Sunday, 30 May 2021
SEPI AIDIL FITRI 2021
Selamat menyambut aidil fitri maaf zahir dan batin. Hari ini seluruh umat muslimin menyambut lebaran dengan suasana sepi tanpa kunjung mengunjung dikalangan rakan dan taulan. Pendamik covid 19 adalah faktor penyebab berlakunya keadaan ini, rasa sayu tetap terasa tanpa kehadiran Insan-insan yang dikasihi bersama disisi merayakan hari lebaran ini.
Monday, 17 May 2021
MY SECRET GARDEN
Bukan semua orang beruntung mempunyai halaman rumah, apatah lagi jika tinggal di bandar besar atau dikawasan perumahan yang agak terhad, beruntung jika memiliki halaman yang agak luas. Justeru atas keberuntungan ini aku berusaha menfaatkan sedaya yang termampu menanam segala jenis tumbuhan.
Pokok hiasan bukan saja mencantikkan halaman tetapi boleh membantu mengedarkan udara bersih, Menyedut karbon dioksida, melepaskan oksigen, juga mengurangkan kemurungan, membantu memories dan kesihatan mental, mengurangkan kesan cuaca panas.
Sejak pandemik melanda dunia ramai orang dan sangat ketara fokus kepada tanaman pokok hiasan halaman rumah, bukan saja dikalangan wanita malah lelaki juga tidak ketinggalan mengisi ruang yang ada, akhirnya jadilah seperti ini, dan rasanya aku tidak keseorangan malah ramai perempuan diluar sana dengan hobi serupa, riuh rendah berbicara tentang bunga, menanam bunga, mencari bunga, yang tidak minat pun turut berminat, bahkan ramai mengambil peluang bertani bunga untuk penambahan pendapatan, bahkan yang dulu halamannya sunyi dengan bunga-bunga kini telah berseri dengan kehadiran pohon-pohon ini. Sungguh luar biasa, pasu-pasu dipasaran turut laris sampai ke tahap kehabisan stok kata penjual hem.
Begitulah kisah insan dan bunga.
Sunday, 9 May 2021
KERANA SEBARIS PUISI
Jakarta - menghadiri acara puisi ogos 2019-
Hanya kerana sebaris puisi kita jelajah ke serata buana, kata-kata ini di tuturkan oleh seorang penulis tersohor Pak Rida K. Liamsi, sangat melekat dihati ku. Benar jika bukan kerana puisi tak mungkin langkah ini sampai ke Tanjung Pinang.
pengembara singkat berjalan diatas muka bumi dengan tak terkata syukur kepada yang maha esa yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada didalam dunia ini.
Dari negeri ke negeri aku melangkah dengan niat menimba ilmu sambil melihat kebesaran ciptaan ilahi. Alam ini luas dan begitu indah untuk diteroka. Setiap sudut dan tempat, gelagat manusia aku perhatikan banyak perkara yang membuat aku Sebak, insaf dan bersyukur.
Kadang kala ada perkara yang tak terluah dengan kata-kata, mata mampu melihat sedang gerak tak berganjak hanya mampu mendoakan yang baik-baik.
Ya, kita di takdirkan berbeza melalui kehidupan ini, ada yang sukar, ada kaya ada miskin, Namun demikian apa jua keadaan harus kita syukuri nikmat yang ada walau sedikit.
Dari negeri ke negeri aku melangkah dengan niat menimba ilmu sambil melihat kebesaran ciptaan ilahi. Alam ini luas dan begitu indah untuk diteroka. Setiap sudut dan tempat, gelagat manusia aku perhatikan banyak perkara yang membuat aku Sebak, insaf dan bersyukur.
Kadang kala ada perkara yang tak terluah dengan kata-kata, mata mampu melihat sedang gerak tak berganjak hanya mampu mendoakan yang baik-baik.
Ya, kita di takdirkan berbeza melalui kehidupan ini, ada yang sukar, ada kaya ada miskin, Namun demikian apa jua keadaan harus kita syukuri nikmat yang ada walau sedikit.
Saturday, 1 May 2021
RAMADAN 2021
Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah masih berkesempatan mengerjakan ibadat Puasa pada tahun ini tahun 2021. Meski pandemik covid 19 terus menerus melanda dunia dan kehidupan manusia sejagat namun ini bukan penghalang dari melakukan amal ibadat kepada yang maha esa.
Mudah-mudahan apa yang kita lakukan selaku umat nabi Muhammad saw diakhir zaman ini akan mendapat redha dari Allah swt, Amin.
Tuesday, 6 April 2021
BROMELIAD
Aku baharu saja mengakrabi bunga-bunga bromeliad sungguh anggun bak pelangi menghiasi halaman dengan pelbagai warna dan bentuk.
Pokok bromeliad ini aku beli beberapa minggu yang lalu disebuah nuseri yang agak terkenal dalam daerah ku, kini sedang gamak dihalaman dengan jumlah hampir 20 pokok, ada yang bersaiz L, M dan S, kesemuanya telah ku alihkan ke dalam pasu saiz sederhana kerana pasu asal terlalu kecil, MasyahAllah indahnya tersusun rapi di halaman, belum terlewat aku memilikinya. Puashati setelah keinginan mendapatkan pokok ini tertunai sudah.
kini aku pindahkan lagi kedudukannya ke sudut lain atas faktor cuaca. Maklumlah cuaca pada masa ini keadaannya tidak menentu kadang panas terik, kadang hujan. Akibat panas terik beberapa pokok habis daunnya melecurš„.
Thursday, 25 March 2021
BUNGA ASAM BATU@ BEGONIA
11hb mac 2021 tarikh pembelian
24hb mac tarikh pembelian
Pokok asam batu @ begonia sifatnya sesuai ditempat redup dan tanahnya harus lembab selalu. Pokok ini antara yang sangat menarik untuk di jadikan sebagai koleksi tanaman hiasan halaman. Warna daun pelbagai bentuk dan corak serta mudah tumbuh tidak cerewet penjagaannya.
Tarikh pembelian saya catat untuk tujuan melihat pertumbuhan, daripada sehelai daun hingga menjadi rimbun, Agaknya berapa minggu atau bulan.
Saturday, 20 March 2021
ANGGUNNYA SI BUNGA ANGGERIK
Tak terasa rugi dan sia-sia segala pengorbanan yang di curah demi melihat pohon-pohon ini berbunga, sihat dan segar.
Friday, 19 March 2021
SUDUT MERAWAT EMOSI š
Andai esok aku tidak lagi melihat suria tersenyum menyambut pagi, andai esok aku tidak lagi melihat langit kelam di sinari sang rangbulan, tiada lagi duka ini hilang bersamaku.
Disini aku merawat duka, duka tak berair mata, tanpa air mata siapa percaya aku sedang berduka, terluka yang amat tak terungkap pada kata-kata, sakit tak terperi, seperti saat aku menumpahkan darah membanjiri bumi, betarung nyawa antara hidup dan mati. .šš. Ya TUHAN luka dan kepedihan ini akan ku bawa hingga ke akhirat.
Andai masa lalu itu datang kembali,
andai aku tahu cerita masa depan,
lebih indah tiada yang menyakiti, melarakan jiwa, dunia ini banyak duri, duri yang selalu menikam jantungku hingga hampir tak berdaya tapi tak rebah, aku harus kuat, sekuat saat menyambut mu muncul ke dunia, tak terhitung urat terputus.. Ada keajaiban yang menyokong.. Ahh peduli apa, bagimu tak pernah wujud..
TUHAN itu tidak tidur malam dan siang, meluah segala kesakitan yang membeku. Aku tidak lagi mencari mu layang-layang, menanti kepulanganmu, TUHAN lebih tahu mengurusmu.
#LAYANG-LAYANG TERBANGLAH DIMANA PUN KAU MAHU# Suatu saat nanti moga kau juga akan merasai sebagaimana yang kau lakukan. Mungkin bukan pada waktu ini, tapi pada waktu mendatang perjalanan ini masih panjang. Kita di temukan didunia ini kerana takdir dan aku harus menerima hakikat bahawa dalam hidup ini tiada yang kekal abadi selamanya.
Friday, 12 February 2021
PHOLIDOTA PALLIDA Lindley
COVID 19 dan PKP banyak hikmahnya.
Orkid Endemia nama saintifiknya, termasuk spesies orkid hutan rasanya. Saya baru belajar mengenali nama-nama orkid yang terdapat dalam jagaan.
Pokok orkid ni saya beli dekat nuseri di kundasang pada 7hb disember 2020, Pada tarikh gambar ini di rakam, genap sebulan 15 hari berada dalam jagaan.
Ketika saya membeli pokok ini dalam keadaan hodoh setiap inci daunnya ditumbuhi lumut sangat tebal, kerana keinginan memiliki pokok tersebut soal keadaannya yang hodoh itu saya tak kisah asalkan ia dapat di miliki. Sudahlah hodoh mahal pula harganya.
Tiba dirumah daun-daunnya saya bersihkan dengan menggunakan berus dan sabun, Alhamdulillah daunnya nampak segar dan berkilat.
Rasa tak sabar melihatnya untuk berbunga, penjagaan yang cukup rapi, penyiraman dan pembajaan mengikut tarikh yang telah di tetapkan sungguh tidak mengecewakan, hasilnya ia telah mengeluarkan rimbunan bunga yang sungguh cantik meriah berjuntai dan tak terkata harum semerbaknya mewangi dihalaman MasyahAllah.
Harumnya rasa berada di dasar rimba. SubhanAllah š sungguh menakjubkan.
Tuesday, 19 January 2021
INGAT INI PESANAN
Namun aku jenis tak suka minta, segan meminta-minta, jika ada masalah pun berusaha mencari selagi ada jalan, begitulah, telah menjadi budaya dalam setiap tindakan. Rasa risau menyusahkan walaupun berhak meminta. š
Lebih baik tidak berhutang agar tiada tuntutan di kemudian hari.
Thursday, 31 December 2020
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2021
Selamat menyambut tahun baru 2021 semoga tahun baru ini akan tercapai segala impian yang di cita-citakan. Masa yang telah berlalu akan menjadi Kenangan pahit atau pun manis.
Dalam meniti kehidupan yang serba tidak sempurna ini akan kita lalui pelbagai warna itu pasti selagi masih bernafas.
Moga semuanya baik2 saja. Salam bahagia buat semua.
Tuesday, 22 December 2020
Saturday, 12 December 2020
KU ULANG KEMBALI
Hujung minggu ini buat aktiviti belajar kembali mengalunkan surah-surah yang telah lama terabai hingga tiun pun sudah lari. Kali ini bersama sifu yang memang pakar dalam bidang ini.
MasyahAllah syukur Alhamdulillah masih mampu, lidah ini masih waras walau tiun banyak lari. Allahuakbar mencabar diri untuk terus gigih hingga ke penamat.
Aku sudah tua InsyahAllah dengan cara ini hati cerah kembali dan lidah jadi lembut. Walau sibuk dengan bunga tapi ruang untuk ini harus diberi perhatian.ššš
AKTIVITI HARI SABTU
sebahagian pokok kemboja dalam pasu kecil telah di pindahkan ke pasu sederhana besar. Syukur Alhamdulillah mudah-mudahan subur dan sihat. Aktiviti hari Sabtu memindahkan kektus ke pasu-pasu anggun, MasyahAllah menyumbang bahagia dihati. Aktiviti yang tak pernah membosankan bagi seorang perempuan pencinta bunga-bunga hidup. Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi yang maha kaya.
Syukur Alhamdulillah masih diberi kesihatan, kesejahteraan, rezeki dan nikmat hidup dialam fana ini. Semoga esok masih ada, insyahAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





