Friday, 24 February 2012

Mesyuarat Negeri- Pejabat Daerah Kudat

Pasar malam Kudat
Durian murah
Bersama rakan, kami sempat makan Tom Yam di Pekan Kudat tepi laut

Wednesday, 22 February 2012

BTN Kundasang Ranau-PENYELIA-KANAN KEMAS SABAH/SARAWAK 14hb-17hb Feb 2012


Gunung Kinabalu ini pernah ku daki ketika  berumur 21 tahun dahulu...
KINABALU OH KINABALU, wajah ayumu persis wajah ayu sang jelita, memukau pandangan mata nakal sang teruna, wajah ayumu menggamit jutaan pengunjung dari pelusuk dunia, 
Menghirup udara pagi sambil melihat wajah KINABALU menguja pandangan
Bersama rakan Muntiara Wah Penyelia Kanan Parlimen Penampang
Para peserta KHYUSUK mendengar ceramah
Acara Pagi
Sebahagian program yang dijalankan
Prof. Tuan Hj Jasni Ismail Pensyarah UITM Shah Alam menyampaikan ceramah dalam kumpulan
Dato Hj Basran Penyelia Kanan Kinabatangan dan kanan-kanan berbagai Parlimen Sabah and Sarawak merakam potret kenangan pada wajah kinabalu
Bersama PC En. NorAzri Ahmad dari JPM Putera Jaya
Kumpulan ( KENYALANG BAYU ) ber sama PC Prof. Tuan Hj Jasni Ismail Pensyarah UITM Shah Alam dan Tuan Hj Syed bekas Pensyarah UUM
Program Kembara

HARI KELMARIN TELAH PERGI TANPA RELAMU
HARI INI PASTI ADA
HARI ESOK BELUM TENTU BAHAGIA
JUSTERU ITU PERGUNAKANLAH KESEMPATAN  YANG MASIH GEBU INI
UNTUK MENGENAL DIRIMU

BUMI YANG KITA PIJAK INI ADALAH BUMI BERTUAH
KHAZANA PENINGGALAN MOYANG BERSAMA DARAH DAN AIR MATA
 MARI KITA BERSUMPAH ATAS NAMA PERTIWI
KITA TIDAK RELA BUMI INI DIRAMPAS MANUSIA-MANUSIA DURJANA,
PENGHIANAT BANGSA, BERJIWA  MUNAFIK,

MARI KITA BERSUMPAH PERTAHANKAN BUMI PERTIWI INI
BIAR BERCERAI TULANG DARI KULIT, BIAR BERCERAI NYAWA DARI JASAD, BIAR KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR,
AYUH BANGSAKU BANGUN KITA TIDAK RELA DIJAJAH LAGI, KITA ADALAH TUAN DIBUMI INI
AGENDA SI KELDAI TUA PENUH MUSLIHAT
MAHU MELIHAT BANGSAKU MUSNAH, PORAKPERANDA, BERMUSUHAN, DAN AKHIRNYA DIA MAHU MELIHAT BANGSAKU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.
DAN
BUKALAH MATA WAHAI BANGSAKU
MARI KITA BERSATU
ATAS NAMA SATU MALAYSIA



Wednesday, 8 February 2012

Anggota KEMAS di hargai





KUALA LUMPUR 8 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Pengumuman itu dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Pada majlis itu, bekas kakitangan kontrak tersebut menerima durian runtuh sebanyak RM3,000 seorang daripada kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat lebih lima tahun. Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota Kemas negeri-negeri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh Kemas. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Bantuan itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 bahawa imbuhan secara sekali gus sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun. Semua bekas kakitangan kontrak yang layak boleh membuat permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat Kemas, semua pejabat Kemas atau pejabat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBKAM) atau laman web Kemas.

Friday, 3 February 2012

Sepetang Di Zoo Lokawi Kota Kinabalu

Beruang
orang utan
Burung Merak memukau pandangan
Helang yang sayu
Burung kenyalang yang pemalu
rusa bintang
Rusa-rusa ini asyik berbunyi
gajah-gajah ini mesra pengunjung
Burung cenderawasi yang paling cantik
Tapi si kecil ini sungguh bersemangat , anak  siapakah dia itu ?
Puteriku Alea

Tidak terdaya berjalan kaki menjelajah di zoo ini terlalu luas huhu letih sungguh berjalan kaki, tidak habis di lawati, lain kali datang lagi..  pertama kali melawat zoo Lokawi ,, tiada kesempatan berkunjung kesini selama ini,  rupanya, tempat ini sangat menarik.
Harimau Belang yang gelisah
Bawalah family berkunjung ke Zoo ini, lebih menarik dari Zoo negara,
bukan setakat ini haiwan yang menghuni zoo ini, malah mungkin retusan sepisis yang tidak sempat di rakam kerana hari dah nak hujan.