Sunday, 29 December 2013

AKU TAKUT GEMUK



Maafkan aku andai perkataan diatas itu ada yang terasa, namun itulah hakikat yang sedang membeban fikiranku dan jiwaku.." Aku Takut Gemuk " sekian lama dan telah bertahun-tahun aku menjaga bodyku agar tidak terus mengembang, makan-minum kujaga dengan serapinya agar kekal seperti dulu kini dan selamanya...sehingga ada yang mengatakan aku kurus kerana makan hati, biasalah manusia suka bersangka, berpersepsi...huhu


Malangnya sejak akhir-akhir ini aku dah letih asyik kontrol makan ...nampak gayanya sudah tak dapat di bendung lagi aku dah mula makan berpinggan-pinggan, apa-apa jenis makanan kulahap dengan seleranya...segala makanan yang aku kontrol makan dulu-dulu habis kubaham..apa lagi angka yang sentiasa sempurna kekal dahulu tiba-tiba kini melambung naik huhu ini kali lah...habis tembam aku...
Kata orang kalau dah gemuk payah mau kuruskan semula eee betul kah ???? tak kisahlah yang penting sehat..

Saturday, 14 December 2013

PENGURUSAN STRATEGIK


Hari ini baru masuk modiul ke empat, ada 16 Modiul lagi yang bakal menunggu untuk di tamatkan..ahh rasanya masih terlalu lama,  tak sabar ingin menamatkan yang 16 itu..dua tahun menghabiskan 20 modiul semuanya dalam bahasa Inggeris sesak juga nafas huhu, ..,,subjek STRATEGI PENGURUSAN (EBHRM), antara subjek yang paling menggmit minat saya...bukan saya tiadak biasa mendengar perkataan ini selalu sangat cuma tidak begitu ghairah dan ambil peduli, kerana tidak bersebab kenapa harus mengambil berat..namun hari ini saya jadi begitu serius dalam memikirkan hal ini, demikian juga dengan subjek-subjek lain sebelum ini..

Yalah jadi serius kerana mahu lulus dalam exam..inilah yang telah terbudaya sejak di zaman sekolah menengah dan rendah dulu, fikir mau belajar bukan kerana apa, matlamat utamanya mau lulus, tidak mau gagal. kemudian dapat markah yang di harapkan dan dapat sijil.  ini harus di ubah kerana jadi tidak bermakna berkelulusan tapi tak tahu makna....

Alhamdulillah sejak belajar sepanjang hayat ini bolehlah menambah ilmu, banyak perkara tersorok telah dicungkil yang tidak di ketahui pun jadi tahu. Itulah manfaatnya..Namun ada juga suara sinis menyindir sudah tua-tua apa lagi yang mau di kejar adakah mau jadi pengarah huhu ..tidak kisahlah tua kah , mudah kah , ..kenapalah jika saya harus belajar sampai ke anak cucu,  bukankah dalam agama kita di tuntut agar mencari dan belajar ilmu walau sampai ke Liang Lahad..

Thursday, 12 December 2013

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki


 Wanita harus tahu ini.... 

1). “Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan dalam erti kata lain,  selalu percaya kepada pemikiran sendiri.


Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

2).“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.

Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…

“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”

Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

3).“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

4)“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan


sumber blog-untuk perkongsian buat wanita.

Saturday, 7 December 2013

WANITA TERAS DAN TULANG BELAKANG UMNO

4hb Disember 2013- WANITA TULANG BELAKANG KEKUATAN PARTI
Persidangan Wanita UMNO
Sebahagian Perwakilan Wanita seluruh Malaysia
Menghadiri Persidangan induk
Menghadiri persidangan pergerakan wanita umno buat pertama kali selepas sepuluh tahun lalu. Ini selepas diberi mandat oleh para perwakilan wanita umno bahagian menganggotai sayap ini. Sungguh hati rasa teruja dan amat bersemangat semarak api yang sedang membakar. Rasanya baru dapat bernafas dan minda bergerak pantas. Banyak perkara mengajak minda berfikir ke hadapan, wanita dilihat lebih pantas dalam menggerakkan setiap tindakan.. Dalam ucapan dasar permintaan Dato Seri Sharizat Abdul Jalil  selaku ketua wanita UMNO Malaysia kepada PM agar mendapat pengiktirafan " Wanita Teras dan Tulang Belakang UMNO"  adalah sangat wajar, bukan lagi hanya sekadar tulang rusuk yang hanya tersorok di balik jasad.

Ucapan Dato Seri Sharizat banyak menyentuh tentang perjuangan wanita yang bukan sedikit malah wanita merupakan warga yang sentiasa bergerak pantas dalam melaksanakan segala dasar yang telah di rencanakan. Kejayaan wanita Umno memperjuangkan 30 peratus dasar dalam sektor awam dan swasta telah memperlihatkan perubahan yang sangat membanggakan.

Transformasi pertama wanita UMNO tidak harus di lihat sebagai hanya layak dan mampu bercakap soal-soal wanita sahaja tetapi dalam soal seperti kedudukan wanita, dalam membuat keputusan. soal cuti ibu bersalin, isu wanita di tempat kerja, penyediaan Taska, sensitiviti gender dan seumpamanya, ianya merupakan isu-isu penting yang terus di perjuangkan oleh wanita.

Antara cadangan pergerakan wanita, penubuhan Bank Wanita dalam negara ini apa kah wajar ianya di laksanakan?

Saturday, 16 November 2013

MESYUARAT PERTAMA PERGERAKAN WANITA BERMULA HARI INI.


BARISAN AHLI JAWATAN KUASA PERGERAKAN WANITA UMNO PARLIMEN KENINGAU



Hari ini merupakan mesyuarat pertama pergerakan wanita bahagian penggal 2013 selepas pemilihan di peringkat bahagian yang baru lalu. Di pengerusikan oleh ketua wanita Pn. Hajah Amelia selepas beliau kembali daripada menunaikan fardu haji.

Semua Ahli Jawatan Kuasa berikrar akan terus mantapkan barisan bagi memperkasakan parti demi kelangsungan sebuah perjuangan yang tidak ada hentinya. Inti pati ucapan ketua wanita antaranya menyeru agar semua ahli yang menarajui pergerakan ini terus bersatu dan elakkan daripada memperkatakan perkara yang remeh, yang lebih penting pergerakan wanita ini merupakan antara sayap yang menjadi tunggak kekuatan parti yang perlu di perkasakan, lebih-lebih lagi demi menghadapi pru 14 yang mendatang pastinya cabaran lebih hebat.

Harapan ketua wanita ini juga agar semua ahli pergerakan berusaha mencari  keahlian bagi menambah bilangan cawangan di seluruh parlimen. Pertambahan perwakilan ke persidangan bahagian baru-baru ini sungguh memberansangkan kerana hampir seratus-peratus kehadiran perwakilan ke persidangan tersebut. Ini merupakan petanda baik dan menunjukkan bahawa UMNO terus di terima rakyat, saranan ketua wanita ini di sambut baik oleh semua ahli dan terus berikrar akan melaksanakan dengan sesungguhnya.

Saya tertarik dengan kata-kata Pn. Hajah Roziah Saion (Pengerusi tetap) yang mana kata-kata ini di tujukan buat semua ajk pergerakan wanita, " kita sudah dewasa namun kita berusaha menjadi dewasa yang lebih matang..

Tuesday, 22 October 2013

SAYA TIDAK MAMPU GALAS TANGGUNGJAWAB INI?

Pemilihan barisan kepimpinan pergerakan wanita umno bahagian telah pun selesai di laksanakan serentak di buat diseluruh negara tanggal 12hb oktober 2013 lalu. Akhirnya terbentuk satu barisan yang bakal menerajui kepimpinan wanita umno bahagian keningau dengan suksesnya. Semuanya telah dipilih oleh para perwakilan melalui undi. Tahniah kepada semua anggota yang terpilih, khususnya Pn. Hajah Amelia Ajun yang kekal sebagai ketua wanita dengan majoriti undi 447 berbanding lawan yang hanya mendapat 62 undi.

 Pada awalnya Pn Amelia telah di sahkan menang tanpa bertanding kerana pihak lawannya telah di gugurkan dari senarai kerana terdapat masalah, namun kabarnya dia telah membuat rayuan kepada umno pusat yang akhirnya membenarkan dia bertanding semula.

Terima kasih kepada para perwakilan kerana telah memberi kepercayaan pada saya menggalas tanggungjawab sebagai naib ketua wanita umno bahagian bagi penggal 2013 hingga 2016. InsyahAllah saya buat sedaya mampu menyumbang apa yang sewajarnya. Saya yakin mampu menyumbang apa yang terbaik untuk parti dan pergerakan. Penglibatan saya dalam pergerakan ini bukannya baru hari ini atau baru semalam tetapi telah berpuluh tahun lamanya, di tambah lagi tugas saya yang khusus dengan masyarakat secara langsung sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan segala urusan yang berkaitan. Pengalaman dua penggal bersama pergerakan wanita umno tahun 90han melalui proses pemilihan undian, sekaligus menjadi setiausaha ketika itu menyumbang pengalaman yang sangat berharga.

Kewujudan puteri era Tun Mahatir pada tahun 2001 faktor saya meninggalkan pergerakan wanita kerana saya diminta oleh ketua bahagian menerajui pergerakan puteri yang masih berstatus penaja ketika itu. Pengalaman  mewujudkan puteri bukannya mudah semuanya dilakukan dengan kerja keras sehinggalah terbentuk satu sayap pergerakan puteri di peringkat bahagian. Peristiwa yang tak dapat dilupa dimana semua bahagian puteri diseluruh malaysia berkampung di pejabat UMNO tingkat 14 PWTC dari pagi hingga ke pagi bagi memastikan bahagian masing2 dapat bersidang,  oleh kerana masuh berstatus penaja banyak masalah yang belum selesai, kebanyakan cawangan tidak boleh bersidang kerana terdapat cawangan yang tidak cukup ahli.  

 Faktor umur yang hanya terhad kepada 35 tahun saya meninggalkan puteri dan meneruskan kesinambungan perjuangan, saya tidak kembali bersama wanita tetapi saya beralih ke bahagian dan turut bertanding dalam pemilihan sebagai ahli jawatan kuasa bahagian. Perwakilan memberi kepercayaan pada saya dalam pemilihan tersebut Alhamdulillah saya menang dan bersama bahagian selama dua penggal.

Pengalaman bersama tiga sayap pergerakan ini begitu istimewa kerana berada dalam tiga situasi yang berbeza. Selepas berlaku pilihan raya yang baru lalu, buat saya memikirkan banyak perkara, saya menggambil keputusan sudah tiba masanya saya harus kembali bersama pergerakan wanita atas beberapa faktor. Bukan kerana tamak jawatan seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang cuba meniupkan kebencian dan menolak saya dengan menyelit berbagai fitnah agar perwakilan tidak memihak pada saya,  namun Alhamdulillah perwakilan bijak menilai siapa yang harus mereka pilih. Antara lain isunya saya adalah adik kepada ketua umno bahagian, apakah mereka lupa ini adalah pemilihan melalui undian,  lainlah jika saya di lantik secara percuma oleh ketua bahagian. 

 Ada yang cuba pertikai keupayaan saya dalam jawatan ini,  Apakah saya mampu menggalas tugas ini,, mereka lupa saya bekerja dalam jabatan yang berkait dengan masyarakat telah berpuluh tahun, sepak terjang menjalankan tugas yang lebih hebat dan mencabar ini telah banyak mendidik,,, macam-macam ada....berbanding jawatan naib yang baru saya sandang ketika ini, yang mana kesibukannya dilihat hanya bermusim, soal kemampuan rasanya lebih daripada cukup, bukan bercakap besar tapi InsyaAllah boleh membantu.

Buat semua rakan dalam pergerakan wantia, yang baru mahu pun yang lama.  Fokus kita adalah menumpukan tanggungjawab ini  bersama dengan satu matlamat memperkasakan parti keramat ini agar terus di pertahankan demi agama, bangsa dan negara. Kepada mereka yang tidak menyokong saya semasa dalam pemilihan, sedetik pun saya tidak berkecil hati, hakikat saya harus terima bukan semua orang suka pada kita dan begitulah sebaliknya. Kalah dan menang harus kita terima dengan hati yang terbuka, bukan menyelit dendam kesumat dalam diri kerana akhirnya dendam itu akan memakan diri sendiri.



Thursday, 10 October 2013

TAHNIAH KETUA WANITA UMNO PARLIMEN KENINGAU HAJAH AMELIA AJUN MENANG TANPA BERTANDING

Alhamdulillah tengahari tadi aku mendapat perkabaran yang sangat mengembirakan bila seorang sahabat memberitahuku ketua wanita kami Pn. Hajah Amelia Ajun telah menang tanpa bertanding, apa bila pihak lawan Pn. Dolores Umbul telah di gugurkan daripada senarai dalam pertandingan bagi merebut jawatan ketua wanita umno parlimen keningau,  atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak begitu pasti puncanya.

Aku terus bergegas ke pejabat Umno Bahagian untuk mempastikan kabar yang disampaikan oleh sahabatku, sah memang benar, aku mengucap syukur kerana beliau menang, jadi tidaklah terasa bimbang sangat kerana semuanya telah selesai dengan mudah.

Apa yang berlaku ini adalah berkat pengorbanan beliau apa bila beliau sanggup memilih ke tanah suci daripada menunggu saat ke tarikh pemilihan. Saat ini Pn. Amelia sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan fardu haji, kuasa Allah tiada siapa yang mampu menolak.

Ramai perwakilan wnita umno telah menjangkakan beliau pasti menang dalam pertandingan ini berdasarkan kebanyakan cawangan wanita umno di parlimen keningau masih berpihak sokongan penuh kepadanya. Sejak beliau mengalas tanggungjawab sebagai ketua wanita di parlimen, sangat ketara perubahan berlaku dan pentadbiran wanita begitu cemerlang, ini yang buat para wanita ini tidak sekali-kali berganjak dan sedikit pun tidak terpengaruh dengan segala dakyah songsang pihak lawan.

Para perwakilan lebih bijak menilai siapa sebenarnya yang layak mereka sokong. Perwakilan tidak sebodoh walau di sogok dengan kata nista dengan merika-rika berbagai cerita. Buktinya sangat jelas Pn. Amelia sangat rajin bekerja, turun padang, bertemu perwakilan dari masa ke semasa. beliau  juga bersikap prihatin terhadap ahli jawatan kuasanya.

Pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan beliau dengan fitnah yang tidak berasas ini pastinya agak terkejut dengan berita ini, namun apa lagi yang mampu dilakukan hanya barangkali mengurut dada kerana sesak nafas.

Doaku semoga Pn. Hajah Amelia sentiasa sukses sepanjang menjalankan ibadat fardu Haji dan mendapat haji mabrur.  Serta selamat kembali ke tanah air.

Monday, 23 September 2013

AKU TAK GENTAR DALAM PERSAINGAN INI, KALAH MENANG PERKARA BIASA


Hari ini proses untuk memulakan langkah,,,dah bermacam-macam cerita biasalah time-time pemilihan begini, perkara fitnah itu kompon tak boleh lari punya...mengundang jiwa berombak kencang, andai tiada sabar pasti berlaku tsunami yang maha hebat menghempas pantai yang tenang hehe..namun inilah asam garam dalam ruang ini sudah menjadi lumrah, namun bukan menjadi masalah besar semangat harus kuat dan tabah menjalani dugaan, hanya sabar pendamai kalbu.

Kata bidalan " JIKA TAKUT DI LAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI " apa pun arus harus di rempuh..biar gelora sebesar gunung " PERJUANGAN TIDAK BERMAYA TANPA CABARAN " tidak perlu melata atau mencetuskan amarah hanya merosak perasaan.

Empat penjuru merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian inilah yang sedang aku tempuhi mencuba nasib , bersaing secara sihat dalam keluarga parti. Kalah menang adalah resam dalam persaingan, berusaha untuk mendapatkan kemenangan, hanya aku tak punya pulus meraih sokongan hanya berbekalkan keyakinan andainya aku di beri peluang oleh para perwakilan untuk jawatan ini Insyah-Allah aku akan buat yang terbaik demi satu perjuangan yang tiada noktanya.

YB DATUK HJ SAIRIN KARNO KETUA UMNO BAHAGIAN PARLIMEN KENINGAU SABAH CALON AMT

YB Datuk Hj Sairin Karno, Ketua Bahagian Umno Keningau, Wakil Rakyat N 34 Liawan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Telah Menawarkan diri sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia dengan No Calon 64. Mohon sokongan semua Perwakilan Umno Malaysia. Terima kasih..

Photo: YB Datuk Hj Sairin Karno, Ketua Bahagian Umno Keningau, Wakil Rakyat N 34 Liawan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Telah Menawarkan diri sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia dengan No Calon 64. Mohon sokongan semua Perwakilan Umno Malaysia. Terima kasih..
Tambah kapsyen

Tuesday, 17 September 2013

DEMOKRASI YANG DI CALAR


Pemilihan bakal berlangsung setelah tamatnya persidangan di peringkat cawangan yang mana telah berakhir pada 15 september lalu, kali ini di jangka lebih ramai ahli yang menawar diri bertanding dalam sayap pergerakan bahagian, wanita , pemuda dan puteri. Perubahan telah dibuat bagi tujuan memberi laluan mudah kepada semua ahlinya yang berminat mengangotai  organisasi dalam barisan pergerakan.

Ini di lihat adil,  namun benarkah ia benar-benar adil kepada semua ahli yang bercita-cita dan berminat merebut setiap jawatan yang di pertandingkan?? ada beberapa bahagian yang kedengaran awal-awal ketua bahagian atau ketua wanita memberi amaran keras agar jawatan itu jangan cuba-cuba di rebut...demokrasi kah ini? di mana suara yang di laungkan agar golongan muda di beri ruang tampil bersama-sama dalam barisan kepimpinan di peringkat  bahagian , wanita, pemuda mahu pun puteri..

Seorang sahabat saya menelefon berkongsi bagaimana perasaan kecewanya terhadap ketua bahagiannnya dan ketua wanitanya kerana memberi amaran keras terhadapnya agar melupakan hasratnya bertanding untuk jawatan ketua wanita atau naib..saya pun tak tahu nak kata apa, kerana di bahagian saya tidak berlaku demikian. Demokrasi tetap di laksanakan, kerana ketua bahagian di tempat saya pun bakal di tandingi oleh salah seorang AJK bahagian, pun tidak kedengaran ketua bahagian melata atau marah, malah katanya teruskan, begitu juga dengan ketua wanita yang bakal berdepan dengan mantan ketua wanita satu lawan satu.

Bukan kah lebih baik jika semua pihak lebih terbuka memberi ruang kepada sesiapa juga ahli yang berminat, sebagaimana yang di laung-laungkan pertandingan secara sehat dalam keluarga parti..bukan kah kalah , menang itu perkara biasa justeru kenapa harus takut berdepan dengan situasi ini ?  kenapa tidak bersikap adil dalam perkara ini hanya jawatan kecil di peringkat bahagian bukannya nak merebut jawatan PM .

Jelas di kalangan ahli parti berstatus ketua takut dengan bayang-bayang sendiri, risau kehilangan jawatan dengan alasan mengelak perpecahan di kalangan ahli parti...Mungkin ada rasionalnya namun jangan sampai memberi ugutan kepada ahlinya sendiri. apakah sikap pemimpin begini yang harus kita sokong? Di mana demokrasi?



Tuesday, 10 September 2013

MAAFKAN AKU KERANA MENULIS ATAS NAMA " SIPUT SARAWAK "


Hari ini sempat bersembang dengan seorang wanita yang layak kupanggil kakak..dia sempat memberitahuku seorang kakak tu, tak berapa suka dengan tindakanku suatu ketika dulu sudah puluh2 tahun berlalu, aku dah lupa, waktu itu dia minta derma tak ingat untuk derma apa kah itu ?

Dia menghulur padaku sekeping kertas bersama satu sampul surat, Pantas saja aku menggambil kertas itu lalu aku mancatat namaku atas nama " SIPUT SARAWAK "  kemudian aku memasukkan wang sumbanganku didalam sampul itu dan mengembalikan kepadanya, agaknya dia terkejut bila dia lihat nama yang tertulis bukan namaku yang sebenar. Padaku aku tak kisah sangat, dia tidak berkata apa-apa padaku saat itu.  Baru aku tahu hari ini rupanya dia marah padaku kerana tidak meletakkan nama sebenar..

Aku tak letak nama sebenar bila setiap kali aku menyumbang derma..ingatkan tindakan ku yang begitu dia tak kisah namun adalah sebaliknya...rupanya ada juga insan yang tidak bersetuju...tak apalah aku tak kisah pun yang penting aku ikhlas menyumbang dan fikirku menyumbang tak perlu letak nama. tak jadi masalah padaku..


" TANGAN DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN DI BAWAH "

Friday, 30 August 2013

31 OGOS MERDEKANYA SEORANG BAPA

31 OGOS MERDEKANYA SEORANG BAPA

Setiap kali hadirmu 31 ogos,  jiwaku rasa sebak, pada tarikh ini terlakar kisah duka pemergian seorang insan yang amat kukasihi.  Aku masih ingat saat itu diambang merdeka menjelang subuh dia telah menghembuskan nafasnya kali terakhir ketika dipangkuan salah seorang abangku. Setelah Beberapa jam dia menunggu ketibaannya kerana sibuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat disekitar daerah, kata bapa dia tidak akan pergi selagi anaknya itu tidak ditatap wajahnya untuk kali terakhir...sedang kami sekeluarga sejak dari petang itu duduk mengelilingi jasad bapa yang semakin lemah tidak berdaya namun masih mampu berbicara sepatah dua kata..

Detik yang amat mengharukan saat abangku tiba dia lantas mendapatkan bapa dan didakapnya tubuh lemah itu dan diipangku separuh tubuhnya sambil dia membaca syahadah di bisik ditelinga bapa berulang kali, bapa turut mengucap berulang kali meski suaranya tidak kedengaran namun nampak pada gerak bibirnya, beberapa saat kemudian dia sempat berkata dlm nada yg amat perlahan dia hendak pergi kemudian dia menarik nafasnya perlahan dan akhirnya terhenti. Aduhhh ..hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya saat itu. Itulah kali pertama aku menyaksikan seorang hamba Allah menghembuskan nafas untuk kali terakhir bertemu sang pencipta. Ya Allah ya Rabbi sungguh tidak mampu dibayangkan betapa berat kesedihan ini.

Hanya esakan tanggis yang mampu terluah semuanya dalam keadaan sedih dan hiba. aku berada disisi bapa sejak dia semakin lemah sejak dari petang hari itu, aku tidak berganjak lagi dari sisinya, air mataku deras menggalir tidak mampu kubendung..  Empat orang abang kandungku selama hayatku tidak pernah aku melihat mereka menitiskan air mata..namun detik itu saat pemergian bapa, aku melihat mereka gagal mengawal emosi terlerai air mata satu persatu gugur ke bumi..

Pemergian bapa sangat dirasai oleh semua ahli keluarga, terasa dunia ini sepi, alam turut berduka,..namun kehendak ilahi tiada siapa mampu menolaknya, hanya redha dan pasrah menerima takdirnya, Bapa telah pergi buat selamanya, tarikh keramat saat menyambut hari merdeka negara menyaksikan perginya seorang pejuang, pejuang kemerdekaan dizaman ubi kayu menentang tentera jepun disaat usia muda.

Perginya seorang insan yang banyak menabur bakti kepada sebilangan kecil masyarakat di sebuah pedalaman, walau budinya hanya sekecil zara namun amat dihargai. Bapa tidak pernah mengharapkan apa2 balasan. Bapa sering berkata pada saat hayatnya, biarlah hidup ini dihiasi dengan menabur kebaikan pada orang, jangan sekali-kali melakukan kejahatan, jangan menyusahkan orang.

Nama bapa sering meniti dibibir mereka yang pernah berurusan. Sekian ramai hamba-hamba Allah melafaz syahadah dihadapan bapa , Alhamdulillah jiwa mereka terus subur menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa.

Sikap bapa yang amat sederhana, pemurah dan tak berkira. Perkara yang buat aku tak lupa bila setiap kali tetamu bertandang kerumah pasti dihidang dengan minuman atau dibawa makan bersama. Bapa sangat menghormati setiap tetamu yang datang tak kira agama apa atau bangsa apa. 

31 ogos ini tarikh keramat negara menyambut hari merdeka pasti kenangan sedih ini bertandang kesetiap sanubari seluruh sanak saudara meskipun sudah sembilan tahun berlalu, kerana tarikh ini terlakar satu sejarah sedih yang sentiasa terpahat diingatan dan tidak mungkin akan terlupa sampai bila-bila..daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. AL-FATIHAH buat arwah bapa. semoga arwah bapa merdeka di alam abadi bersama para solihen amin. Salam Merdeka. Semoga kita sentiasa hidup makmur dan merdeka.

Penghargaan daripada pihak kerajaan negeri buat arwah bapa kisah perjuangan dan sumbangannya telah diabadikan dimezium warisan daerah Keningau sebagai ingatan buat jenerasi mendatang dan ingatan buat keturunannya bahawa moyang mereka merupakan antara insan yang pernah menyumbang bakti kepada agama bangsa dan tanah air.

Al Fatihah


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

DEMONSTRASI

1. Kita telah lihat Kerajaan Mesir yang dipilih melalui pilihanraya dijatuhkan oleh demonstrasi secara besar-besaran penentang Kerajaan Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi.

2. Kebebasan berdemonstrasi adalah hak rakyat dalam negara demokratik. Apakah hak ini lebih utama dari hak mengundi dalam pilihanraya!

3. Sebenarnya walaupun berjuta yang berdemonstrasi, jumlah mereka kurang dari jumlah pengundi yang memilih Kerajaan. Mereka, yang terdiri dari aktivis, adalah minoriti berbanding jumlah pengundi yang mengundi.

4. Jika minoriti ini diberi hak untuk menjatuhkan Kerajaan pilihan majoriti apakah hak ini secucuk dengan demokrasi?

5. Di Malaysia ada ahli politik yang ingin jatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan demonstrasi. Tetapi mereka gagal mencetuskan huru-hara secara besar-besaran sepanjang masa seperti di Mesir.

6. Sebenarnya demokrasi mempunyai banyak kecacatan. India berbangga dengan menjadi demokrasi yang terbesar di dunia. Tetapi India tidak pun berjaya mengurangkan kebuluran dikalangan hampir separuh dari rakyatnya. Sekarang ekonomi India merosot teruk.

7. Sebaliknya Cina yang tidak demokratik hari ini sudah menjadi kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Berjuta dari rakyat mereka dapat melancung keluar negeri. Kemajuan sains dan teknologi Cina sudah sampai ketahap menghantar angkasawan ke stesen angkasa lepas. Dan berbagai lagi kejayaan Cina yang mengkagumi dunia. Sistem Kerajaan Cina tidak demokratik. Tetapi rakyat dan negara Cina lebih berjaya dari segi kemajuan dan keselesaan hidup.

8. Namum demokrasi masih lebih baik dari sistem pentadbiran kukubesi. Sebab utama ialah demokrasi memboleh penukaran pemerintah tanpa perang sivil atau demonstrasi ganas. Tetapi bagi mereka yang tidak faham kebebasan dalam demokrasi, ia tidak mendatangkan hasil yang baik. Ramai dari negara-negara yang baru mengamal demokrasi merosot prestasi mereka. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Mesir.

9. Demokrasi memerlukan fahaman akan kelemahan-kelemahan sistem itu. Segala kebebasan dalam demokrasi mempunyai hadnya. Jika pengamal melebihi had maka demokrasi akan gagal membuahkan hasil yang dijanji darinya.

10. Satu daripada perkara yang boleh menentukan demokrasi berhasil ialah kesanggupan menerima keputusan pilihanraya. Dalam pilihanraya tentu ada yang kalah dan yang menang. Seperti yang menang akan terima keputusan, yang kalah juga perlu terima kekalahan.

11. Jika yang kalah tidak sanggup menerima kekalahan dan sebaliknya mencuba gagalkan penubuhan Kerajaan oleh yang menang, maka demokrasi tidak akan berjaya. Harus diingat bahawa jika yang menang pula kalah halangan terhadap penubuhan Kerajaan oleh lawannya akan diusahakan olehnya. Dengan itu demokrasi akan gagal.

12. Mungkin dakwaan oleh yang kalah akan penipuan oleh yang menang mempunyai asas. Perkara ini hanya boleh diputus oleh mahkamah. Perbuatan untuk menggagalkan keputusan pilihanraya dengan cara ganas akan menidakkan demokrasi.

Thursday, 29 August 2013

TENTANG DIRI

gemersik bisikan bayu
walau sunyinya malam
suara ombak merdu berlagu
sedang diri masih berjaga
memikir untung nasib
tentang diri
sesekali hilang arah
terpesong pemikiran
hanyut dalam gelora
bersama irama duniawi
alpa mengingatimu ya kekasih
cinta abadi
luhurnya kasihmu
sejatinya sayangmu
walau aku sering menderhaka
pada janjimu
disana kehidupan lebih abadi
disana segalanya ada apa saja yang kau mahu
aku malu
sedang usia merangkak pergi
detik terus berlalu
dalam kesyahduan malam
bersama getar hati yang gelisah
mendakap insaf
aku bangkit sujud
padamu ya Rahman
menadah tangan
menadah keampunanmu
Hasil Nukilan: Haini karno

Wednesday, 28 August 2013

PESAN LAMA

 PUISI

Seringkali jiwa diketuk
pada pesan lama
ayahbonda
tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah
awas terlebih bahasa
bisa mengundang padah
awas pada pandangan mata
bisa mengundang fitnah
awas pada pendengaran
bisa mengundang salah sangka
hati-hati meniti hidup
ramai musuh berbanding sahabat
kekayaan harta bukan ukuran kebahagiaan
ketakwaan, keimanan
punca bahagia yang hakiki

Nukilan Haini Karno

Monday, 26 August 2013

KHASIAT BAWANG PUTIH

1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

sumber blog.

NYANYUK ATAU PELUPA?















ALAMAK! Mana pulak cermin mata ni? Orang nak cepat ni!" kata Nora, 49, kelam-kabut sambil melilau menggeledah dalam beg tangannya. Kemudian dia ke kabinet televisyen dan menarik laci dan mengeluarkan semua 'isi perut' yang ada di dalam. Dua anak remajanya mengekek gelak sambil menutup mulut melihat telatah ibu mereka yang semakin kelam-kabut mencari cermin matanya.
"Kat atas kepala tu apa?" tanya anaknya Salleh yang berusia 17 tahun sambil tidak putus-putus ketawa.
"Laaa.... kat atas kepala ni ke...?" kata Nora sambil tangannya meraba-raba cermin mata yang disangkutkan di kepalanya sebentar tadi.

Senario berkenaan amat biasa berlaku. Hampir semua orang menghadapi masalah berkenaan setiap hari.
Bukan hanya terlupa cermin mata yang diletakkan atas kepala, ada juga yang lupa meletakkan garam dalam masakan atau lupa satu perkataan yang mudah? Apakah senario ini boleh dikaitkan dengan nyanyuk atau hanya pelupa? Beberapa nama hebat seperti bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid antara yang bukan saja masih sihat, cergas malah boleh mengeluarkan pendapat yang bernas walaupun telah melangkaui usia 70-an. Jadi apa kriteria pelupa atau bagaimana mengklasifikasikan nyanyuk atau dalam bahasa saintifiknya dementia?

Menurut Pakar Runding Dalam Kesihatan Warga Emas (Geriatriks) Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Soraya Kunamayagam, terdapat banyak perbezaan di antara pelupa dan nyanyuk.
"Pelupa lebih banyak dikaitkan dengan orang muda yang mungkin berlaku kerana stres atau diet dan gaya hidup yang tidak sihat," katanya. Terdapat juga kes seakan-akan nyanyuk atau disebut psedo dementia. "Mereka ini sering terlupa melakukan perkara ringkas seperti berus gigi, mandi atau makan," katanya. Kes itu juga berkaitan dengan mereka yang stres, berhenti kerja awal, kehilangan atau kematian orang yang amat disayangi. "Bagi kes begini, rawatan menjurus kepada merawat stres yang dihadapi," katanya.

Dalam kes nyanyuk pula, bukan semua warga emas boleh dilabelkan sebagai nyanyuk.
"Biasanya apabila usia meningkat, banyak perubahan berlaku misalnya lupa di mana meletakkan barang. Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian," katanya. Pelupa berlaku dalam tempoh yang singkat manakala dementia pula secara berterusan dan jika tidak dipantau akan mengganggu kehidupan ahli keluarga yang lain. Penghidap dementia biasanya hilang ingatan secara perlahan, sukar bertutur atau menulis perkataan yang mudah serta sukar mengenal persekitaran. Menurut Dr. Soraya, nyanyuk boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti

1 Penyakit Alzheimer
2 Dementia vaskular
3 Dementia dengan 'lewy bodies'
4 Dementia berkaitan dengan Parkinsons
5 Dementia frontotemporal yang sering berlaku kepada wanita.
6 Punca lain seperti peminum arak tegar dan kecederaan otak yang kerap.
Setiap bentuk dementia mempunyai faktor risiko sendiri tetapi kebanyakannya mempunyai faktor risiko yang sama seperti;

1 Usia adalah faktor risiko paling besar. Biasanya nyanyuk berlaku pada usia lebih 60 tahun.
2 Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit Alzheimer meningkatkan peluang mendapat dementia.
Ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai Alzheimer memberikan peluang 10 hingga 30 peratus.
Risiko semakin tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menderita dementia pada usia kurang 70 tahun.
3 Faktor risiko lain termasuk merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan diabetes.
4 Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Mereka yang mempunyai kehidupan sosial dan mental yang aktif kurang menderita dementia.

Oleh kerana penghidap dementia sering terlupa melakukan perkara yang biasa, mereka perlu mendapat bantuan keluarga. Jadi mereka dilarang melakukan perkara seperti

1 Memandu kenderaan kerana risiko kemalangan lebih tinggi terutama apabila penyakit bertambah teruk.
2 Memasak memerlukan pemantauan kerana boleh membawa kepada kemalangan seperti kebakaran.
3 Berjalan sendirian kerana bimbang akan sesat
4 Cenderung untuk jatuh kerana kurang keseimbangan dan kesedaran.
Biasanya pesakit yang datang ke hospital perlu melakukan ujian bagi memastikan mereka menghidap dementia seperti

1 Ujian memori
2 Ujian darah kerana dementia berkaitan dengan tidak cukup garam, tiroid yang kurang aktif, kurang vitamin B12 atau kandungan kalsium yang tinggi
3 Imbasan kepala bagi pesakit tumor atau strok.
Dr. Soraya berkata, pesakit dementia biasanya menunjukkan tanda-tanda awal seperti

1 Sukar melakukan kerja-kerja ringkas yang biasa dilakukan di rumah seperti memasak
2 Sukar bertutur dengan betul
3 Lupa melakukan perkara yang biasa dilakukan seperti tidak tahu jalan pulang ke rumah.
Manakala tanda-tanda lewat pula seperti
1 Tidak boleh mengawal pembuangan air kecil dan besar
2 Tidak boleh tidur malam tetapi tidur menjelang pagi
3 Halusinasi
4 Perasaan marah melampau
5 Murung

Biasanya Dr. Soraya berkata, pesakit akan dirawat menggunakan beberapa ubatan seperti aricept, exelon dan raminyl.
"Bagaimanapun ubatan yang diberikan hanya untuk mengawal dan melambatkan proses dementia atau nyanyuk," katanya.
Menurut Dr. Soraya selain mengambil ubat, sokongan ahli keluarga juga memainkan peranan penting bagi menangani pesakit yang menderita dementia.

Sumber Utusan

Saturday, 24 August 2013

KEMBARA SYAWAL GUILIN

Pemandangan dalam gua sungguh menakjubkan
Salah sebuah Hotel dimana tempat kami menginap
Hidangan pertama kami saat sampai di Senzhen
Pamandangan di sekitar bandaraya Shenzen
Guilin
8hb  Ogos 2013-khamis disaat azan syawal sedang berkumandang kami pula sibuk bersiap ke airport berangkat memulakan lawatan, sayup-sayup kedengaran suara azan bergema di mesjid sekitar kota kinabalu,,..sayu hatiku meninggalkan tanah air namun apa nak dikata tak boleh berpata balik,,,seperti juga tahun lepas beraya dirantauan,,,,

Kali ini berpeluang menjejakkan kaki  ke negara Puteri Hang Li Pu, iaitu Guilin satu lokasi yang tidak asing bagi rakyat malaysia untuk melancong tak kira musim. Rombongan kami menaiki pesawat Airasiah. Saat pesawat mendarat di lapangan terbang SHENZEN rasanya hati sungguh teruja melihat kehebatan sekitar bandaraya yang sungguh maju.


Kapal mendarat di lapangan terbang Shenzen
Selama lapan hari kami melakukan lawatan ke merata tempat huhhh memang hebat negara ini, di antara negara yang termaju di dunia. Sepanjang perjalanan menaiki bas pelancong daripada bandar Shenzhen menuju ke serata tempat di tuju pemandangan di kiri-kanan sawah padi luas terbentang, bandar raya di sekitar sungguh memukau pandangan..kebersihan setiap tempat begitu damai mata memandang...kehijauan sawah padi..tanahnya pula rata wahh bagai berada di bumi sendiri.

Sepanjang berada di sini perkara yang sangat merisaukan ialah bila setiap kali masuk toilet kerana baldi tidak disediakan didalam toilet, pandai2lah bawa air sendiri digunakan untuk membasuh huhu...rimas..hiss, terpaksa bertahan ...ada kalanya dalam keadaan sangat letih kerana berjam-jam dalam bas tapi seronok dan santai. benar-benar kembara kali ini sangat memuaskan hati lagi pula dalam rombongan kami DARIPADA KOTA KINABALU hanya dua belas orang sahaja termasuk puteriku YACHALIE.. Perjalanan sangat lancar. dalam group kebanyakannya berbangsa cina.

Aku kira-kira lebih kurang sepuluh buah hotel bertaraf tiga bintang kami menginap. menaiki bot mungkin lebih kurang enam tempat termasuk menaiki rakit. GUILIN tempat yang sangat hebat rasanya..BERSAMBUNG....



Friday, 23 August 2013

KEBIADAPAN SENDIRI MERAGUT NYAWA INSAN LAIN

Kemalangan ngeri menyebabkan kematian dua orang pelajar sekolah, kemalangan ini berlaku disebabkan kerakusan pemandu lori yang cuba memotong bas sekolah tersebut, bertembung dengan sebuah kereta dihadapan , bagi mengelak pertembungan, pemandu lori berkenaan cuba mengelak namun malang tak berbau , lori ini telah merempuh bas sekolah ini..dalam gambar itulah yang berlaku, mana kala pemandu lori itu pula tidak mengalami kecederaan apa-apa. pemandu itulah punca kemalangan berlaku,
Petang semalam dalam perjalanan pulang daripada Sandakan kerana menghadiri mesyuarat jabatan, sebaik keluar daripada bandar sandakan berlaku kesesakan disepanjang jalan hampir dua jam semua kenderaan bergerak macam semut sampailah ke kawasan batu 31 menuju ke chek point, sesak yang amat teruk, tertanya-tanya dalam hati apa yang sedang berlaku? rupa-rupanya berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah bas sekolah dengan sebuah lori simen,

Inilah sikap biadap manusia yang tiada kesabaran yang perlu diambil iktibar, kerana sikap biadap sendiri menyebabkan nyawa insan lain melayang.Jika yang mencetuskan kemalangan itu yang terkorban jiwa tak apa juga,  tetapi orang lain yang tidak bersalah menjadi korban. Pemandu yang menyebabkan kematian orang lain ini wajar diambil tindakan undang-undang agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Ketika perjalanan pada hari kelmarinnya sewaktu ke sandakan berlaku juga satu kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori besar, kesnya serupa, cuma pemandu pacuan empat roda itu yang menjadi mangsa kerana cuba memotong kenderaan dihadapan, kerakusan sendiri,,..silap sendiri..jika hendak memotong kenderaan lain tengok-tengoklah dihadapan ini main gasak saja,,nah rasalah sendiri,,,kesilapan sendiri..tidak sabar...terkorban sendiri.

Monday, 19 August 2013

ANTARA PENYEBAB KANSER


TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.


sumber FB