Monday, 28 January 2013
Thursday, 24 January 2013
Tanda- Tanda Kecurangan Pasangan

Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
Jika suami yang
anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula
berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki
mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain.
Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma
minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki
sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang. Ada
sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan
hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam
hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami.
Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks
dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya
dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang
juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya
mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa
tahu?
Perhatikan
juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku
Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika
dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan
waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan
juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk
aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan
tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain
itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia
berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih
masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu
petanda buruk.
Berhati-hati
jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan,
membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan
belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya
akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan
telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya.
Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai
panggilan Begitu
juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah
terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan
membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini
langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan
lanjut. Jika
pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk
mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan
telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar
insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.
Jika
dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik
sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara
anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada
sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan
pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan
penyelesaiannya. Jika
itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan
diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia
sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga
yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza
dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga
mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya
yang bermain kayu tiga. Perhatikan
juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di
awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh
menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami
sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu
malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran
yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya, Dibandingkan
semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi
daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada
orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan
perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks
menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut
kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang
ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran.
Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda
terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula
berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan
sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana
fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk
mengambil jalan singkat juga, ianya tidak seratus peratus tepat. Anggap
saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah
fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan
bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada
anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.
Wanita/Gadis/Ibu ...apa juga yang berlaku atau telah berlaku atau bakal berlaku tak usahlah meratap pilu hanya kerana menaggih kasih sayang dari seorang mahluk, tapi menaggihlah kasih sayang sepenuhnya daripada sang pencipta yang kasihnya lebih agong dan abadi..namun kita ada hak untuk bahagia dan mencari kedamaian hidup...tinggalkan saja jika kecurangan pasangan telah diketahui pasti kerana tidak perlu menunggu lama lebih baik tinggalkan saja pasangan yang curang itu.
Wanita/Gadis/Ibu ...apa juga yang berlaku atau telah berlaku atau bakal berlaku tak usahlah meratap pilu hanya kerana menaggih kasih sayang dari seorang mahluk, tapi menaggihlah kasih sayang sepenuhnya daripada sang pencipta yang kasihnya lebih agong dan abadi..namun kita ada hak untuk bahagia dan mencari kedamaian hidup...tinggalkan saja jika kecurangan pasangan telah diketahui pasti kerana tidak perlu menunggu lama lebih baik tinggalkan saja pasangan yang curang itu.
Saturday, 12 January 2013
AKU DISAPA RINDU
Terpandang potret kaabah ini, aku disapa rindu yang teramat, tergamit kenangan yang paling indah pernah melakar kehidupan ini. Sesiapa saja yang menjejak kaki disini, pasti ada saja cerita pelbagai dilalui, mungkin indah atau sebaliknya.
Beberapa tahun lalu saat kaki ini menjejak ditanah suci ini, begitu syahdu bila dikenang betapa damainya ditempat ini, ketenangan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, kedamaian yang sukar dicari benarlah kata-kata setiap insan yang berkunjung kesini bahawa jika mencari kedamaian ditempat inilah sedamainya..
Aku masih ingat dan tak mungkin akan terlupa dalam lipatan sejarah. Sebaik rombongan tiba ditempat penginapan yang hanya beberapa langkah jaraknya dengan Mesjidilharam Kota Suci Mekah ini. Diri ini bagai ditarik-tarik ke Mesjid ini, lalu aku pun terus bergegas menuju ke sana untuk menunaikan solat zohor.
Sebaik aku memasuki Mesjidilharam aku terpaku seketika tatkala terpandang wajah kaabah dihadapan mata, tak henti'henti aku mengucap syukur, seperti mimi benarkah aku disini bisik hatiku..seakan tidak percaya aku sedang berada ditempat suci ini..kerana kehadiranku disini tidak pernah kurancang.. dalam keadaan aku sedang mencari kekuatan,, tiba-tiba hati ini terdetik untuk kesini..Alhamdulillah dengan izin Allah aku sampai juga ketempat ini.
Ternyata saat aku berada ditempat ini segala kemelut yang melanda fikiran tiba-tiba hilang, yang hadir satu ketenangan yang begitu syahdu dan yang sangat menakjubkan segala doaku Allah telah makbulkan Alhamdulillah.
InsyahAllah akan tiba waktunya aku akan hadir lagi disini ....
Thursday, 3 January 2013
SRJK Cheng Ming diantara yang terbaik
| sempat ambil gambar ketika murid-murid sedang menyanyi |
Hari ini bermula fasa persekolahan diseluruh negara, terasa sangat cepatnya masa berlalu, dan dari tarikh ini jejak saya ke sekolah ini tidak akan terhenti kerana sudah menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini.
Diawal cadangan, saya menolak anak saya ditempatkan di sekolah ini memandangkan jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, saya merayu agar anak saya di tempatkan di sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggal namun permohonan saya telah ditolak atas sebab murid tahun satu di sekolah yang saya minta itu telah melebihi had yang sepatutnya. bukan tiada sekolah ditempat lain, namun kerana saya mahu anak saya dapat meneruskan pembelajarannya dalam aliran bahasa cina. Akhirnya terpaksalah saya akur untuk menempatkan anak saya di sekolah yang telah dicadangkan oleh pihak jabatan pelajaran iaitu sekolah SRJK Cheng Ming,
26hb 12 2012 adalah tarikh pendaftaran bagi murid-murid yang akan memasuki tahun 1 pada 2013, termasuklah anak saya. Buat petama kalinya saya menjejak kaki ke sekolah ini, alangkah terujanya saya melihat persekitaran sekolahnya yang begitu damai jauh dari keributan, bersih, lanskapnya sangat teratur dan yang mengkagumkan sekolah ini berada dalam kawasan pohonan kelapa sawit, kedudukan sekolah diatas bukit owh, jumlah pelajar lebih kurang hanya dua ratus atau mungkin telah bertambah, mana kala jumlah murid tahun 1 hanya dalam sekitar 30 orang dan hanya satu kelas sahaja.
Keadaan ini sudah tentu mengundang keselesaan kepada paramurid dan juga guru-guru kerana lebih fokus menumpuh perhatian. Walaupun keseluruhan fizikal sekolah ini kelihatan sudah agak lama namun berkat dari usaha keras GB sebagai ketua pentadbir dan kakitangan sekolah ini, telah berjaya merobah suasana sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang nampak lebih segar. Inilah sekolah yang terbaik untuk anak saya, walau pun agak jauh tak kisahlah yang utamanya selesa. Tidak rugi berkorban sedikit demi anak dan masa depan.
Menurut salah seorang kakitangan sekolah ini, sebelum GB yang ada sekarang ini bertugas ditempat ini, keadaan sekolah ini agak tidak terurus serta kelihatan bukan seperti sebuah sekolah. Namun kehadiran GB ke sekolah ini ibarat mutiara jatuh ke riba.. segalanya berubah. Syabas buat GB dan Warganya kerana berjaya merubah suasana sekolah ini dalam keadaan yang cukup menarik semoga sekolah ini akan terus cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah ada disekitar daerah. Kualita adalah yang lebih utama,
Tuesday, 1 January 2013
KINI JANUARI 2013 telah berlabuh
kini januari telah pun bermula hanya angka yang bertukar. tiada apa pun yang berubah aku dan semalam masih seperti ini, episod 2013 ini bakal mencorak perjalanan hidup kita untuk kesekian kalinya sebagaimana yang telah tersurat sejak dari azali. Apa pun kisah yang bakal dilakar sebagai insan yang Allah berikan akal sesempurnanya Insyah-Allah pasti dapat menempuhnya dengan hati yang redha.
Monday, 31 December 2012
MENUTUP TIRAI DISEMBER 2012 dan SEUNTAI KENANGAN
Dikalangan kita ramai yang tidak teruja mengenang kisah pahit lantaran ia tentu amat menyakitkan, namun hakikat kita terlupa bahawa disebalik kepahitan itu terselit pelbagai hikmah yang sungguh diluar jangkaan. Sekadar perkongsian, Sebelum saya bertugas dalam jabatan saya sekarang ini, saya pernah memohon pelbagai jawatan dibeberapa ajensi kerajaan dan telah melalui proses temuduga, antaranya ialah di salah sebuah bank, saya sangat-sangat mengharapkan agar saya berpeluang bekerja di bank tersebut, namun saya hampa kerana gagal merebut peluang itu. Kemudian saya pernah memohon jawatan pembantu tadbir di salah satu jabatan .kecewa rezeki tidak memihak buat saya. Ada beberapa lagi jawatan yang pernah saya pohon semuanya menemukan kegagalan. Akhirnya saya mendapat peluang bekerja didalam jabatan saya sekarang, Dengan hati yang terpaksa saya terima walau pun gajinya sangat tidak memuaskan hati ketika itu kerana sudah tiada pilihan. Setelah saya bekerja di jabatan ini, saya masih terus mencuba melamar pekerjaan ditempat lain hanya kerana atas faktor gaji namun tiada rezki. Akhirnya saya lupakan hasrat itu. Saya nekad akan terus bekerja di jabatan ini walaupun gaji tidak seberapa. Sungguh diluar jangkaan, Setelah beberapa tahun saya bekerja di jabatan ini, Alhamdulillah jawatan saya telah bertukar, kemudian beberapa tahun seterusnya bertukar lagi kejawatan yang agak keatas saya sangat bersyukur.
Saya teringat peristiwa ketika saya memohon jawatan di salah satu jabatan ... sebagai pembantu tadbir saya bertemu dengan pegawai berkenaan dan menyerahkan sepucuk surat sokongan daripada pengarah bahagian perjawatan negeri, masa itu melalui surat sokongan dari pegawai atasan mudah saja mendapat jawatan yang dipohon itu pun jika ada kekosongan. pegawai berkenaan menolak mentah-mentah permohonan saya dan menyatakan kepada saya bahawa sekolah itu telah ada calon, setahu saya calon yang di maksudkan itu sebenarnya telah pun mendapat tawaran ke IPG, saya tahu kerana dia merupakan rakan sekolah saya, atas faktor itulah saya memohon jawatan tersebut dan mengharapkan agar saya diberi peluang. malangnya tiada rezeki saya dijabatan itu.
Masa terus berlalu satu ketika isteri pegawai berkenaan beberapa kali bertemu dengan saya, lepas tu call lagi merayu-rayu mohon bantuan agar anaknya mendapat peluang untuk jawatan yang dipohonnya dijabatan saya. Kesihan juga saya mendengar luahannya anaknya ada ijazah, umur kian meningkat namun belum ada kerja, bakal berkahwin pula, banyak kali memohon di mana-mana jabatan namun belum ada rezki. Sungguh-sungguh dia mengharap,
Sambil berborak perihal anak-anak yang tiada kerja, saya pula menceritakan perihal saya yang pernah melalui keadaan serupa, saya menyatakan padanya setiap kegagalan itu ada hikmah, saya juga mengambil kesempatan menceritakan kisah saya yang pernah berurusan dengan suaminya satu masa lalu, tetapi menolak permohonan saya untuk jawatan tersebut, malah saya menyatakan ucapan terima kasih kepada suaminya kerana menolak permohonan saya ketika itu, mungkinkah saya tidak akan berpeluang menyandang jawatan sebaik ini seandainya saya bekerja dijabatan itu sehingga kehari ini, dia tersenyum faham. Tidak pernah terlintas difikiran secalit dendam dihati diatas peristiwa itu, malah saya bersungguh-sungguh membantu anaknya.
Alhamdulillah akhirnya rezeki menyebelahi anaknya dan sekarang telah bertugas sebagai kakitangan di jabatan saya. Itulah secebis kisah dan berkat dari kesabaran.." yang saya jadikan sebagai iktibar. Yang pahit itu jangan terus dibuang, yang manis itu jangan terus di telan ". Tuhan telah menentukan apa yang terbaik untuk kita, justeru jangan mudah merasa kecewa dengan setiap kegagalan yang kita lalui.
Sedetik lagi pintu 2013 mula terkuak, andai jasad ini masih bernafas, doa sentiasa di panjatkan semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik daripada semalam, semua insan mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Wassalam Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013
Sunday, 23 December 2012
Hari terakhir di Tadika SCA
Ketika menghadiri konvokesyen puteri bungsu saya pada 7hb november lalu, entah kenapa terasa ada kesayuan bermukim dihati, mungkin kerana detik itu adalah yang terakhir menjejakkan kaki di sekolah ini, tahun depan dia akan memulakan persekolahannya ke sekolah rendah. Tiada lagi yang akan ke sekolah Tadika selepas dia, .
Ketika dalam dewan bersama beberapa orang ibu kami sembang, rupanya mereka juga seperti saya itulah anak mereka yang terakhir bersekolah di Tadika ini, mereka menyatakan rasa hiba dan sayu kerana tahun-tahun seterusnya tiada lagi anak-anak yang menyusul ke sekolah tersebut. Ada kerinduan dan kenangan yang sangat indah bersama anak-anak dan guru-guru di sekolah ini.
TADIKA SCA antara tadika di daerah ini menjadi pilihan ramai ibubapa kerana bahasa penghantarnya adalah bahasa cina, jumlah murid mencecah keangka ribu, pentadbirannya sangat sistematik , manakala tenaga pengajarnya pula majoriti berbangsa cina. Kenapa anak ini dihantar belajar di sekolah ini, sekurang-kurang mereka faham dalam bahasa cina.
Saturday, 22 December 2012
Majlis Walimatulurus Puteriku Telah Selesai
| Persembahan Tarian dari anak-anak kampungku |
| Kumpulan ini sering diundang membuat persembahan dalam majlis2 perkahwinan disekitar daerah |
| 21hb 12 2012 Majlis pernikahan bertempat di Hotel Perkasa Keningau |
| Majlis Persandingan di Dewan Masyarakat Keningau- Ku abadikan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan, |
Semoga mereka bijak mentadbir kehidupan berumahtangga selepas ini. Kehidupan berumah tangga penuh onak dan duri. Namun setiap masalah pasti ada jalan penyelasai. Moga sabar selalu. selamat pengantin baru buat kedua anakku. semoga kekal bahagia selamanya.
Sunday, 25 November 2012
Kerajaan mampu tampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam
Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.
"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat," katanya di sini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Terima kasih diatas keperihatinan pihak kerajaan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, budi yang baik dibalas baik. Semoga para penjawat awam akan terus berkhidmat dengan cemerlang.
Saturday, 17 November 2012
MAMPUKAH 10 ORANG ANAK MENJAGA SEORANG IBU ATAU SEORANG BAPA??
Pepata ada mengatakan " SEORANG IBU MAMPU MENJAGA 10 ORANG ANAK, TETAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU MAMPU MENJAGA SEORANG IBU ATAU SEORANG BAPA ". kepada semua, mampukah kita sendiri menjaga ibu bapa kita bila mereka telah tua dan uzur seperti mana mereka telah menjaga kita sedari kecil, hinggalah kita dewasa dan menjadi seorang manusia yang berjaya.. waktu dahulu merekalah yang menjaga makan minum kita, basuh pakaian kita, buangkan 'kekotoran' di badan kita, peluk cium kita dengan penuh kasih sayang, Waktu kita sakit dulu, bila kita demam, bila kita terluka siapa yang selalu sapukan ubat luka kita . mereka juga yang telah memberikan segala-galanya, kadang2 kita sebenarnya tidak tahu yang mereka sendiri pun tidak memikirkan keperluan diri mereka.
Mampukah kita balas semua itu dengan tangan kita sendiri? imbas lagi.. dulu mereka selalu nasihatkan kita, memberi pendidikan yang terbaik, gembirakan kita, bagi masa yang berkualiti untuk kita dan semuanya, mampukah kita membalas balik segala kebaikan yang mereka berikan? mampukah? Alangkah hinanya kita sebagai seorang anak jika tidak mampu melakukan semua itu dengan memberikan alasan yang mengarut! tidakkah mereka tahu tanpa ibu bapa, kita tiada di dunia ini. Alangkah kejamnya sehingga ada yang sanggup menghantar ibu atau ayah mereka ke pusat penjagaan rumah orang tua dengan memberikan alasan tidak mampu menjaganya kerana sibuk dengan urusan duniawi.
Kalau pun tidak dihantar ke pusat penjagaan rumah orang tua, mereka sanggup membiarkan orang tua mereka keseorangan di kampung.. membiarkan mereka di teratak lama dan usang.. mambiarkan mereka digigit nyamuk setiap malam.. balik berjumpa bila raya Haji atau Aidilfitri shj. Malah ada yg kita dengar sampai ada yang tidak balik terus berjumpa ibu ayah di kampung.. Alangkah tidak mengenang budinya kita jika seperti ini. Amat kejam.. Mampukah kita sendiri menjaga ibu bapa kita bila usia uzur mereka nanti, umi dan abah, mak dan ayah, dan macam2 lagi panggilan kita kepada mereka.. ( Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan tidak akan bahagia hidup sepanjang hayat), ingatlah hai anak-anak Tuhan itu maha adil tiba waktunya balasan pasti ada.
Friday, 9 November 2012
Tetap Jelita Walau diusia 70 Tahun
“Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya. Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.
“Ketika itu, saya tidak boleh bergerak, hanya mampu terlantar. Bahkan hendak solat pun perlu berbaring. Tetapi itu tidak melemahkan saya kerana menganggap mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang diberi. “Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.
Meskipun sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit, ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata. Tidak pernah menyembunyikan usianya, Sarimah berkongsi tip penjagaan kesihatan dengan wanita lain melalui produk kecantikan dalaman keluaran syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn Bhd.
Syarikatnya menghasilkan dua produk kesihatan berasaskan minuman iaitu Sari AgeGard dan Sari StemShape untuk dikongsi bersama peminat. “Sudah sekian lama saya impikan berkongsi petua penjagaan kesihatan dengan peminat. Akhirnya, ia terlaksana. Kita kalau hendak melakukan sesuatu biarlah ikhlas dari hati. Jangan buat hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. “Memang produk ini masih baru di pasaran. Alhamdulillah saya percaya produk ini akan banyak membantu kesihatan kita,” katanya yang masih jelita dan memiliki kulit sihat.
Dalam hatinya, Sarimah tidak mahu hanya dikenali sebagai ikon lakonan, sebaliknya mahu menjadi ikon kesihatan dengan rangkaian produknya sendiri. “Saya masih lagi berlakon, tetapi tidak seaktif dulu kerana mahu menumpukan perhatian kepada ibadat. “Jika ada tawaran, saya akan teliti dulu sebelum menerima watak yang diberi,” katanya.
Thursday, 8 November 2012
SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK TYT NEGERI SABAH MOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA
| Suara mantap Al Hana menyampaikan sebuah lagu Inggeris ditujukan buat suami tersayang memukau hadirin |
| Bagai pinang dibelah dua |
| Kedua mempelai memotong kek |
Saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak TYT Negeri sabah. Saya ingin berkongsi pada seluruh masyarakat diluar sana sebagai tanda kenang-kenangan selaku rakyat yang menjunjung kasih dibawah naungannya.
Sekitar majlis perkahwinan anak perempuan TYT Negeri Sabah Hajah Al Hana Surya Tun Datuk Seri Panglima Hj Johar dan Yabhg. Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM.Jasni dengan pasangan Haji Omar Raisul As Salam Syah Hj Sulaiman Hj Omar, diucapkan selamat pengantin baru semoga bahagia hingga akhir hayat.
(Majlis berlangsung pada malam 3/11/2012 di Dewan Undangan Negeri Sabah) walau pun agak sederhana, tetapi meriah acara ini diserikan lagi dengan artis jemputan fauziah Latif dan tarian kebudayaan suku kaum suluk. Sebahagian potret itu yang dapat dikongsikan sebagai kenangan.
BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.
Tuesday, 6 November 2012
HAPPY BIRTHDAY BUAT SEORANG JEJAKA
| puteri keduaku ( Bertugas sebagai MA-Petronas ) |
| IPTA Pantai Timur bercita-cita menjadi seorang Ustaz, Insyah-Allah semoga cita-cita tercapai |
| puteri bungsuku SRJK Tahun 1 |
| Anak-anakku |
| Anak-anakku penyejuk jiwa |
| Senyuman seorang Teruna/ satu-satunya puteraku yang kini masih menuntut disalah sebuah Universiti Awam Pantai Timur |
Subscribe to:
Posts (Atom)




