Assalamualaikum buat warga dunia yang menyambut Hari Lebaran esok 28hb Ogos 2014, semoga lebaran kali ini terus bermakna buat semua insan beriman yang telah selesai mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Setiap kali menjelang lebaran ramai yang teruja merayakannya kerana lebaran ini saat yang di tunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa.
Aku antara insan yang gembira menyambut syawal ini, kerana syawal di sambut hanya setahun sekali, tentulah rasa gembira kerana ianya berbeza dengan hari-hari biasa. Bezanya berlaku kunjung-mengunjung dikalangan sahabat handai rakan taulan serta banyak pula juadah yang dihidangkan saat berkunjungan dari rumah ke rumah. Bukanlah juadah yang di idamkan semata-mata tetapi silaturrahim diantara sesama insan.
Selama dua tahun di awal lebaran lalu, aku tidak berkesempatan menyambutnya bersama sanak saudara di kampung kerana menggambil kesempatan melancong ke luar negara bersama keluarga, namun kali ini aktiviti melancong tidak di teruskan kerana ingin menikmati suasana raya pertama dan seterusnya.
Seperti selalu setiap kali lebaran persediaan biasa-biasa saja, hanya ala kadar, baju pun tak sempat buat kerana asyik kesibukan kerja sampai terlupa menyediakan baju raya. Biskut pun beli saja di pasaran banyak tersedia tak perlulah ribut-ribut buat biskut penat saja huhu.
Lagi pula Majlis Raya keluarga secara besar-besaran di laksanakan di kampung yang telah menjadi amalan keluarga setiap tahun lebih bermakna kerana hari tersebut aku dan abang-abang serta kakak-kakak kaum keluarga pasti bersama sekali menyambutnya. Waktu-waktu begini saja dapat berkumpul maklumlah semuanya telah ada tanggungjawab masing-masing, jarang sekali dapat meluangkan masa bersama. InsyahAllah moga semua yang dirancang berjalan lancar.
Ramadan kini sudah berlalu, semoga Ramadan mendatang akan dinikmati semula InsyahAllah.
Sunday, 27 July 2014
Tuesday, 15 July 2014
Karisma Ramadan Pembangunan Wanita dan Keluarga
Program wanita sempena Ramadan, menyampaikan sumbangan kepada ibu2 tunggal disekitar daerah keningau. Program ini diresmikan ketua umno bahagian parlimen keningau. Ceramah agama turut diselitkan di sampaikan oleh ustaz Hj Moktar Zainudin. Antara yang disentuh dalam ceramah, puasa merupakan satu ibadat yang wajib dilaksanakan setiap umat islam, manfaat puasa kepada tubuh badan menyumbang kepada kesihatan serta mampu mantapkan jiwa..
ucapan wakil rakyat Dun Liawan program ini antara tujuannya mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat
Saturday, 5 July 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)