seorang master dalam menakluk hati wanita.''
Sememangnya sebagai lelaki Sukarno amat bijak mencari kelemahan wanita sehingga mereka tunduk kepada cinta kasanovanya. Salah satu cara yang beliau lakukan ialah dengan memuji dan memberi perhatian penuh kepada wanita yang diinginkannya.
Sudah menjadi hukum karma wanita sememangnya suka dipuji dan merasa disanjung. Atas sebab itulah Sukarno berjaya membuat wanita yang ingin ditakluknya benar-benar merasai hanya dia seorang sahaja yang dicintai oleh Sukarno.
Dalam usaha mencairkan hati seorang wanita, Sukarno tidak segan mengambil minuman untuk tamu wanitanya atau memimpin tangan mereka ketika turun dari kenderaan.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Madu Tiga, ``Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang tetapi jangan sampai hai pecah tembelang.''
Itulah yang dilakukan oleh Sukarno. Oleh kerana mempunyai banyak isteri, beliau harus benar-benar berhati-hati dalam tindak-tanduknya supaya `tembelang' tidak pecah.
Menurut Bambang, antara yang dilakukan oleh Sukarno ialah memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan rapi tanpa menimbulkan `sebarang keraguan yang munasabah'.
Maksudnya, jika beliau mahu keluar dari rumah isterinya dan mahu ke rumah isterinya yang lain beliau akan memastikan pakaiannya tidak mempunyai sebarang kesan gincu bibir dan bau minyak wangi.
Jika ada, Sukarno bersedia untuk menggantikan pakaian dan mandi terlebih dahulu sebelum meluncur ke rumah isteri yang berikutnya. Sukarno sememangnya mempunyai alasan sendiri kenapa beliau berbuat demikian.
Menurut Sukarno, jika sekali sahaja seorang lelaki tidak mengakui bahawa dia mempunyai hubungan dengan wanita lain, sebaiknya dia berbohong untuk selamanya.
Demi untuk menjaga `tembelang' itulah, suatu hari Sukarno pernah mengarahkan pembantu-pembantunya merosakkan enjin kereta salah seorang isterinya dan menghadang jalan depan istana dengan sebuah lori bagi mencegah kehadiran isteri yang satu lagi.
Semua itu berlaku apabila isteri tersebut datang secara mengejut ketika Sukarno sedang `bercerekarama' dengan isteri yang lain. Namun Sukarno bukanlah takut kepada kemarahan seorang wanita kerana beliau juga mempunyai cara tersendiri untuk mengendali emosi seorang wanita.
Apa yang sering beliau lakukan ialah menulis kata-kata indah di atas satu kertas dan mengirimkan hadiah. Tindakan Sukarno yang paling berani (dan mungkin juga tidak mampu dilakukan oleh lelaki lain) ialah meminta kebenaran daripada isterinya yang baru dua hari bersalin untuk berkahwin lagi satu.
Peristiwa itu berlaku selepas dua hari Fatmawati melahirkan Guruh Sukarnoputra. Sukarno bertemu dengan wanita pertama tersebut untuk meminta izin bernikah dengan Hartini.
Walaupun peristiwa itu melukakan hati Fatmawati sehingga beliau berpindah ke Jalan Sriwijaya, Jakarta namun Fatmawati tetap menghormati Sukarno atas `keberaniannya' itu.
``Terlepas daripada perasaanku, satu hal yang patut dipuji: Bung Karno tidak hipokrit,'' kata Fatmawati dalam sebuah buku berjudul Catatan Kecil Bersama Bung Karno.
Pepatah lautan api sanggup direnangi bukan omong kosong bagi Sukarno kerana dalam memenuhi rasa cintanya kepada seorang wanita, Sukarno sanggup menempuh apa juga halangan.
Perkahwinan beliau dengan Hartini, misalnya satu tamparan terhadap kaum wanita Indonesia yang ketika itu sedang ghairah menuntut pelaksanaan undang-undang perkahwinan antipoligami.
Persatuan Wanita Republik Indonesia telah mengadakan demonstrasi membantah perkahwinan berkenaan namun Sukarno tetap mempertahankan perkahwinannya dengan Hartini dan menempatkan wanita itu di Istana Bogor sehingga beliau jatuh sebagai presiden.
Bagaimanapun tidak semua perkahwinan Sukarno menghasilkan anak. Ketika berkahwin dengan Inggit, Sukarno mengambil dua orang anak angkat iaitu Ratna Djuami dan Kartika, dengan Fatmawati beliau memperoleh lima orang anak iaitu Guruh, Megawati, Rachmawati, Sukmawati dan Guntur, dalam perkahwinan keempatnya dengan Hartini beliau memperoleh dua anak lelaki iaitu Taufan Sukarnoputra dan Bayu Sukarnoputra. Taufan meninggal dunia pada tahun 1980 kerana sakit.
Sukarno kemudian memperoleh seorang lagi anak hasil perkahwinannya dengan Ratna Sari Dewi iaitu Kartika Sari Sukarno yang kini bermastautin di New York.
Demikian kehebatan cinta presiden pertama Indonesia, Kusno Sosro Sukarno. Beliau kini bukan sahaja disanjung sebagai seorang pemimpin yang mampu menakluk hati 220 juta rakyat Indonesia tetapi juga merupakan Don Juan yang bijak mencairkan cinta setiap wanita yang dipandangnya.
Mungkin Sukarno boleh sahaja dianggap sebagai kasanova tetapi di sebalik kisah cinta dan perkahwinannya itu, ada pesanan yang tersirat untuk kaum lelaki zaman sekarang yang berhasrat berkahwin lagi iaitu harus mempunyai keberanian menempuh halangan dan mesti pandai temberang.
Ini kerana bak kata Sukarno: ``Seorang isteri akan memaafkan dan melupakan perbuatan suaminya yang salah, tetapi jika suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain... isterinya mungkin akan memaafkannya tetapi tidak akan pernah melupakannya.
Tuesday, 29 November 2011
Kegiatan Jenayah Siber, Penggodam guna Angry Bird
—————————————————————————————————

BERLIN 21 Nov. – Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi
Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.
Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat
turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.
Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.
Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.
Pencuri data dan penggodam ‘menyerang’ telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.
Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan ‘tertutup’ kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.
Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.
”Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.
”Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,
Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.
Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.
Pencuri data dan penggodam ‘menyerang’ telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.
Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan ‘tertutup’ kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.
Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.
”Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.
”Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,
Sunday, 27 November 2011
Logos Hope- berlabuh di Kota Kinabalu
| Perpustakaan bergerak- sangat rugi jika tidak berkunjung ke gedung ini ribuan buku boleh dipilih untuk bahan bacaan meriahkan cuti dengan berkunjung ke Logos..bawalah anak-anak anda ke sini. |
Padah hendak cantik
MAHU cantik tapi jadi serik. Inilah yang paling tepat bagi banyak kes yang mana harapan untuk menjadi cantik secara pembedahan kosmetik, akhirnya ibarat menempah bala apabila wajah cantik yang diidam sebaliknya bertukar hodoh.
Hakikatnya, trend populariti prosedur itu menyebabkan ramai yang terpengaruh untuk menjalani pembedahan plastik atau kosmetik asalkan mereka mampu. Selain naluri atau keinginan individu, prosedur itu dianggap jawapan bagi masalah penuaan, memastikan wajah kekal jelita dan memenuhi tuntutan atau kehendak sosial yang lebih menitikberatkan soal ketrampilan pada hari ini. Kepuasan diri yang diutama menyebabkan mereka sanggup berbuat apa saja termasuk memilih klinik dan doktor palsu yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.
-apa kah anda masih mencuba jika kesan seburuk itu yang bakal menimpa wajah anda?? fikir2lah-
-inilah bahananya tidak mensyukuri nikmat pemberian Tuhan-
-sekadar perkongsian sesama wanita-
Selamat Hari Lahir Alea Permata hati IBU
Saturday, 26 November 2011
MISTERI Rumah sedang terbakar..
Friday, 25 November 2011
Artis Terkenal Filipina Peluk Islam
![]() |
“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.
Thursday, 24 November 2011
MANDUR SYARIF DALAM KENANGAN SEPANJANG ZAMAN
![]() |
| Raden Jaya Winata Tidak pernah bertemu dengannya, apa lagi berbicara, bersapa jauh sekali, namanya sentiasa terpahat dalam ingatan, Namanya menjadi satu lagenda pada jenerasi kini , dia terkenal dengan nama panggilan Bapa Tua, dialah yang bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Dusun yang telah bertebaran di bumi sabah ini, Ranau, keningau, papar, tuaran, kota belud dan dimana-mana . perkara ini berlaku ketika berada di Estet Lobou dahulu sekitar tahun 40han, kata arwah bapa yang merupakan anak murid kepada mandur syarif. Mandur Syarif seorang yang hebat, bukan kerana kehebatannya pergi berperang, tapi hebat dari segi amalannya, ketaatannya kepada agamanya, pengaruhnya menyebarkan dakwah islam begitu berkesan sekali sehingga ramai umat yang bukan beragama islam berduyun-duyun memeluk agama islam, kaedahnya hanya melalui perubatan cara tradisional.. amalan syariaat, tarikat yang diturunkan kepada mereka selepas memeluk agama islam. Banyak lagi kisahnya yang belum sempat dikongsi diruangan ini, saya masih berusaha menghimpun kisah-kisah menarik tentang Arwah Mandur Sharif dari beberapa bekas anak muridnya yang masih ada. hasil dari cerita-cerita bekas muridnya iaitu arwah bapa saat hayatnya. Arwah bapa saya adalah antara yang telah menyambung warisan amalan tarikat daripada arwah Mandur Sharif . Bagi mereka yang tidak begitu tahu tentang amalan mereka ini, ada yang berangapan bahawa dalam amalan tersebut terdapat unsur-unsur khurafat namun hakikat sebenarnya tidaklah begitu. setiap amalan yang dilakukan terselit dengan maksudnya yang tersendiri. Kini amalan tarikat yang arwah bapa pelajari daripada arwah Madur Sharif telah diwarisi pula oleh abang long saya. Ini adalah atas kehendak abang saya sendiri tanpa ada unsur paksaan. Amalan dalam tarikat ini sebenarnya lebih kepada membantu orang-orang yang sakit ketika mereka memerlukan pertolongan tanpa meminta apa-apa imbuhan. Terpulanglah kepada orang yang berubat itu keiklasan hati sendiri ingin menyumbang atau pun sebaliknya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




