Tuesday, 20 October 2015

Kak Long Sentiasa di hatiku

Sudah lama aku ingin menulis tentang perjalanan hidup  kak Long, namun asyik tergendala saja,  dialah kakak sulung kami tujuh beradik aku yang ke tujuh. Tahun ini umur kak long menjangkau 65 tahun. dah masuk dalam golongan warga emas.

Beberapa bulan lalu kak long telah dimasukkan ke Hospital SMC kota kinabalu kerana menjalani pembedahan jantung. Sempat melawatnya hanya sekali namun tidak lama kerana kak long masih dalam keadaan tidak sedarkan diri saat itu. Kabarnya kak long telah pun keluar dari hospital telah kembali ke rumahnya. kak long beransur sembuh Alhamdulillah. belum sempat menziarah kak long semoga dia cepat sembuh dan sehat-sehat saja.

Jarang sekali bertemu kak long kerana tuntutan tugas dan kekangan masa kadang-kadang tidak mengizinkan..lagi pula kami tinggal berjauhan. Rasa rindu juga pada kak long bila terlalu lama tidak bertemu. Bila teringat kak long, buat aku terkenang kedua arwah orang tua kami, ketika mereka sakit kak longlah yang selalu menawar diri menjaga mereka, meskipun kak long sibuk dengan perniagaan restorannya.. Kak long tetap meluangkan masa berusaha sedaya agar dialah yang menjaga orang tua kami ketika terlantar dirumah sakit. Sungguh banyak pengorbanan kak long berbanding aku. Kak long pasti merasa tenang kerana banyak berbakti kepada kedua orang tua saat hayat mereka masih ada.

Walaupun kak long mulutnya leazer namun hakikat hatinya baik tidak pernah berdendam, sikapnya yang suka berterus-terang itu kadang-kadang buat  telinga rasa menderu namun itulah sikap kak long semua keluarga faham sekuman tidak membekas dihati kerana apa yang dia perkatakan itu berasas.

Kehidupan masa lalu kak long terlalu banyak onak namun berkat sabar kak long, dia berjaya merentasi kepayahan itu . Walau tidak terlalu mewah kehidupan kak long namun sentiasa murah rezki. Kini kehidupan kak long tidak lagi sepayah dulu, kak long pasti rasa bahagia di kelilingi anak-anak yang sentiasa menggambil berat tentang dirinya, lebih-lebih lagi bila dia sakit, sikap anak-anak kak long, seperti sikapnya juga, bila orang tua sakit, ributlah anak-anaknya menjaga kak long.

Rumah kak Long tempat kami selalu berkumpul bila ada perkara berkaitan hal-hal keluarga di bincangkan, kak Long ramai anak-anak dan menantu serta cucu-cucu yang telah dewasa banyak membantu kak long disaat kak long memerlukan.
Demikianlah serba sedikit tentang kisah kak longku.

Ketika aku dirundung resah kak longlah juga tempat aku meluah segala resah ini. Antara aku dan kak long tiada sempadan rahsia, segalanya kak long tahu tentang aku...moga kak long sentiasa baik2 saja.