Jenama minyak luar negara harganya mahal, hanya minyak ini yang ada dalam rak, minyak tempatan lesap entah dimana?? |
Menurut kenyataan salah seorang pekerja di kedai itu, ketiadaan barangan tersebut adalah kerana barang kawalan itu terpaksa mereka sorok dan mereka meletaknya di kaunter pembayaran, bagi mengelak para pengguna membelinya dalam kuantiti yang berlebihan, sehingga terdapat pengguna lain kehabisan, itu adalah antara alasan peniaga yang tidak masuk akal, dan katanya lagi peniaga lain turut melakukan perkara yang sama, Maknanya semua peniaga telah berpakat melakukan perkara serupa. Namun tindakan peniaga ini kadang kala berpunca daripada sikap para pengguna itu sendiri. Kerana terdapat para pengguna membeli dan menjualnya semula kepada pengguna lain dengan harga yang tinggi ketika dalam keadaan mendesak.
Peniaga yang menjual barangan runcit di kampung-kampung juga sering menggambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata, Para pengguna khususnya harus bijak bila berhadapan dengan situasi sebegini. Pemantauan daripada pihak bertanggungjawab seharusnya di lakukan sekerap yang boleh, jika tidak sudah tentu ia akan dijadikan isu politik oleh pihak tertentu dan menyalahkan pihak kerajaan pula.