YB Datuk Hj Sairin Karno, Ketua Bahagian Umno Keningau, Wakil Rakyat N 34 Liawan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Telah Menawarkan diri sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia dengan No Calon 64. Mohon sokongan semua Perwakilan Umno Malaysia. Terima kasih..
Wednesday, 19 February 2014
APA KAH KERANA DIA BERSTATUS TUAN ? SESUKA HATI MENENGKING ORANG BAWAHAN
Mentang-mentanglah dia bos, apa dia sesuka hati saja tengking-tengking orang bawahan..keluh seorang kakitangan disebuah jabatan kedengaran sedang bercakap dengan rakannya yang kebetulan duduk disebelah, ketika saya menunggu kereta sedang dicuci di sebuah car was yang terletak di pinggir sebuah kampung.
Kedengarannya dia bercakap pasal bosnya yang suka marah-marah tak tentu pasal, perkara kecil pun tak boleh selesaikan, mau juga dibincang melalui meeting. Walhal katanya perkara itu mudah saja dia ambil tindakan jika dia mahu, kerana dia seorang bos lagi pula perkara itu bukannya melibatkan sampai perlu diurus ke ibu pejabat pusat.
Sikap bosnya itu buat dia rasa menyampah dan tidak selasa menjalankan tugas seharian, ada-ada saja perkara yang tidak kena. Masalah rumahtangganya juga sampai terbawa-bawa ke pejabat, habis semua kakitangan manjadi mangsanya melepaskan geram.. luahnya.
Tidak di nafikan terdapat dikalangan kakitangan berjawatan bos sangat berlagak dan sombong terhadap kakitangan bawahan, ahh baru setakat bos rendah belum jadi pengarah...kenapa harus menyombong tahap langit, jawatan itu bukan diwarisi sampai ke cucu-cicit..
Sampai ada yang tidak dipandang malah terlalu dibenci walau telah bersara..kerana terlalu berdendam dengan si pegawai ini suatu ketika dahulu..perkara ini boleh kita jadikan iktibar jangan kita dibenci orang pula sampai ke akhir hayat.
Monday, 17 February 2014
Jelajah Ke Banjaran Crocker
| Rombongan sedang menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan oleh Taman-taman Sabah |
![]() |
| suasana didalam rimba |
![]() |
| Batu yang menyerupai wajah seekor singa, ini antara yang menarik ditempat ini |
| Kelihatan Ketua Umno Bahagian dan Timbalan Ketua Umno bahagian. Anuar Datuk Ayub serta rombongan sambil sembang dan menikmati hidangan tengahari... |
| Sempat menggambil post di kaki bukit banjaran croker, alahai damainya disini dan dinginnya menyejuk jiwa |
| Pejabat Taman-taman Sabah yang terletak di Kg. Ulu Senagang Keningau |
Kami meneruskan perjalanan ke satu perkampungan di Ulu Senagang dan Kg. Mongol dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Liawan Keningau yang terletak di kaki bukit banjaran croker menghadiri satu program perasmian komuniti bersama masyarakat setempat.
Program ini di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri YB. Datuk Sairin Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah. Ianya adalah program anjuran Taman-taman Sabah. Rombongan daripada pergerakan yang di ketuai oleh ketua wanita UMNO Pn. Hajah Amelia Ajun seramai 15 orang kesemuanya adalah wanita. Rombongan Ketua Bahagian pula telah berangkat lebih awal.
Perjalanan menuju ke perkampungan ini memakan masa lebih kurang 1 jam, keadaan jalan raya yang agak becak kerana di basahi hujan, sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke destinasi. Ini merupakan lawatan pertama sebahagian dari rombongan kami ke tempat ini, kerana ada diantara rakan-rakan belum berkesempatan melawat ke tempat ini termasuk saya.
Tempat ini tidaklah jauh sangat dari bandar Keningau, namun untuk sampai ke tempat sebegini tanpa bersebab mungkin tidak dapat di luangkan kerana masing-masing ada kometman.
Dalam keadaan jalan becak berlumpur begini pemanduan terpaksa di perlahankan kerana jalannya agak licin, silap haribulan boleh menjunam ke bawah bukit huhu...justeru itu berhati-hati di jalan raya adalah penyelamat.
Tibanya kami ditempat ini..hati sungguh rasa sangat teruja melihat keindahan alam sekeliling, suasana hijau begitu mengoda pandangan mata.. minda terasa segar melihat panorama rimba yang masih dara, belum pernah diteroka oleh mana-mana manusia, kerana tempat ini dilarang sekeras-kerasnya kepada sesiapa yang cuba meneroka tanpa keizinan dari yang punya tuan iaitu Taman-taman Sabah, ianya merupakan kawasan tadahan.
Hembusan bayu dingin menyapa selamat datang... desiran air sungai menggalir lembut, penghuni rimba kedengaran bersahut-sahutan menandakan kehadiran penghuni dari luar..mungkinkah mereka rasa terganggu mendengar keriuhan gelak tawa manusia yang ada di sekitar ..huhh..sunguh damai disini. Sangat sesuai untuk berbulan madu buat mempelai yang baru melayarkan bahtera.
Namun satu perkara yang terasa sangat rugi tidak sempat ke air terjun tujuh tingkat yang terdapat di dalam rimba sana, ini kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya..lagi pula kami di beritahu oleh kakitangan taman-taman sabah di tempat itu banyak pacat yang sentiasa menunggu-nunggu menyerang mangsa..
huhuuu.. setakat pacat tidaklah mematahkan semangat serikandi tetapi kerana hujan..dan waktu begitu cemburu..kami terpaksa berangkat balik meneruskan perjalanan, ziarah ke beberapa buah lagi kampung yang menjadi mangsa banjir..
Selepas meninggalkan tempat ini dengan sedikit rasa kesal, ada dikalangan rakan mengajak semula rombongan ke tempat ini pada masa akan datang, dengan tujuan melawat ke air terjun tujuh tingkat itu. .akan sampai waktunya nanti kami pasti datang lagi...InsyahAllah.
![]() |
Wednesday, 12 February 2014
Elak Derita Dihujung Usia
Paparan Sinar Harian ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Kita sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!
Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.
Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.
Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...
Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya
Sumber Sinar Harian- sekadar perkongsian.
Thursday, 23 January 2014
KUNJUNGAN HORMAT PERGERAKAN WANITA UMNO KENINGAU KEPADA PEGAWAI DAERAH
![]() |
Barisan pergerakan wanita UMNO Parlimen Keningau yang di ketuai oleh Pn. Hajah Amelia Ajun melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Keningau yang baru Tuan Hj Mohd Yusuf . |
Dalam ucapan ringkas pegawai daerah selaku ketua pentadbir di daerah mengharapkan adanya kerjasama diantara pejabat daerah dan pertubahan ini dalam apa juga perkara terutama yang berkaitan dengan masalah masayarakat juga pembangunan sekitar.
Selaku pegawai daerah yang baru di daerah keningau, beliau juga amat mengharapkan sokongan padu daripada semua agensi kerajaan menyumbang segala idea bernas dalam membangunkan daerah ini ketahap yang lebih cemerlang. Lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Ahli Parlimen Keningau dan Adun Liawan.
Kunjungan selama 45 minit itu diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada Tuan Pegawai daerah keningau daripada pergerakan wanita umno parlimen Keningau.
Monday, 13 January 2014
BERTUDUNG SESUAIKAN DENGAN IMEJ
Banyak wanita bertudung yang tidak mengetahui bagaimana memaparkan penampilan wanita muslim yang menarik, bukan untuk memikat orang tetapi untuk keselesaan dan keyakinan diri sendiri.
Banyak wanita muslim yang kita lihat kurang menjaga penampilan. Pada mereka, apabila bertudung mereka tidak perlu lagi bergaya kerana bimbang menjadi fitnah atau tidak sesuai lagi dengan imej mereka yang bertudung. Bertudung tidak harus menyekat wanita daripada bergaya namun haruslah bersesuaian dengan imej mereka. Ramai wanita yang hanya memakai tudung dengan satu gaya sahaja. Sebenarnya banyak jenis ikatan tudung yang boleh digayakan setiap hari. .
Terdapat wanita muslim yang bertudung tetapi pakaian mereka tidak menutup aurat, terdedah di dada, pinggang, lengan dan sebagainya. Sebagai wanita muslim, kita tidak seharusnya mendedahkan diri atau memakai pakaian yang menjolok mata sebaliknya menghargai diri dan menjaga maruah. walaupun seseorang itu bertudung.
Banyak wanita yang memakai tudung bawal sedangkan tudung tersebut mahal. Kita masih boleh nampak cantik jika memakai tudung bercorak yang berharga RM10 jika mengetahui cara menggayakan dan mengikatnya. Tudung bercorak sesuai dengan baju polos sementara jika memakai tudung polos, pilih baju yang bercorak, ujar beliau.
Tudung bercorak belang harimau pula, amat tidak sesuai dipakai kerana menampakkan watak garang seseorang wanita. Jika gemar memakai baju kurung, jangan pula memakainya setiap hari ke pejabat. Selang-seli dengan baju lain yang moden sedikit tetapi masih menutup aurat. Baju dan tudung tidak boleh dipakai sedondon kerana tidak menarik sebaliknya pakai yang kontra agar tidak jemu dipandang. Untuk berjimat, banyakkan koleksi baju polos dan hanya pelbagaikan corak tudung.
Sentiasa menyimpan satu atau dua helai tudung yang menarik di dalam kereta kerana jika tiba-tiba anda dijemput menghadiri sesuatu majlis selepas pejabat, anda tidak perlu pulang ke rumah untuk bersiap. Sebaliknya tukar sahaja tudung dan cara ikatan yang berbeza bersama kerongsang yang berkilauan.
Selain menitik beratkan mengenai pakaian, warna juga amat memainkan peranan penting. Wanita muslim tidak sesuai memakai pakaian yang berwarna terang, sebaliknya pilihlah warna-warna pastel atau lembut.
Pakailah kasut yang sesuai seperti court shoes atau but. Sandal tidak sesuai dipakai ke pejabat. Di Barat, mereka yang memakai sandal ke pejabat dianggap tidak beradab.
Solekan yang sesuai untuk muslimah. Sebagai wanita, kita harus mengenakan solekan agar wajah nampak berseri dan tidak pucat. Solekan yang tipis amat bersesuaian dengan seseorang wanita muslim. Bersolek , bukanlah untuk memikat orang tetapi dapat memberi keyakinan kepada diri sendiri apatah lagi bagi wanita yang tugasnya banyak berjumpa dengan pihak lain.
Tips
1. Digalakkan memakai baju kosong yang boleh dipadankan dengan banyak tudung bercorak.
2. Jika ke pejabat, jangan setiap hari memakai baju kurung sebaliknya selang-seli dengan baju berfesyen.
3. Pakai kerongsang yang kecil. Jika tudung merah, pakai kerongsang warna keemasan sementara tudung warna lain sesuai dengan kerongsang warna perak.
4. Wanita berbadan besar tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Jika mahu yang besar, cari yang berbentuk panjang.
5. Jangan tutup bahu dengan tudung kerana badan akan nampak lebih besar.
6. Wanita yang berbadan besar tidak digalakkan memakai tudung besar.
7. Selain kerongsang, boleh juga dipakai klip skarf atau sepit rambut yang cantik.
Sunday, 12 January 2014
SOLEKAN YANG SESUAI UNTUK WAKTU MALAM
Teknik solekan yang betul mampu membangkitkan seri wajah biarpun
hanya mengenakan mekap tipis. Namun paling penting pemilihan alat solek
yang boleh memberikan warna sesuai dengan kulit seterusnya membuatkan
wanita kelihatan anggun dalam apa jua acara dihadiri.
Cara sapuan warna yang bersesuaian dengan mood sekeliling penting kerana wajah yang kusam boleh diserikan hanya dalam sekelip mata. Apa juga teknik solekan, ia pasti akan memberikan hasil yang cantik sekiranya dipadukan dengan sapuan warna menarik.
Baginya apa yang paling penting alat solek yang lembut kerana ia mudah dicalit pada wajah, memudahkan teknik sapuan selain mampu menutup pori kulit, sekali gus membuatkan wajah tampil mulus.
WAJAH berseri selepas disolek.
Katanya, alat solek keluaran jenama berkenaan mempunyai pelbagai warna yang mampu diadun bersama pada wajah dan disapu rata, tanpa bertompok lantas menghasilkan wajah sempurna.
“Bagi teknik solekan malam, warna yang dipilih perlu lebih terang, bersesuaian dengan suasana gelap di waktu malam. Menggunakan solekan jenama ini juga tidak perlu mengambil masa lama, hanya lima minit sudah cukup untuk bersiap.
“Solekan waktu malam juga perlu lebih garang dan sesuai untuk digayakan ke majlis makan malam atau sekadar keluar berjalan-jalan,” katanya ketika menunjukkan demonstrasi menyolek menggunakan alat mekap Mary Kay di pejabatnya, baru-baru ini.
Menurut Azalina, solekan boleh dimulakan dengan bedak asas yang disapu bermula dari bahagian atas wajah menggunakan berus supaya ia lebih rata dan kemas.
Kemudian, sapukan pembayang mata bermula dengan warna lembut terlebih dulu sebagai asas kemudian warna lebih gelap di penjuru mata, sekurang-kurangnya dua atau tiga warna bersesuaian untuk mendapat kesan lebih segar sebelum melukis garisan mata.
“Ini diikuti dengan penggunaan maskara yang dimulakan bersama primer supaya bulu mata lebih lentik, tidak gugur dan tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan primer sebelum maskara mampu menguatkan bulu mata,” katanya.
Pemakaian pelembap bibir sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir penting kerana ia dapat melembapkan kawasan bibir.
“Sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir, gariskan bentuk bibir dengan pensel bibir. Sekiranya seseorang itu makan atau minum hingga hilang warna gincu, sekurang-kurangnya masih ada lagi bentuk bibir.
“Bagi mereka yang berkulit cerah, cukup sekadar mengenakan pengilat bibir berwarna,” katanya.
Mereka yang sudah sedia berbulu kening lebat, boleh mengemaskannya menggunakan gel bulu kening dilengkapkan dengan penyikat supaya tidak berserabut.
Teknik solekan boleh diteruskan dengan menyapu pemerah pipi pada tulang pipi yang disapu selepas gincu bagi mengawal warna pada wajah supaya tidak berlebihan.
“Akhir sekali, sapukan bedak mineral di seluruh wajah bagi melembutkan warna pemerah pipi dan solekan tahan lebih lama dan cantik,” katanya.
Cara sapuan warna yang bersesuaian dengan mood sekeliling penting kerana wajah yang kusam boleh diserikan hanya dalam sekelip mata. Apa juga teknik solekan, ia pasti akan memberikan hasil yang cantik sekiranya dipadukan dengan sapuan warna menarik.
Pengarah Kanan Jualan Mary Kay, Azalina Mahmood berkata, pemilihan
alat solek yang berkualiti penting kerana sesetengah alat solek agak
sukar disapu, menyebabkan mekap tidak rata.
Baginya apa yang paling penting alat solek yang lembut kerana ia mudah dicalit pada wajah, memudahkan teknik sapuan selain mampu menutup pori kulit, sekali gus membuatkan wajah tampil mulus.
Katanya, alat solek keluaran jenama berkenaan mempunyai pelbagai warna yang mampu diadun bersama pada wajah dan disapu rata, tanpa bertompok lantas menghasilkan wajah sempurna.
“Bagi teknik solekan malam, warna yang dipilih perlu lebih terang, bersesuaian dengan suasana gelap di waktu malam. Menggunakan solekan jenama ini juga tidak perlu mengambil masa lama, hanya lima minit sudah cukup untuk bersiap.
“Solekan waktu malam juga perlu lebih garang dan sesuai untuk digayakan ke majlis makan malam atau sekadar keluar berjalan-jalan,” katanya ketika menunjukkan demonstrasi menyolek menggunakan alat mekap Mary Kay di pejabatnya, baru-baru ini.
Menurut Azalina, solekan boleh dimulakan dengan bedak asas yang disapu bermula dari bahagian atas wajah menggunakan berus supaya ia lebih rata dan kemas.
Kemudian, sapukan pembayang mata bermula dengan warna lembut terlebih dulu sebagai asas kemudian warna lebih gelap di penjuru mata, sekurang-kurangnya dua atau tiga warna bersesuaian untuk mendapat kesan lebih segar sebelum melukis garisan mata.
“Ini diikuti dengan penggunaan maskara yang dimulakan bersama primer supaya bulu mata lebih lentik, tidak gugur dan tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan primer sebelum maskara mampu menguatkan bulu mata,” katanya.
Pemakaian pelembap bibir sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir penting kerana ia dapat melembapkan kawasan bibir.
“Sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir, gariskan bentuk bibir dengan pensel bibir. Sekiranya seseorang itu makan atau minum hingga hilang warna gincu, sekurang-kurangnya masih ada lagi bentuk bibir.
“Bagi mereka yang berkulit cerah, cukup sekadar mengenakan pengilat bibir berwarna,” katanya.
Mereka yang sudah sedia berbulu kening lebat, boleh mengemaskannya menggunakan gel bulu kening dilengkapkan dengan penyikat supaya tidak berserabut.
Teknik solekan boleh diteruskan dengan menyapu pemerah pipi pada tulang pipi yang disapu selepas gincu bagi mengawal warna pada wajah supaya tidak berlebihan.
“Akhir sekali, sapukan bedak mineral di seluruh wajah bagi melembutkan warna pemerah pipi dan solekan tahan lebih lama dan cantik,” katanya.
WANITA PERLU TAHU FESYEN YANG SESUAI DI WAKTU MALAM
![]() |
Menawan dengan gaun syifon daripada fabrik bercorak.
|
HARUS ada perbezaan antara pakaian untuk ke majlis malam dan siang. Ini kerana kebanyakan orang tidak menghiraukan pakaian yang sesuai untuk ke sesuatu majlis. Mereka memakai apa sahaja yang dirasakan cantik.
Tidak bijak memilih pakaian untuk ke majlis malam akan membuatkan kita malu sendiri kerana bakal diberikan pandangan sinis dan jelingan tetamu lain. Tidak mungkin anda ke majlis malam dengan memakai kemeja, blaus, jaket atau baju kurung biasa. Nanti dikatakan orang, anda tidak tahu etika ke majlis.
Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk pulang ke rumah menukar pakaian namun tetamu lain tidak memahami masalah anda itu. Jadi jika anda telah mengetahui majlis yang akan dihadiri sebaik habis waktu bekerja, bawa pakaian yang hendak dipakai pada majlis malam itu.
Atau bawa baju lain yang boleh disuai padan atau kasut yang lebih cantik dan dihiasi dengan batu permata atau kristal. Kini terdapat banyak butik dan kedai yang menjual pakaian malam yang telah siap pada harga yang berpatutan. Pilih warna yang bersesuaian dengan anda namun jangan pilih warna kelam.
Pakaian untuk ke majlis malam lazimnya lebih bergaya daripada majlis di siang hari dengan warna-warna cerah dan terang seperti merah, biru dan sebagainya. Pakaian malam harus nampak lebih elegan, eksklusif dan bergaya. Dibuat daripada fabrik yang lembut beralun seperti syifon menjadikan anda tampak begitu menawan.
Gaun kembang, dres labuh atau singkat yang dihiasi dengan batu-batu permata atau manik yang berkilat dan berkilauan amat sesuai bagi digayakan ke majlis malam. Ia membuatkan anda nampak lebih berseri daripada biasa. Inilah yang membezakan di antara pakaian majlis malam dan siang kerana pakaian yang dihiasi permata berkilauan tidak dipakai di siang hari.
MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN PUTERI UMNO NEGERI SABAH
| Bersama sahabatku Fina Zariana bekas naib ketua puteri Sabah |
| melepaskan rindu kami jarang bertemu Fina di Kota Merudu aku pula di Keningau |
| Kenangan manis bersama Fina, sewaktu pilihan raya di Pendang Kedah 2002 semasa dalam puteri, kami berdua telah menyusup masuk ke markas PAS dengan tujuan ziarah JIRAN, nasib baik tidak kena halau. |
| Ketua Puteri UMNO Malaysia |
| Mantan Ketua Puteri Umno Sabah |
| Ketua Puteri Umno Sabah yang baru Pn. Normala Rasik |
| Rakan Puteri yang masih bersama menerajui Puteri Sabah (kanan ketua puteri Pensiangan) |
Majlis yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan semua ketua-ketua puteri bahagian di seluruh sabah. Ketua puteri umno Malaysia menyampaikan ucapan tahniah kepada semua mantan puteri diatas segala sumbangan dan jasa diatas segala pengorbanan dan usaha yang telah dibuat.
Kesinambungan daripada usaha puteri2 terdahulu dan kini, puteri pada hari ini dilihat semakin mantap malah telah berjaya mengumpul bilangan ahli sehingga kejumlah ratusan ribu diseluruh negara. Negeri sabah khususnya jumlah keahlian puteri telah mencecah lima puluh ribu keatas. Kejayaan puteri menarik ramai golongan muda menyertai pergerakan ini memperlihatkan usaha terus dibuat sekaligus menambah keahlian umno dari masa ke semasa.
Tahniah dan terima kasih kepada Puteri UMNO sabah diatas ingatan buat kami yang telah bersara dalam puteri, kita teruskan perjuangan ini, kerana tiada istilah nokta dalam sebuah perjuangan selagi nadi berdetik Justeru marilah sama-sama berjuang sehingga ke detik nafas yang terakhir.
PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DIATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI
Wednesday, 8 January 2014
Friday, 3 January 2014
LELAKI TIDAK DISUKAI WANITA
Gambar hiasan
Oleh:Web MIDI
Bukanlah bermaksud wanita ini cerewet, tetapi memang fitrah wanita akan memilih lelaki yang mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin dan juga teman hidup yang terbaik untuknya hingga ke akhir hayat. Dalam banyak-banyak lelaki yang ada di dunia, ada juga golongan lelaki yang tidak disukai wanita. Faktor umur bukan ukuran ya, bab-bab memilih, wanita memang cerewet. No questions ask!
Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita
1.Lelaki yang bajet kacak
Kelakar bila guna bahasa anak muda sekarang ini, tetapi wanita memang tidak suka lelaki yang bajet kacak, ‘feeling hot’ atau merasakan diri macam lelaki Melayu terakhirlah kiranya. Bukan bermakna wanita suka yang tidak kacak, tetapi ‘kacaknya’ seseorang itu kan universal. Hati seorang wanita akan lebih terpaut dengan lelaki yang berketerampilan dan bertanggungjawab. Bukan lelaki yang kacak tetapi terpaksa ditanggung dan bukan menanggung.
2. Panas baran
Haish…tolonglah, janganlah cepat sangat naik angin dek hanya perkara-perkara kecil. Kaum wanita memang penyabar, tetapi kesabarannya ada hadnya juga. Dalam peringkat umur begini, panas baran adalah perkara terakhir yang akan dicari pada seorang lelaki.
3. Cepat merajuk
Hilanglah macho abang kalau kuat merajuk, dah tak nampak cute dah sekarang ini. Sekali-sekali tu mungkin boleh dilayan lagi. Tapi kalau dah sepanjang masa, tak larat sayang nak pujuk. Jangan sampai membawa rajuk sendiri nanti.
4.Lelaki show-off
Tengok pertunjukan memang seronok, tapi tengok orang menunjuk-nunjuk tu tidaklah rasanya. Ada wanita yang suka lelaki dengan kereta mewah, gaya yang gagah dan berjaya. Tetapi kadangkala bila si lelaki yang menunjuk-nunjuk kemewahan, gaya dan kejayaannya jadi naik tak suka pula. Lama-lama wanita mungkin akan menjauhkan diri kerana tidak mahu lagi tengok pertunjukan tersebut.
5. Terlalu tak kisah
Abang jenis tak kisah sahaja. Apa pun yang dilakukan oleh kaum wanita, dianggukkan, dibiarkan atau dibuat tak tau. Terlalu dingin boleh menyebabkan wanita cepat merasa bosan dan merasa jauh hati kerana beranggapan kurang disayangi. Wanita sukakan lelaki yang boleh menjadi pelindungnya dan mengambil berat perihal dirinya.
6. Kayu tiga
Awal-awal lagi dah main kayu tiga. Memang itulah petanda pertama akan ‘direject’ oleh kaum wanita. Wanita suka dihargai dan cepat terluka jika insan yang disayangi bermain cinta bersama wanita lain. Mungkin ada sesetengah wanita memendam rasa dengan hal ini, tapi hati yang luka akan tetap terus
Thursday, 2 January 2014
BIARLAH RAHSIA AZAM INI
Setiap kali bertukar tahun baru, ramai di kalangan kita menanam azam baru yang pasti azam baru itu sudah tentu menginginkan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam. Namun sejauh mana azam itu dapat direalisasikan terpulanglah pada diri masing-masing. Kita hanya mampu merencanakan dan berusaha namun Tuhan yang menentukan segalanya.
Tuhan mahu kita sebagai hambanya sentiasa memperbaiki tahap kehidupan agar kita dapat mengecapi nikmat hidup ini dengan lebih baik, namun bukanlah hanya sekadar duduk goyang kaki segala nikmat kehidupan itu akan datang bergolek, tetapi haruslah dengan memerah segala keringat yang ada, sebagaimana yang terkandung dalam surah Al Jumuah yang bermaksud:-
" Setelah selesai kita mengerjakan solat maka bertebaranlah kita dimuka bumi ini untuk menjalani urusan masing-masing. dan mencari apa yang dihajati dari limpah kurniah ALLAH swt, ingatlah akan Allah banyak-banyak ( walau dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat ). Demikianlah yang Allah telah pesankan secara jelas melalui Al-Quran.
Azam ku pula biarlah rahsia hanya Allah yang tahu apa yang telah ku cita-citakan di tahun baru ini, tidak diucap melalui bibir tetapi dalam hati sentiasa di zikirkan Insyah-Allah moga ianya akan tercapai." SELAMAT TAHUN BARU 2014 ".
Sunday, 29 December 2013
AKU TAKUT GEMUK
![]() |
Malangnya sejak akhir-akhir ini aku dah letih asyik kontrol makan ...nampak gayanya sudah tak dapat di bendung lagi aku dah mula makan berpinggan-pinggan, apa-apa jenis makanan kulahap dengan seleranya...segala makanan yang aku kontrol makan dulu-dulu habis kubaham..apa lagi angka yang sentiasa sempurna kekal dahulu tiba-tiba kini melambung naik huhu ini kali lah...habis tembam aku...
Kata orang kalau dah gemuk payah mau kuruskan semula eee betul kah ???? tak kisahlah yang penting sehat..
Saturday, 14 December 2013
PENGURUSAN STRATEGIK
Hari ini baru masuk modiul ke empat, ada 16 Modiul lagi yang bakal menunggu untuk di tamatkan..ahh rasanya masih terlalu lama, tak sabar ingin menamatkan yang 16 itu..dua tahun menghabiskan 20 modiul semuanya dalam bahasa Inggeris sesak juga nafas huhu, ..,,subjek STRATEGI PENGURUSAN (EBHRM), antara subjek yang paling menggmit minat saya...bukan saya tiadak biasa mendengar perkataan ini selalu sangat cuma tidak begitu ghairah dan ambil peduli, kerana tidak bersebab kenapa harus mengambil berat..namun hari ini saya jadi begitu serius dalam memikirkan hal ini, demikian juga dengan subjek-subjek lain sebelum ini..
Yalah jadi serius kerana mahu lulus dalam exam..inilah yang telah terbudaya sejak di zaman sekolah menengah dan rendah dulu, fikir mau belajar bukan kerana apa, matlamat utamanya mau lulus, tidak mau gagal. kemudian dapat markah yang di harapkan dan dapat sijil. ini harus di ubah kerana jadi tidak bermakna berkelulusan tapi tak tahu makna....
Alhamdulillah sejak belajar sepanjang hayat ini bolehlah menambah ilmu, banyak perkara tersorok telah dicungkil yang tidak di ketahui pun jadi tahu. Itulah manfaatnya..Namun ada juga suara sinis menyindir sudah tua-tua apa lagi yang mau di kejar adakah mau jadi pengarah huhu ..tidak kisahlah tua kah , mudah kah , ..kenapalah jika saya harus belajar sampai ke anak cucu, bukankah dalam agama kita di tuntut agar mencari dan belajar ilmu walau sampai ke Liang Lahad..
Thursday, 12 December 2013
Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki
Wanita harus tahu ini....
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!
2).“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”
3).“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!
4)“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan
sumber blog-untuk perkongsian buat wanita.
Saturday, 7 December 2013
WANITA TERAS DAN TULANG BELAKANG UMNO
| 4hb Disember 2013- WANITA TULANG BELAKANG KEKUATAN PARTI |
| Persidangan Wanita UMNO |
| Sebahagian Perwakilan Wanita seluruh Malaysia |
![]() |
| Menghadiri Persidangan induk |
Ucapan Dato Seri Sharizat banyak menyentuh tentang perjuangan wanita yang bukan sedikit malah wanita merupakan warga yang sentiasa bergerak pantas dalam melaksanakan segala dasar yang telah di rencanakan. Kejayaan wanita Umno memperjuangkan 30 peratus dasar dalam sektor awam dan swasta telah memperlihatkan perubahan yang sangat membanggakan.
Transformasi pertama wanita UMNO tidak harus di lihat sebagai hanya layak dan mampu bercakap soal-soal wanita sahaja tetapi dalam soal seperti kedudukan wanita, dalam membuat keputusan. soal cuti ibu bersalin, isu wanita di tempat kerja, penyediaan Taska, sensitiviti gender dan seumpamanya, ianya merupakan isu-isu penting yang terus di perjuangkan oleh wanita.
Antara cadangan pergerakan wanita, penubuhan Bank Wanita dalam negara ini apa kah wajar ianya di laksanakan?
Saturday, 16 November 2013
MESYUARAT PERTAMA PERGERAKAN WANITA BERMULA HARI INI.
![]() | ||||
| BARISAN AHLI JAWATAN KUASA PERGERAKAN WANITA UMNO PARLIMEN KENINGAU |
Semua Ahli Jawatan Kuasa berikrar akan terus mantapkan barisan bagi memperkasakan parti demi kelangsungan sebuah perjuangan yang tidak ada hentinya. Inti pati ucapan ketua wanita antaranya menyeru agar semua ahli yang menarajui pergerakan ini terus bersatu dan elakkan daripada memperkatakan perkara yang remeh, yang lebih penting pergerakan wanita ini merupakan antara sayap yang menjadi tunggak kekuatan parti yang perlu di perkasakan, lebih-lebih lagi demi menghadapi pru 14 yang mendatang pastinya cabaran lebih hebat.
Harapan ketua wanita ini juga agar semua ahli pergerakan berusaha mencari keahlian bagi menambah bilangan cawangan di seluruh parlimen. Pertambahan perwakilan ke persidangan bahagian baru-baru ini sungguh memberansangkan kerana hampir seratus-peratus kehadiran perwakilan ke persidangan tersebut. Ini merupakan petanda baik dan menunjukkan bahawa UMNO terus di terima rakyat, saranan ketua wanita ini di sambut baik oleh semua ahli dan terus berikrar akan melaksanakan dengan sesungguhnya.
Saya tertarik dengan kata-kata Pn. Hajah Roziah Saion (Pengerusi tetap) yang mana kata-kata ini di tujukan buat semua ajk pergerakan wanita, " kita sudah dewasa namun kita berusaha menjadi dewasa yang lebih matang..
Tuesday, 22 October 2013
SAYA TIDAK MAMPU GALAS TANGGUNGJAWAB INI?
Pemilihan barisan kepimpinan pergerakan wanita umno bahagian telah pun selesai di laksanakan serentak di buat diseluruh negara tanggal 12hb oktober 2013 lalu. Akhirnya terbentuk satu barisan yang bakal menerajui kepimpinan wanita umno bahagian keningau dengan suksesnya. Semuanya telah dipilih oleh para perwakilan melalui undi. Tahniah kepada semua anggota yang terpilih, khususnya Pn. Hajah Amelia Ajun yang kekal sebagai ketua wanita dengan majoriti undi 447 berbanding lawan yang hanya mendapat 62 undi.
Pada awalnya Pn Amelia telah di sahkan menang tanpa bertanding kerana pihak lawannya telah di gugurkan dari senarai kerana terdapat masalah, namun kabarnya dia telah membuat rayuan kepada umno pusat yang akhirnya membenarkan dia bertanding semula.
Terima kasih kepada para perwakilan kerana telah memberi kepercayaan pada saya menggalas tanggungjawab sebagai naib ketua wanita umno bahagian bagi penggal 2013 hingga 2016. InsyahAllah saya buat sedaya mampu menyumbang apa yang sewajarnya. Saya yakin mampu menyumbang apa yang terbaik untuk parti dan pergerakan. Penglibatan saya dalam pergerakan ini bukannya baru hari ini atau baru semalam tetapi telah berpuluh tahun lamanya, di tambah lagi tugas saya yang khusus dengan masyarakat secara langsung sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan segala urusan yang berkaitan. Pengalaman dua penggal bersama pergerakan wanita umno tahun 90han melalui proses pemilihan undian, sekaligus menjadi setiausaha ketika itu menyumbang pengalaman yang sangat berharga.
Kewujudan puteri era Tun Mahatir pada tahun 2001 faktor saya meninggalkan pergerakan wanita kerana saya diminta oleh ketua bahagian menerajui pergerakan puteri yang masih berstatus penaja ketika itu. Pengalaman mewujudkan puteri bukannya mudah semuanya dilakukan dengan kerja keras sehinggalah terbentuk satu sayap pergerakan puteri di peringkat bahagian. Peristiwa yang tak dapat dilupa dimana semua bahagian puteri diseluruh malaysia berkampung di pejabat UMNO tingkat 14 PWTC dari pagi hingga ke pagi bagi memastikan bahagian masing2 dapat bersidang, oleh kerana masuh berstatus penaja banyak masalah yang belum selesai, kebanyakan cawangan tidak boleh bersidang kerana terdapat cawangan yang tidak cukup ahli.
Faktor umur yang hanya terhad kepada 35 tahun saya meninggalkan puteri dan meneruskan kesinambungan perjuangan, saya tidak kembali bersama wanita tetapi saya beralih ke bahagian dan turut bertanding dalam pemilihan sebagai ahli jawatan kuasa bahagian. Perwakilan memberi kepercayaan pada saya dalam pemilihan tersebut Alhamdulillah saya menang dan bersama bahagian selama dua penggal.
Pengalaman bersama tiga sayap pergerakan ini begitu istimewa kerana berada dalam tiga situasi yang berbeza. Selepas berlaku pilihan raya yang baru lalu, buat saya memikirkan banyak perkara, saya menggambil keputusan sudah tiba masanya saya harus kembali bersama pergerakan wanita atas beberapa faktor. Bukan kerana tamak jawatan seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang cuba meniupkan kebencian dan menolak saya dengan menyelit berbagai fitnah agar perwakilan tidak memihak pada saya, namun Alhamdulillah perwakilan bijak menilai siapa yang harus mereka pilih. Antara lain isunya saya adalah adik kepada ketua umno bahagian, apakah mereka lupa ini adalah pemilihan melalui undian, lainlah jika saya di lantik secara percuma oleh ketua bahagian.
Ada yang cuba pertikai keupayaan saya dalam jawatan ini, Apakah saya mampu menggalas tugas ini,, mereka lupa saya bekerja dalam jabatan yang berkait dengan masyarakat telah berpuluh tahun, sepak terjang menjalankan tugas yang lebih hebat dan mencabar ini telah banyak mendidik,,, macam-macam ada....berbanding jawatan naib yang baru saya sandang ketika ini, yang mana kesibukannya dilihat hanya bermusim, soal kemampuan rasanya lebih daripada cukup, bukan bercakap besar tapi InsyaAllah boleh membantu.
Buat semua rakan dalam pergerakan wantia, yang baru mahu pun yang lama. Fokus kita adalah menumpukan tanggungjawab ini bersama dengan satu matlamat memperkasakan parti keramat ini agar terus di pertahankan demi agama, bangsa dan negara. Kepada mereka yang tidak menyokong saya semasa dalam pemilihan, sedetik pun saya tidak berkecil hati, hakikat saya harus terima bukan semua orang suka pada kita dan begitulah sebaliknya. Kalah dan menang harus kita terima dengan hati yang terbuka, bukan menyelit dendam kesumat dalam diri kerana akhirnya dendam itu akan memakan diri sendiri.

Thursday, 10 October 2013
TAHNIAH KETUA WANITA UMNO PARLIMEN KENINGAU HAJAH AMELIA AJUN MENANG TANPA BERTANDING
Alhamdulillah tengahari tadi aku mendapat perkabaran yang sangat mengembirakan bila seorang sahabat memberitahuku ketua wanita kami Pn. Hajah Amelia Ajun telah menang tanpa bertanding, apa bila pihak lawan Pn. Dolores Umbul telah di gugurkan daripada senarai dalam pertandingan bagi merebut jawatan ketua wanita umno parlimen keningau, atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak begitu pasti puncanya.
Aku terus bergegas ke pejabat Umno Bahagian untuk mempastikan kabar yang disampaikan oleh sahabatku, sah memang benar, aku mengucap syukur kerana beliau menang, jadi tidaklah terasa bimbang sangat kerana semuanya telah selesai dengan mudah.
Apa yang berlaku ini adalah berkat pengorbanan beliau apa bila beliau sanggup memilih ke tanah suci daripada menunggu saat ke tarikh pemilihan. Saat ini Pn. Amelia sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan fardu haji, kuasa Allah tiada siapa yang mampu menolak.
Ramai perwakilan wnita umno telah menjangkakan beliau pasti menang dalam pertandingan ini berdasarkan kebanyakan cawangan wanita umno di parlimen keningau masih berpihak sokongan penuh kepadanya. Sejak beliau mengalas tanggungjawab sebagai ketua wanita di parlimen, sangat ketara perubahan berlaku dan pentadbiran wanita begitu cemerlang, ini yang buat para wanita ini tidak sekali-kali berganjak dan sedikit pun tidak terpengaruh dengan segala dakyah songsang pihak lawan.
Para perwakilan lebih bijak menilai siapa sebenarnya yang layak mereka sokong. Perwakilan tidak sebodoh walau di sogok dengan kata nista dengan merika-rika berbagai cerita. Buktinya sangat jelas Pn. Amelia sangat rajin bekerja, turun padang, bertemu perwakilan dari masa ke semasa. beliau juga bersikap prihatin terhadap ahli jawatan kuasanya.
Pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan beliau dengan fitnah yang tidak berasas ini pastinya agak terkejut dengan berita ini, namun apa lagi yang mampu dilakukan hanya barangkali mengurut dada kerana sesak nafas.
Doaku semoga Pn. Hajah Amelia sentiasa sukses sepanjang menjalankan ibadat fardu Haji dan mendapat haji mabrur. Serta selamat kembali ke tanah air.

Monday, 23 September 2013
AKU TAK GENTAR DALAM PERSAINGAN INI, KALAH MENANG PERKARA BIASA
Hari ini proses untuk memulakan langkah,,,dah bermacam-macam cerita biasalah time-time pemilihan begini, perkara fitnah itu kompon tak boleh lari punya...mengundang jiwa berombak kencang, andai tiada sabar pasti berlaku tsunami yang maha hebat menghempas pantai yang tenang hehe..namun inilah asam garam dalam ruang ini sudah menjadi lumrah, namun bukan menjadi masalah besar semangat harus kuat dan tabah menjalani dugaan, hanya sabar pendamai kalbu.
Kata bidalan " JIKA TAKUT DI LAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI " apa pun arus harus di rempuh..biar gelora sebesar gunung " PERJUANGAN TIDAK BERMAYA TANPA CABARAN " tidak perlu melata atau mencetuskan amarah hanya merosak perasaan.
Empat penjuru merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian inilah yang sedang aku tempuhi mencuba nasib , bersaing secara sihat dalam keluarga parti. Kalah menang adalah resam dalam persaingan, berusaha untuk mendapatkan kemenangan, hanya aku tak punya pulus meraih sokongan hanya berbekalkan keyakinan andainya aku di beri peluang oleh para perwakilan untuk jawatan ini Insyah-Allah aku akan buat yang terbaik demi satu perjuangan yang tiada noktanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)