Tuesday, 2 June 2020

DUNIAKU BERKOCAK

Aman duniaku
berkocak tiba-tiba
Corona virus melanda jagat
kemesraan kian hilang 
Ruang semakin terbatas
Untuk kita saling menyapa 
Untuk kita saling menyentuh
Untuk kita Saling berkunjung
Disana sini ruang tertutup
Terkurung tanpa suara 
Kehidupan suram dan sepi
Dunia menjadi sunyi

hk. 
Stayathome
*dinding dan gunung memisahkan kita*

#kitajagakita#

Monday, 1 June 2020

KOTOBION TAGAYO TADAU KAAMATAN 2020


Hari ini menghampar selera di sceret recipe kerana sudah rasa keboringan dengan masakan sendiri. Tak salah sesekali tukar selera dengan menu yang jarang-jarang disantap dan sekali gus menempa sejambak kek untuk dibawa pulang. 

Kek di sceret recipe sedap walau harganya boleh tahan tapi berbaloi untuk dimakan. Tidak rugi dengan harganya. Nah sempat dicoret sebagai Kenangan "selamat menyambut pesta kaamatan". Aku etnik dusun, hanya ucapan saja cukup memandai. Huminodun yang berkorban untuk semangat padi. Moga tidak salah.


ini keturunan "Huminodun"
Kiri- kadazan penampang
Tengah- Dusun Kimaragang kota merudu
Kanan- Dusun Tambunan keningau
😍💖💐

Saturday, 30 May 2020

SYAWAL 2020

selamat hari Raya aidil fitri maaf zahir batin hanya itu yang mampu di ucap, raya tahun ini amat berbeza, segala-galanya berubah, tiada kunjung-mengunjung. Tiada majlis raya dimana-mana, ada pun hanya dikalangan Ahli keluarga saja. Keadaan ini berlaku diseluruh dunia kerana berdepan dengan pandemik covid - 19.
Syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan harus dipatuhi. 

Monday, 25 May 2020

RAYA 2020 LUAR BIASA

             
Selamat menyambut Aidil fitri maaf zahir batin. Kini Kita menyambut syawal di tahun 2020, kali ini kita  raya bukan biasa-biasa tetapi luar biasa. 

Raya kali ini jauh berbeza dan rasanya ini pertama kali berlaku dalam sejarah raya kita raikan dalam suasana sepi dan sunyi di tambah lagi dalam keadaan pkp. 

Sungguh pun demikian suasananya, raya tetap di sambut dengan jiwa lapang dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt berikan, kita masih dalam keadaan baik-baik saja walau diuji dengan wabak covid - 19 melanda satu dunia. Pasti ada hikmah atas dugaan ini. Sentiasa berbaik sangka dengan apa yang berlaku. 

Hanya juadah ini sempat di sediakan untuk tetamu dikalangan keluarga dan jiran terdekat, tetap di sambut dengan gembira.

Laksa, 
Biskut, dodol, bahulu 
😅🙏💖

Saturday, 23 May 2020

JANGAN DERHAKA PADA IBU

ingatlah duhai anak-anak, Kau tidak akan temui bahagiamu di dunia mahupun di akhirat. Jiwamu tak kan tenang sepanjang hidupmu. Rezekimu sempit, ada saja dugaan yang kau lalui, itu yang sering di ingatkan oleh orang-orang yang beriman, para ustaz, para alim ulama. 

Monday, 11 May 2020

DIAM-DIAM DISINI

Nah makin gebu sejak tuannya PKP, hikmahnya kian jelita duniaku dengan kesegaran alam sekitar 

Saturday, 2 May 2020

KARYA PILIHAN SUNTIK 4/2020


Ini karya pilihan pada tarikh tersebut moga ini menyumbang semangat untuk terus berkarya. Hati manusia kadang boleh berubah-rubah, bisa jadi hangat, bisa jadi dingin. Bisa jadi sebaliknya. Begitulah hati serapuh kaca. Terima kasih

Friday, 24 April 2020

BERSAHABAT DENGAN BUKU WALAU APA PUN KEADAAN, SALAM RAMADAN

Lambakan bahan bacaan dimedia sosial tidak meminggirkan buku-buku ini untuk terus dibaca, ia tetap menjadi sahabat di waktu-waktu terluang apa lagi diwaktu pkp begini. Banyak ruang untuk menatap Sekurang-kurangnya tidaklah boring.

Hari ke dua ramadan, dugaan covid tidak melemahkan umat Islam melaksanakan ibadat puasa, syukur Alhamdulillah masih bernafas di atas muka bumi ini.

Thursday, 23 April 2020

Monday, 20 April 2020

AYAM SAMBAL BALI

BILA DUDUK SATU BUMBUNG INI PASTI BERLAKU

ya pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran, memang benar tinggal ramai-ramai dalam satu bumbung pasti banyak masalah yang timbul, lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah berkeluarga mungkin tidak pada adik beradik tetapi dikalangan ipar duai terutamanya. 

Biasanya bab tugas-tugas dalam rumah, seperti memasak, basuh pinggan mangkuk, mengemas dan sebagainya, inilah salah satu bab yang selalu mencetuskan masalah. Masing-masing hendak lepas tangan, macam-macam perangai yang timbul. Ada yang berkurung dalam bilik, ada yang saja sibuk dengan anak dan lain2.

Perkara ini berlaku masa lalu cukup mencabar emosi, Mujur ada kesabaran, jika tidak bisa berlaku Pertengkaran. Paling terbaik tinggal rumah sendiri, apa-apa masalah hadam sendiri tidak melibatkan orang lain kan. 

Saturday, 18 April 2020

SAYA PUN DAPAT BANTUAN?

senarai barang : 10kg beras, 1kg gula, 1kg tepung gandum, 1kg minyak makan dalam plastik, 1 bungkus mee kuning.

Petang semalam ketika saya sedang duduk-duduk diberanda rumah menghayati suasana petang, tiba-tiba jiran saya datang menghantar barang makan seperti dalam gambar diatas.

ini daripada rumah ketua kampung, dia minta jiran ini tolong bawakan dan hantar ke rumah saya, kebetulan mereka ke rumah ketua kampung untuk menerima bantuan tersebut., bantuan daripada Kerajaan. 

Sedikit rasa terkejut kerana saya tiada permintaan bantuan tersebut, saya tidak wajar untuk menerimanya, bukan kerana saya kaya tetapi saya selaku penjawat awam Ada pendapatan bulanan adalah sedikit kemampuan.

Saya menolak untuk tidak menerimanya, jiran saya kata, ambil saja semua penduduk satu kampung pun dapat. . terfikir dalam hati, jika semua penduduk kampung menerima bantuan tersebut maknanya termasuklah juga pegawai2 kerajaan yang bergaji besar itu,, rasanya tidak adil bagi saya, baik jugalah tindakan ketua kampung mengagihkan sama rata, tetapi tidak adil kepada keluarga yang tidak ada sumber pendapatan sebagaimana pegawai kerajaan.

Tak kan mau juga?? Namun begitulah sikap sesetengah manusia. Semuanya mau yang free walaupun mampu. 

Oleh kerana rasa simpati kepada jiran saya ini, bantuan tersebut saya berikan semula kepadanya Kerana mereka lebih daripada layak untuk menerimanya. Anak-anak pula ramai termasuk cucu-cucu dan lagi mereka tiada sumber pendapatan tetap. 

Mulanya dia enggan tetapi saya bagi beberapa alasan dan akhirnya dia akur. Sekurang-kurangnya dapat juga saya membantu meringankan sedikit beban mereka pada waktu-waktu pkp ini. Walau pun mereka juga dapat, Ahamdulillah.

*TERIMA KASIH ATAS KEPERIHATINAN"

Friday, 17 April 2020

RESEPI PINJARAM

Resepi dari staf cikgu masakan. 
Time2 Pkp ini banyak aktiviti yang boleh dibuat antaranya bolehlah mencuba semula kemahiran yang pernah dipelajari masa lalu. Mana tahu masih berbisa. 

Wednesday, 15 April 2020

RESEPI AYAM SERAI THAI




TANGAN DIATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN DIBAWAH

*Kikis sikap menafikan hak yang lebih layak. (Dari Grup Majlis Dakwah Negara)*

Tazkirah hari pagi .
cerita lama yang saya ulang baca dan ingin berkongsi dgn ahli kariah sekalian *moga bermanfaat buat menjentik minda semua*. 

Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalamannya pertama:
 
Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Café yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.

Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUSSIE.
Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata
"It's free,  nothing to pay.” 

"Are you sure?” kata saya.

Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.

Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya. Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.

Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi di cegah oleh suaminya, sambil berkata,
 
"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"

Kalau kita mampu beli. jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it."

Wahhhh.. saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm.. saya ini dulu berniaga juga tau?”

Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?

Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.

Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga, 

"We have enough money to buy... why do we have to pick up a free one."Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma."

Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar.
Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna  orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.

Walaupun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya.Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.

*Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma.Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.*

Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.

Kini saya baru tahu, kenapa di kelab ada  kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.

Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.

Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain. 
Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?

Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?

Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?

Sahabat, kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pepedulian dan keimanan kita.  "Jangan Mengaku Beriman Jika Saudara & Tetangga Kanan Kiri Kita Masih Ada Yang Kelaparan."

Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar,  tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

"Biasakanlah memberi makan orang miskin."_
(QS: 107 Al-Ma'un: 3)

Semoga Bermanafaat Kesah Ini Tatapan Semua.

BAGAI PUNGGUK MERINDU BULAN


Untuk kesekian kalinya aku katakan kepadamu bahawa cinta menyatukan kita tak akan lapuk dek waktu tak akan lekang dek zaman 

Kerana kita dicipta dari ketelusan kalbu dan keikhlasan hati yang selalu bersama, kita alirkan di jiwa terdalam

Pertengkaran yang kadang datang tak akan mampu membuatkan retak hati kita, justeru ia membuatnya kian kuat

Juga kebosanan 
 akan keadaan sulit pun tak akan membuat kita mengeluh dan jatuh, bahkan semakin mengukuhkan kaki untuk terus berdiri

Maka pada malam kesekian ini aku pun semakin merindumu bagai pungguk merindukan bulan dan malam

"teringat lagu lama nyanyian seniwati Normadia dan Tan Seri P. Ramlee," BAGAI PUNGGUK diwaktu malam MERINDU BULAN "
hahaha.. Adoii enternet amat ciput sekali diwaktu pkp ni.. Tak kah tidur manusia di malam-malam buta begini.. Misi meneroka alam misteri belum selesai.. Best.. ;

RESEPI BIHON BAKSO