Pada awalnya Pn Amelia telah di sahkan menang tanpa bertanding kerana pihak lawannya telah di gugurkan dari senarai kerana terdapat masalah, namun kabarnya dia telah membuat rayuan kepada umno pusat yang akhirnya membenarkan dia bertanding semula.
Terima kasih kepada para perwakilan kerana telah memberi kepercayaan pada saya menggalas tanggungjawab sebagai naib ketua wanita umno bahagian bagi penggal 2013 hingga 2016. InsyahAllah saya buat sedaya mampu menyumbang apa yang sewajarnya. Saya yakin mampu menyumbang apa yang terbaik untuk parti dan pergerakan. Penglibatan saya dalam pergerakan ini bukannya baru hari ini atau baru semalam tetapi telah berpuluh tahun lamanya, di tambah lagi tugas saya yang khusus dengan masyarakat secara langsung sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan segala urusan yang berkaitan. Pengalaman dua penggal bersama pergerakan wanita umno tahun 90han melalui proses pemilihan undian, sekaligus menjadi setiausaha ketika itu menyumbang pengalaman yang sangat berharga.
Kewujudan puteri era Tun Mahatir pada tahun 2001 faktor saya meninggalkan pergerakan wanita kerana saya diminta oleh ketua bahagian menerajui pergerakan puteri yang masih berstatus penaja ketika itu. Pengalaman mewujudkan puteri bukannya mudah semuanya dilakukan dengan kerja keras sehinggalah terbentuk satu sayap pergerakan puteri di peringkat bahagian. Peristiwa yang tak dapat dilupa dimana semua bahagian puteri diseluruh malaysia berkampung di pejabat UMNO tingkat 14 PWTC dari pagi hingga ke pagi bagi memastikan bahagian masing2 dapat bersidang, oleh kerana masuh berstatus penaja banyak masalah yang belum selesai, kebanyakan cawangan tidak boleh bersidang kerana terdapat cawangan yang tidak cukup ahli.
Faktor umur yang hanya terhad kepada 35 tahun saya meninggalkan puteri dan meneruskan kesinambungan perjuangan, saya tidak kembali bersama wanita tetapi saya beralih ke bahagian dan turut bertanding dalam pemilihan sebagai ahli jawatan kuasa bahagian. Perwakilan memberi kepercayaan pada saya dalam pemilihan tersebut Alhamdulillah saya menang dan bersama bahagian selama dua penggal.
Pengalaman bersama tiga sayap pergerakan ini begitu istimewa kerana berada dalam tiga situasi yang berbeza. Selepas berlaku pilihan raya yang baru lalu, buat saya memikirkan banyak perkara, saya menggambil keputusan sudah tiba masanya saya harus kembali bersama pergerakan wanita atas beberapa faktor. Bukan kerana tamak jawatan seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang cuba meniupkan kebencian dan menolak saya dengan menyelit berbagai fitnah agar perwakilan tidak memihak pada saya, namun Alhamdulillah perwakilan bijak menilai siapa yang harus mereka pilih. Antara lain isunya saya adalah adik kepada ketua umno bahagian, apakah mereka lupa ini adalah pemilihan melalui undian, lainlah jika saya di lantik secara percuma oleh ketua bahagian.
Ada yang cuba pertikai keupayaan saya dalam jawatan ini, Apakah saya mampu menggalas tugas ini,, mereka lupa saya bekerja dalam jabatan yang berkait dengan masyarakat telah berpuluh tahun, sepak terjang menjalankan tugas yang lebih hebat dan mencabar ini telah banyak mendidik,,, macam-macam ada....berbanding jawatan naib yang baru saya sandang ketika ini, yang mana kesibukannya dilihat hanya bermusim, soal kemampuan rasanya lebih daripada cukup, bukan bercakap besar tapi InsyaAllah boleh membantu.
Buat semua rakan dalam pergerakan wantia, yang baru mahu pun yang lama. Fokus kita adalah menumpukan tanggungjawab ini bersama dengan satu matlamat memperkasakan parti keramat ini agar terus di pertahankan demi agama, bangsa dan negara. Kepada mereka yang tidak menyokong saya semasa dalam pemilihan, sedetik pun saya tidak berkecil hati, hakikat saya harus terima bukan semua orang suka pada kita dan begitulah sebaliknya. Kalah dan menang harus kita terima dengan hati yang terbuka, bukan menyelit dendam kesumat dalam diri kerana akhirnya dendam itu akan memakan diri sendiri.