Gara-gara terlepas hadir mesyuarat tindakan daerah beberapa minggu lepas,,jabatan saya di arah tutup...biar betul...??? sekian lama ini belum saya terdengar mana-mana Do yang setegas ini..huhhh
Beberapa rakan dari pelbagai agensi menyampaikan pada saya betapa marahnya master daerah ini kepada mana-mana ketua jabatan tidak hadir meeting tanpa sebab atau alasan yang munasabah. Siap call lagi dan minta surat tunjuk sebab..ini barulah betul-betul bos prihatin..
Saya tidak hadir bukan sebab di sengajakan, tetapi kebetulan mesyuarat jabatan di laksanakan pada tarikh dan masa yang sama, sehingga saya terlupa memaklumkan kepad PA si Master daerah ini yang saya tidak dapat hadir mesyuarat tersebut.
Pegawai lain dalam pejabat turut tidak dapat menggantikan kerana mereka juga terlibat dengan bengkel jabatan di luar daerah...
Arahan tutup ini, buat saya kecut perut...namun sekecil kuman pun saya tak ambil hati sebabnya ini kesilapan sendiri yang harus diinsafi buat pengajaran diri dimasa-masa akan datang..
Saya faham niat bos ini, dalam amanatnya lewat meeting dua bulan lalu diawal kehadirannya bahawa si master daerah ini telah bertegas menyatakan serta menginggatkan, tidak mahu ada di kalangan para pegawai ponteng meeting tanpa sebab, demi memastikan kelancaran serta kerjasama dalam memajukan keperluan masyarakat serta pembangunan di daerah ini dapat di laksanakan dengan baik. .
Si master daerah ini baru beberapa bulan di tukarkan ke daerah ini, nampak gayanya semangat dan ketegasannya dalam melaksanakan dasar kerajaan serta kehadirannya di daerah ini sangat bertepatan, sesuai dengan keadaan daerah ini yang begitu pantas membangun.
Jika sebelum ini ramai para pegawai sambil lewa menghadirkan diri dalam setiap kali meeting pembangunan daerah, tindakan daerah dan meeting yang lain, namun kali ini tiada yang boleh terlepas. Melainkan bersebab.
Wajanr sangat buat ingatan kepada semua pegawai yang telah di amanahkan dengan tanggungjawab masing-masing. Jangan sampai jabatan sendiri di arah tutup. Terima kasih kepada tuan Do yang baru.