Thursday, 28 January 2016

KUZIARAH KENANGAN



Duduk barisan hadapan dari kiri Atiq, Efa, Yaya, Faeqa, Lala
barisan belakang dari kanan Fikar, Sahid dan Dudul
Ku abadikan potret kenang-kenangan arwah ayah dan ibu bersama sebahagian dari cucu-cucunya. Potret ini dirakam sekitar tahun 1998. dikediaman abang kami dikampung Likas. Saat ini arwah ayah ketanah suci mengerjakan ibadat haji kali kedua.

Arwah ayah walaupun sikapnya tegas tetapi sangat disayang oleh cucu-cucunya, sikap arwah ayah yang suka sembang dan peramah itulah yang membuat dia disukai. Kini pemergiannya telah menjangkau 10 tahun namun sejarah bersamanya tetap menjadi kenangan abadi buat keluarga.

Arwah ibu pula seorang yang terlalu cintakan kerjanya suka berkebun, semua tugas mampu dilakukan dalam satu masa. Begitulah rutin harian ibu, selesai satu kerja dia akan beralih pula kesatu lagi kerja, kemampuannya mengatasi kemampuan tenaga orang muda. Katanya dia rasa sakit bila tak buat kerja. Walau berulang kali ditegah namun dia tak akan peduli. Bila dalam keadaan sakit pun selagi kaki mampu melangkah dia akan terus melangkah. Itulah sikap ibu.

Aku terkenang kembali saat bersama betapa indah masa-masa lalu dengan adanya mereka disisi.
kini semuanya hanya tinggal kenangan saja

AL Fatihah buat kedua arwah.
Kucoret semua ini menandakan kerinduanku pada dua insan ini sentiasa bermukim disudut hati tak pernah luput dek ingatan. Moga mereka damai dialam sana.

KELAB PERMATA


Kelmarin selesai melawat bangunan Tabika di Kampung Meninipir yang telah siap dibina singgah menjamu selera bersama para pegawai di Kelab Permata Keningau. Inilah wajah-wajah yang sedang kelaparan. Aku sempat rakam wajah-wajah meraka ini. Nah...tu dia..

Selesa menjamu ditempat ini tidak ribut dan tak ramai pelanggan. Maklumlah tempat ini biasanya dikunjungi oleh mereka yang tebal poketnya hu hu. harga makanan pun boleh tahan juga. jika ada rezki lebih bolehlah santai-santai disini.

PROMOSI PRODUK KECANTIKAN TAPI WAJAH TAK MENGODA

gambar hiasan
Kadang hati tertanya-tanya bagaimana agen menjual produk kepada pelanggan, sedang agen itu sendiri tidak meyakinkan pelanggan sejauh mana keberkesenan produk tersebut kepada si pengguna..pening juga fikir???

Bukannya apa tetapi aku nak kongsikan saja berkenaan agen menjual produk kecantikan, bercerita tentang kebaikan dan keberkesanan produk sangat mengkagumkan bla..bla..bla... tapi wajah sendiri tak mengoda...adoiilah..cik akak..cik adik..macamana nak yakin wajah korang pun tak menarik kikikkk. Sebaiknya menjual produk kecantikan ni mestilah kulit wajah korang pun cun melicun, penampilan anggun bergaya barulah pelanggan pun berebut-rebut mau beli. 

Jangan sampai dianggap cakap tak serupa bikin. buat korang penat saja.

Sunday, 3 January 2016

CERPEN "PENGGANTI IBU"



Karyaku ditahun baru di News Sabah Times membuka lembaran 2016. Setelah menghasilkan tiga buah cerpen dan diterbitkan rasa teruja terus menulis semakin membuak-buak.

Tahun ini aku dicabar untuk menerbitkan antalogi cerpen dan menulis novel. Bagi aku yang masih baru dalam hal ini bukan mudah, namun kata peribahasa melayu "Jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Aku harus menyahut cabaran baik ini dengan minda positif.

Nampaknya tahun 2016 ini, aku bergelut merebut waktu yang ada. Namun tugas hakiki tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. InsyahAllah moga semuanya berjalan lancar.

cerpen penganti ibu telah lama ku garap namun bukan dalam bentuk cerpen hanya merupakan coretan kenangan saat aku dizaman kanak2 sekolah rendah.

Kenangan bersama arwah ibu saat dijemput menjadi bidan ketika ada dikalangan para ibu melahirkan zuriat mereka. Aku seringkali menemankan ibu terutama ketika waktu malam atau menjelang subuh.

Rentetan peristiwa yang kusaksikan itu menyumbang ilham untuk bahan penulisanku menjadi sebuah karya. Meskipun barangkali masih banyak kelemahan dari segi penggayaan bahasa namun usaha memperbaiki dari masa kesemasa akan diusahakan.
 
Selamat membaca,

Cerpen:

OLEH HAINI KARNO

 AKU BAGAI kehilangan punca melihat Suha, sepupuku  mengeliat sambil berteriak dan memegang perutnya. Rambutnya yang kusut merembat wajahnya yang berpeluh, giginya mengigit bibir sambil mengerang, sesekali dia mengangkat badan dan menghempas di lantai.
“Tolong aku kak Izah, tolong!” Suha memekik sambil tercunggap-cunggap. Bibirnya pucat dan bergetar. Aku langsung meminta orang dewasa di rumah itu mengumpal rambutnya dan meminta minyak kelapa lalu mengurut perut Suha.
“Sudah memanggil ambulans?”
“SudahKak. Tapi, terpaksa si Umil berlari ke bukit di hujung kampung kerana talian internet lemah,” sahut  kakak Suha.
“Kenapa tiada satu kereta pun di kampung? Ke mana mereka pergi? Mana Kusun? Pikap dia tak boleh bawa Suha ke hospital?”
“Kusun belum pulang! Semua orang ke bandar ada keramaian di Kompleks Sukan,”
“Sudah jauh malam ni?” Aku semakin cemas, cuba mengurut dan meminta Suha meneran, tetapi mungkin terlalu sakit dan lemah, tolakan bayi yang dikandungnya tidak begitu kuat.
“Sabar Suha, sabar! Istighfar banyak-banyak. Mana Haji Mamut? Minta air selurus!” aku ikut terpekik, dan seisi rumah tak keruan lagi. Beberapa orang kampung turut datang dan aku tak benarkan mereka masuk di bilik.
 Aku membaca beberapa potong ayat dan kandungan Suha masih tidak berubah, semakin dia mengeliat dan aku juga berasakan seperti baharu berlari beratus kilometer.
Tiba-tiba aku teringat pesan arwah ibu lantas meminta memanggil suami Suha, “Pergi panggil Amat, cepat!”
Tanpa menunggu orang memanggilnya, Amat yang mendengar aku menyebut namanya melompat anak tangga dan terus ke bilik, memandang aku.
“Mat, kau langah perut Suha tujuh kali!”
Amat teragak-agak, “Jangan tungu!” Aku menjerit, lantas dia melangkah perut isterinya, sekali, dua kali, tiga kali hingga tujuh kali dan selepas itu aku memintanya keluar, sebelum terus mengurut. Baju kurungku sudah lunyai dan apabila  Haji Mamut datang dengan air seluruhnya aku meminta Suha meminum hingga habis segelas dan aku terus mengurut.
Sejam selepas anak lelaki Suha lahir, kereta jabatan kesihatan tiba dengan dua jururawat dan mengambil alih rawatan terhadap Suha.
“Puan pandai membidan ya?”
“Saya belajar dari arwah ibu semasa remaja, tapi tidak pernah membidankan, hanya memerhati sahaja. Dan inilah pertama kali saya membidankan, maklum sudah 30 tahun kita tak lagi menggunakan bidang kampung dan saya berikhtiar sahaja,”
“Syukurlah. Sekurang-kurangnya masih ada yang masih tahu membidan. Tapi, kita kena nasihatkan orang kampung, jika kandungan menunggu hari, eloklah ke hospital. Lebih-lebih lagi kampung ni jauh dari bandar, 12 kilometerkan? Kita tidak boleh berlengah kerana khuatir keselamatan ibu,”
Selepas berkemas, Suha dan suaminya ikut kenderaan jabatan kesihatan ke hospital.  Kami menarik nafas lega dan walaupun senang hati, tubuh ku masih bertegar halus, entahkan takut atau keletihan.
Aku sebenarnya baharu tiga hari dkampung. Ini kali pertama sejak sembilan tahun lalu aku  pulang ke kampung halaman selepas merantau mengikut suami bertugas diperantauan mengikuti  suami  bekerja  di luar negara.Mengetahui  aku balik, abang long menelefon meminta segera pulang kerana mahu menyelesaikan pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah ibu dan ayah.  Semasa urusan itu, aku juga perlu hadir. Tanah pusaka seluas lima belas ekar akan diaggih-aggihkan untuk kami lima beradik sebagai mana  pesan arwah ayah sebelum dia meninggal  dunia sembilan tahun lalu.
Sepatutnya perkara itu diselesaikan lama dahulu  selepas ayah meninggal dunia.  Namun tidak dapat dilakukan  kerana  aku dan seorang abang  tidak dapat bercuti lantaran kesibukan tugas. Setelah ibu dan ayah meninggal, aku seperti tidak ghairah balik ke kampung,  jika balik pun suasana tidak lagi seperti  keduanya masih ada. Adik beradik pula telah  berkeluarga, tentu saja sibuk dengan kehidupan masing-masing.Kak Long sering juga menelefon bertanya khabar  bila balik kampung,  ada saja alasanku untuk mengelak.

Namun selepas Sembilan tahun, waktu yang begitu lama barulah aku menimbang permintaan abang long kerana hal ini benar-benar mengusik hati kecilku dan hanya pulang bersendirin tanpa ditemani oleh suami dan anak-anak.
 “Berapa lama Izah di kampung ?“  tanya suamiku ketika sibuk melayan karenah dan rengekan Aliah, anak bungsu kami yang baharu berumur tujuh tahun kerana mahu mengikuti aku balik ke kampung.   “Tidak pasti lagi bang. Mungkin seminggu kerana abang long  mahu urusan  itu harus di selesaikan secepat mungkin”
Ketika pertama kali tiba, langit cerah seperti mengerti ketidaksabaranku ke kampung halaman.  Barulah aku tahu sebenarnya rindu mencengkam sanubari.. Meskipun kami sering  berhubung melalui telefon. Ketika aku tiba, suasana kampung kelahiranku ternyata telah jauh berubah.  Jajaran pokok getah disepanjang pinggir jalan Menuju tanah pusaka  arwah ayah tidak lagi kelihatan.  Ini kerana orang kampung telah menebang pokok-pokok getah itu dan telah menggantikan tanaman kelapa sawit.  Aku tercari-cari jika masih ada pokok  getah terselit dicelah-celah kebun sawit namun aku tidak melihatnya.

 Tanpa sedar Teksi yang ku tumpangi berhenti dihalaman rumah abang long.  selepas menjelaskan membayar tambang, teksi itu pun terus berlalu, dan aku naik ke rumah. Isteri abang Long dan isteri abang Zahrin menunggu diberanda menyambut ketibaanku,  kami bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu yang telah sekian lama terpendam.  Aku agak emosi lalu menanggis terisak-isak saat memeluk isteri abang long dan abang zahrin.
“Datang seorang saja Izah? Mana Osman dan anak-anak tidak ikut?”   tanya isteri abang Long.
“Tidak dapat ikut kak.  Abang kerja dan anak-anak pula sekolah” jawabku ringkas, yang masih tersedu-sedan, disebalik mula menguasai senyuman kerana berasa lega kini.
“ Mana abang Long kak?“ aku bertanya kerana tidak melihat kelibatnya sejak tadi.
“Abang Long kamu pergi berburu. Esok mereka pulang, “  jawab isteri abang long. Berjam-jam kami bersembang dan bertukar cerita hingga tak sedar telah melewati pukul   8 malam, sebelum nak gadis abang long memanggil kami untuk menikmati hidangan makan malam.
“Hmm! Sedapnya masakan Tihah, ada sambal tuhau lagi, “ aku memuji masakan anak saudaraku dan dia  tersenyum.
Pagi itu aku meninjau di sekitar tanah pusaka tempat kami dilahirkan dan membesar.  Kami hanya lima beradik sebahagiannya tidak lagi tinggal ditanah pusaka itu. Setelah masing-masing berumah tangga, hanya  abang Longku dan abang Zahrin saja yang masih setia tinggal di tanah pusaka itu bersama isteri dan anak-anak mereka.
Dari jauh aku pandang rumah usang berdinding bambu bersebelahan pohon jambu merah itu seakan menggamit dan menyambut kepulanganku.  Banyak  kenangan indah tersingkap disitu membuat aku berasa sebak dan sayu. Betapa aku seperti berlaku kejam dengan ayah dan ibuku walaupun mereka telah tiada kerana tak pulang-pulang sekian lama. Tak sesaat berlalu, hujung mataku basah dan berkaca.  Dada kubagai berat, sebelum teresak-esak. Biarlah sesiapa melihat, kerana rasa bersalah,  kerana selama ini aku tak indahkan tempat kelahiran ini.   Siapakah tak berasa sedih, kerana yang mahu ditemui sudah tiada, menyebabkan aku rasa terlalu sunyi mengenang kedua orang tuaku.
Setelah tangisanku reda, aku mendekati dan berdiri dibawah pohon jambu merah .  Aku mendongak  pohon yang tinggi, sebesar dua pemeluk.  Tiba-tiba aku terkenang dipohon jambu merah itulah tempat itu aku dan abang Zahrin memanjat  apabila nakal dan jika ibu mahu merotan kerana kenakalan kami  dan selalu bergaduh, abang Zahrinlah puncanya, selalu menggusik-nggusik aku. 
Bila aku marah dan menangis diusik, apa saja benda dalam rumah aku jadikan alat membaling menghumban ke arah abang  Zahrin  untuk melepaskan geram.  Terkekek-kekek abang Zahrin mempertawakan aku apabila dia membuka silat dan tidak mengena ke arahnya, sekuat tenaga dia bersilat mengelak.  Rumah bersepahan. Semuanya dalam rumah.  Dan apabila ibu  pulang dari menoreh getah, melihat keadaan rumah yang berselerak membuat ibu jadi marah , pantas ibu  mengambil rotan saga yang sentiasa di simpannya di atas almari kayu terletak di ruang dapur.  Sambil mengomel, ibu berlari mengejar kami, namun ibu  tidak sempat berbuat apa.-apa kerana kami berlari secepat kilat kami berlari dan terjun dari beranda terus ke pokok jambu merah di belakang rumah.  Kami berebut-rebut memanjat hingga sampai ke atas  menyelamatkan diri dari hinggapan rotan saga ibu.  bebelan ibu tak putus-putus marahkan kami.
Ahh! Rindunya!   Aku perlahan beralih ke rumah usang itu ke pintu rumah, nampak berlubang di sana-sini, kelihatan kebanyakan dinding rumah diliputi lumut hijau membaluti segenap ruang rumah itu, dan  reput di sana-sini.  Sebahagian atapnya sudah condong ke bawah hampir menyembam bumi. Tiangnya kelihatan seperti mata gergaji akibat dimakan anai-anai.  Aku berjalan mengelilingi rumah usang itu,  tiba-tiba aku hampir  terjatuh tersandung benda keras dibawah timbunan daun-daun kering, lantas duduk mencangkung mencari-crai sambil  menyelak daun-daun kering yang menutupi benda itu. Objek yang ku cari.
Kelihatan muncung botol yang hampir keseluruhan di timbusi tanah.  Aku cuba menarik-narik muncung untuk dikeluarkan tapi agak keras. Ia seperti  bekas lampu minyak tanah yang pernah digunakan semasa kecil dahulu dan telah mengembalikan ingatanku mengenang arwah ibu.  Sudah tiga puluh tahun peristiwa itu berlalu segar kembali di ingatan.
“Izah! Bangun! Nak,  temankan ibu ke rumah Ungai, isteri dia mau bersalin”  ibu mengejutkan aku lewat pukul dua pagi ketika aku sedang nyenyak tidur di bilik. Waktu itu aku baru berumur lapan tahun. Perlahan-lahan aku membuka mata ku memandang ibu yang masih tercegat  di sisiku, menunggu  sehingga aku bangkit dari tempat tidurku  yang hanya beralaskan tikar mengkuang hasil anyaman ibu. Lantas  Aku bangun tanpa membantah kemudian mengekori mengikuti ibu dari belakang.

Aku bersama ibu Kami meninggalkan rumah menuju ke rumah pakcik Ungai jiran kami, meredah malam  di kawasan kebun getah yang sunyi lebih kurang satu batu  jaraknya antara  dari rumah kami.  Aku berjalan di belakang ibu,  agar dapat melihat jalan yang kami susuri. ibu memegang pilasut atau  lampu minyak tanah buatan sendiri yang dibuat dari bekas botol minyak makan diisi  dengan minyak gas dan surat kabar yang digulung.  Sesekali  lampu itu hampir terpadam kerana dikepung riang-riang yang tertarik cahaya lampu itu . Keluhan pungguk, riang-riang dan cengkerik bersahut-sahutan memecah keheningan malam.  Langkah ibu yang  begitu cepat membuat aku berlari-lari mengejar di belakang ibu, sesekali terpijak hujung selipar ibu membuatkan ibu mendengus marah.
Aku hanya diam tidak berkata.  Bukan sekali itu aku menemankan ibu ke rumah jiran-jiran yang hendak bersalin malah sudah banyak kali, kerana hanya  aku saja  yang paling kecil dalam rumah kami. Kakak long,  abang-abangku semuanya  dalam bersekolah menengah, kecuali abang ku zahrin yang hanya setahun jarak umur kami dan masih di sekolah rendah.  Mereka  jarang berada di rumah kerana tinggal di asrama. Maklum rumah kami terlalu jauh untuk mereka berulang-alik kenderaan pula tiada.
Kekadang aku kesihan melihat ibu yang mungkin terlalu penat melakukan banyak tugas, bukan saja ibu menorah getah di siang hari, malah ibu juga sibuk membersihkan semak-samun yang tumbuh belukar melata di kawasan kebun getah, juga mengambil kayu api dan mengangkat air di perigi.  Sesekali aku membantu ibu setelah balik dari sekolah.  Tahun tujuh puluhan kemudahan di kampung , seperti letrik dan air paip belum ada.
Setibanya aku dan ibu di rumah pakcik Ungai itu, aku mendenggar suara wanita sedang menggerang-nggerang mengadu  kesakitan. Pakcik Unggai yang sudah tercegat di muka pintu rumah menyambut kedatangan kami terus mempelawa,  ke bilik. Aku mengikuti ibu dan  dari belakang, aku  duduk sambil menyandar dinding bilik itu tidak berapa jauh dari  memerhati ibu dan isteri pakcik unggai yang sedang  berbaring di atas tilam. Aku hanya memerhati pada ibu dan wanita itu.  Suasana dalam  bilik agak samar hanya diterangi lampu minyak tanah buatan sendiri. Tanpa membuang masa  ibu memulakan tugasnya.

Seperti biasa, aku lihat mulut ibu berkumat-kamit seperti membaca sesuatu kemudian memegang perut wanita itu sambil menggurut-ngurut , beberapa minit belum juga anak itu dilahirkan, aku lihat muka ibu nampak risau lalu ibu memanggil pakcik unggai masuk ke bilik. Ibu mengarahkan pakcik unggai melangkah perut isterinya sebanyak tujuh kali.
Tanpa banyak soal pakcik unggai menurut arahan ibu. Setelah selesai melangkah perut isterinya,  pakcik unggai keluar. Ibu memegang kembali perut wanita itu. Hanya beberapa minta selepas dilangkah wanita itu melahirkan anaknya dengan selamat. Bayi yang dilahirkan itu seorang bayi lelaki.  Aku merhati segala apa yang ibu lakukan. 
“Unggai masuk dulu ke bilik ini,  kamu  sediakan secebis bambu yang ditajamkan tepinya,” pinta ibu mengarahkan  pakcik Unggai, tanpa banyak soal pakcik Unggai mengikut saja arahan ibu. tanpa banyak soal.  Setelah di siapkan pakcik Unggai  menyerahkan cebisan bambu  itu kepada ibu. Sekali lagi aku melihat mulut ibu berkumat-kamit membaca sesuatu lalu memotong tali pusat bayi itu sehingga semuanya selesai.
Fikir ku  mungkin itulah antara petua bidan tradisi orang dulu-dulu mempercepatkan kelahiran agakku.  Aku bangga kerana ibu menjadi bidan kepada ibu-ibu di kampung . Meskipun  ibu tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kebidanan cara moden namun kecekapan ibu mengendalikan aku kagumi. Ibu benar-benar hebat. Hanya berbekalkan ayat-ayat  al quran saja ibu baca hasil dipelajarinya dari isteri  arwah Mandur Sharif ketika berada di estet Lobou dahulu. Amalan itulah yang ibu gunakan semasa membidankan mereka.   
Sepanjang pengalaman aku  mengikuti ibu tidak pernah aku melihat suami diminta melangkah perut isterinya, tetapi pada malam itu,  pertama kali  aku lihat keadaan demikian serupa itu.  Mungkin kerana saat mereka melahirkan anak waktu itu tidak bermasalah atau proses melahirkan anak tidak lama. Ibu-ibu yang melahirkan anak di rumah sendiri zaman itu aku perhatikan sentiasa sehat termasuklah bayi yang di lahirkan. Membesar seperti biasa tanpa mengalami keadaan yang tidak diingini.
Satu ketika aku pernah bertanya pada ibu,  apakah ayat-ayat yang ibu baca semasa saat  membidankan ibu yag bakal  melahirkan anak,  sebaliknya ibu  hanya menjawab,“ kamu masih budak-budak belum tiba waktu untuk kamu tahu.”
Walaupun keinginanku membuak-buak untuk mengetahui perkara itu, namun ibu tidak pernah menjelaskan.  Sejujur  aku amat agak hampa dengan jawaban ibu.
 “ Ibu anak itu ketika dilahirkan keluar dari mana “ tiba-tiba tanpa ibu duga pertanyaan terpacul dari mulutku disatu malam ketika kami baru pulang dari membidankan seorang wanita yang baharu melahirkan anak.
“Jangan tanya soalan begitu, tidak boleh,“ ibu memarahiku dengan pertanyaan itu.  Aku lantas diam, sejak itu aku tidak lagi berani bertanya. Kerana ibu selalu mengingatkan aku.  Usiaku yang baru lapan tahun saat itu memungkinkan ibu tidak pantas memberitahuku perkara  sebenar.
Tiba-tiba ada sesutua yang jatuh di zink rumah usah itu. Dentuman kuat pada zing rumah usang itu mengejutkan lamunanku.  Tubuh kurusku hampir terduduk diatas tanah. Jantungku pula terasa sakit kerana berdenyut pantas.  Ia adalah jambu merah yang jatuh itu tiba-tiba jatuh mengena di atap zing akibat ditiup angin. 
Aku lihat jam di tanganku menunjukkan pukul enam petang. Aku meninggalkan rumah usang itu dengan perasaan yang kosong, hening kurasa mengenang kenangan bersama arwah ibu dan ayah di sana. Begitu keriuhan kami adik beradik yang meninggalkan bekas yang sangat mendalam dihatiku. Betapa sebak mengenang yang sudah-sudah, dan mungkin disebabkan itu aku jarang pulang kerana yang aku rindui itu sudah tiada. 

Ketika meninggalkan pohon jambu merah dan rumah usang itu menuju ke rumah abang long dari jauh aku lihat kelibat abang long duduk di beranda baru sebentar tadi tiba dari perburuan. 
Dalam Antalogi Cerpen: TANGON