Saturday, 27 April 2013

Lawatan PM ke Keningau

Rakyat Keningau sedang menunggu ketibaan PM
PM meminta rakyat agar jangan terpedaya janji-janji kosong pembangkang yang tidak pernah menjadi kenyataan

24hb April 2013 sekali lagi PM YAB Dato Seri Najib ziarah rakyat Parlimen Keningau, kehadiran PM ke Keningau disambut hampir enam ribu orang bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Dalam ucapan PM memberi ingatan kepada rakyat keningau agar terus setia kepada kerajaan BN kerana hanya kerajaan BN yang terbaik setakat ini, segala janji telah pun di tunaikan.

PM juga telah meluluskan peruntukan bagi pebinaan beberapa buah dewan sekolah di SMK Ken Hwa, SMK Gunsanad , PM juga telah berjanji pemberian bisiswa kepada para pelajar anak-anak kaum KDM dipedalaman yang mendapat keputusan cemerlang bukan bersandarkan merit semata-mata tetapi berdasarkan kecemerlangan pelajar. PM juga telah meluluskan peruntukan menaik taraf jalan dibeberapa tempat didaerah ini.

PM juga berjanji pemberian BR1M kepada rakyat akan dinaikkan jumlahnya jika kerajaan mendapat kemenangan selepas pilihan raya akan datang ini. PM juga meminta rakyat agar teruskan menyokong calon-calon pemimpin yang telh dipilih menarajui kepimpinan di daerah ini.
Parti BN tetap yang terbaik untuk rakyat.

Sunday, 21 April 2013

BERHATI-HATI KAWAN GUNTING DALAM LIPATAN


Oh Tidak!


Awas! Teman Guting Dalam Lipatan!
Sakitnya hati ini bagai ditusuk gunting bertubi-tubi apabila kita mempunyai teman yang merupakan teman gunting dalam lipatan. Teman yang kita percaya 100% yang kita harapkan tidak pernah akan mengecewakan kita akhirnya menikam kita dari belakang. Individu yang seperti ini, kita namakan, gunting dalam lipatan.

Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya mengapa kita ada teman yang sedemikian kerana kita tidak pernah mempunyai niat yang buruk akan teman kita. Bersabarlah, hati manusiakan berbeza.beza, tidak sama dengan rambut yang sama warnanya. Rambut pun kini boleh diblond supaya tak sama hitam.
Tahukah anda apakah cirri-ciri teman yang boleh dikategorikan sebagai tman gunting dalam lipatan?

1)     Berpura-pura baik: Di hadapan kamu, pijak semut pun tak mati. Pandai sangat bermuka-muka. Teman yang seperti ini biasanya tidak ikhlas menolong kita. Mereka akan pura-pura bersungguh-sungguh untuk menolong kita dan berlagak seperti insan yang sangat memahami dan dalam masa yang sama, mereka akan cuba membuat kamu menjadi lebih susah.

2)     Suka menghasut: Dalam erti kata lain, suka menglaga-lagakan supaya kita bergaduh dengan teman-teman kita yang lain. Dalam keadaan ini, kerana kita sangat mempercayai teman kita itu, kita sanggup mengikuti apa sahaja kehendak teman kita itu untuk membenci orang yang diburuk-burukkan itu.

3)     Tidak berpuas hati: Mereka ini tergolong kepada individu yang seringkali tidak berpuas hati dengan segala perkara yang baik yang hendak dilakukan oleh kita. Pastinya mereka akan membangkang dan akan memberi idea yang lain untuk mengalih perhatian kita supaya kita tidak melakukan perkara yang baik itu. Tup tup, rupanya mereka yang membuat perkara baik itu dalam diam. Kita juga yang rugi dan bodoh.

4)     Hasad dengki: Pastinya dia tidak rela melihat diri kita ini lebih daripada dirinya. Perasaan iri hati akan membuak jika dia lihat diri kita lebih cemerlang, lebih cantik dan sebagainya. Pasti dia mempunyai rancangan untuk menjatuhkan diri kita. Berhati-hatilah. Individu yang sebegini sangat bahaya.

5)     Mulut Manis: Di hadapan kamu, mulutnya manis seperti gula. Memuji dan menyanjung kamu bak sang puteri tetapi di belakang kamu, mengutuk kamu pada teman-teman yang lain sehingga teman-teman yang lain membenci kamu.

Apa yang kita mampu jika kita menjadi mangsa keadaan ialah kita patut bersabar dan menjauhi individu tersebut tetapi janganlah kita membenci dan menyimpan dendam terhadap individu tersebut.

PENYAKIT HASAD DENGKI SIFAT IBLIS


Islam benarkan iri hati dalam perkara positif seperti mencemburui kejayaan orang lain agar kita juga berjaya seperti mereka. - Gambar hiasan


TUGAS seorang pengintip adalah mencari rahsia atau maklumat yang berharga untuk disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Sebagai imbal balik, si pengintip akan memperolehi manfaat tertentu untuk kepentingan hidupnya. Demikianlah analogi mudah yang kita boleh tempelkan kepada mereka yang suka mencari kesalahan orang lain. Sikap ini sebenarnya terhasil dari sifat hasad dengki yang tidak berkesudahan. Tanda mudah untuk mengesan penyakit ini adalah seseorang itu merasa susah hati apabila melihat kesenangan yang dinikmati oleh orang lain sebaliknya seronok apabila melihat orang lain mendapat kesusahan.

Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama.
Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati. Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (riwayat At-Tirmidzi).

Hasad hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.
Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama. Allah berfirman: Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. (ali-‘Imran: 120).Lantaran sifat hasad dengki ini  kesannya sangat buruk maka Allah memerintahkan kita berlindung daripada keburukannya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki. (al-Falaq: 5).

Rasulullah juga memperingatkan dalam hadis yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering”. (riwayat Imam Abu Daud).Dalam hadis yang lain Rasulullah juga melarang  sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Janganlah kalian saling dengki (riwayat Muslim) Dalam institusi keluarga, perasaan hasad dengki mungkin boleh berlaku di kalangan adik-beradik, ipar-duai dan sebagainya. Ia akhirnya menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan semakin jauh.

Pejabat atau tempat kerja juga salah satu tempat berleluasanya penyakit hasad dengki ini. Hal ini dapat diperhatikan apabila menjelang musim kenaikan pangkat, perolehan bonus dan sebagainya. Perasaan ini muncul apabila kita membandingkan kejayaan orang lain dengan kejayaan atau kegagalan yang ada pada diri kita. Lebih buruk lagi, hasad dengki biasanya datang bersama dengan perancangan untuk menjatuhkan orang tersebut.

Sepatutnya, dalam hal ini, kita perlu melihat kejayaan orang lain sebagai pemangkin untuk kita tingkatkan usaha dan prestasi bagi bersaing secara sihat dengannya. Namun, mereka yang ditimpa penyakit hasad dengki ini merasakan kejayaan orang lain itu sebagai ancaman terhadap dirinya dan sebagai penghalang kepadanya untuk maju ke hadapan. Cara yang paling mudah memuaskan hatinya adalah dengan mencari kesalahan orang lain untuk mencalar reputasinya di kalangan rakan-rakan sepejabat mahupun majikan.

Suasana ini akan berlanjutan sehinggalah ada yang sanggup menuduh rakan-rakan sekerja dengan tuduhan melampau serta ada yang sanggup untuk melemparkan fitnah semata-mata hasad dengki dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang lain. Semuanya adalah untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat sekali gus menjamin laluannya untuk berada di kemuncak terbuka luas.

Sumber Utusan

Saturday, 20 April 2013

Program Sulung BN Selepas Penamaan Calon





Datuk Sairin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk di kampung ini
Selepas penamaan calon pada pagi 20hb april, terus saja ke Kg. Limbawan program pemimpin bersama rakyat bermula, ini merupakan program sulung BN di kawasan Dun Liawan selepas penamaan calon, dihadiri oleh calon BN Dun Liawan Datuk Sairin Karno.

Penyampaian sumbangan berupa tangki  telah disampaikan oleh calon Adun Liawan bagi kemudahan setiap penduduk dan sumbangan ini juga merupakan tanda keperihatinan kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan. Seramai 300 penduduk menghadiri majlis ini membuktikan rakyat dikampung ini benar-benar menyokong kerajaan. Kampung Libawan ini merupakan antara kubu kuat BN di kawasan ini. Majlis berakhir dalam sekitar jam 3.30 petang.

Hanya kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Sekitar Penamaan Calon Parlimen dan Dun Keningau


Parti Barisan Nasional
Inilah calon-calon BN Parlimen dan Dun/ Calon BN ditentang daripada PKR/SAPP/STAR dan Bebas
Ini pula daripada parti STAR



Tepat jam 10.40 pagi tadi proses penamaan calon bagi Parlimen 180 Keningau dan Dun 32 Tambunan/ Dun 33 Bingkor dan Dun 34 Liawan selesai dengan jayanya. Sepanjang proses itu dijalankan para penyokong masing-masing berkumpul di padang kompleks sukan Keningau dalam  keadaan aman damai sentiasa terkawal hanya berlaku sedikit kekecohan diantara penyokong BN dan penyokong STAR,  puncanya saya kurang jelas mungkin juga kerana masing-masing bersorak dengan slogan parti masing-masing lalu bertukar panas.  Namun dapat ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas disitu. Itu hanya perkara biasa dalam suasana pilihan raya.

Para penyokong PKR dan SAPP pula dilihat begitu tenang tiada kedengaran melalak atau bertempik mungkin juga ada tetapi dalam keadaan biasa-biasa saja. Namun apa yang jelas penyokong BN lebih  ramai berbanding penyokong pembangkang, kerana pembangkang sendiri tidak bersatu dan rapuh.

Rakyat keningau masih memerlukan kerajaan BN mengurus tadbir daerah pedalaman ini, hanya BN yang terbaik untuk rakyat dan hanya kerajaan BN yang mampu memberi segala keperluan rakyat, pembangkang hanya bercakap kosong yang mana tidak pernah menyumbang apa-apa kemajuan untuk rakyat,  cakap-cakap kosong pembangkang pun rakyat percaya, kenapa mereka harus menyokong parti yang tidak pernah sekali-kali berbudi kepada rakyat. Insaflah hai rakyat pedalaman, mari kita menangkan BN. Tatap BN Yang Terbaik.

Calon BN Parlimen 180 Keningau - Datuk Pairin Kitingan ( PBS )
Calon BN Dun 32 Tambunan - Datuk Pairin Kitingan ( PBS )
Calon BN Dun 33  Bingkor - Kenedy Datuk John Angian ( UPKO )
Calon BN Dun 34  Liawan - Datuk Hj Sairin Karno ( UMNO )

Thursday, 18 April 2013

Bersabarlah Si Pari-Pari


Bersabarlah si pari-pari
Setibanya aku di pejabat pagi tadi, belum pun sempat duduk di kerusi tiba-tiba handpone ku berbunyi menandakan satu mesej telah dihantar entah siapakah gerangannya , cepat-cepat  kucapai telepon lantas membuka dan terus baca, nombor yang terpapar langsung aku tidak mengenali tapi ayat pertamanya seakan dia kenal aku, bertanya apa kabar? boleh kah saya minta tolong ini masalah keruntuhan rumahtangga, " hati kecil ini sedikit bergetar kenapa tiba-tiba ayat sebegini menyinggah di telefon bimbitku, tak pernah lagi orang menghantar ayat-ayat serupa ini pada aku. Macamlah pula aku ni pakar motivasi..

Di kalangan sahabat wanitaku biasa berkongsi masalah bila bertemu denganku tapi jarang sekali bercakap hal-hal begini dalam telefon, biasalah topik utama yang wanita selalu bincangkan adalah hal-hal rumahtangga. Fikiranku masih tertumpuh pada mesej yang aku terima pagi tadi, masih mencari-cari siapakah gerangan yang empunya nombor. Oleh kerana keinginanku ingin tahu kudail nombor itu menggunakan telefon pejabat, kedengaran suara seorang wanita menyambut, aku perkenalkan diriku,  sah memang dia kenal aku, isteri kepada seorang sahabat yang kukenali.

Aku bertanya perihal mesej yang dihantarnya padaku, dia tergelak kecil oh rupanya dia sedang melalui krisis rumahtangga gara-gara suaminya ada kekasih gelap. Dia bertanya padaku tentang suaminya. Aku berkata jujur aku tak tahu langsung tentang hal-hal suaminya..kerana selama aku kenal suaminya tidak terlihat ciri-ciri dia seorang lelaki mata keranjang atau buaya darat pada pandangan aku, kerana perwatakannya nampak tegas. Tak terfikir langsung dia ada hubungan dengan wanita lain.

Wanita ini adarupa, ada kerjaya kenapa suami masih mencari yang lain??? suaminya pula
tak handsome mana pun berlagak saja lebih...hem.. Semua insan tak lari dari masalah hidup hanya mungkin berbeza saja. 

Tuesday, 2 April 2013

Sejukkan Hati Yang Baran..

Semua manusia punya perasaan marah, tak sempurnalah jika tiada perasaan marah, namun perlukah marah-marah itu dilepaskan demi memenuhi kehendak hati yang baran..demi kepuasan hati sendiri sampai hati orang lain jadi sakit menderita kerana kesan daripada dimarahi..

Menegur itu bukannya marah, namun ada insan terasa..dahlah memang pemarah...remuk redamlah hatinya pasti bagai dibakar api membara..huhu,,maaflah andai terasa hati, aku tidak bermaksud begitu..dahlah tidak disenangi oleh mahluk2...lantaran sikap baran..

Adakah aku juga begitu ??? tidak disenangi kalangan rakan didalam diam...kronik ni jika begitu..ahhh manusia tiada yang sempurna..banyak kelemahan...kekadang perasan diri sendiri lebih baik daripada orang lain...muhasabah banyak-banyak.....

Ingatan kepada diri ini,,,,renunglah diri sendiri jangan berlagak...jangan menyombong.....jangan pemarah....yang seriusnya jauhi dari sikap pendengki, dendam kesumat.....menjadi gunting dalam lipatan itu parah..

Berusaha mendamaikan insan yang ada disekeliling....tak apa hati membara marah tapi bersabar menahan perasaan amarah.... walau sakit tapi itu yang mungkin terbaik...ia akan berlalu juga....akhirnya........oh Tuhan berikan aku kekuatan agar sentiasa sabar ....lebih baik diam dari terus berbicara kosong
...berdiam bukan bermakna bodoh..banyak cakap bukan bermakna cerdik...


Tuesday, 12 March 2013

Elaun Rumah Penjawat Awam RM 180.00 sudah tidak Raleven


gaji penjawat awam dan elaun perumahan naik gaji penjawat awam dan elaun perumahan naik 2013
Masih tidak pasti adakah berita yang mengembirakan ini benar-benar menjadi kenyataan yang diimpikan oleh setiap kakitangan awam
Berita dan khabar angin gaji penjawat awam dan elaun perumahan naik 2013 mula tersebar meluas di internet menerusi blog yang berkaitan
Dalam laporan itu menyebut berdasarkan sumber dalaman yang kononya diterima dari Putrajaya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati untuk bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450)

Perkembangan berkaitan juga dijangkakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari tertentu ataupun selewat-lewatnya 13 Mac 2013
Dalam masa yang sama, CUEPACS dilihat akan terus mendesak kerajaan supaya mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus

Tidak mustahil kerajaan Malaysia akan berbuat demikian,oleh kerana banyak janji yang dijanjikan untuk rakyat telah ditepati
Walau bagaimana pun sama-sama kita tunggu kenyataan yang sebenar-benarnya dan rasmi daripada pihak berkenaan.

Monday, 11 March 2013

Pemimpin ziarah rakyat

Wakil rakyat Dun Liawan menyampaikan sumbangan kepada warga kampung batu 27, 
dihadapan bangunan sekolah yang baru siap dibina srjk Yuk Kong kawasan batu 27 Dun Liawan
dari rumah ke rumah
Jalan grabel berhabuk menuju ke perkampungan batu 27, jalan raya ini juga menuju ke kebun-kebun kelapa sawit milik penduduk disini
Sejak dari 3hb mac lalu, saya dan beberapa staf  bersama rombongan wakil rakyat Dun Liawan YB Datuk Sairin Karno menjelajah ke beberapa buah kampung di kawasan Dun Liawan dalam program pemimpin ziarah rakyat sambil menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah, kawasan tumpuan kami kali ini adalah kawasan majoritinya berbangsa cina. Buat pertama kali saya berkesempatan memasuki kawasan ini , saya terkejut kerana  jalan utama menuju ke perkampungan ini agak teruk belum diturap, jumlah penduduk  lebih kurang empat ratus orang.

Terjawablah tanda tanya saya selama ini, Daerah mengundi kawasan ini memihak kepada parti lawan pada pru 12 lalu, bukan mereka menolak parti pemerintah tetapi isunya mereka perlukan jalan raya yang lebih baik,  tetapi permintaan rakyat dikawasan ini belum pun ditunaikan sehingga saat ini, maka mereka telah membuat protes melalui undi.  wakil rakyat dun ini telah berulang-kali meminta pihak kerajaan menaik taraf jalan raya di kawasan ini namun belum lagi ditunaikan.

Kini PRU 13 yang bakal tiba apakah rakyat dikawasan ini akan mengulangi sejarah undi protes sebagaimana berlaku pada pru12 yang lalu??? atas sebab isu ini? Semoga pihak kerajaan menggambil tindakan segera manangani apa yang mereka minta. Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar, wakil rakyat jadi mangsa, parti kerajaan ditolak..
 
Masyarakat cina disini perlukan jalan raya berturap, mereka bukanlah kaum yang suka meminta-minta melainkan keperluan utama, Walaupun sebenarnya terdapat dikalangan mereka tinggal dirumah-rumah usang, lebih usang dari rumah masyarakat peribumi namun sepanjang kami melakukan ziarah tiada seorang pun kaum ini menyatakan mereka meminta itu dan ini, namun ada beberapa buah rumah yang benar-benar layak dibantu, wakil rakyat itu sendiri telah menggambil perhatian minta kepada kapitan yang menjaga mukim ini menghantar senarai nama bagi mendapatkan bantuan berupa rumah yang lebih selesa kepada penduduk berkenaan. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak.



Tuesday, 5 March 2013

RUPANYA HOTEL ITU BERHANTU


Hotel ini menjadi pilihanku bila setiap kali ada sesuatu urusan di Kota Kinabalu terutama bila ada program jabatan atau ada urusan lain yang memerlukan aku bermalam. Hotel ini mungkin dalam kategori tahap tiga atau empat bintang lebih kurang, sewa satu malam bergantung saiz bilik dan kemudahan di dalamnya.

Persekitaran menariklah juga tak jauh dari Anjung selera, Anjung senja dan banyak lagi tempat2 yang boleh dikunjungi untuk Santai2 dan makan minum. Dibawah hotel ini pula ada kemudahan untuk bershoping, Pakson Grand. Kfc dan parking kereta yang agak selesa, kira oklah semua ada. Ditambah lagi aku ni suka sangat bershoping, boleh dikatakan kaki shoping terutama pada barang-barang yang aku suka.

Sudah banyak kali aku menginap di hotel ini namun tidak pernah merasai perkara yang aneh, namun pada suatu malam peristiwa ini kulalui ketika menginap seorang diri di hotel ini, saat aku hendak mula melelapkan mata tiba-tiba aku terasa dihembus angin ke seluruh wajahku, sejuk yang amat dingin lalu aku membuka mata perlahan-lahan, memandang kearah tingkap, aku melihat langsir menutupi cermin jendea itu bergerak-gerak bagai ditiup angin, Dalam hati berkata mungkin jendela terbuka. 0leh kerana terlalu mengantuk aku terus tidur.

sekadar gambar hiasan
Keesokan paginya Ketika dalam perjalanan pulang saat memandu tiba-tiba aku teringat kain langsir tingkap dibilik hotel itu yang terbuai-buai semalam, terfikir pula bagaimana langsir itu boleh bergerak seperti ditiup angin sedangkan tingkap tertutup mati, kipas pula tiada, sumber angin dari mana,,?? setakat ekon tidaklah sampai menyebabkan langsir terbuai-buai pelik pula rasanya. meremang terus bulu roma..

Mungkinkah dibilik hotel itu ada PENGHUNI? Kata orang semua hotel ada penghuni misteri yang tidak dilihat dengan mata kasar manusia dan bijak2lah memahaminya. Kita tahu didunia ini bukan kita saja penghuninya terdapat juga mahluk lain. Oleh jangan suka berkata takbur. Demikianlah antara pengalaman yang kualami.

Monday, 4 February 2013

KISAH DUKA SEORANG IBU TUNGGAL

 

Satu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang saya tidak kenali, katanya ingin bertemu kerana ada hal penting yang hendak disampaikan,  saya minta dia datang ke pejabat pada hari berikutnya iaitu esok hari pada sebelah petang waktu yang saya tidak sibuk.

 

Tepat pada masa dan hari yang dijanjikan wanita ini datang , dia perkenalkan dirinya,  saya tidak pernah bertemu dengan wanita ini sebelum ini walau  kami tinggal dalam satu daerah. Umurnya dalam lingkungan lima puluhan. 

 

Wanita ini perkenalkan dirinya, rupanya dalam kalangan adik-beradiknya ada yang saya kenal. Dia mula bercerita dengan panjang lebar, rupanya dia minta saya temukan dia dengan seorang wakil rakyat untuk mendapat khidmat menjejaki anaknya yang telah lama menghilang tanpa kabar berita, hampir lapan tahun, menurutnya selepas anaknya menamatkan pengajian di salah sebuah universiti awam di Kuala Lumpur dia terus bekerja namun wanita ini tidak diberitahu anaknya dia bekerja dimana? kerja sebagai apa ? tinggal dimana? sejak itu anaknya hilang jejak entah kemana.

 

Naluri seorang ibu kandung walau hatinya terluka dek kecewanya sikap seorang anak yang cuba melupai insan bernama ibu namun kerinduan pada anaknya sentiasa bermukim dihati, bagai air mengalir tidak bermuara. Beberapa kali dia cuba mencari melalui saudara maranya di Kuala Lumpur namun gagal.   Pada tahun 2012 keresahan jiwanya, kerinduannya kian memuncak begitu hebat menganggu emosinya, membuatnya tidak berhenti mencari usaha agar dapat bertemu dengan anaknya.  Walau apa pun keadaan dia tetap menerima anaknya katanya dengan nada sayu. Terkedu saya mendengar luahannya. Bukan setakat perihal anaknya yang diceritakan malah kisah kehidupan rumahtangganya turut di ceritakan , sikap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab, kaki minum, kaki pukul, kaki judi serta suka mendera,  banyak lagi kelakuan buruk suaminya yang tidak perlu saya coretkan disini demi menjaga aib.

 

Melihat raut wajahnya jelas memberi gambaran betapa wanita ini sarat menanggung duka.  Sebagai seorang wanita juga seorang ibu, saya dapat merasakan begitu dalam penderitaan batinnya, kesedihan hatinya, katanya dia telah membuat laporan ke PDRM di daerah kehilangan anaknya itu namun sehingga kini masih tiada jawaban.  Saya hanya mendengar luahannya, tidak banyak bertanya bimbang jika bertanya lebih-lebih, takut menambah luka hatinya.

 

Beberapa hari kemudian saya pun membawa wanita ini bertemu wakil rakyat berkenaan, dan mendapat perhatian darinya, cadangan menyiarkan di siaran tv3 dalam rancangan menjejak kasih. Namun sebelum tiba masanya untuk menghubungi  tv3 , wakil rakyat itu mencadangkan pada wanita ini agar bertemu seseorang yang di panggil " PAK LONG " mungkin boleh membantu menjejaki atau memberi gambaran bagaimana  keadaan anaknya itu.

 

Wanita itu akur dengan cadangan wakil rakyat tersebut dan telah pergi bertemu orang yang dimaksudkan. Seperti yang diceritakan oleh wanita ini pada saya , menurut " Pak Long"  itu anaknya masih hidup dan masih berada di sekitar Kuala Lumpur, pada firasatnya, anaknya itu akan pulang dalam masa lebih kurang seminggu atau dua minggu namun hal-hal lain dia tidak ceritakan kata wanita ini. Dia beranggapan bahawa " Pak Long " itu seakan tahu apa yang sedang berlaku pada anaknya, hanya " Pak Long " itu memberi pesan kepada wanita itu banyakkan bersabar. kenyataan itu buat hatinya tenang dan dia terlalu yakin anaknya akan pulang. 

Dalam tempoh dua minggu itu katanya beberapa perkara yang dia lakukan seperti mengemas rumah , membersih persekitaran rumah, maklumlah anak akan pulang kepangkuan keluarga, hati seorang ibu pastinya gembira tak dapat digambarkan. kelakuan wanita ini mengundang kehairanan anak keduanya dan bertanya pada ibunya kenapa ibunya melakukan semua itu, jawab wanita ini ingin menyambut kepulangan abangnya,  namun anak keduanya ini langsung tidak berkeyakinan yang abangnya akan pulang ...namun pada wanita ini tetap yakin dengan apa yang dinyatakan oleh PAK LONG itu bahawa anaknya akan pulang dalam masa yang terdekat.

 

Satu hari tiba-tiba wanita ini mendapat panggilan telefon dari bekas suaminya tetapi wanita ini membiarkan saja handponenya berdering tanpa menjawab, dalam hatinya tertanya-tanya kenapa tiba2 bekas suaminya buat panggilan sedangkan bekas suaminya itu tidak pernah sekli-kali menghubunginya selama ini, oleh kerana panggilannya berulang-kali akhirnya dia menjawab panggilan itu,  bekas suaminya memberitahu dia mendapat panggilan telefon dari bukit aman menyatakan bahawa anak mereka telah kembali kerahmatullah pada sekian hari dan masa,,, dia hampir pengsan mendengar berita itu dan merasakan dirinya sudah tidak berpijak dibumi nyata, namun dia tetap menguatkan semangatnya menghadapi kenyataan dan pasrah menghadapi takdir ilahi.

 

Jenazah anaknya pula telah dihantar pulang beberapa hari kemudian...ke kampung halaman untuk disemadikan,  saya hanya tahu setelah beberapa bulan  kemudian kerana selepas saya membawanya bertemu dengan wakil rakyat itu saya tidak lagi bertemu wanita ini. menurutnya dia cuba menghubungi saat peristiwa itu berlaku namun saya tidak dapat dihubungi katanya.

  

Walau begitu hebat dugaan yang melanda wanita ini,  dia masih mampu  mengharunginya. Saya amat bersimpati. Namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul, apa yang berlaku semuanya adalah ketentuan Ilahi,  Setiap yang hidup pasti akan mati tiada yang kekal untuk selamanya, Hanya doa yang mampu dipohon  semoga rohnya aman bersemadi bersama roh orang beriman.

  ( wanita itu memberi gambaran pesanan Pak Long itu yang mana memintanya banyakkan bersabar, mungkinkah perkara yang berlaku itu maksud yang tersirat disebalik pesanan itu Allahualam..

Secebis kisah kehidupan masyarakat untuk kita jadikan sebagai renungan dan iktibar. Sesungguhnya setiap dugaan pasti ada hikmah yang kita tidak tahu hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Kematian itu pasti akan berlaku pada setiap mahluk didunia ini,  tidak mengira dalam usia muda atau tua. Justeru sentiasa bersiap sedia menghadapinya dalam redah.

 

Monday, 28 January 2013

HARI LAHIR MERUPAKAN PERINGATAN


 
Sahabatku hari ini usia kita berganjak lagi, ini menunjukkan bahawa kita semakin dewasa mendekati hari-hari senja..waktu untuk berpoya wajar di tinggalkan..kadangkala kita terleka dengan desakan duniawi yang mengalpakan..tuntutan nafsu sering menewaskan kita dari mengingati yang bernama mati dan kehidupan selepas mati...

Sahabatku mari kita sama-sama merenung hari lahir ini sebagai peringatan..bahawa usia kita tidak akan kekal begini selamanya.. rambut yang dulu hitam beransur bertukar putih, kulit yang dulu kencang bertukar kendur, mata yang celik bertukar rabun dan semua yang kita banggakan saban hari berubah..tanpa nokta..

Sahabatku mari kita bajai jiwa kita dengan segala keperluan yang lebih membina, mari kita suburkan jiwa kita dengan segala amalan yang murni serta melupakan segala amalan yang mematikan jiwa, seperti berburuk sangkah, berdendam dan yang lebih penting segarkan jiwa kita dengan amalan yang lebih bermakna sentiasa mengingati TUHAN sentiasa mengingati MATI

Thursday, 24 January 2013

Tanda- Tanda Kecurangan Pasangan

Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya
Mempertahankan sebuah percintaan itu lebih sukar dari mendapatkannya

LELAKI TIDAK  BERSIKAP TELITI SEPERTI WANITA, SEBAB ITULAH BANYAK KES KECURANGAN DAPAT DIKESAN OLEH ISTERI SENDIRI DENGAN MUDAH, SUAMI YANG TI DAK SETIA INI BERUSAHA  MENUTUPI HUBUNGAN SULIT MEREKA TAPI KURANGNYA SIKAP BERHATI-HATI MENYEBABKAN MEREKA MENINGGALKAN BEBERAPA PETUNJUK YANG MEMBOLEHKAN ISTERI MENJEJAKI AKTIVITI `GELAP' MEREKA. PERHATIKAN TUJUH TANDA YANG ADA DI BAWAH INI SEKIRANYA MERASAKAN LELAKI YANG ANDA KASIHI SEDANG BERMAIN CINTA DENGAN WANITA LAIN. IA MUNGKIN DAPAT MEMBERI KEPASTIAN TERHADAP PERASAAN CURIGA ANDA ITU.

Jika suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penerampilannya tapi mula berubah bersikap, pertama yang harus anda curiga jika seorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambu atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah, berlaku curang. Ada sesetengah isteri yang berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks, tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda bahawa itu salah satu petanda kecurangan suami. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain. Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang juga boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?

Perhatikan juga perubahan yang satu ini, menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda kemungkinan besar berlaku curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktivitiaktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS anda, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tak kira masa maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan Begitu juga dengan emailnya yang dapat memberi petunjuk atas apa yang telah terjadi. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci email dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya maka lakukan siasatan lanjut. Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, kemungkinan besar insan tersayang anda sedang berlaku curang terhadap anda.

Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Jika itu yang terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga. Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya, Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.

Menurut kajian ramai wanita yang mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan diatas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga, ianya tidak seratus peratus tepat. Anggap saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.

Wanita/Gadis/Ibu ...apa juga yang berlaku atau telah berlaku atau bakal berlaku tak usahlah meratap pilu hanya kerana menaggih kasih sayang dari seorang mahluk, tapi menaggihlah kasih sayang sepenuhnya daripada sang pencipta yang kasihnya lebih agong dan abadi..namun kita ada hak untuk bahagia dan mencari kedamaian hidup...tinggalkan saja jika kecurangan pasangan telah diketahui pasti kerana tidak perlu menunggu lama lebih baik tinggalkan saja pasangan yang curang itu.

Saturday, 12 January 2013

AKU DISAPA RINDU


Terpandang potret kaabah ini, aku disapa rindu yang teramat, tergamit kenangan yang paling indah pernah melakar kehidupan ini.  Sesiapa saja yang menjejak kaki disini, pasti ada saja cerita pelbagai dilalui, mungkin indah atau sebaliknya.

Beberapa tahun lalu saat kaki ini menjejak ditanah suci ini, begitu syahdu bila dikenang betapa damainya ditempat ini, ketenangan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, kedamaian yang sukar dicari benarlah kata-kata setiap insan yang berkunjung kesini bahawa jika mencari kedamaian ditempat inilah sedamainya..

Aku masih ingat dan tak mungkin akan terlupa dalam lipatan sejarah. Sebaik rombongan tiba ditempat penginapan yang hanya beberapa langkah jaraknya dengan Mesjidilharam Kota Suci Mekah ini. Diri ini bagai ditarik-tarik ke Mesjid ini, lalu aku pun terus bergegas menuju ke sana untuk menunaikan solat zohor.

Sebaik aku memasuki Mesjidilharam aku terpaku seketika tatkala terpandang wajah kaabah dihadapan mata, tak henti'henti aku mengucap syukur,  seperti mimi benarkah aku disini bisik hatiku..seakan tidak percaya aku sedang berada ditempat suci ini..kerana kehadiranku disini tidak pernah kurancang.. dalam keadaan aku sedang mencari kekuatan,, tiba-tiba hati ini terdetik untuk kesini..Alhamdulillah dengan izin Allah aku sampai juga ketempat ini.

Ternyata saat aku berada ditempat ini segala kemelut yang melanda fikiran tiba-tiba hilang, yang hadir satu ketenangan yang begitu syahdu dan yang sangat menakjubkan segala doaku Allah telah makbulkan Alhamdulillah.

InsyahAllah akan tiba waktunya aku akan hadir lagi disini ....

Thursday, 3 January 2013

SRJK Cheng Ming diantara yang terbaik



 sempat ambil gambar ketika murid-murid sedang menyanyi

Hari ini bermula fasa persekolahan diseluruh negara, terasa sangat cepatnya masa berlalu, dan dari tarikh ini jejak saya ke sekolah ini tidak akan terhenti kerana sudah menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini.

Diawal cadangan, saya menolak anak saya ditempatkan di sekolah ini memandangkan jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, saya merayu agar anak saya di tempatkan di sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggal namun permohonan saya telah ditolak atas sebab murid tahun satu di sekolah yang saya minta itu telah melebihi had yang sepatutnya.  bukan tiada sekolah ditempat lain, namun kerana saya mahu anak saya dapat meneruskan pembelajarannya dalam aliran bahasa cina. Akhirnya terpaksalah saya akur untuk menempatkan anak saya di sekolah yang telah dicadangkan oleh pihak jabatan pelajaran iaitu sekolah  SRJK Cheng Ming,

26hb 12 2012 adalah tarikh pendaftaran bagi murid-murid yang akan memasuki tahun 1 pada 2013, termasuklah anak saya. Buat petama kalinya saya menjejak kaki ke sekolah ini, alangkah terujanya saya melihat persekitaran sekolahnya yang begitu damai jauh dari keributan, bersih, lanskapnya sangat teratur dan yang mengkagumkan sekolah ini berada dalam kawasan pohonan kelapa sawit, kedudukan sekolah diatas bukit owh, jumlah pelajar lebih kurang hanya dua ratus atau mungkin telah bertambah, mana kala jumlah murid tahun 1 hanya dalam sekitar 30 orang dan hanya satu kelas sahaja.

Keadaan ini sudah tentu mengundang keselesaan kepada paramurid dan juga guru-guru kerana lebih fokus menumpuh perhatian. Walaupun keseluruhan fizikal sekolah ini kelihatan sudah agak lama namun berkat dari usaha keras GB sebagai ketua pentadbir dan kakitangan sekolah ini, telah berjaya merobah suasana sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang nampak lebih segar. Inilah sekolah yang terbaik untuk anak saya, walau pun agak jauh tak kisahlah yang utamanya selesa. Tidak rugi berkorban sedikit demi anak dan masa depan.

Menurut salah seorang kakitangan sekolah ini, sebelum GB yang ada sekarang ini bertugas ditempat ini, keadaan sekolah ini agak tidak terurus serta kelihatan bukan seperti sebuah sekolah. Namun kehadiran GB ke sekolah ini ibarat mutiara jatuh ke riba.. segalanya berubah. Syabas buat GB dan Warganya kerana berjaya merubah suasana sekolah ini dalam keadaan yang cukup menarik semoga sekolah ini akan terus cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah ada disekitar daerah. Kualita adalah yang lebih utama,

Tuesday, 1 January 2013

KINI JANUARI 2013 telah berlabuh



kini januari telah pun bermula hanya angka yang bertukar. tiada apa pun yang berubah aku dan semalam masih seperti ini, episod 2013 ini bakal mencorak perjalanan hidup kita untuk kesekian kalinya sebagaimana yang telah tersurat sejak dari azali. Apa pun kisah yang bakal dilakar sebagai insan yang Allah berikan akal sesempurnanya Insyah-Allah pasti dapat menempuhnya dengan hati yang redha.


Monday, 31 December 2012

MENUTUP TIRAI DISEMBER 2012 dan SEUNTAI KENANGAN


Tahun 2012 selangkah lagi akan menutup tirainya banyak memory tersingkap yang tak akan terpadam dalam kehidupan ini. 2012 rasanya baru semalam ia berlabuh pejam celik telah pun berada dipenghujung. waktu terus berarak tanpa nokta ahh inilah kehidupan tidak akan tamat ceritanya selagi nyawa dikandung badan, selagi dunia belum kiamat,  Biarkan segala kenangan manis dan pahit itu berlalu pergi tak perlu dikesali atau ditangisi ..apa yang penting bersyukur pada Ilahi kerana terus diberi nafas menghirup nikmat hidup ini. entah esok entah lusa tanpa siapa tahu apakah tiba-tiba ternokta kehidupan ini, sentiasa pasrah menghadapi kemungkinan itu..

Dikalangan kita ramai yang tidak teruja mengenang kisah pahit lantaran ia tentu amat menyakitkan, namun hakikat kita terlupa bahawa disebalik kepahitan itu terselit pelbagai hikmah yang sungguh diluar jangkaan.  Sekadar perkongsian, Sebelum saya bertugas dalam jabatan saya sekarang ini, saya pernah memohon pelbagai jawatan dibeberapa ajensi kerajaan dan telah melalui proses temuduga, antaranya ialah di salah sebuah bank, saya sangat-sangat mengharapkan agar saya berpeluang bekerja di bank tersebut, namun saya hampa kerana gagal merebut peluang itu. Kemudian saya pernah memohon jawatan pembantu tadbir di salah satu jabatan .kecewa rezeki tidak memihak buat saya.  Ada beberapa lagi jawatan yang pernah saya pohon semuanya menemukan kegagalan. Akhirnya saya mendapat peluang bekerja didalam jabatan saya sekarang, Dengan hati yang terpaksa saya terima walau pun gajinya sangat tidak memuaskan hati ketika itu kerana sudah tiada pilihan.  Setelah saya bekerja di jabatan ini, saya masih terus mencuba  melamar pekerjaan ditempat lain hanya kerana atas faktor gaji namun tiada rezki. Akhirnya saya lupakan hasrat itu. Saya nekad akan terus bekerja di jabatan ini walaupun gaji tidak seberapa.  Sungguh diluar jangkaan, Setelah beberapa tahun saya bekerja di jabatan ini, Alhamdulillah jawatan saya telah bertukar,  kemudian beberapa tahun seterusnya bertukar lagi kejawatan yang agak keatas saya sangat bersyukur.

Saya teringat peristiwa ketika saya memohon jawatan di salah satu jabatan ... sebagai pembantu tadbir saya  bertemu dengan pegawai berkenaan dan menyerahkan sepucuk surat sokongan daripada pengarah bahagian perjawatan negeri, masa itu melalui surat sokongan dari pegawai atasan mudah saja mendapat jawatan yang dipohon itu pun jika ada  kekosongan.  pegawai berkenaan menolak mentah-mentah permohonan saya dan menyatakan kepada saya bahawa sekolah itu telah ada calon, setahu saya calon yang di maksudkan itu sebenarnya telah pun mendapat tawaran ke IPG, saya tahu kerana dia merupakan rakan sekolah saya, atas faktor itulah saya memohon jawatan tersebut dan mengharapkan agar saya diberi peluang. malangnya tiada rezeki saya dijabatan itu.

Masa terus berlalu satu ketika isteri pegawai berkenaan  beberapa kali bertemu dengan saya, lepas tu call lagi merayu-rayu mohon bantuan agar anaknya mendapat peluang  untuk jawatan yang dipohonnya dijabatan saya. Kesihan juga saya mendengar luahannya anaknya ada ijazah, umur kian meningkat namun belum ada kerja, bakal berkahwin pula, banyak kali memohon di mana-mana jabatan namun  belum ada rezki. Sungguh-sungguh dia mengharap,

Sambil berborak perihal anak-anak yang tiada kerja, saya pula menceritakan perihal saya yang pernah melalui keadaan serupa, saya menyatakan padanya setiap kegagalan itu ada hikmah, saya juga mengambil kesempatan menceritakan kisah saya yang pernah berurusan dengan suaminya satu masa lalu, tetapi  menolak permohonan saya untuk jawatan tersebut, malah saya menyatakan ucapan terima kasih kepada suaminya kerana menolak permohonan saya ketika itu, mungkinkah saya tidak akan berpeluang menyandang jawatan sebaik ini seandainya saya bekerja dijabatan itu sehingga kehari ini, dia tersenyum faham. Tidak pernah terlintas difikiran secalit dendam dihati diatas peristiwa itu, malah saya bersungguh-sungguh membantu anaknya.

Alhamdulillah akhirnya rezeki menyebelahi anaknya dan sekarang telah bertugas sebagai kakitangan di jabatan saya. Itulah secebis kisah dan berkat dari kesabaran.." yang saya jadikan sebagai iktibar. Yang pahit itu jangan terus dibuang, yang manis itu jangan terus di telan ". Tuhan telah menentukan apa yang terbaik untuk kita, justeru jangan mudah merasa kecewa dengan setiap kegagalan yang kita lalui.

Sedetik lagi pintu 2013 mula terkuak, andai jasad ini masih bernafas,  doa sentiasa di panjatkan semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik daripada semalam, semua insan mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Wassalam Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013

Sunday, 23 December 2012

Hari terakhir di Tadika SCA










Ketika menghadiri konvokesyen puteri bungsu saya pada 7hb november lalu, entah kenapa terasa ada kesayuan bermukim dihati, mungkin kerana detik itu adalah yang terakhir menjejakkan kaki di sekolah ini, tahun depan dia akan memulakan persekolahannya ke sekolah rendah. Tiada lagi yang akan ke sekolah Tadika selepas dia, .

Ketika dalam dewan bersama beberapa orang ibu kami sembang, rupanya mereka juga seperti saya itulah anak mereka yang terakhir bersekolah di Tadika ini, mereka menyatakan rasa hiba dan sayu kerana tahun-tahun seterusnya tiada lagi anak-anak yang menyusul ke sekolah tersebut.  Ada kerinduan dan kenangan yang sangat indah bersama anak-anak dan guru-guru di sekolah ini.

 TADIKA SCA antara tadika di daerah ini menjadi pilihan ramai ibubapa kerana bahasa penghantarnya adalah bahasa cina, jumlah murid mencecah keangka ribu, pentadbirannya sangat sistematik , manakala tenaga pengajarnya pula majoriti berbangsa cina. Kenapa anak ini dihantar belajar di sekolah ini, sekurang-kurang mereka faham dalam bahasa cina.


Saturday, 22 December 2012

Majlis Walimatulurus Puteriku Telah Selesai


Persembahan Tarian dari anak-anak kampungku
Kumpulan ini sering diundang membuat persembahan dalam majlis2 perkahwinan disekitar daerah


21hb 12 2012 Majlis pernikahan bertempat di Hotel Perkasa Keningau
Majlis Persandingan di Dewan Masyarakat Keningau- Ku abadikan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan,
22hb 12 2012 - Hari ini majlis persandingan puteri sulungku bertempat di dewan masyarakat keningau telah berlangsung, semoga mereka kekal bahagia hingga ke jannah. Kesibukanku sudah selesai hari ini, namun beginilah kehidupan semua insan tidak sunyi dari kesibukan mentadbir kehidupan. Apa yang penting mereka telah selesai disatukan walau majlis sekadar sederhana saja namun tetap meriah. Aku bersyukur meskipun segala pengurusan semuanya tertanggung dibahuku tetapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan,Amin.

Semoga mereka bijak mentadbir kehidupan berumahtangga selepas ini. Kehidupan berumah tangga penuh onak dan duri.  Namun setiap masalah pasti ada jalan penyelasai. Moga sabar selalu. selamat pengantin baru buat kedua anakku. semoga kekal bahagia selamanya.