Saturday, 15 October 2016

INI CERITA SERAM

Bila mendengar orang  berkisah tentang cerita seram pasti meremangkan bulu roma, apa lagi  yang diceritakan itu dialami oleh si pencerita sendiri.

Aku pernah lalui keadaan ini dengan melihatnya sendiri didepan mata beberapa kali,  namun saat perkara itu berlaku aku langsung tidak menyedari  apa yang ku lihat itu adalah spesis mahluk halus. Hanya ku sedari setelah ianya berlalu. kerana terfikirkan semula apa yang ku lihat itu ada sesuatu yang agak pelik.

Peristiwa ini berlaku ketika aku pulang dari daerah Tambunan setelah tugasan jabatan selesai. Sekitar  hampir pukul 7 malam, aku tiba disatu kawasan apin-apin,  dipinggir jalan sebelah kiri,  saya melihat dengan begitu jelas dari pancaran cahaya lampu kereta, sosok tubuh seorang perempuan sedang berdiri.

Aku tidak meliihat pada keseluruhan wajahnya kerana dia memandang kearah lain, cuma terdetik tandatanya kenapa perempuan itu berada disitu, seorang diri, dalam kawasan gelap, lagi satu hal yang menjadi tandatanya sebelah wajahnya itu seperti dioles bedak sejuk warna putih, bajunya pula nampak jarang.

Begitulah kisahnya yang aku anggap saja ianya spesis mahluk halus. Bila teringatkan semula meremang juga bulu tengkok aduii.


Friday, 14 October 2016

ANTALOGI TANGON MOMOGUN 2016

TANGON - mengandungi 20 cerpen pelbagai kisah - cerita2 etnik yg menarik. Anda boleh hubungi penulis2 Tangon untuk tempahan

1. Angela Engkuan
- ANDAAU
- CINTA UMPUVAN

2. Dhuha Steffa
- DAYANG SOROMIN

3. Flora Majamin 
- SINSIDUT
- CINTA PUTERI KALABINTANG

4. Haini Karno
- PENGGANTI IBU
- ANUGERAH KESABARAN

5. Jemmy Markus
 - SOGINDAI DI BUKIT PADANG
- LINOMPUKA UNTUK INA

6. Jessy Mojuru
- MONDOU

7. Kathirina Susanna Tati
- DUNSAI
- PANGAZOU

8. Monsu Godon
- SESAT DI SALINATAN
- PEMIKAT

9. Noorfadzillah Omar
- AMARAH ROH BUMI
10. Nurul Omar

- MISTIK NGADAU
11. Witer Gunik
- CISCA DARI NUCA NEPA LALE
- APUNG

12. Yatim Ahmad
- TETAMU DI BILIK PAMERAN
- TIADA LAGI TUDUNG DUANGMU, EYANG

Berikut sebahagian lagi sinposis dr buku Tangon;
*PENGGANTI IBU*

MENGISAHKAN watak aku yang balik ke kampung setelah sembilan tahun merantau mengikut suami bertugas di luar negara. Aku menceritakan kenangan semasa kecil sehingga remaja dibawa oleh ibunya setiap kali membidani kelahiran bayi di kampung. Kembali ke kampung, dia terpaksa membidani sepupunya dan pengalaman mengikut ibunya ketika menjalankan tanggungjawab itu terimbau kembali. Ibunya seorang bidan kampung yang masih mengamal petua dan pantang larang. Mampukah watak aku menjadi pengganti ibunya?

*LINOMPUKA UNTUK INA*

JILON sememangnya tidak percaya bahawa makanan yang dihidang semasa upacara momisok, benar-benar akan dijamah oleh roh si mati. Sungguhpun berasa ragu-ragu, Jilon sifatkan usahanya menyiapkan linompuka itu sebagai tanda terima kasih kepada ibunya yang telah meninggal itu. Sebagai menghormati tuntutan adat, dia tetap menghidangkan beberapa bungkus linompuka. Apakah yang berlaku pada malam momisok itu?
# Jemmy Markus Haini Karno
Selamat membaca

Sunday, 9 October 2016

KITA TIDAK MAMPU MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG

Manusia ini telah diciptakan sikapnya begini,  namanya pun manusia banyak kelemahan dalam soal berfikir ada saja perkara yang tidak memuaskan hati. Bersyukur jauh sekali hanya tahu menunding jari menyalahkan orang,  diri sendiri belum tentu sempurna.

Benarlah kata-kata ini, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang, meskipun kita telah melakukan sehabis daya yang terbaik, tetap juga kata tidak memuaskan,,, hem begitulah lebih kurang. Selagi manusia bernama manusia tetaplah banyak kelemahannya. Terutama kelemahan sendiri tidak sedar.

PERTEMUAN PENYAIR ASEAN 2016

Bersama rakan penyair dari Berunai Sonjan, dari Indonesia dan Semenanjung

Kak Ony Latifah dan Katirina Tati menyampaikan puisi "BOBOLIAN"

3 september 2016 - Aku melakar sebuah memory indah hadir sebagai peserta, Pertemuan penyair Asean 2016, julung kali aku hadiri program seumpama ini,  hebat-hebat belaka mendeklamasi puisi dikalangan para penyair buat aku terkasima seketika. Aku yang baru berjinak-jinak ini begitu rasa teruja dalam suasana sebegini.

Sekian lama aku terpisah, kini jiwa kembali segar berbunga. Waktu terluang ini  meng bakat harus diteruskan.  Menghasilkan karya berbentuk puisi aku agak lembab berbanding cerpen bolehlah setakat coret-coret saja.

Rasaku aku lebih damai dalam suasana bersama para karyawan dalam kalangan para panyair berbanding aku berada dalam suasana dunia politikku, dua suasana yang amat berbeza, lalu aku berfikir-fikir suatu masa aku mengambil keputusan barangkali aku memilih suasana yang mengajak hati kearah kedamaian dari terus bergelomang dangan rasa yang mencengkam perasaan.

Ini yang sempat kucoret,
NurAzimah Abu Bakar menyampaikan puisi " SRI KANDI BANGSAKU".
"MASIHKAH RELEVAN PUISI" Ramli wahab.. puisinya sungguh menikam kalbu.
Penyampai dari malaysia.
"KUPU-KUPU MERDEKA" ...dari Johor
Dari Thailan..pemuisi Abd Razak.. dlm bahasa thai yg bermaksud" Negeri mana tanpa ahlak etika..
Persembahan puisi dari indonesia
"Epelog dendam jebat"

Dua orang sahabat aku dari Bawah Bayu Borneo turut menyampaikan puisi tradisi "BOBOLIAN"  Kak Ony Latifah dan Katarina Tati yang tidak asing lagi dikalangan penyair Sabah. Aku turut berbangga dengan persembahan mereka diatas pentas dengan pakaian tradisi "Dusun Kimaragang dan Kadazan ".

Aku pulang membawa suatu kenangan yang paling manis  Berkenalan dengan kak Ony Latifah , rakan dari Kota Merudu dipandangan mataku dia seorang yang unik dan klasik setia dengan ketaradisian suku kaumnya Kimaragang. Katirina seorang wanita kadazan yang aku kagumi hebat gigih cekal berwibawa.

 Aku yang dusun tulin ini sudah jauh terpisah dengan alat2 tradisi .. banyak hal yang aku tidak tahu hemmm...bukan sengaja melupakan tetapi kerana keadaan dan persekitaran.


Tuesday, 27 September 2016

PERSEKITARAN TERATAKKU MENGHIJAU DAMAI



Kegiatanku dihujung minggu kini lebih terisi dengan aktiviti berkebun dengan pelbagai tanaman, terutamanya pokok bunga-bungaan wah damainya kalbu melihat pohonan bungaku tumbuh dengan begitu subur. Ohh asyikk



Friday, 12 August 2016

AKU KEHILANGAN SEORANG SAHABAT

12hb ogos 2016 tarikh ini takkan terlupa dek ingatan, pemergian seorang sahabat dalam jabatan amat mengejutkan. Dia pergi buat selamanya meninggalkan alam fana ini.

Tarikh akhir kami berbual melalui whatsap 25hb Julai aku ingin mengundangnya bersama keluarganya ke majlis rumah terbuka raya dikediaman kami dikampung  yang akan berlangsung pada 31hb Julai, ketika itu dia memberi tahu dia kurang sehat, badan sering terasa sejuk dan panas. Telah melakukan rawatan kekelinik sawasa dan hospital namun doktor memberitahunya semuanya baik-baik saja. Doktor gagal mengesan penyakitnya.

Setelah dia meninggal baharulah diketahui rupanya dia terkena jangkitan virus kencing tikus. Kehilangannya amat dirasai oleh sahabat handai  sikap ramah dan sentiasa menceriakan suasana setiap kali dlm perbincangan kini tidak lagi semeriah dulu.  Damailah engkau dialam sana wahai sahabat. Kami yang tinggal pasti akan menyusul saatnya tidak pasti bila.

Thursday, 21 July 2016

CERPEN MENZIARAH KENANGAN

Sayup-sayup kedengaran azan Subuh alunan suara serak dan lemah Imam Tua dari surau usang di hujung kampung mengejutkan aku yang terlelap di beranda. Angin dingin yang belum disentuh matahari bagai menyucuk tulang. Kampung terpencil ini masih berselimut kabus pagi yang nyaman dan bersih. Aroma bunga inai, melor dan kemboja bersatu melemparku ke daerah kenangan. Ya, aku kembali untuk menziarah kenangan di daerah kecil ini, terutama rumah usang atas tanah pusaka arwah ibu dan ayah.

Kabus yang memutih semakin jelas kelihatan dan kicau burung makin galak di pohon keriang di tepi rumah. Selepas menunaikan Subuh di beranda, mataku meliar ke sekeliling kampung. Hati meronta untuk melihat alam yang telah lama aku tinggalkan. Tidak seperti biasa, tahun ini aku mengambil cuti panjang. Cuti seminggu sebelum Aidilfitri adalah jangka masa yang panjang bagi bidang pekerjaan sepertiku.

Selepas sekian lama terpisah pandangan dengan kampung halaman, tahun ini aku ingin berpuasa dan beraya di kampung. Sudah beberapa tahun aku menawarkan diri bekerja pada hari raya kerana wartawan tidak ada istilah beraya yang sebenarnya. Rakan terdekat terkejut melihat borang cutiku yang bertulis 'Bercuti di kampung bersama kenangan.'

Sehingga kini Kuala Lumpur tidak mampu mengikis jati diri anak kampung sepertiku. Nilai dan adat asuhan kampung membuatkan aku dilihat unik, berlainan dengan sebilangan besar rakan yang cuba memadamkan imej kampung untuk menghadirkan diri sebagai warga kota ini.

Tengah malam tadi sepatutnya aku bermalam sahaja di stesen kereta api sementara menunggu hari siang. Namun hati yang tepu rindu pada kampung halaman ini sudah tidak mampu bertahan untuk menghirup kenangan di rumah ayah memaksaku menumpang kereta sapu. Pemandu tersebut agak cuak, bimbang keretanya terbenam dalam lumpur sepanjang mengharung jalan kampung. Nasib baik kembalinya aku kali ini pada musim panas kesan El-Nino. Lumpur di depan rumah sudah mengering dan sedikit merekah.

Tidak banyak yang berubah dengan rumah ini, sebagaimana kenangan yang tersimpan sekian dekad lamanya. Dari beranda ini aku melihat gelagat ayah sering melepas lelah selepas pulang dari sawah. Di kampung kami, angin kering dari Barat Daya pada musim menuai membawa hawa yang sangat dingin. Kami menyebutnya sebagai musim Timur. Ayah selalu berehat di beranda ini dan aku pula sering diayun buai kayu di bawah pokok keriang, berlatar belakang sawah saujana mata memandang.

Di beranda itu juga aku sering memapah ibu untuk mengambil angin petang. Aku masih ingat pada palang pintu yang sering menjadi pautan ibu. Palang yang menjadi ganti pautan tangan ayah suatu waktu dulu. Palang yang tidak pernah berubah. Kenangan terakhir bersama ibu, bersama ayah membuatkan rumah usang ini sangat berharga bagiku. Nun di telaga dekat pokok inai itu pula aku sering memandikan ibu.

Ayah dan ibu bukanlah orang senang, namun belum boleh dikira melarat kerana sawah yang sepuluh relung itu digunakan untuk menyara hidup kami tiga beranak. Ayah adalah lelaki yang penuh ikhtiar. Sepuluh tiang rumah yang menjadi asas rumah kami digergaji sendirian di hutan sewaktu membuka kampung itu. Semuanya cengal batu yang kerasnya macam batu."La hang ka, aku ingat sapa tadi. Bila hang balik?" Bang Chot melompat naik ke beranda, bersalam dan memelukku yang masih terkejut.

Dia memegang bahu dan tanganku, seolah-olah tidak pernah ketemu ratusan tahun. Mungkin tidak menyangka akan sebuah pertemuan. Aku menatap rambut dan jambang Bang Chot yang sudah putih. Ah, betapa lama aku meninggalkan Bang Chot yang kuanggap abang sendiri. Hati makin rasa bersalah tatkala dia melaporkan kematian Mak Ngah Chah, Mat Lebai dan Pak Jab. "Nasib baik Kak Son hang rajin jaga rumah ni. Dia selalu mai sapu atas rumah sejak hang pi Kolumpoq dua puluh tahun lepaih. Ni aku saja mai nak tengok kot ada apa-apa. Tut Tut jumpa hang." Aku yakin Bang Chot dan Kak Son memang menganggap aku adiknya.

"Kami buat bendang tu, elok sangat hang balik boleh kami bayaq sewa, dah sepuluh tahun tu. Tiap-tiap tahun kami masuk duit sewa dalam bank, takut terpakai ka, apa ka. Nanti aku bagi kat hang. Aku tengok hang, teringat mak ngan ayah hang Chu Kiah ngan Chu Sin." Aku sebak mendengar sebutan dua nama itu yang sudah lama tidak menyentuh indera dengarku. Mentari pagi 27 Ramadan terus membakar mukaku yang merah menahan tangis. Antara dengar dan tidak bibirku menyebut "mak", "ayah."

II
Selepas puas mengekor ayah menjerat burung wak-wak, aku membontoti ibu mengail puyu di bendang. Kata ibu, sebelum mengail kena cari belalang untuk dijadikan umpan. Mengejar belalang di tengah bendang sangat menyeronokkan. Aku terguling-guling sewaktu menangkap belalang. Ibu mendukungku menyeberang tanah selut dan meletakkanku di bawah teduhan pohon keriang yang di tepinya ada tali air kecil yang mengalir perlahan. Aku sangat suka merenung anak-anak ikan yang bermain-main di dasar tali air yang jernih. Bau selut dan bunga padi sudah sebati denganku sejak belum masuk ke sekolah lagi. Ibu selalu bertanya apakah cita-citaku apabila dewasa.

Dan seperti selalu, kujawab "nak jaga ibu dan tolong tangkap belalang untuk mengail ikan puyu". Ibu ketawa terkikik-kikik.
Akulah orang terawal yang akan mengutip melor mekar di halaman apabila hujan pada malamnya. Aku girang dapat menyelitkan melor di sanggul ibu. Dan ibu menciumku berkali-kali sebagai balasannya. Ayah tersenyum melihat gelagat kami. Ayah yang hanya berkata-kata dengan senyum dan mimik muka.
Tingkah laku ayah adalah cerminan seorang seniman.

Memang sesuai dia menjadi tukang penglipurlara, peniup serunai. Aku selalu terlena di ribaan ayah ketika dia beraksi di depan orang kampung. Banyak kisah yang menjadi pilihan ayah untuk diceritakan tetapi yang paling terkesan kepadaku ialah cerita Hikayat Panji Semerang dan Hikayat Yatim Mustafa. Kisah perjuangan dan pengorbanan menyusup ke pemikiran sejak alam kanak-kanakku. Sosok Yatim Mustafa sering hadir dengan lakaran kegagahan seperti yang kerap diceritakan ayah kepadaku, sebelum aku tewas tertidur di hadapan orang kampung yang sering berkumpul di rumah kami.

Ayah juga sering mengasah minatku yang suka melastik burung dengan mengajarku berburu. Pesannya, jangan kejam kepada binatang. Selain itu, aku diajar ayah memanah. Ayah mempunyai pelbagai kepandaian, dan membuatkan aku menganggapnya lelaki hebat. Aku tidak malu diketawakan rakan sekelas kerana menjawab "ayah" apabila ditanya Cikgu Normiyah tentang pemimpin pujaanku.

III
Sejak beberapa bulan terlantar tanpa suara kerana terjatuh di bendang, suara ibu tidak berhenti mengalunkan bacaan surah Yaasin setiap senja di sisi kepala ayah. Ayah lumpuh kali kedua, lebih teruk selepas kali pertama mengalami kelumpuhan ketika aku di darjah satu dahulu.

Suasana rumah kami menjadi sepi semenjak kejadian malang itu. Ibu jarang ke bendang atau mengail ikan puyu seperti selalu. Ibu berkurung menjaga ayah. Aku merasakan sebahagian kebahagiaan kami selama ini telah pergi. Keadaan ibu yang tidak terurus makan-minum mengubah wajah itu daripada bercahaya kepada suram, mata ibu sudah kelihatan garis-garis laluan air mata.
Suatu hari, orang kampung datang silih berganti dan membaca Yaasin hingga dinihari. Menjelang subuh pagi itu masing-masing ke surau dan tinggallah aku dan ibu. Sesekali ibu menitiskan air ke mulut ayah tetapi ayah tidak sedikit pun menunjukkan tindak balas. Ayah terkujur, kakinya sejuk. Dadanya terasa sedikit suam. Matanya tertutup. Dan aku sudah dapat meneka sesuatu dalam Subuh ini. Ayah sedang nazak.

Subuh itu tatkala ayah kembali kepada Penciptanya dan meninggalkan ibu dan aku buat selama-lamanya, ibu sudah tidak menangis lagi. Mungkin air matanya sudah kering. Ada sedu dalam esakan ibu, melepaskan insan yang berpuluh tahun di sisi, senang dan susah. Suami yang melindunginya dalam saat luka dan duka.
Selepas pemergian ayah, aku mengambil tugasnya mengerjakan sawah walaupun pada waktu ramai kawan berhijrah ke bandar mencari kerja yang lebih baik. Aku memilih untuk tetap menjadi petani dan menjaga ibu yang uzur lumpuh sebelah badan. Lagi pun fikirku dengan keputusan SPM pangkat tiga, kerja apalah yang aku boleh buat di bandar. Maka jadilah aku budak kampung yang hidupnya di sawah, menjerat burung wak-wak dan mengail ikan haruan di sungai berdekatan.

Dunia aku kecil, sekecil tempurung. Begitulah kata kawan-kawanku yang berkerja di bandar ketika mereka pulang berhari raya. Memang benar duniaku kecil, antara rumah dengan pekan tempat kami menjual padi. Itulah tempat yang paling hebat bagiku, sebuah pekan kecil dengan deretan rumah kedai berdinding papan yang usang. Kehidupan yang kujalani saban hari sehinggalah ibu pergi selama-lamanya lima tahun selepas itu.

IV
Malam ini bersama juadah seperti yang pernah dimasak ibu, aku berbuka puasa di ruang tengah rumah kami. Cahaya lilin agak malap, namun kenangan bersama ayah dan ibu sangat terang di ingatan. Aku ingin tenggelam dalam suasana dulu. Aku mahu kembali ke alam nostalgia bersama dua insan tersayang. Cuma, kali ini aku hanya bersila di atas lantai kayu yang sedikit berhabuk, tidak seperti berpuluh tahun lalu, di mana rumah yang sama ini dihampari berbidang-bidang tikar mengkuang, yang pelbagai warna dan pelbagai corak hasil anyaman ibu.

Aku menoleh ke ruang kiri, bilik tidur ibu dan ayah. Di hujung rumah pula ruang dapur. Masih ada dapur kayu berkaki empat di ruang itu. Di situ kulihat ibu sering menangis, mungkin mengenangkan ayah, atau memikirkan derita tak tertanggung kudrat. Aku yang masih mentah gagal membaca derita ibu, cuma aneh melihat gelagat ibu yang cuba menyembunyikan airmatanya di sebalik lengan baju kurung kedahnya yang lusuh, setiap kali aku menoleh ke arahnya.

Aku menjamah kuih tepung talam dan kasidah. Itu kesukaan ayah. Tetapi malam ini di kerongkong bagai ada benda tersangkut. Aku terlalu rindu pada masa silam menyambut Ramadan yang aku tinggalkan berpuluh tahun lamanya. Semua perca-perca ini aku cantum selepas usia menjengah dewasa dan terasa tidak cukup nafas untuk berada di tempat ibu. Sesak dan sebak.

Masih segar dalam benak, aku berat melangkah ke bandar, meninggalkan rumah pusaka ini dengan beberapa helai pakaian lusuh dan beberapa sifat dan sikap terpuji ayah dan ibu yang sentiasa kuasah. Kekuatan ini menjadi pujukan dan semangat untukku sewaktu ditimpa musibah, menjadi pimpinan untuk kuredah gelora di kota. Sifat dan sikap yang membuatkan aku "jatuh ke laut menjadi pulau". Sehingga aku berada di tempat sekarang. Tanpa akademik yang tinggi aku berusaha memperkayakan diri dengan pelbagai kebolehan untuk menjadi yang terbaik.

Surat dari syarikat surat khabar di Kuala Lumpur memisahkan aku dengan alam yang membesarkan aku di kampung terpencil ini. Tanah bendang sepuluh relung itu aku sewakan kepada Bang Chot. Dapat juga duit buat bekalan menapak di Kuala Lumpur. Di kampung ini pun bukannya ada sesiapa lagi, selain pusaka ayah.
Sejak tahun 1994, inilah kali pertama aku "balik kampung" dan mahu beraya di kampung. Aku terlupa 20 tahun telah banyak mengubah wajah alam dan manusia di kampungku, banyak yang sudah tiada kerana pulang kepada Pencipta. Yang baru lahir sudah jadi remaja dan aku menjadi orang baharu di tanah kelahiran ini.

Dari jendela terbuka di halaman kelihatan api meliuk-lintuk daripada barisan pelita buluh yang kunyalakan senja tadi. Cahayanya membias masuk, asap bergelombang kemudian terus hilang di udara. Tidak seperti ingatan aku pada masa silam yang terus terapung dan terus bersama aku walau ke mana saja.
Kelmarin ketika aku ke surau di hujung kampung, wajahnya juga berubah. Penduduk kampung sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa kerana meraikan ustaz popular dari luar yang akan datang berceramah. Kawan-kawan ayah sudah tidak kelihatan di situ, kecuali Tok Imam Dak seorang. Kawan ayah semasa kanak-kanak dan sama-sama pula meneroka kampung ini. Dia pun sudah bersara daripada menjadi imam, tetapi orang kampung terus memanggilnya Tok Imam.

Esok Hari Raya Aidilfitri. Selama 20 tahun aku kehilangan rasa menikmati malam raya dalam suasana kampung. Malam ini aku kembali pada zaman lampau beraya di rumah, di kampungku. Meraikan kenangan bersama ayah yang tidak meninggalkan harta tetapi mewariskan sebuah pengertian daripada layar hidupnya yang menjadi tontonanku sejak kecil, dan mengenang ibu yang mengajarkanku sifat perikemanusiaan yang tinggi di kota batu. Aku pulang, beraya bersama kenangan

Sumber: astera Utusan Malaysia

Tuesday, 12 July 2016

LEBARAN 2016 KUSAMBUT SEADANYA


Nah persekitaran halaman yang segar menyumbang ketenangan fikiran sambil menikmati juadah
Sebahagian keluargaku hadir beraya dikediamanku dikampung, anak-anak buah





Raya tahun ini kusambut bersama keluarga diteratak baru kami yang baru saja siap dibina sebulan lalu. Aduh sungguh suasana amat menguja menyambut raya dikampung halaman.

Hari ini masuk raya ke 7,  banyak jemputan tidak dapat dipenuhi maklumlah dalam majlis2  sebegini terpaksalah berbagi-bagi, saudara yang jauh kena utama dulu kerana jarang bertemu, yang dekat-dekat terkemudian yang penting dapat berkunjung.

Raya kali ini disambut hanya ala kadar saja setakat yang termampu dan terdaya. Hanya raya pertama masakan simpel2 saja rendang daging, kari ayam ,nasi dan biskut.  Itu saja yang termampu disediakan kerana kekurangan tenaga hemmm. Hari2 seterusnya berkunjung kerumah-rumah keluarga dan jiran.

Hari ini sudah mula masuk kerja masih ada undangan namun tiada kesempatan untuk datang. Hari-hari mendatang ini masih ramai lagi yang mengadakan majlis rumah terbuka moga ada ruang berkunjung.

Majlis raya terbuka akan berlangsung pada 31hb Julai ini dirumah agam dikampung,  wah nampaknya sibuk lagi menyediakan segala-galanya. Aduiii..majlis rumah terbukalah katakan.

Saturday, 2 July 2016

RAMADAN YANG DAMAI

Hari ini masuk ke 27 hari umat Islam berpuasa, rasanya begitu pantas masa berlalu ramadan kian tiba dipenghujung. Alhamdulillah sepanjang ramadan kali ini puasa dapat dilaksanakan dalam keadaan amat selesa. Seperti selalu juadah berbuka aku sediakan sendiri kecuali dalam keadaan tertentu terpaksa membeli-bela dibazar-bazar yang ada dimana-mana. Kadang terasa letihnya asyik mengejar masa maklumlah sudah tua-tua begini tenaga pun sudah lenguh.

Beberapa hari lagi raya menjelang, alahai tak sempat tempah baju tak sempat buat biskut, tidak mengapalah bukan satu masalah besar tidak berbaju baru, biskut banyak tersedia disupermarket ha ha. Seperti selalu sambut ala kadar saja.
yang penting bahagia dan bergembira. Muah! Muah!.

Wednesday, 29 June 2016

Resepi : Puding Karamel Kukus


Ketika aku sedang meninjau-ninjau juadah dibazar ramadan, terpandang Puding Karamel yang kelihatannya sungguh enak lalu aku membelinya dengan harga RM 10, wah memang sedap apa lagi mencari-carilah aku dengan resepinya nahh akhirnya terjumpa juga inilah dia..memang sedap tak terkata. mudah saja pembuatannya, yang penting rajin..

Hidangan : 10 - 15 bekas
BAHAN-BAHAN
  • 1 Cawan Gula
  • 1/2 Cawan Air - utk karamel
  • 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
  • 5 Biji Telur
  • 1 Tin Susu Cair
  • Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK
  • Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
  • Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
  • Padamkan api
  • Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
  • Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
  • Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
  • Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula
  • Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
  • Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
  • Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
  • Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
  • Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
  • Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
  • Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
  • Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
  • Kukus dalam tempoh 20-30 minit
  • Kalau puding uolss masih lagi cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai lar uolss rasa puas hati sebab weolss masukkan air, so adunan cair, nak tunggu pejal-pejal mmg ambil masa sikit
  • Al-maklumlah, adunan tak letak tepung or what so ever.. Hanya bergant

Sumber Blog orang.

Tuesday, 17 May 2016

AKU BAHAGIA TINGGAL DIKAMPUNG

    Ruang tamu teratakku yg sederhana saja


Jiranku abang Longku dan seorang lagi abang
Pohonan tanaman arwah Ibu
Tidak sabar mau sambut raya 2016
Pandangan hadapan halaman rumahku masih.
Alhamdulillah kini aku kembali kedesa tumpah darahku setelah sekian lama meninggalkan tempat ini. Di tanah pusaka peninggalan insan yang kukasihi arwah ibu dan ayah.  Tanah seluas hampir 13 ekar ini tempat aku membesar bersama adik-beradik sejak kecil sehingga remaja.

Banyak kenangan kami tersingkap disini sukar untuk diungkap. Kadang kenangan itu hadir bertandang menghambat sanubari buat air mataku jatuh berderai. Terbayang masa-masa lalu buat aku tenggelam dalam kenangan bersama rindu yang amat dalam, ingin rasanya aku kembali kemasa silam namun itu adalah suatu hal yang tak mungkin berlaku dalam fitrah kehidupan.

Aku bersama keluarga kecilku kini menatap disini hingga akhir hayatku. Meski hanya teratak yang dibina tidaklah segah banglo mewah namun itu tidak penting, yang penting persekitaran damai dan tenang dikelilingi Pohon-pohon hijau meredup pandangan menyejuk jiwa. Sesejuk perut ibu melahirkan aku ke dunia ini.

Pohon mangga, kelapa, tarap, pinang, langsat, mata kucing durian dan banyak lagi tak tersebut satu persatu tanaman arwah ibu dan ayah masih megah tumbuh subur kini kelihatan kian menua dimamah waktu. Melihat pohonan ini teringat kata-kata arwah ibu, kata ibu, jika tidak bercucuk tanam untuk sendiri bimbang anak cucu kelaman orang jadi pencuri. Benar kata ibu kini hasil tanamannya anak, cucu dan cicit yang menikmatinya dan tidaklah sampai ke laman orang.

Tak terungkap kata-kata aku sangat bahagia tinggal disini, jauh dari kebingitan kota dan keributan manusia hanya suara pelbagai spesis meriuh dipersekitaran huuu bahagianya.  Puluhan tahun aku meninggalkan tempat ini kerana tinggal ditempat lain, perbezaan suasana bagai langit dengan bumi sungguh mengguja.  Di kampung ini banyak aktiviti yang boleh aku lakukan antaranya bolehlah aku bercucuk tanam dan apa2 saja yang mendatangkan hasil.

Persekitaran yang masih hijau
Persekitaran yang masih hijau
Pandangan luar jendela penuh dengan pohonan tempat burung2 dan tupai bersiulan dan berlarian dipagi hari
Tetamu istimewah, kami beri nama dia P. Ramli, kehadirannya menambah penghuni dalam rumah.
Persekitaran masih dalam proses pembersihan