Sunday, 8 February 2015

DAMAI JIWA HALAMAN INDAH

Antara yang menarik menggamit jiwa
Pokok-pokok yang menghijau dan bunga-bungaan yang pelbagai warna menjadi penyeri keindahan halaman rumah. Ianya memberikan susana yang indah, segar dan membawa ketenangan hati dan minda
Rumah merupakan tempat tinggal dan anda disini setiap hari, pasti anda mahukan suasana yang nyaman dan menarik untuk tatapan anda setiap kali anda pulang dari kerja. Segala kepenatan dan tekanan akan bertukar menjadi kelegaan tatkala melihat halaman yang bersih dengan pepohon subur menghijau dan bunga-bungaan mekar berwarna-warni.
Ceriakan halaman rumah anda agar ianya tidak membosankan. Nikmati keindahan taman-taman bunga yang indah menghiasi halaman rumah. Ianya bukan sahaja mempersonakan pandangan mata tetapi mampu menjadi terapi hati dan minda agar terasa nyaman, segar dan tenang...
Keindahan Halaman Rumah
Tentu anda akan merasa nikmat dan keseronokan untuk berada sentiasa di rumah
andai halaman anda seperti ini.
Keindahan Halaman Rumah
Tidak perlukan percutian untuk menikmati keindahan, sekadar melangkah keluar dari rumah anda. 
Kehijauan dedaun dan warna-warni bunga-bungaan menyerikan taman halaman anda.

Keindahan Halaman Rumah
Pemandangan dan halaman yang indah pasti menjadi idaman setiap insan.
Keindahan Halaman Rumah
Pepohon merendang yang pelbagai warna sudah cukup membuatkan 
halaman rumah anda amat indah dan mengasyikkan.

Keindahan Halaman Rumah
Berehat diluar rumah sambil menikmati udara nyaman dan segar di samping bunga-bunga yang mekar.
Rehat yang cukup berkualiti hanya di halaman rumah.

Keindahan Halaman Rumah
Sungguh mendamaikan...itulah nikmat dari halaman rumah yang bersih dan terjaga keindahannya.

Keindahan Halaman Rumah
Hari minggu anda pasti akan sentiasa segar dan menenangkan. Halaman rumah yang indah pasti menarik tetamu untuk berkunjung dan menikmati keindahan dan ketenangan ini bersama anda.  

Keindahan Halaman Rumah
Tidak semestinya memerlukan kawasan yang luas untuk membuatkan halaman rumah anda indah dan menarik seperti taman bunga, cukup sekadar pokok bunga di dalam pasu sama ada di susun dan di gantung dengan teratur pasti akan menarik. Yang penting penjagaan pokok bunga agar sentiasa subur dan mekar disamping menjaga kebersihannya. 

Keindahan Halaman Rumah
Alangkah indah dan nyamannya berada di halaman rumah andai beginilah suasana di luar rumah anda. 

Keindahan Halaman Rumah
Tidak semestinya halaman rumah sahaja yang perlu anda jaga kecantikannya, belakang rumah anda juga perlu di jaga. Jagalah kebersihan dan hiasilah belakang rumah anda dengan pepohon dan bunga-bungaan agar tampak menyegarkan. Anda akan merasa lebih kedamaian dan ketenangan kerana di belakang rumah tiada banyak gangguan.

Keindahan Halaman Rumah
Pasti ada perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan sebuah taman yang indah dan menarik dihalaman rumah. Namun semua itu berbaloi apabila hasilnya akan memberikan anda kenikmatan ketenangan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya. 

Keindahan Halaman Rumah
Taman di halaman rumah yang indah pasti akan menarik minat sesiapa sahaja. 
Rumah anda akan lebih berseri dan menawan. 
Hiasilah halaman dan sekitar rumah anda dengan pepohon dan pokok-pokok bunga agar ianya menarik. Rumah anda...tempat dimana anda tinggal dan berehat, pasti anda mahukan suasana yang menarik dan nyaman diluar dan dalam. Nikmat menikmati keindahan halaman rumah yang mampu menenangkan dan mendamaikan jiwa dan minda anda. Oleh itu anda tidak perlu kemana-mana lagi, cukup sekadar berada di rumah... Itulah yang di namakan, Rumahku Syurgaku...

Sumber Blog Relex minda.

Saya post enteri ini dalam blog sambil menyulam impian agar segala anganan menjadi kenyataan di tahun 2015 ini.

Saya suka memerhati setiap kali berkunjung ke rumah sesiapa saja, kebanyakan masyarakat kita tidak begitu menitikberatkan perkara keindahan dan kebersihan halaman rumah, sungguh menyakitkan mata memandang, kediaman yang agak kotor dan berselerak.

Yang paling dahsyat tandas dalam rumah berbau, tidakkah keadaan ini mengundang rasa pening dan tidak selesa, melainkan mereka sememangnya telah sebati dengan keadaan demikian.

Sunday, 1 February 2015

Majlis Perpisahan Pengarah Kemas Sabah

Majlis perpisahan Tuan Zamri Mohammad Pengarah Kemas §abah telah di adakan di  Promenad Hotel Kota Kinabalu pada tarikh 1hb febuari 2015. Selama tiga tahun beliau menyumbang tenaganya di negeri Bawah Bayu ini bermula sejak tahun 2012.

Pada saya Tuan Zamri merupakan seorang pengarah yang amat disenangi mudah bergaul dengan semua orang, terutama kepada semua kakitangan bawahan, serta rajin turun ke kawasan memantau aktiviti kemas yang di laksanakan di seluruh pelusuk negeri bawah bayu. Meskipun beliau nampak tegas namun sebenarnya beliau seorang pegawai yang amat disenangi.

Demikianlah adat dunia pertemuan dan perpisahan pasti sentiasa akan berlaku, semoga tuan zamri akan terus cemerlang  dalam menjalankan tugasan ditempat baru ia itu di Pulau Mutiara. Segala jasa baik tuan zamri saat berada di bumi bayu ini akan kami kenang sampai bila-bila.

Serangkap Pantuan buat Tuan Pengarah,

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati

Friday, 16 January 2015

TINGGUR BULAWAN- Adi



                                  Arwah adik Sakril Sidik dalam kenangan

 Mencari-cari bahan untuk ditonton di ruangan you tube, terjumpa lagu-lagu dusun dendengan arwah adik Sakril Sidik mengamit jiwa saya ingin mendengar, sudah lama tidak mendengar suara emasnya berkumandang dicorong radio tempatan, lalu saya klik dan muatkan dalam blog ini. Inilah lagu-lagu yang membuat jiwa saya cukup terusik, mengajak jiwa mengenang arwah ini.

Bait-bait lagu yang di nyanyikan cukup menyentuh hati nurani buat air mata jatuh berderai, terkenang penderitaan adik sakril mengidap penyakit leukimia (sel darah putih berlebihan) sejak lahir, sering di tambah darah sehingga akhir hayatnya. Hanya lagu-lagu ini yang di tinggalkan menjadi kenang-kenangan buat semua insan-insan yang dekat dan mengenalinya.

Meskipun adik Sakril telah pergi meninggalkan alam fana ini sejak tahun 2009 namun namanya sentiasa terpahat dalam kenangan pada pengiat seni tanah air tempatan. Antara lagu-lagu yang sangat diminati ramai   " Timbok Tinggur Bulawan "  irama mendayu-dayu memukau pendengar. Semua lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya tidak membosankan untuk didengar.( kebanyakan lirik lagu arwah ini adalah hasil ciptaannya sendiri ) menurut rakannya.

Arwah adik Sakril Sidik berasal dari Kampung Bayangan Keningau.

Damailah engkau disana, Tuhan lebih menyayangimu.

Monday, 12 January 2015

Jangan 'Terjebak' Penipuan Jualan Langsung

Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna.

Kaedah perniagaannya jika dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ia diakui sebagai satu industri besar sehingga jumlah jualannya mampu mencecah berbilion ringgit.

Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melaporkan nilai perolehan yang dicatat bagi industri jualan langsung negara pada 2008 berjumlah RM5.6 bilion dengan RM3.15 bilion daripadanya disumbangkan oleh anggota DSAM yang terdiri daripada 55 buah syarikat multinasional dan tempatan.

Kejayaan ini disebabkan konsep jualan terus ini menjamin perkhidmatan dan penerangan yang sampai secara langsung kepada pengguna.

Penerangan dan maklumatnya yang jelas, turut memberi kepuasan kepada mereka. Antara produk popular menerusi aktiviti jualan langsung membabitkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan pil pelangsing.

Bagaimanapun, aktiviti jualan langsung kini dicemari oleh sikap segelintir pihak yang berusaha mengaut keuntungan dengan cara yang negatif. Sehingga timbul pandangan sinis dalam kalangan orang ramai terhadap perniagaan jualan langsung.

Daripada perniagaan berkonsepkan jualan terus kepada pengguna, ada pula segelintir syarikat jualan langsung yang menukar strategi pelan pemasaran mereka iaitu daripada kaedah jualan langsung kepada kaedah penajaan ahli.

Kaedah penajaan ahli ini lebih menitikberatkan kepada penajaan ahli baru oleh penaja dan lebih dikenali sebagai sistem Jualan Pelbagai Peringkat atau 'Multi Level Marketing' (MLM).

TANGGUNG HUTANG BANK KERANA MLM

Pelbagai cara digunakan penaja untuk menarik ramai ahli di bawahnya. Bagi yang kekurangan modal, mereka diminta membuat pinjaman bank.

Kaedah ini dinamakan front loading iaitu memaksa ahli atau pengedar membeli barangan atau servis terlebih dahulu dengan nilai yang tinggi.

Masalah timbul apabila ahli tidak mampu menjual produk berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian.

Bagi Mohd Shah Lamat, 23, hutang bank sejumlah RM23 ribu terpaksa ditanggungnya apabila mengambil keputusan tidak mahu meneruskan perniagaan itu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak mampu menaja ahli baru, tetapi berasa was-was dengan cara keuntungan yang diperoleh secara atas angin.

"Saya mula terfikir adakah rezeki tersebut halal apabila ia melibatkan keuntungan yang diperoleh atas cara menindas orang lain. Maksudnya 'downline' (ahli di bawah) saya menderita kerana terpaksa menanggung beban kewangan.

"Apa yang saya lakukan sekarang ialah hanya menjual produk yang sedia ada di dalam simpanan dan mendapat keuntungan atas jualan produk. Dan bukannya keuntungan atas penajaan ahli. Begitu jugalah yang saya nasihatkan kepada downline saya," jelas beliau yang setakat ini membayar hutang bank atas hasil jualan produk yang dibelinya.

Bagi beliau konsep jualan langsung tidak salah kerana ia membantu meningkatkan pendapatan.

"Tetapi biarlah menggunakan cara yang betul serta tidak menyusahkan orang lain. Saya terima jika ia benar-benar jualan langsung dan tidak membabitkan sebarang aktiviti yang berbentuk skim piramid," jelasnya yang pernah menyertai lima syarikat jualan langsug.


ANTARA JUALAN LANGSUNG DAN MLM

Dalam kalangan pengguna, masih ramai yang keliru di antara Jualan Langsung dan MLM sehingga menyebabkan ramai yang menganggap perniagaan MLM dan Jualan Langsung ialah satu bentuk perniagaan yang sama.

Akta Jualan Langsung 1993 menakrifkan jualan langsung sebagai jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan.

Bermaksud, ia tidak dijual atau dipamerkan di kompleks membeli-belah atau di kedai runcit, sebaliknya bergerak dengan melantik ejen-ejen yang telah dilatih. Ejen inilah yang akan memberi penerangan dan menjual produk syarikat.

Sementara MLM pula ialah satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian ahli baru dalam bentuk penajaan.

Contohnya setiap ahli dikehendaki mencari atau menaja beberapa ahli baru untuk diletakkan di bawahnya atau dipanggil downline.

Ada juga situasi melibatkan setiap ahli mencari beberapa individu untuk diajak menghadiri ceramah berkaitan produk yang dianjurkan syarikat dan jika mereka menyertai skim itu, secara automatik mereka akan menjadi downline kepada ahli berkenaan.

Sistem ini turut dikenali sebagai skim piramid yang mana idea asasnya ialah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda daripada orang lain, sebagai balasannya.

Kebanyakan skim ini mengambil peluang di atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang atau mencari keuntungan yang rumit.

Jika diperhatikan, skim piramid ini tidak mempunyai keuntungan akhir. Dengan kata lain, ia merupakan sistem berantai yang membolehkan individu terawal mendapat keuntungan daripada wang yang dilaburkan oleh ahli bawahan mereka.

Bagi mendapatkan wang, ahli perlu mencari lebih ramai orang bawahannya dan begitulah seterusnya. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barang dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal "peserta".


PILIH YANG TERBAIK

Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mewujudkan peraturan mengenai skim piramid di dalam Akta Jualan Langsung 1993 sangat bertepatan berikutan terdapat banyaknya aduan mengenai penipuan yang dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Jualan Langsung.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat syarikat yang menggunakan skim piramid secara sah dengan memberi keuntungan sama rata kepada ahlinya. Ciri yang membezakan kedua-dua konsep ini ialah wang bagi skim piramid sebahagian besarnya datang daripada peserta itu sendiri. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih banyak daripada pelabur terkemudian.

Bagi MLM yang sah, wang atau keuntungan datangnya daripada jualan barang atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim itu.

Paling utama, jika pengguna ingin melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung, pilihlah produk atau perniagaan yang sesuai. Pengguna perlu suka, selesa dan percaya dengan barangan yang dipilih bagi memudahkan mereka menjualnya kelak.

Pastikan juga anda memilih perniagaan yang mempunyai pelan pemasaran yang memberi ganjaran terhadap kerja iaitu jualan anda. Jangan sesekali memilih perniagaan jualan langsung yang bergantung hanya kepada kemasukan ahli baru kerana ia tidak akan bertahan lama.

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui atau membuat sebarang aduan mengenai Jualan Langsung, boleh menghubungi talian Hotline 1-300-888-255/1-300-888AJL atau layari laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my

Sumber- KPDN

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN JUALAN LANGSUNG.

Saturday, 10 January 2015

Meriah Majlis Rumah Terbuka Krismas 2014-2015 Parti Bersatu Sabah (PBS) Parlimen Keningau


Majlis rumah terbuka Krismas anjuran Parti Bersatu Sabah begitu meriah berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan hari ini 9hb Januari 2015. Ahli Parlimen Keningau YB Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan turut hadir sekaligus merasmikan program tersebut.

Rombongan daripada pergerakan wanita UMNO turut meceriahkan suasana dengan menyumbang beberapa buah lagu dan juga tarian dari kalangan AJK wanita kami. Terserlah kemeriahan majlis.

Hadirin bukan saja masyarakat setempat malah dari pelbagai daerah turut bersama dalam majlis ini,  perbezaan anutan agama, suku kaum dan budaya bukan satu halangan dalam meraihkan majlis rumah terbuka krismas ini. Di Sabah bukan sesuatu yang asing dalam menyambut apa juga jenis perayaan, seperti hari raya, tadau kaamatan dan majlis seumpama ini, lagi pula di kalangannya ada hubungan keluarga adik-beradik, sepupu- sepapat berlainan agama.

Inilah antara keistimewaan masyarakat sabah, untuk memupuk keharmonian hubungan masyarakatnya. Semoga keharmonian ini akan terus kekal terjalin di lingkaran masyarakat marhaen bukan saja di sabah tetapi di negara malaysia amnya.  Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang. Happy new year 2015.

Saturday, 3 January 2015

Produk Menguruskan Badan


 






KHASIAT DAN CARA PENGAMBILAN PHYTONATAL

PHYTONATAL BOLEH diamal oleh semua peringkat usia dari Kanak-kanak sehingga ke
Lanjut Usia mengikut dosej yang bersesuaian dan keadaan masing-masing tidak mengira Lelaki atau Perempuan, kahwin atau tidak dan Dalam Pantang Bersalin atau Selepas Berpantang.


Kanak-kanak yang Disyorkan Pengamalan PHYTO NATAL adalah:
Pengamalan mengikut keadaannya & Dosej perlu mengikut Sistem Kelawasannya. Kekerapan amalan terhad kepada Seminggu 1 - 3x shj.
  • Mengalami Banyak Angin
  • Kerap Loya & Muntah @ Perut Sensitif
  • Kerap Lenguh-lenguh Sendi & Tulang
  • Kerap mengalami masalah Selsema & BerKahak
  • Kerap Sakit Kepala atau Pening
  • Sering Sejuk-sejuk
  • Obesiti @ Gemuk
Lelaki & Perempuan Remaja, Dewasa & Lanjut Usia yang amat Disyorkan PHYTO NATAL adalah:
  • Untuk Menurunkan Berat Badan
  • Yang bermasalah Gemuk kerana Retensi Air & Angin @ Gemuk Angin
  • Yang bermasalah Gemuk akibat Gangguan atau Ketidakseimbangan Hormon
  • Obesiti
  • Yang bermasalah Senggugut
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang tidak lancar, sedikit atau terlalu singkat
  • Bermasalah Kedatangan Haid yang terlalu lebat, tumpah darah atau berpanjangan
  • Bermasalah Sakit Puan
  • Bermasalah Sakit Tuan
  • Bermasalah Sejuk-sejuk, Lenguh atau Kebas Sendi & Tulang
  • Sakit Urat, Bengkak Urat & Sakit Otot
  • Bermasalah Sakit Pinggang
  • Selepas Kelahiran (Secara Lahir Normal dan Lahir Pembedahan @ Caesarian)
  • Selepas Keguguran
  • Bermasalah Penyakit Lumpuh (akibat Penyakit UratSaraf atau Angin Ahmar)
  • Bermasalah Usus yang Sensitif dan sebagainya yang berpuncakan daripada masalah Angin.
  • Bermasalah Angin Pasang @ Hernia

PhytoNatal boleh diamal pada bila-bila masa yang sesuai bagi anda tidak kira dalam pantang bersalin ataupun selepas berpantang dan juga sebagai amalan kesihatan anda (tidak kira kelahiran secara normal atau secara pembedahan).
Dosej Phyto Natal perlu mengikut kesesuaian dengan sistem kelawasan anda. Sila teliti di bawah ini:

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Lawas & Normal -
PHYTO NATAL 2 - 4 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Sensitif & Terlalu Lawas -
PHYTO NATAL 1 - 2 tablet (sehari sekali atau selang-sehari)

Untuk Sistem Pembuangan Air Besar yang Tidak Lawas & Sembelit -
PHYTO NATAL 5 - 10 tablet (sehari sekali)
Pengambilan lebih dari 5 tablet hanya dikhaskan untuk mereka yang mengalami sembelit yang berat/teruk dan juga dimasa yang sama turut mengalami masalah obesiti yang serius.

Nota: Jika dosej antara 5 - 10 tablet PHYTO NATAL tidak membantu sistem kelawasan anda, terasa sebu / perut kembung berangin / najis keluar tersekat-sekat, ini bermakna anda perlukan Herba Lawas khas untuk Sembelit iaitu PHYTO CLEANSE PLUS yang digabungkan dengan PHYTO NATAL dengan dos gabungan yang tidak terlalu tinggi (contoh: PLUS 2 tablet + NATAL 3 - 5 tablet).


PROGRAM MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA NR
Menurunkan Berat Badan bagi yang Bermasalah Ketidakseimbangan Hormon, Obesiti, Retensi Air @ Sembab Air, Sembab Angin dan Berlebihan Berat Badan atau Selepas Melahirkan (6 Bulan ke atas):Setiap Waktu Pagi, Tengahari, Petang & Malam
Minum 1 gelas/mug AKAR HERBANIKA

 
Cara Penyediaan:
Rebus 2 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air sehingga mendidih, biarkan ia keluar warna teh sederhana pekat. Tuangkan ke dalam flask/thermos atau teko. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh penuh/paras Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah & sumber tenaga. Minum suam panas atau suam.
2 pkt boleh diulangi rebusan beberapa kali untuk beberapa hari sehingga cair, gantikan yang baru.

Setiap Waktu Petang – Buat Pilihan Dosej yang Sesuai dengan Sistem Kelawasan anda:
Lawas Buang Air Besar @ Normal
PHYTO NATAL + PHYTOX
2 - 4 tablet             1 - 2 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar @ Sembelit
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTO NATAL
1 – 2 tablet                              3-5 tablet
Diselang-selikan dengan Keesokannya,
PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTOX
1 – 2 tablet                            2 – 3 tablet
Ulangi cara yang diberi setiap hari atau selang-selikan.
Untuk Wanita BerHaid:

  • Teruskan amalan minuman AKAR HERBANIKA & PHYTO NATAL atau PHYTO CLEANSE PLUS atau gabungkan kedua-duanya sekali.
  • PHYTOX TIDAK BOLEH DIAMAL SEMASA HAID!
RAWATAN LUARAN SAMPINGAN UNTUK MENGEMPISKAN MASALAH PERUT BUNCIT, BESAR, LEMBIK ATAU MENGGELEBER.

Setiap waktu pagi & malam-

  • Sapu rata 1 sudu besar paras KRIM SYIFA ke bahagian atas perut, perut, pinggang, pinggul & peha sehingga krim meresapi liangan kulit anda.
  • Gunakan seluar atau pakaian dalam khas (girdle) atau pakaian yang membantu membakar lemak yang ada di pasaran sekarang untuk mempercepatkan proses kelangsingan tubuh badan. Waktu petang, mandi atau bersihkan. Kesat kering.
  • Waktu Petang atau Malam:-Sapu MINYAK HERBANIKA ke seluruhan bahagian perut termasuk payudara (jika mahu) sehingga meresapi liangan kulit anda kemudian, sapu 1 sudu besar paras KRIM SYIFA seperti di atas.
    Gunakan pakaian yang dapat menyokong bahagian perut anda agar kempis dan tidak terbiar tanpa sokongan. Biarkan sehingga waktu malam.
Kepada yang berkahwin, jika suami tidak gemarkan bau 'minyak' pastikan anda bersihkan semula dan hanya gunakan sapuan Krim Syifa' sahaja!
Semasa Mandi
Gunakan SABUN DHIA (bahagian skrab) untuk ke seluruh badan dan gosokkan ke bahagian selulit / lemak berlebihan. Bilas mandi seperti biasa. Boleh gunakan Krim di atas!

NASIHAT: Baca Dengan Teliti!
  • Dalam perubatan untuk mengimbangi semula Hormon anda, pastikan anda kurangkan atau berpantang pengambilan Ayam & Daging. Jika mahu, boleh makan secara minima iaitu ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak (very lean meat).
  • Mengikut secara perubatan Tradisional ataupun Moden, untuk mendapatkan kesan yang baik, anda tidak dibenarkan mengambil apapun jenis daging kecuali Ikan.
  • Kurangkan pengambilan Nasi & jenis Mee atau Pasta, ambil dalam kuantiti yang kecil, lebihkan pengambilan atau ratah Ikan yang besar dimasak stim, sayuran sebagai salad ala kerabu (Malaysian tastes) atau jenis Salada ala'Barat (ikut selera anda), amalan jenis Sup ala Tomyam, Sup Sayur, Sup Bebola Ikan, Sup ala'India berherba, Kari /Gulai Tanpa Santan, Jenis Roti Tosei & Chapati (sekeping, maksimum), Lebihkan stim, rebus & tanpa minyak atau bergoreng (minimumkan). Cadangan yang diberi adalah secara 'ringkas', anda boleh dapatkan khidmat nasihat yang terperinci dari 'Dietician' di Hospital Swasta atau dapatkan dari buku-buku Nasihat tentang khasiat pemakanan seimbang yang dapat membantu menurunkan berat badan.
Anda perlu bersabar & kuatkan semangat dalam menjalani program melangsingkan tubuh badan anda kerana dalam jangkamasa 2 bulan yang anda amalkan Herba-herba ini, ia berkemungkinan banyak menumpukan tugasan mengeluarkan najis-najis bercampur toksik, angin berlebihan, angin lendiran, membersihkan darah, memperbaiki keadaan dalaman sistem rahim anda, memperlancarkan keluaran darah haid semasa haid, memperbaiki sistem dalaman seperti keadaan hormon anda -

Untuk Wanita Yang BerKahwin & Tidak Berkahwin Berusia 35 Tahun ke Atas:-Kami juga amat mengesyorkan kaum wanita supaya mengamalkan Madu Nona Harmonis untuk memelihara keseimbangan hormon dalaman anda dalam membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Apabila anda bersedia dengan penuh dedikasi & komitmen, tambahan MADU NONA HARMONIS amat digalakkan pengambilannya 1 sudu teh paras setiap waktu pagi KECUALI semasa  5 hari pertama haid ataupun diambil selangseli sebagai amalan kesihatan kewanitaan.
Dengan herba NR, selain daripada dapat memelihara penurunan berat badan, ia juga menjaga dalaman anda agar seimbang, bersih, segar dan rapi kewanitaan. Ia juga memelihara kemantapan kulit badan agar tidak lembik atau menggeleber. 


Sumber Blog Nona Roguy

Selamat Tahun Baru 2015

 
Tanpa sedar kita telah berada dilembaran tahun baru, begitu pantas detik berlalu, setiap kenangan yang terpatri dalam sejarah tahun2014 menimpa negara kita tidak akan terluput dalam ingatan seluruh rakyat malaysia, kehilangan pesawat MH 370 dan MH 17 tragedi paling berperstij tinggi dalam sejarah negara.   Meskipun mungkin kita bukan di kalangan ahli keluarga yang terlibat namun kepiluan tetap terpahat dalam benak setiap insan yang ada hati dan perasaan.

Apa pun keadaan yang berlaku baik suka mahupun duka kita pasrah akur bahawa semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan qada dan qadar yang tidak boleh kita nafikan. Walau ada yang cuba menafikan bahawa itu semua adalah di sebabkan kesalahan manusia lain, apa pun alasan yang di persoalkan tetap juga tidak akan mengembalikan keadaan seperti sedia kala, yang wajar kita lakukan sabar dan tabah melalui setiap dugaan.

Setiap yang berlaku itu hikmahnya tetap ada, justeru itu marilah sama-sama sentiasa panjatkan usaha serta doa semoga kehidupan kita pada hari-hari mendatang ini akan lebih baik daripada waktu-waktu yang telah berlalu.  Kita bersyukur kerana masih diberi hayat menikmati kehidupan ini, masih bersama insan-insan yang kita kasihi dan semua yang kita miliki. Lebih indah Allah masih memberi kita peluang beribadat  serta melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidup ini, melainkan tiada keinsafan langsung ke arah kebaikan yang rugi adalah diri sendiri. Wallahualam.

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Saturday, 27 December 2014

Majlis Pelancaran Antologi Cerpen

Antara buku Antalogi yang di lancarkan hasil karya penulis tempatan
Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran buku antalogi cerpen Nyiur Gading Tinggi Menjulang hasil karya penulis tempatan yang telah di resmikan oleh Pengarah DBP Sabah Pn. Hajah Asmiah Hj Ajamain, Undangan daripada sahabat saya Sofe Clara sejak beberapa minggu lalu berulang kali sahabat saya ini mengingatkan agar saya tidak menghampakan undangannya kali ini kerana majlis kali ini akan di buat di daerah kami iaitu di Hotel Perkasa keningau.

Oleh kerana majlis kali ini akan di langsungkan di daerah sendiri kali ini terpaksa saya mengalah dan memenuhi undangannya. Ini kali pertama saya menghadiri majlis seumpama ini sejak sekian lama, kerana sudah bertahun lamanya saya tidak bersama dalam majlis-majlis sebegini lantaran kesibukan tugasan kerja.
Beberapa penulis hadir bersama dalam majlis ini dan berkesempatan berkenalan dengan mereka. Tetamu undangan agak ramai juga yang hadir dari sekiar daerah keningau selainnya dari luar daerah.

Sofe Clara sahabat saya sejak remaja lagi kami bersama dalam persatuan Bahasa cawangan Keningau satu masa dulu sekitar lewat tahun 80han yang mana ketua persatuan kami ketika itu ialah Pn. Siti Rahmah Hj Ibrahim. Saat itu agak rajin menulis karya terutama sajak dan puisi sesekali menghias didada akbar tempatan dan majalah. Adalah juga beberapa kali menghantar berupa artikel dan puisi di majalah jabatan, selepas itu tidak pernah lagi menulis walau keinginan masih berbunga-bunga. Namun persatuan kami itu akhirnya tenggelam begitu saja setelah ketiadaan kak siti Rahmah kerana berpindah tugas ke kota kinabalu.

Saya pula tidak lagi mengikuti mana-mana persatuan yang berkaitan dengan persatuan sebegini, maklumlah saya agak sibuk dalam pelbagai hal, namun manalah tahu selepas menghadiri majlis ini atas dorongan dan sedikit motivasi dalam ucapan puan pengarah DBP akan hadir lagi minat untuk berkarya semula. huhu ..

Untuk menulis karya kreatif ini sebenarnya bukanlah susah sangat pun, yang penting ada minat dan kesungguhan untuk menghasilkan karya serta rajin mentelaa merujuk mana-mana hasil tulisan daripada mereka yang telah menghasilkan karya-karya yang canggih-manggih, minat boleh dipupuk, setelah ada minat bakat akan datang dengan sendirinya...kata orang yang pakar dalam berkarya. kalau malas habuk pun tarak.

KENINGAU BENARKAH BIDANG PERNIAGAAN DIMONOPOLI WARGA PILAK DAN INDON?

Kebanyakan peniaga ini warga Indon dan Pilak
Bandar Keningau
Suasana Pasar Malam Keningau

Keningau bandar PILAK dan INDON kata-kata sinis ini sering menjadi bahan perbualan sesetengah masyarakat tempatan daerah keningau. Bila melihat bandar keningau hari ini telah jauh berubah berbanding tahun 70han 80han dan 90han. Hari ini saya sebagai anak jati tempatan daerah keningau sangat berbangga dengan pencapaian ini, semua kemudahan ada, hanya laut yang tiada.

Pembangunan begitu drastik berlaku sehingga tidak dapat dibendung, antara faktornya banyak sumber pekerjaan yang mengundang pendatang asing berduyun-duyun ke daerah ini menjadi tenaga pekerja, bukan saja dalam bidang binaan tetapi di sektor perladangan sebagai tenaga buru. Warga pilipina, Indon dilihat paling ramai mana kala warga pakistan jumlahnya agak sedikit tetapi nampak pertambahan bilangannya dari masa kesemasa, terdapat juga warga cina tetapi amat sedikit bilangannya.

Kebanjiran pendatang ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang agak baik di daerah ini namun dari sudut sosial banyak perkara meresahkan rakyat tempatan. Pertambahan bilangan mereka dari masa kesemasa sangat ketara, ini dilihat bila waktu-waktu hujung minggu, bandar keningau ini bertukar wajah persis berada di bandar indon atau bandar pilipin.

disamping mereka bekerja dalam pelbagai bidang, mereka juga bijak menggunakan peluang yang ada,  ada dikalangan mereka, menggambil kesempatan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, bukan saja di kaki-kaki lima kedai, malah mereka juga berniaga di pasar-pasar malam, pasar awan secara terbuka tanpa permit yang sah. Penjualan rokok seludup tanpa larangan begitu berleluasa dibiarkan pihak berwajib begitu saja.

Ekoran daripada keadaan ini timbullah rungutan dikalangan sesetengah para peniaga tempatan terhadap peniaga pendatang ini, yang mana mereka dilihat mendapat keistimewaan kerana berniaga di permis-permis awam yang sepatutnya hanya mengutamakan warga tempatan sahaja. Hal ini mendorong saya melakukan siasatan berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan.

Saya mendapat sumber dari beberapa orang peniaga pendatang bahawa tapak  yang mereka gunakan untuk menjalankan perniagaan adalah milik orang tempatan yang disewakan kepada mereka.

 Kadar sewaan antara lima ringgit hingga ke sepuluh ringgit sehari, jadi kiralah dalam sebulan pemilik ini mendapat sewa sebanyak seratus lima puluh ringgit atau lebih dari itu. Sudah tentulah si pemilik tapak ini hanya goyang kaki tanpa bersusah payah mengeluarkan keringat mendapat duit secara percuma dari penyewa. Pelbagai cerita yang kurang enak saya dengar, entahlah susah juga bercakap secara terbuka kerana ini melibatkan kakitangan agensi yang berkenaan.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, adalah lebih baik pihak yang berkenaan melakukan pemantauan agar mana-mana individu yang terlibat menyewakan permis kepada pendatang ini batalkan saja tapak yang mereka miliki dan memberikan kepada warga tempatan yang benar-benar memerlukan. Adalah satu ketidakadilan kepada masyarakat tempatan yang berulang kali membuat permohonan tetapi tidak di luluskan kerana demi satu imbuhan.
 
Keningauku kini bila dilihat sudah bertukar wajah, sudah seperti daerah Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu, warga asing kini lebih ramai jadi penghuni kelihatannya sudah menenggelamkan warga tempatan itu sendiri.

Kita mungkin berbangga dengan pembangunan yang kian maju namun kini kita terpaksa bersaing merebut peluang kerana warga asing ini dulunya berstatus PATI namun kini mereka juga sudah setaraf dengan warga tempatan memiliki ic yang sah, semua ini berpunca daripada segelintir warga tempatan yang sangup jadi penghianat kepada bangsa sendiri memberi ruang kepada bangsa asing ini terus bertapak ditanah sendiri.  Demi wang sangup mengadai maruah.

Alangkah sedihnya jika suatu masa dan tidak mustahil akhirnya kita menjadi pelarian dibumi sendiri. Mungkin bukan pada zaman kita tetapi pada jenerasi kita. Maka terbuktilah kebenaran apa yang terkandung dalam sebuah lagu " ANAK KECIL MAIN API "





Benarkah Kenyataan Ini? Lelaki Tua Lebih Istimewa

Ada yang berkata memilih pasangan hidup dikalangan lelaki lanjut usia lebih istimewa berbanding lelaki  muda, sejauh mana kebenaran ini hanya empunya diri lebih mengetahui. Lelaki tua  atau muda masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sebagai manusia biasa dan bukannya bersifat sempurna.

Mungkinkah Warga emas atau lelaki yang telah lanjut usia menjadi pilihan si gadis kerana lelaki ini di lihat lebih matang dan membimbing atau telah ada segala-galanya dalam konteks berharta dan berkerjaya, berbanding orang muda yang mungkin masih terkial-kial mencari-cari keperluan hidup. Namun perkara sebegini pasti ada pro dan kontranya kerana soal tua atau muda bukanlah satu jaminan kearah kehidupan lebih bahagia.

Yang penting dalam kehidupan berpasangan adalah saling toleransi,  kerjasama dalam mengatasi setiap masalah. Soal tua atau muda bukanlah satu ukuran.

Thursday, 18 December 2014

BUAT YANG TERBAIK SELAGI HAYAT MASIH ADA

Tahniah Zul
Alhamdulillah tanggal 7 Disember 2014 majlis konvokesyen anakku telah berlangsung bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UNIZA) setelah tiga tahun menghabiskan seisi pengajian dalam bidang sejarah dan tamadun islam. Tarikh ini terlakar satu sejarah buat seorang anak bergelar siswa. Fasa demi fasa menjalani ranjau kehidupan bergelar pelajar saat bermula daripada sekolah Tabika, sekolah rendah, menengah seterusnya ke Universiti, waktu-waktu yang dilewati sudah tentu banyak dugaan  namun andai tiada kecekalan pastinya impian tidak akan tercapai.

Selepas menghabiskan fasa ini, kini meneruskan pengajian selama tiga tahun lagi dalam bidang sarjana muda sains sosial dan dakwah, usaha harus di teruskan kerana perjuangan belum ternokta anakku semoga dapat berbakti kepada agama bangsa dan negara, anda adalah harapan negara, kalian adalah anak-anak bangsa yang bakal mencorak kepimpinan negara pada masa mendatang Insyahallah.

Kegembiraan jelas terlihat pada riak wajahnya pada hari bersejarah ini. Aku juga turut gembira kerana dapat hadir pada majlis kali ini. majlis konvokesyen dua orang kakaknya yang lalu aku tidak berkesempatan hadir lantaran kesibukan dalam menjalankan tugas.

Doa seorang UMI tidak bernokta sehingga terhentinya nafas dari jasad  " BUAT YANG TERBAIK SELAGI HAYAT MASIH ADA ". Tahniah

Sunday, 30 November 2014

MH 370 MH 17 HADIR MENGONCANG JIWAKU


24hb november satu detik yang cukup mendebarkan. Saat menaiki pesawat  MAS MH 2638  dari KKIA Kota Kinabalu menuju ke KLIA 1 Kuala Lumpur  lebih kurang dua jam setengah berada diudara, biasalah setiap kali menaiki pesawat pelbagai perasaan hadir meneroka dialam minda selagi tidak mendarat didaratan selagi itulah hati tidak akan tenang. Namun tarikh ini hati lebih tidak keruan nafas pun rasa sesak.

Sebaik anak kapal mengumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi di KLIA 1,  saat pesawat itu berada diparas ketinggian dalam kesesuaian untuk mendarat, perasaan ini terasa lega kerana rasa bimbang bakal berakhir, kedengaran bunyi roda pesawat bersedia untuk mendarat, namun tiba-tiba pesawat itu terbang tinggi semula semakin tinggi, selepas saja pesawat dalam keadaan selesa diudara, anak kapal mengumumkan pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan cuaca agak buruk, sementara menunggu cuaca kembali redah pesawat hanya berlegar-legar diudara kelihatan diluar tingkap pesawat cahaya kilat sekali-sekala muncul, hujan terus mencurah-curah turun, awan pula mendung
\.
Selepas 45 minit pesawat cuba mendarat sekali lagi namun masih gagal kerana hujan masih lebat, kilat pula semakin ligat sambar-menyambar aduhhh perasaan ini hanya Tuhan yang tahu, keadaan para penumpang saat itu semuanya membisu, satu suara tidak kedengaran aku lihat salah seorang rakan kami mula menanggis wajahnya kelihatan pucat lesu, dia asyik memandang diluar jendela pesawat sekali-sekala dia memandang ke arahku satu pandangan penuh harapan.  Akhirnya para penumpang diberitahu sekali lagi oleh anak kapal, pesawat terpaksa mendarat ke lapangan terbang senai Johor demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, perasaan aku sedikit lega.

Saat berada diudara aku asyik teringatkan pesawat MH 370 dan MH 17 yang telah tiada, apa kah akan berlaku seperti itu, pelbagai andaian menghujani fikiran ini. Beberapa minggu lepas telah dua kali aku berulang alik ke kuala lumpur menaiki pesawat AirAsia namun tidak berlaku perkara begini namun dengan menaiki pesawat MAS ini hati agak bergelora kerana teringat dua pesawatnya . Kehilangan pesawat MH370 yang masih tidak diketahui hilang entah kemana sehingga saat ini masih tidak diketahui nasibnya, manakala  MH17 pula terkorban akibat dibedil pihak yang tidak bertanggungjawab, semua ini bermain ligat di fikiranku, namun dalam hati terus saja berdoa semoga selamat tiba ke destinasi.

Sebenarnya bukan kali ini saja aku melalui keadaan begini saat menaiki pesawat, malah ada yang lebih dahsyat pernah berlaku, saat itu aku menaiki pesawat MAS menuju ke Kucing ini pun akibat cuaca buruk,  gegaran kuat berlaku pada pesawat minuman yang dihidangkan habis bertumpahan, pesawat pula bagai nak terhempas ke bumi, para penumpang sudah berteriakan tidak keruan huhhh..

Sebaik pesawat mendarat di Lapangan terbang senai Johor perasaan kembali tenang, setenang teduhnya hujan, walau diiringi dengan deraian suara anak-anak menanggis mungkin mereka telah keletihan berada dalam pesawat terlalu lama simpati juga rasanya pada ibubapa mereka yang terpaksa menenangkan anak-anak mereka dari terus menanggis.

Di negeri itu cuacanya agak cerah, hampir satu jam setengah mendarat disitu, kelihatan beberapa buah pesawat AirAsia dan Mas turut mendarat di lapangan terbang itu mungkin juga mengalami keadaan yang sama.  Para penumpang tidak di benarkan keluar dari pesawat di arahkan hanya duduk diam sehingga tiba waktu untuk berlepas semula.

Waktu telah menunjukan pukul 5.45pm di umumkan semula pesawat akan melakukan penerbangan menuju ke Kuala Lumpur sebentar lagi, jiwaku kembali bergelora bagai ombak menghempas pantai, hati pula terus berkata-kata...45 minit saat berada di udara cuaca kelihatan masih tidak menentu, hujan dan kilat masih berlaga, gegaran pesawat sekali-sekala terasa bagai berada dijalan raya tidak berturap. Saat pesawat mendarat hentakan kuat buat jantungku bagai nak gugur, hujun masih turun mencurah-curah Alhamdulillah akhirnya tiba ke destinasi dengan selamat walau hampir 8 jam berada dalam pesawat.

 Pesawat MAS masih jadi pilihan penumpang menuju kemana-mana distinasi kerana layanan sentiasa istimewa serta mesra penumpang oleh warganya.



10 RAHSIA @ HELAH SOLEKAN (RAHSIA UTAMA)


RAHSIA 1 : GUNAKAN BERUS SOLEKAN YANG BERKUALITI

Perkara pertama di dalam setiap pembelajaran solekan akan ditekankan mengenai cara & teknik penggunaan berus solekan dengan betul.. Berus & produk yang digunakan untuk makeup sebenarnya amat penting dalam menghasilkan solekan yang cantik.. 
Sebagai contoh, katakan anda telah menggunakan berus yang biasa & murah, menggunakan produk solekan yang dibeli dikedai RM5, & anda juga mempunyai kemahiran yang asas & biasa2 jer.. Hanya dengan membelanjakan sedikit wang untuk membeli berus & produk solekan yang lebih berkualiti, pastinya solekan anda akan menjadi lebih cantik, gebu dari biasa walaupun tanpa memperbaiki teknik anda.. Sikap berani mencuba juga patut ada dalam diri seorang yang ingin kelihatan cantik..
Berikut adalah 8 jenis berus asas yang anda wajib ada:-
 
   1. Foundation brush
2. Concealer brush
3. Fluffy powder brush
4. Blush brush
5. Small blending brush
6. Flat eyeshadow brush
7. Precision angle brush
8. Lip brush

Saturday, 22 November 2014

PENGALAMAN PERTAMA MEMANDIKAN JENAZAH

Bila sebut perkataan jenazah terbayang dalam minda kita sekujur mayat yang sudah tidak bernyawa, menakutkan, seram dan pelbagai perasaan menerawang dalam fikiran kita. Namun padaku sedetik perasaan pun tidak terdetik dihati kecil ini rasa takut atau seram perasaan biasa-biasa saja.

Seawal usia 13 tahun aku  telah terlibat memandikan jenazah secara kebetulan bukan dirancang , satu hari ada seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, kami tinggal dalam satu kampung tetapi rumah kami berjauhan. Setelah kabar dihebahkan kematian wanita ini sibuklah orang kampung pergi berziarah ke rumah keluarga ini, aku juga turut hadir saat itu bersama beberapa orang wanita remaja dan orang tua.

Saat berada dirumah wanita yang meninggal ini suami wanita itu memberi tahu kepada seorang ustaz yang ada bersama dalam rumah keluarga wanita yang meninggal ini, jenazah isterinya akan di kebumikan selepas solat zohor, waktu itu mungkin dalam sekitar pukul 11.00 pagi, tanpa membuang masa ustaz itu minta beberapa orang wanita tampil bagi membantu menguruskan jenazah tersebut,  beberapa orang wanita tampil menawar diri bersedia untuk membantu mengurus jenazah tersebut termasuk aku sekali. Aku pula sangat berbesar hati menerima pelawaan itu walaupun tiada pengalaman.

Aku dan beberapa wanita dewasa ini tanpa membuang masa mula mengatur urusan bermula dengan menyediakan kain kafan yang telah disediakan oleh suami wanita itu, air mandian dan segala apa yang perlu disediakan, kami berbagi tugas, dikalangan wanita dewasa ini beberapa orang diantaranya telah berpengalaman, yang berpengalaman inilah menjadi ketua oprasi dalam urusan tersebut. Sepanjang memandikan jenazah ini hati kecilku terasa sayu dan sedih melihat keadaan jenazah ini sedetik pun tiada perasaan takut, wanita ini meninggal saat melahirkan anaknya, kesnya uri tidak boleh dikeluarkan daripada rahimnya mana kala anak yang dilahirkan itu selamat, uri terpaksa dipotong, yang memotongnya tak tahu pula aku mungkin bidan yang melakukan. Wanita ini melahirkan anaknya dirumah.  menurut suaminya isterinya enggan  ke hospital maklumlah sejak anak pertama dia hanya melahirkan anaknya dirumah hinggalah trajedi ini berlaku.

Sejak dari itu aku sering terlibat memandikan jenaza tidak kira, jenaza kanak-kanak, orang tua dan remaja, bukan saja dalam kampung sendiri tetapi di luar kampung malah pernah juga sampai  ke luar daerah sehinggalah umur aku menjejak ke 20 han. Sepanjang aku terlibat memandikan jenazah tidak pernah sekali pun berlaku apa-apa perkara yang tak diingini sehinggalah satu hari ketika aku terlibat memandikan jenazah seorang wanita tua diluar kampung, selepas saja jenazah itu dimandikan sehingga urusan semuanya selesai. Aku pun pulang ke rumah, setiba di rumah perasaanku rasa lain, seluruh anggota tubuh rasa sejuk dan lemah, perasaan jadi tidak tenteram,  lalu aku memberitahu ayahku yang kebetulan sedang berada dirumah ketika itu,

Tanpa mmbuang masa ayah memberikan aku air penawar yang telah dia baca dan menyuruh aku minum. Selepas meminum air penawar itu perasaan ku  kembali tenang rasa sejuk pun beransur hilang. Kata ayah aku lemah semangat. Tak tahulah lemah semangat yang bagaimana. bukan sekali atau dua kali aku telah terlibat memandikan jenazah tetapi tak terkira. setelah berlaku peristiwa itu, ayah  melarang aku untuk terus terlibat memandikan jenazah, sejak itu sehinggalah kehari ini aku tidak lagi libatkan diri dalam memandikan mana-mana jenazah. Sehingga saat ini aku tak tahu apakah sebenarnya punca keadaanku itu.

Sekadar gambar hiasan

Aku Mahu Kekal Kurus Sampai Bila-Bila

Sememangnya aku paling takut bila berat badan bertambah, dalam erti kata menggemuk, sebab itu hari-hari mau timbang berat..berat meningkat atau menurun, ..bila turun berat nampak kurus sedikit, bila naik berat nampak tembam sedikit huhh. Bila kurus orang tanya kenapa kurus, sakit kah? susah hati kah?,,, bila gemuk orang cakap tidak pandai jaga badan. kuat makan..aduii susahnya ..manusia oh manusia.

Wanita bila sudah meningkat umur mulalah terlihat kembang sana, kembang sini, terutama perut yang dulunya kempis sekarang dah semakin membuyut lebih-lebih lagi selepas ada anak..  macam perempuan mengandung tujuh bulan, . Bila tengok diri di cermin aduhai hodohnya teramatlah hodoh berperut buncit....

Jika ingin kekal kurus kenalah berusaha bersungguh-sungguh menjaga body persis body seorang ratu,  jaga pemakanan elakkan diri dari makan nasi dalam kuantiti yang banyak serta kurangkan makanan berlemak banyakkan makan sayuran dan buahan banyakkan minum air putih hahh biar kekal anggun dengan tubuh kurus yang menawan yang penting sehat.



Sunday, 2 November 2014

SAYA PUN TIDAK TAHU APA ITU GST ?

GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST


Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. 
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin
menjatuhkan imej Kerajaan
. Hanya di Selangor...
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil
Negara-Negara ASEAN
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
2
Filipina
1988
10%
3
Kemboja
1999
10%
4
Laos
2009
10%
5
Singapura
1999
7%
6
Thailand
1992
10%
7
Vietnam
1999
10%
8
Malaysia
2015
6%
9
Brunei
-
-
10
Myanmar
(Dalam kajian)
(Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. 
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Perkara
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
Barang makanan asas
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
Perkhidmatan pengangkutan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. 
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. 
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus. 

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi. 
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala. 
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta. 
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan. 
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. 
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan? 
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
  • Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  • Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus. 
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. 
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah? 
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
% Kadar GST dikenakan
Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
14
Turkmenistan
1993
15%
2
Turki
1984
10%
15
Jordan
1994
16%
3
Maghribi
1986
20%
16
Mauritania
1995
14%
4
Pakistan
1990
16%
17
Tunisia
1998
18%
5
Mesir
1991
10%
18
Kyrgyztan
1999
20%
6
Kazakhstan
1991
12%
19
Chad
2000
18%
7
Mali
1991
18%
20
Sudan
2000
15%
8
Bangladesh
1991
15%
21
Kosovo
2001
16%
9
Benin
1991
18%
22
Lebanon
2002
10%
10
Algeria
1992
17%
23
Ethopia
2003
15%
11
Azerbaijan
1992
18%
24
Bosnia Herz
2006
17%
12
Uzbekistan
1992
20%
25
Tajikistan
2007
20%
13
Burkina Faso
1993
18%
26
Iran
2008
5%
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). 
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
  • Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
  • Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
  • Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
  • Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
  • Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
  • Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
  • Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Sumber- My Massa