Sunday, 6 December 2020

KEKTUS

Pertumbuhan yang sihat segar cukup penjagaan. 

Bunga kektus antara pilihan menghias halaman terkini dan masih terus menambah bilangan koleksi yang sedia ada. Keunikan tumbuhan ini menggamit minat untuk mencuba menanamnya sebagai hobi juga munguji nasib apa kah saya berjaya atau sebaliknya.

Ramai pencinta bunga kektus menyatakan kekecewaan mereka memelihara spesies bunga ini kerana agak cerewet penjagaannya sebaik dibeli bunga ini mati, layu, reput dan sebagainya menjadikan mereka berputus asa. Rasa saya agak menggerunkan kenyataan tersebut namun saya tetap mencuba nasib mana tahu saya berjayaπŸ˜…. Belum Cuba belum tahu. Yeaaaa

Persediaan yang telah saya lakukan adalah seperti sebelum ini, bunga-bunga yang saya tanam itu saya buat kajian terlebih dahulu dalam segala sudut. Tips teknik penanaman dan penjagaan amat penting jika ingin memanjangkan hayat tanaman kita. 

Apalah maknanya kita memiliki sesuatu yang kita suka tetapi kita abaikan keperluannya. Chee wahhh. 


Thursday, 3 December 2020

SABAR MENANTIπŸ˜πŸ’–πŸŽŠ



syukur Alhamdulillah sudah mekar sepenuhnya syantikkkkkk,, bikin penasaran πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸŽŠπŸŽŠπŸ’–πŸ’–
Orkid catelia 



SAHABATKU MENGINGATKANKU

Takzira untuk diri sendiri Menginsafkan. 
jom_dakwah, 
kenangkanlah dosa-dosa yang lalu dan mohon ampun kepada TUHAN, kerana TUHAN tidak melupakannya. Awas! jangan membuat dosa dimasa depan. Kerana diwaktu ini kita hampir kepada TUHAN makin bersih daripada dosa. 

Jagalah masa yang tinggal sedikit isilah dengan perkara-perkara yang berfaedah tanda kita menyesal dengan masa yang sudah. Ingatlah TUHAN setiap waktu kerana kematian kita tidak tahu jika tiba kematian, kita tidak lupa dengan TUHAN. 
Jangan menzalimi manusia kerana penzaliman didunia lagi di balas oleh Tuhan apatah lagi di akhirat, memang tak lepas daripada hukuman. 

Buatlah pelbagai bentuk kebaikan sekali pun kecil kerana ia lebih ikhlas. Selalunya kita lupakankan kerana amal kebaikan disuruh lupakan. Tapi amal kesejahteraan kenalah kita ingatkan agar kita menyesal dan bertaubatlah. 
Siap siagalah selalu berhadapan dengan kematian kerana kematian itu bila-bila masa boleh berlaku dan kedatangan mati tidak pilih umur. Janganlah kita berangan-angan untuk panjang umur. 

Kridet:mfrstudio. 
Sumber ig. 

BUNGA TANGLONG SEPOHON

Bunga Tanglong mekar dilaman. 

Pertama kali melihat bunganya sejak saya lahir ke dunia ini. Pokoknya sudah lama dibeli dari tamu tapi saya biarkan begitu saja tak terpeduli. Pokok dan daunnya nampak biasa-biasa saja tidak menarik untuk di perhatikan. Kadang layu kerana tak tersiram.

Suatu hari kerana tiada aktiviti pada hari berkenaan saya ambil kesempatan memindahkan pokok tersebut ke pasu yang sederhana besar, setelah di pindahkan pantas pohonnya mula meninggi dan kudupnya mulai kelihatan, beberapa hari kemudian ia mekar SubhanAllah bukan saja cantik tapi unik seperti Tanglong.
Tapi sayang mekar bunganya tak lama. Yelah hidup ini pun tak kekal selamanya. Tuhan berikan nikmat yang banyak pun ramai manusia tak bersyukur, ini kan yang sedikit. 





Tuesday, 1 December 2020

PROJEK HARI INI

Projek hari ini tanam orkid. Sepuluh jenis orkid yang baru dibeli telah dirawat dan dipindahkan ke pasu terus di gantung. Mencabar diri dengan slogan kenapa orang lain boleh menjaga orkid dengan baik, kenapa saya tak boleh?. Menanti waktu bunganya kembang, tak tahu lagi apa warnanya. Setelah di lakukan perawatan, baru nampak perubahan, daun mulai hijau segar. Boleh buka kelinik merawat orkid yang sakit, wahhhπŸ˜…
projek semalam bunga kektus
memukau sungguh MasyahAllah. Spesis kektus ini mudah di jaga sebenarnya, siram sekali seminggu pun memandai kata penjual. Melihat halaman yang kian sarat dengan pelbagai spesis bunga menyumbang kepada pemanjangan hayat kata orang. Betul kaaah

Saturday, 28 November 2020

WANITA HARUS KUAT

(motivasi untuk diri sendiri). 

Di zaman moden ini, ramai wanita yang mampu mencapai apa yang ia mahu, seperti misalnya karier. Menjadi wanita yang berdiri diatas kaki sendiri dan kuat bukan bererti segala sesuatu harus dikerjakan sendiri. Kerana tidak ada manusia yang dapat hidup sendiri tanpa bantuan orang lain.

Berdikari dan kuat yang dimaksud adalah mencuba untuk melakukan semuanya sendiri terlebih dahulu tanpa harus menungggu orang lain yang menghulurkan bantuan atau tidak bergantung hidup kepada orang lain hingga tidak mampu mengambil suatu tindakan dan langkah seorang diri.

Oleh kerana itu, betapa pentingnya seorang wanita untuk menjadi mandiri dan kuat di dalam hidupnya.

Selagi mampu berjalan, berjalanlah, dalam keadaan merangkak sekali pun merangkaklah, namun jika sudah terbaring terpaksalah mohon bantuan. πŸ˜…

Hidup ini satu perjuangan jangan pernah kalah dalam berjuang, berjuang untuk hidup hingga ke puncak kejayaan. Wanita mampu berdiri diatas Kakinya sendiri..jangan jadi wanita yang lembik nanti di pijak-pijak. 

Bila terlalu mandiri orang lain pula ambil kesempatan...hemm


Friday, 27 November 2020

BUNGA KUBURAN


Pasu sekecil ini harganya RM68.00 tak kisahlah janji aku suka ianya ringan dan nampak klasik. Anak pokok kemboja ini berbulan-bulan  benih, kini baru aku pindahkan ke pasu ini. 

 Ternyata kian sukses aku menanam setakat ini tanpa gagal Alhamdulillah. Confirm tangan sejuk πŸ˜…πŸ˜…
Mula bertunas setelah dipangkas untuk tujuan penggalakkan pertumbuhan daun baru dan berbunga lebat. 
Nampak makin subur setelah penukaran tanah, penyemburan racun serangga, racun kulat dan pembajaan. 

Bunga Kemboja sinonim dengan bunga kuburan, kebiasaannya masyarakat kita apa bila ada orang yang meninggal dunia bunga komboja jadi pilihan untuk ditanam di tepi kubur. Aku kadang berfikir mengapa bunga ini?, sedangkan banyak bunga yang lain.

Mungkin juga kerana bunganya cantik pelbagai warna berbau harum dan mudah tumbuh. Tidak perlu penjagaan yang terlalu rapi seperti pohon-pohon bunga yang lain. 

Nah kerana kecantikan bunga kemboja ini aku turut menanamnya untuk hiasan halaman. Sekarang ada 31 pasu semuanya dan akan di tambah dari masa ke Semasa. Kemboja yang aku tanam ini bukan spesies kemboja kuburan tapi kemboja China. 🀣🀣🀣

Thursday, 26 November 2020

ORKID YANG TERBIAR

 
Minat mendalam pada bunga orkid tiba-tiba datang bagai guntur membadai langit. Bagai gempa membelah bumi. Demikianlah perumpamaannya.😊

Gambar orkid dibawah yang cantik-cantik ini buat mata tak lelap dengan aman, hati pula melayang-layang memasang impian. Pesona bunga ini tiada yang menafikan ia antara terapi semulajadi terbaik. 

Gambar orkid diatas adalah milik rakan dari kundasang, saja letak untuk motivasi diri sendiri yang baru belajar teknik penanaman dan penjagaan. 

Gambar orkid dibawah ini milik penulis
Daun-daun kian segar dan hijau 
daun-daun bergelembung kesan serangan serangga perosak kini beransur pulih. 

Sebenarnya Pokok-pokok orkid yang hanya beberapa pasu ini sudah lama wujud dihalaman namun agak terbiar menyebabkan ia jarang berbunga kerana diserang serangga perosak dengan begitu teruk tidak terfikir untuk merawatnya kerana lebih fokus kepada penanaman pokok bunga kertas. Ketidakmahiran tentang penjagaan pokok ini juga menyumbang tidak kisah sehingga riwayatnya hampir pupus bak kata pepata hidup segan mati tak mahu. 

Kerana pesona bunga-bunga ini menggamit minat mendalam yang mendorong saya berusaha mencari info dimedia-media tentang teknik penanaman dan penjagaan. Syukur Alhamdulillah banyak membantu.

Dengan ruang yang ada pohon-pohon orkid ini saya rawat dengan penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan seperti dibawah ini ternyata bembuahkan hasil. 

Bahan-bahan yang di syorkan :
1. Racun Kulat
2. Racun serangga 
3. Baja orked cair
baja apa saja pun boleh tepulang kepada individu😁Asalkan jangan terlebih. 

Setelah seminggu dirawat sungguh diluar jangkaan salah satu  pokok orkid yang sudah lama tidak berbunga ini mengeluarkan bunga yang sungguh cantik. MasyahAllah amazing😍😍

Hari demi hari berlalu daun-daun segar menghijau tak sia-sia saya belajar dengan tekun. Bukan susah pun asalkan rajin😁 segala teknik yang di nyatakan di praktikkan sungguh-sungguh tanpa gagal dan akhirnya ini yang berlakuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
dalam proses penyiapan pondok orkid ditepi rumah. Berkorban bajet demi impian menjadi realiti. Hikmah covid - 19 dan pkp/pkpb. TUHAN tidak menurunkan dugaan tanpa hikmah yang terbaik buat manusia. Justeru bersyukur dengan apa adanya. 

Demikianlah serba ringkas kisah tercetusnya minat secara serius aku dan bunga orkid. πŸ’.