Monday, 29 July 2019

WAJAH-WAJAH MENITI USIA

AKU PUN SUDAH TERJEBAK😅 namun ini adalah realiti yang akan dilalui semua mahluk yang melata dimuka bumi. 






Ini seperti wajah ibuku
Secantik mana pun wajahmu diusia muda pengakhirannya akan kerepot seribu jua, usah berbangga duhai diri, lihatlah wajah mu dihari tua betapa hodohnya, hodoh sehodoh-hodohnya. Semuanya akan berlalu bagai angin lalu. Selalulah memikir Kemasa depan. Kesementaraan yang indah-indah  ini hanyalah pinjam-pinjaman, untuk ingatan diri sendiri Allahuakbar.

Saturday, 27 July 2019

AKU YANG DULU DAN AKU YANG SEKARANG

Ini aku yang sekarang wajah setelah dewasa tentulah jauh bezanya
Ini aku yang dulu usia 20han
Diri yang merubah segalanya, rindu saat dulu. Wajah comelku zaman muda hihi.

Wednesday, 24 July 2019

HAYAT KIAN PENDEK

24hb 7 2019 hari ini genap usiaku yang Kesekian kalinya, Alhamdulillah Allah masih izin kan hamba ini terus bernafas di Dunianya. Dunia penuh pancaroba dan tipudaya Semoga mati dalam iman, Amin

Monday, 22 July 2019

BANYAK KEINSAFAN DISINI

Beberapa bulan lalu, hampir tiga bulan berada di hospital menemani insan yang dekat dengan ku, menjaga dia sepanjang tempoh dia di rawat kerana masalah kesihatan. Alhamdulillah keadaannya kini beransur sembuh dengan izin Allah swt.

Sepanjang waktu berada disini banyak pengalaman yang ku kutip, menjadi kan aku bermuhasaba selalu, keadaan jasad kita tidak sentiasa di posisi sihat, jasad diuji dengan pelbagai penyakit. Bila ditimpa sakit bukan hanya pesakit itu merasa deritanya, penjaganya turut merasa kesakitan itu, demikianlah yang kurasakan..

Sunday, 21 July 2019

ELAKKAN PERUT BUNCIT

PETUA ini sesungguhnya amat berkesan, boleh membantu mengelakkan dari perut buncit, itu pun perlu dengan kesungguhan. Ya itulah rahsianya wahai para Wanita diluar sana. Moga perut anda sentiasa awet muda 😍😍.

Saturday, 6 July 2019

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA X1 KUDUS JAWA TENGAH INDONESIA

Wakil Malaysia 



"SESAPA MESRA SELINTING CINTA"  aku antara penulis kerdil penyumbang karya dalam antalogi ini bersama para karyawan hebat dari pelbagai negara. Tajuk puisi dalam antalogi ini sudah cukup menceritakan kehebatan penulisnya. Aku sendiri masih terkial-kial belajar mencari makna dalam setiap ayat yang dilakar. Begitulah seadanya aku.

Tuesday, 25 June 2019

SANTAI HUJUNG MINGGU

Ini dua orang hero anak Putera Malaya balik bercuti di kampung halaman ibunda sedang rehat bersantai


Ruang kediaman untuk family, saya lebih selesa dengan ruang yang lapang tidak terlalu sarat dengan perabut dan hiasan pun sederhana saja. Beginilah seadanya saja.

MAJLIS RAYA TERBUKA DAN TADAU KAAMATAN 2019
















Majlis rumah terbuka raya dan Tadau Kaamatan di adakan serentak diperkarangan bangunan Rumah Persekutuan Keningau dengan kerjasama seluru warga persekutuan dari pelbagai jabatan. sudah dua tahun tidak di laksanakan. Alhamdulillah tahun 2019 ini dapat disambut kembali sekadar sederhana saja namun tetap meriah.

Seperti tahun-tahun lalu pengisian program seperti pertandingan Nyanyian lagu-lagu raya, gerai tercantik, pakaian paling anggun dan tidak dilupakan penyampaian sumbangan kepada kanak-kanak itimewa dan anak-anak Tabika.

Wakil rakyat turut diundang bagi menyempurnakan majlis tersebut secara santai. Semoga silaturrahim terus terjalin dikalangan warga dan InsyahAallh tahun mendatang berjumpa lagi.

Saturday, 30 March 2019

INI KELUARGA ABANGKU YANG NO 3

Potret bersama isteri dan anak2. Isterinya seorang yang baik, antara kakak2 iparku yang paling aku akrab. 









Wajah2 anak2 buahku, Sumandak2 sabah, ayah mereka berbangsa dusun tetapi Wajah2 mereka tidak lagi serupa dusun lebih cenderung ikut sebelah ibu. kami jarang bertemu kerana mereka tinggal di kota dan masing2 dengan kesibukan sendiri. Sengaja ku abadikan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan dan buat tatapan bila rindu hadir bertamu.

Suatu waktu dahulu dia seorang usahawan berjaya sehingga ke tahap bolehlah di katakan cemerlang namun sayang di penghujungnya ditimpa masalah, banyak faktor penyebab berlakunya demikian. Segalanya telah berlalu bersama angin lalu, kehidupan ini banyak ranjau dilalui, Hanya ketabahan, Kesabaran penguat semangat untuk Meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tak tahu Dimana noktanya.


Saturday, 9 March 2019

HOBI PALING AWESOME






Ini antara koleksi bunga2 yang terkini menghiasi halaman, warna2 anggun mempersona pandangan. suasana ini buat hati ingin selalu duduk dirumah sepanjang waktu.


 tumbuh-tumbuhan ini mampu menyumbang terapi pada jiwa kata orang dan benarlah ia benar-benar terapi jiwa yang paling Awesome.


bagaimana anda yang punya minat serupa, rasanya demikian juga ya, tanpa kewujudan Pohon2 sebegini dihalaman, rasanya seperti orang gila berasa murung dan sepi. sekurang-kurang sepohon dua pohon ada tertanam dihalaman. Dan yang paling penting anda harus rajin menguasainya. oleh kerana saya tidak punya banyak waktu mengurus bunga-bunga ini kerana bekerja dipejabat, sebahagiannya telah saya tanam diatas tanah dan ini memudahkan penjagaan terutamanya bunga-bunga kertas. Nah sekarang bunga-bunga kertas yang telah tertanam diatas tanah ini hidup paling megah begaya tidak perlu di siram hanya bersih kan rumput2 disekelilingnya agar kelihatan lebih kemas.



Monday, 5 November 2018

MISTERI PATUNG WANITA BERGERAK


Jelajah ke Rumah hantu memberikan suatu pengalaman misteri dan mencabar. Salah satu hiburan bertemakan hantu ini  cukup menggugat emosi kepada setiap pengunjung. Niatku kesini adalah ingin merasai suasana seram disamping itu, mungkin boleh membantu untuk bahan pada sebuah Coretanku nanti berkisar kisah seram.

Seusai menjelaskan bayaran tiket untuk tiga orang, penjaga dipintu masuk itu membenarkan kami masuk dan memberitahu, kami di benarkan merakam apa-apa saja objek yang terdapat didalam, berkata-kata dalam hatiku sungguh membantu. Ini sangat-sangat menyenangkan aku dan tanpa banyak soal aku terus saja memasang alat perakam video hp.

Saat melangkah di pintu masuk tiba2 suara nyaring bersahut sahutan dengan hilai tawa yang sungguh menyeramkan kedengaran bergema dalam bangunan, aku dan kedua puteriku berpandangan sesama sendiri, langkah kami terhenti seketika, rasa hendak tak hendak untuk Meneruskan jelajah. Akhirnya kami Meneruskan juga.

Didalam suasana samar dengan persekitaran yang menyeramkan itu, kami berjalan beriringan sambil berpegang tangan. Mataku memerhati di sekitar sambil Menghala hp cuba merakam objek2 yang ada di situ.

Kelihatan ada tengkorak manusia, mayat sedang terbaring dan mcm2 lagi di iringi dengan bunyi2an yang membangkitkan rasa seram, aku yang sejak mula masuk tadi berusaha untuk tidak berasa seram dan berlagak kuat, mulai diselubungi perasaan takut, bulu roma ku mulai meremang, jantung ku berdegup kencang,.

Tanpa diduga kelibat seekor hantu muncul tiba2 secara mengejut dihadapan kami berwajah sangat buruk dengan lidah terjelir dan terus hilang dalam gelap, kecut perut di buatnya, apa lagi berderai-derai lah jeritan kami bertiga tidak mampu dikawal lagi.

Ya Tuhan kami gagal mengawal emosi. Jantung kian berdegup kencang, kami mempercepatkan langkah, dihadapan terdapat sebuah kubur usang, di sebelahnya ada sebiji tajau besar, sedang aku memerhati dan Cuba merakamnya, Tiba2 satu lembaga tak berwajah

Muncul dari tajau itu, berderai lagi jeritan kami bertiga, kami berlari sekuat tenaga meninggal kan tempat itu, Rasanya aku semakin tak tahan dengan suasananya, aku ingin cepat beredar dari dalam...

Misteri patung Wanita bergerak? 

Dibangunan ini ditingkat bawah kami sempat berkunjung namun tidak lama kerana tidak ada yang menarik untuk di tatap jadi kami hanya berlegar-legar dalam hanya beberapa minit saja. Kami dimakl1umkan harga tiket untuk ke Tingkat atas agak mahal maka terpaksalah kami melupakan hasrat melawat ke tingkat atas. Kami di maklumkan ditangkat atas banyak replika patung terpamir sayang juga tidak melihatnya. 

Namun ditingkat bawah ini ada sesuatu yang agak misteri iaitu tentang patung Wanita berdiri paling hadapan. Ketika melangkah masuk, mata ku tak berkedip melihat pada dua patung wanita yang aku sangkakan mereka itu manusia,, rasa keterpesonaan melihat betapa jelitanya wajah2 itu dengan bentuk tubuhnya tinggi lampai, ku lihat patung wanita yang berdiri paling hadapan itu tersenyum padaku dan menunduk sedikit, aku turut membalas senyumannya. Aku 
menyangkakan mereka itu manusia dan saja berdiri disitu untuk menyambut setiap penghujung yang datang. Mataku masih tertumpu pada patung Wanita itu, Dan rasa agak hairan kerana bila aku perhatikan, patung yang ku sangkakan manusia itu tidak pun bergerak nampak kaku saja. Lalu aku bertanya kepada perempuan yang duduk di kaunter ingin kan kepastian, apakah itu patung atau manusia? Jawabnya patung. Hati kecilku rasa tak puashati kerana aku benar-benar melihat dia bergerak. Hemm entahlah.

Tuesday, 16 October 2018

SELAMAT TINGGAL COMEY

CERPEN,

Haini Karno
                                                                         
SELAMAT TINGGAL COMEY

Hujan semalaman membuat pagi ini sejuk dan meringankan sedikit tekanan mengharungi kesesekan jalan raya di bandar. Comey memejamkan matanya menyambung tidur, ujian tahun enam tinggal hanya sebulan tapi dia masih tidak kisah sangat tentang pelajarannya. Prestasinya tidaklah corot mana tapi aku agak bimbang keseronokannya bermain handpone hampir sepanjang masa akan menganggu prestasi pembelajarannya disekolah, bila ditegur cepat pula merajuk.

Tiba-tiba sahaja kereta myvi di depanku berhenti secara mengejut, mujur aku sempat menekan brek, sekonyong itu juga bunyi hon kereta pun kedengaran bersahut-sahutan.  Hingar-bingar seketika di jalanraya. Comey masih nenyak tidur,  kulit mukanya kelihatan agak pucat mungkin juga kerana kurang tidur, aku memberi peringatan dalam hati untuk singgah beli vitamin nanti.

Kami tiba di perkarangan sekolah menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi, dari jauh aku melihat guru darjah Comey berdiri di anjung pintu masuk, comey sedar kereta berhenti dan dia membuka mata dan menggeliat sedikit.  Kelibat cikgu Lilian membuat Comey kelihatan tiba-tiba cergas, dia lantas buka pintu kereta dan terus keluar.
“ Laoshi, Zhao an “ katanya menyapa gurunya, cikgu Lilian tersenyum, “ Zhao an, Azalea” jawab cikgu Lilian,  sambil memegang bahu comey dan menunjuk ke arah bag buku yang masih dalam kereta, “ Ni de shubao “ comey senyum, dia bergegas mengambil bag dan terus berlari menuju ke kelasnya.

Cikgu Lilian menghampiri kereta mengangkat tangan sebagai isyarat ingin bercakap sesuatu. “Selamat pagi pn. Hayati”, “pagi Cikgu “ balasku. “ kalau puan ada masa, saya jemput untuk berbincang sebentar, Ada hal yang sangat penting ingin saya bincangkan” katanya seraya tersenyum memandang tepat ke wajahku. “baik cikgu sebentar saya parking kereta dahulu” kataku dan terus meletakkan kereta di bawah pohon kelapa sawit diluar sekolah. “hal gerangan apakah agaknya yang ingin cikgu Lilian bincangkan ini” dalam hatiku terus diterjah persoalan.

Guru-guru lain sudah pergi ke kelas masing-masing. Hanya tinggal kami berdua dalam bilik guru. Bunyi riuh rendah suara murid-murid masih kedengaran diluar tetapi keheningan sepi dalam bilik itu terasa menghimpit seperti kesunyian yang timbul sebelum hujan ribut turun. Cikgu Lilian nampak tenang di depanku. Kedengaran dia menarik nafas agak panjang.
                                                                                             
                                                          
Dia membuka foldernya dan mengeluarkan sehelai sijil penilaian berkala prestasi untuk Comey. Cikgu Lilian menghulur padaku. Aku nampak tulisan merah untuk subjek mata pelajaran bahasa cina dan Matematik,  Kedudukan enam belas daripada tiga puluh.

“Puan prestasi Azalea ada bertambah sedikit, saya juga ingin maklumkan bahawa mulai tahun ini murid-murid boleh memilih untuk menjawab soalan matematik dan sains dalam bahasa inggeris, dia punya penguasaan dalam bahasa Inggeris sangat bagus dan ini sudah tentu akan banyak membantunya,  so no problem” dengan panjang lebar cikgu Lilian menerangkan. Aku hanya mengangguk dan tersenyum tawar sambil meletakkan semula  kertas berisi keputusan comey di depan cikgu Lilian.

Cikgu Lilian merenung ke bawah seolah-olah mahu memilih kata-kata yang sesuai ingin di katakan seterusnya. “ Puan, tolong bertenang dengan apa yang ingin saya mahu cakap ini” wajah cikgu Lilian nampak serius, jantungku mulai berdegup, rasa tidak sabar mendengar apa yang bakal  di ungkapkan oleh cikgu ini.  cikgu Lilian merenung tepat ke wajahku, senyumnya selemba tetapi menambah jiwaku runsing. Kata-kata seterusnya bagaikan jasadku terkena renjetan elektrik buat aku hampir pitam.

“Puan sejak seminggu ini kami mendapati Azalea tidak menunjukkan perhatian dan suka mengasingkan diri daripada murid-murid lain. Apabila kami selidiki kami dapati dia adalah mangsa buli enternet. Kami juga dapati kesan luka di tangan yang dia akui dibuatnya sendiri. Kami sudah beri dia kaunseling dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kami berharap ibubapa mengambil perhatian serius supaya keadaan ini tidak berlanjutan”.

Aku tersentak, termangu bercampur sedih, kecewa dan kebingungan. “ Inilah yang ingin saya sampaikan kepada puan. Peperiksaan tahun enam akan diadakan dalam masa satu bulan lagi dan kita mahu murid-murid tidak ada apa-apa gangguan terutama sekali gangguan mental.  Saya akan berbincang lagi dengan guru besar mengenai hal ini dan kalau perlu kami akan panggil puan”.

Saya tidak dapat berkata apa-apa, minda kaku dan seluruh tubuh berasa lemas.  Tiba-tiba kedengeran bunyi lonceng sekolah mengejutkan aku dari kemanguan. Cikgu Lilian berdiri dan menghulurkan sijil penilaian Comey kepadaku. Dia tersenyum dan menghulurkan tangannya, kami bersalaman. Aku sedar betapa luhurnya nilai kerjaya seorang pendidik kepada kelangsungan hidup setiap murid kerana ia mencakup semua segi pembangunan insaniah, jasmani, rohania, emosi dan entelek.

Betapakah hebatnya lagi sahsiah murid itu jika ibubapa saling membantu mencukupkan peranan guru. Sekurang-kurangnya ibubapa dapat memberi suasana rumah yang tenang, damai dan penuh kasih sayang. “ Oh Tuhan “ bisikku dalam hati, “Dimana silapnya”
“ Terima kasih cikgu“ jawabku.

Cikgu Lilian bergegas ke bilik darjah, aku terus menuju ke kereta dalam keadaan bagai tak terpijak kaki ke bumi dan terus memandu perlahan beredar meninggalkan perkaranganan sekolah. Setengah jam kemudian aku tiba dirumah dan menceritakkan kepada abang Farid apa yang terjadi. Kami putuskan supaya malam nanti kami akan berbincang dari hati ke hati dengan Comey untuk mengetahui punca segalanya. Mungkin itulah langkah awal yang sesuai.  Penggunaan handponenya patut juga di hadkan agar dia tidak terpengaruh oleh anasir yang tidak diingini berlaku.

Aku ke dapur menyiapkan bahan-bahan untuk makan tengahari nanti, tiba-tiba abang Farid menjerit memanggilku dari bilik Comey. Aku dilanda kejutan yang maha hebat, aku terduduk tersimpuh kehilangan akal, biliknya bersepah dengan pakaian dihambur kelantai dan cebisan kertas bertebaran. Yang paling menyayat hati ialah dinding dan meja tulisnya yang penuh contengan kata-kata kesat, kebencian dan kematian.

Untuk  beberapa ketika kami tercegat tidak tahu apa yang hendak dikata atau berbuat apa. Abang Farid turut bersimpuh disisiku. “ Kita ada masalah besar sayang “ abang Farid bersuara dalam nada yang perlahan sambil memegang tanganku erat, aku menyandarkan kepalaku diatas dadanya kerana ingin mahu menangis sekuatnya.

Tiba-tiba aku terlihat potret kami bertiga diambil semasa Comey berumur dua tahun. Gambar Comey itulah yang melahirkan panggilan manja Comey. Aku berdiri dan mengambil gambar itu dari sangkutannya sambil menahan tangisan yang bagaikan empangan pecah, aku mendakapnya diiringi dengan titis-titis hujan yang mula mengalir deras di kedua belah pipiku.


“Comey ibu akan hanya menangis gembira, betapa kami amat menyayangimu” dalam hatiku berbisik perlahan. Abang Farid berdiri dan mendakapku turut menangis bersama. " Abang berdoa pada Tuhan supaya kita di beri petunjuk" kata abang Farid dalam nada yang perlahan hampir tak kedengaran suaranya.

Aku terlihat isyarat mesej masuk di telefon bimbit ku, ada enam miss call daripada cikgu Lilian, aku memanggilnya dan dia memberitahu bahawa guru besar ingin berjumpa ibubapa Azalea. Tiba di sekolah cikgu Lilian dan guru besar pn. Chia sudah sedia menunggu diambang pintu. kami terus ke bilik guru besar. biliknya di hujung bangunan panjang satu tingkat.

" Selamat datang puan Hayati dan tuan Haji" Puan Chia memulakan perbualan, nampak tenang wajahnya penuh wibawa. " Saya dan cikgu Lilian sudah berbincang masalah Azalea dengan teliti. Masalah ini harus di selesaikan segera kerana dia perlukan ketenangan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, kami juga ada berbincang bersama Azalea tadi dan kami mungkan ada pendekatan sesuai, tetapi sebelum itu perlu juga saya berbincang dengan puan dan tuan haji, saya sudah berkhidmat di sekolah ini selama lebih dua puluh tahun dan sudah banyak masalah serupa ini yang saya hadapi, jadi janganlah panik setiap masalah ada penyelesaiannya"

Puan Chia tersenyum sengaja untuk mententeramkan jiwa kami yang masih berkobar. "Azalea ini baru mahu melangkah ke alam remaja, ada perubahan hormon yang mempengaruhi pertumbuhan mental dan fizikal". 'Bagaimana dia bila berada di rumah?" "Maksud cikgu soal ku?"
 "Azalea kata, di rumah dia tiada rakan sebaya", ujar puan Chia.

"Memang betul cikgu" kataku, "semua sepupunya masih kecil"
"Jadi bagaimana peranan ibubapa mengisi kekosong ini? tanya puan Chia lagi, masih tersenyum tapi ada nada tegas. " Aku dan abang Farid berpandangan, tiada jawaban spontan kami. Puan Chia masih tersenyum, tapi ada lenggok marah." Azalea kata kamu jarang  berintraksi dengan dia kerana kamu dua-dua sibuk dengan telefon bimbit, kadang-kadang kena marah lagi".

Ini benar-benar satu tamparan, satu kebenaran yang kami mesti terima dengan rela dan jujur. Melihat kami masih kelu, puan Chia meneruskan kata-katanya. "Ada kes serupa ini berlaku lapan tahun lalu, budak itu lari daripada rumah, dia ketawa barangkali mengingatkan kebodohan ibubapa budak itu. "Tidak apa, hujungnya okay juga. itulah, budak itu mungkin mau berkomunikasi tapi macamana kalau ibubapa tidak beri perhatian.

"Bukan dia yang ada masalah tapi jadi mangsa orang tua yang mengabaikan keperluan emosinya". Akhirnya abang Farid bersuara, " Apa yang cikgu katakan itu semuanya benar. Kami berjanji mulai hari ini kami akan beri tumpuan lebih kepada anak kami". Puan Chia senyum lebar menandakan apa yang ingin disampaikan telah terlaksana dengan baik. " Oh Azale kata dia tidak suka di panggil Comey".

Kami belum dapat bersuara banyak. semua yang di perkatakan oleh Puan Chia sedang menyelinap diseluruh rongga hati kami.  Puan Chia gegas berdiri. "Okay selesai, tapi ada sedikit saja lagi. Ada orang mau jumpa sama kamu. dia beri isyarat kepada cikgu lilian berdiri dan membuka pintu sambil memanggil Azalea masuk. Azalea masuk dan berdiri tegak menghormati guru besar.

Puan Chia memeluk Azalea, seraya berkata "Pergi peluk ibubapa kamu yang amat menyayangi kamu" katanya lembut. Senyuman Azalea sambil dia datang kepadaku adalah yang paling manis pernah kulihat. Mungkin saya perlu satu juta perkataan untuk membayangkan perasaan nikmat memeluk Azalea . Saya sudah dapat kembali mutiaraku yang hampir hilang.

"Selamat tinggal si Comey bisikku. dia memelukku erat sambil ketawa kecil. dia sembamkan mukanya ke dadaku, senyumnya semakin melebar. "Ibu Comey tidak akan ke mana, katanya sambil menekan dadaku dengan jari telunjuk. " Comey akan selalu berada disini".

Tiba-tiba aku rasa ingin menangis, Azalea tentu mendengar sebak dadaku kerana dia memelukku lebih erat lagi. "Nah betulkan bisiknya.  Airmataku sekarang sudah mengalir dengan bebasnya. seketika itu aku rasa selaput mataku telah terbuka dan aku boleh melihat dengan jelas. Dalam pelukanku ialah sekuntum bunga Azalea yang baru mula mekar.

Siaran News sabah times 17hb Feb 2019




Monday, 8 October 2018

Liang Roma Mengecil Dengan Set Mary Kay TimeWise Microdermabrasio



 TimeWise® Microdermabrasion Plus daripada Mary Kay®, gandingan produk Mary Kay® lama yang digemari TimeWise® Microdermabrasion Refine dan produk baharu TimeWise® Pore Minimizer serum.
Ramai yang kurang tahu, sebanyak 20,000 liang pori dipermukaan wajah. Sangat penting bagi kita untuk mendapatkan produk sedemikian untuk memelihara kecantikan. Ternyata gandingan dua produk ini menghasilkan keputusan yang diluar jangkaanmu. Lega apabila pori-pori wajah nampaknya semakin mengecil dan solekan pun semakin menyerlahkan seri  wajah.

Cara aplikasi produk:
1) Pore Minimizer – Digunakan sebelum pelembap
2) Refiner – Skrub, digunakan dua kali seminggu
IMG_4722IMG_4746
Mulakan dengan Microdermabrasion Refine, skrub yang mampu membersihkan wajahmu dua kali seminggu. Teksturnya dipercayai mencuci wajah lebih mendalam. Selepas dikeringkan, wajah dirasakan lebih mulus dan perasaan pun lebih segar dari sebelumnya. Kemudian barulah dioles lembut dengan Pore Minimizer yang bertekstur lembut.
Kerana teksturnya begitu, Pore Minimizer lebih mudah menyerap ke dasar kulit. Kamu dapat merasakan sapuan lembutmu mula menyerap secara mudah. Saya suka mengenakan produk ini sebelum bersolek.
IMG_4734

TimeWise® Pore Minimizer

Kajian telah dijalankan terhadap 10 wanita untuk menggunakan Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer dua kali sehari selama tiga minggu. Ternyata lapan dari 10 wanita tadi gembira dengan hasil ditunjukkan pada kulitnya.
Serum ini menyediakan pertahanan setiap hari untuk mengawal pembesaran liang roma. Setelah merawat liang roma, secara tidak langsung tekstur kulit pun tampil lebih menawan. 
 Pore Minimizer ini meninggalkan kelembapan pada kulit dan keseluruhannya kulit jadi lebih jelas. Radang juga tidak lagi muncul setelah memakainya dan kamu selesa sepanjang hari. Merenung ke cermin, ternyata kompleksi wajah semakin sekata.
391222_GB_TWmicroderm_011_REV2Mary Kay Microdermabrasion

Keputusan Jelas Kelihatan Selepas Tiga Minggu

Ini adalah keputusan daripada kajian terhadap wanita tadi mampu menyedari perubahan pada wajah mereka setelah menggunakan Pore Minimizer.
  • Memberi lebih keyakinan – 80%
  • Menutup jelas liang roma – 83%
  • Memperbaiki penampilan kulit – 87%
  • Meninggalkan kulit lebih lembut – 90%
Formula serum ini sesuai buat semua jenis kulit dan tona kulit. TimeWise® Pore Minimizer memaparkan kombinasi ekstrak botanical untuk penghasilan berkesan pada kulit. Kehilangan ketegangan atau keanjalan kulit sepanjang tempoh usia meningkat menyebab liang roma terbuka. Ekstrak Persian silk tree bark dan ekstrak soybean ternyata membantu memberikan protin pada kulit agar mengetatkan semual liang roma dan keseluruhan kulit umumnya. Manakala ekstrak sea whip dan ekstrak  evodia fruit untuk menenangkan kulit.

Sumber Blog