Sunday, 29 January 2023

MAWAR YANG SEMPURNA

Mawar tahun 2022



Pokok mawar ini aku beli di sebuah nusery terletak di atas bukit pekan Kundasang dengan harga sepokok RM 30.00. Aku masih ingat kata-kata penjual bunga ini, katanya kamu tak akan menyesal membelinya kerana bunganya tersangat cantik dan harum. Ternyata kata-kata penjual tersebut benar dan aku tak rugi membelinya dan aku sangat berpuashati.

Secara semulajadinya aku suka bunga ros tanpa sempadan kecantikan, keharuman itulah faktor utama. Percubaan pertama aku tanam bunga ros aku gagal, permulaannya semua OK namun lama kelamaan pokok layu dan akhirnya mati aku tak tahu apa cara memulihkannya. Percubaan kali kedua berjaya namun kerana kesibukan ku menyebabkan penjagaannya agak terbatas. Kerana kesibukan ku tang agak tak menentu  lalu pohon-pohon Ros ini ke semuanya aku tanam diatas tanah dengan tujuan menjimatkan tenaga dan masa, aku beranggapan bila tanam diatas tanah ia akan lebih sihat dan tidak perlu penyiraman lagi kerana ada kalanya hujan turun, namun akhirnya pohon-pohon Ros ini satu demi satu mulai merosot kesegarannya ada yg mati ada yg nyawa2 ikan. Aku berusaha memulihkan hayat Ros ini aku tanam semula dalam pasu, Alhamdulillah kini kembali segar dan mulai mengeluarkan kuntum-kuntumnya yang indah. 
 
.

 

TETAP HAPPY DI TAHUN BARU 2023

Hari ini permulaan tahun 2023 tiada apa yang berbeza dengan tahun kelmarin hanya angka yang berubah. Seperti biasa aku lalui hari ini dengan biasa2 saja walau dalam hati ini tersimpan sejuta duka yang sentiasa menyala. Tapi tak apalah biarkan semuanya terus berlalu. Hidup ini tidaklah merana hanya kerana mahluk bernama manusia.

Mudah-mudahan mahluk2 yg menyumbang duka itu akan menerima pembalasan di suatu hari nanti. Bagaimana kalian melukai hati ini begitulah akan kalian lalui mudah-mudahan akan kalian rasai. Itu saja mukadimah di tahun baru 2023 

Wednesday, 4 January 2023

2023 AKU MASIH DISINI




Jalan raya telah siap dibina
aku sangat berterima kasih kepada YB yang telah meluluskan pembinaan  jalan di tanah kebun kami. walaupun pembinaannya dilihat ibarat hanya melepas batuk di tangga asalkan ada, fahamlah kontrakter ni biasanya ingin banyak untung dan tentulah untuk habuan poket sendiri. hemmm 

Tuesday, 3 January 2023

RUMAH DI HARI TUA KU

  
Ini kediamanku di hari tua sehingga aku menutup mata. 
Syukur Alhamdulillah akhirnya kediaman sederhana ini telah terbina diatas sebidang tanah peninggalan arwah ayah dan ibu. kini hampir tujuh tahun aku dan keluarga kecilku bermukim ditempat kelahiran ku. Aku bahagia kembali ke sini segalanya atas kehendak ilahi. 
Sejak dulu aku tidak pernah berimpian membina rumah besar memikirkan suatu waktu nanti bila anak-anak sudah dewasa pastinya mereka juga inginkan kehidupan sendiri, tinggal di rumah sendiri begitulah putaran hidup seperti juga aku yang dulu tinggal bersama orang tua namun setelah menemui pasangan hidup akhirnya aku tinggalkan rumah orang tua ku dan memilih tinggal di rumah sendiri.

Friday, 30 December 2022

ORKID DIHALAMAN


Pohon-pohon orkid di halaman kian rimbun dan meriah berbunga, kini hampir dua tahun kewujudannya tidak pernah menghampakan kepada pemiliknya. 
Idea meletakkan pokok orkid dalam keadaan begini tercetus memudahkan ketika penyiraman atau membaja. 

Thursday, 2 June 2022

TUNGGULAH

Setiap desis nafas ini berdoa untuk mu mahluk pengamal ilmu hitam semoga Allah memberi pembalasan atas segala fitnah2 yang kau tebar, porak perandakan kehidupan orang lain, pembohongan mu yang terang dan nyata. Tunggulah kehancuranmu TUHAN tidak tidur malam dan siang. Doa2 orang kau aniaya tak pernah berhenti berdoa memohon keadilan dari Allah swt. 

Monday, 16 May 2022

MALAS MASAK


Ada yang mengata saya ni malas masak, tiada nasi dirumah, tiada apa yang nak dimakan, agak2lah bila memfitnah, dari mulut siapa agaknya yang mengata itu hemm... Tak kan mau diheboh setiap apa yang mau dibuat. 
Orang luar lebih tahu dari orang dalam rumah.. 
ini antara menu kegemaran hasil olahan tangan ku sendiri😅.
Siapa sebenarnya yang pemalas pandang-pandang lah kiri kanan.
Dah tua2 tak kan tunggu orang tua mau suapkan nasi kemulut. 

Saturday, 14 May 2022

MAJLIS TERBUKA RAYA 4HB MEI 2022 DI VILLA AZALEA



Inilah sebahagian tetamu yang sempat dirakam, oleh Kerana masih rasa was-was dengan keadaan yang melanda dua tahun lalu tetamu undangan hanya dikalangan saudara mara terdekat, rakan dan jiran saja. 

Saya tidak cukup tangan menyediakan makanan terpaksalah menggunakan khidmat katering bagi memudahkan segalanya berjalan lancar itu lebih baik. Alhamdulillah segalanya di permudahkan. 

DUDUK RUMAH LAGI BEST


                                    Rumah Kampung seadanya VILLA AZALEA


Di antara bukit yang berbalut embun,

terpacak megah Villa Azalea berteduh.

Bunga azalea mekar di halaman,

melukis indah setiap hembusan angin kehidupan.


Pintu kayunya menyimpan kisah,

tentang tawa dan air mata yang tak pernah lelah.

Setiap sudutnya bercerita,

tentang rindu yang terbungkus nostalgia.


Langit senja menjadi saksi setia,

di villa ini cinta pernah bertamu.

Azalea memeluk tiap kenangan,

menyimpan damai dalam pelukan waktu.

sederhana tetap membahagiakan. 
pandangan sisi Kediaman ku yang sederhana. disini aku menghabiskan sisa-sisa hidup yang hanya tinggal sejengkal. Begitu singkatnya hayat kehidupan seperti baru semalam aku di lahirkan kini aku dah beransur senja. Bila usia kian senja lebih banyak memikirkan tentang kematian, benarlah kata orang bila usia  beransur senja banyak kehendak perlu dipertimbangkan. 
ketiadaan budak2 ni buat rumah jadi sunyi. Sekali setahun bertemu. 


Sentiasa Kemas dan bersih buat jiwa tenang selalu. 
Rumah ku syurga ku




pandangan hadapan 
oleh kerana saiz kediaman ini sederhana saja, ruang ini dibina  untuk aktiviti keluarga seperti kenduri, mesyuarat dan sebagainya.
 
Ruang santai di belakang rumah. 

Kediaman sederhana saja yang penting selesa dan bahagia mendiaminya. Kediaman harusnya sentiasa Kemas dan bersih agar rasa tenang dan damai selalu. Tidak rugi korbankan banyak tenaga demi kebahagiaan jiwa sendiri kerana diri sendiri yang menikmatinya.

#biar siok sendiri yang penting tidak menganggu kehidupan insan lain# abaikan saja orang kata#🌹

Wednesday, 20 April 2022

BIKIN SEMAK BANYAK PASU

Tidak terlalu banyak menggunakan pasu nampak lebih lapang. Jika halaman luas lebih baik tanam diatas tanah pokok pun lebih sihat pertumbuhannya, juga boleh menjimatkan tenaga menyiram berulang kali.

Sunday, 17 April 2022

DUA MINGGU LAGI MENYAMBUT RAYA

Biar happy selagi masih hidup, nikmatilah Ia dengan hati penuh kebahagiaan. 
Salam Ramadan

#. Bertabahlah engkau wahai perempuan bodoh# bodoh. Sebodoh-bodohnya. 

SALAM RAMADAN 2022

Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi bersama keluarga berbuka puasa Ramadan tahun ini. Tahun hadapan tiada kepastian, hanya mampu berdoa Semoga akan terus bersama. Ini sebahagian keluarga ku yang datang kali ini selainnya tidak dapat bersama atas alasan masing-masing. 😎Rasa bahagia bila bersama keluarga menjamu selera syukur Alhamdulillah.