Tuesday, 17 May 2016

AKU BAHAGIA TINGGAL DIKAMPUNG

    Ruang tamu teratakku yg sederhana saja


Jiranku abang Longku dan seorang lagi abang
Pohonan tanaman arwah Ibu
Tidak sabar mau sambut raya 2016
Pandangan hadapan halaman rumahku masih.
Alhamdulillah kini aku kembali kedesa tumpah darahku setelah sekian lama meninggalkan tempat ini. Di tanah pusaka peninggalan insan yang kukasihi arwah ibu dan ayah.  Tanah seluas hampir 13 ekar ini tempat aku membesar bersama adik-beradik sejak kecil sehingga remaja.

Banyak kenangan kami tersingkap disini sukar untuk diungkap. Kadang kenangan itu hadir bertandang menghambat sanubari buat air mataku jatuh berderai. Terbayang masa-masa lalu buat aku tenggelam dalam kenangan bersama rindu yang amat dalam, ingin rasanya aku kembali kemasa silam namun itu adalah suatu hal yang tak mungkin berlaku dalam fitrah kehidupan.

Aku bersama keluarga kecilku kini menatap disini hingga akhir hayatku. Meski hanya teratak yang dibina tidaklah segah banglo mewah namun itu tidak penting, yang penting persekitaran damai dan tenang dikelilingi Pohon-pohon hijau meredup pandangan menyejuk jiwa. Sesejuk perut ibu melahirkan aku ke dunia ini.

Pohon mangga, kelapa, tarap, pinang, langsat, mata kucing durian dan banyak lagi tak tersebut satu persatu tanaman arwah ibu dan ayah masih megah tumbuh subur kini kelihatan kian menua dimamah waktu. Melihat pohonan ini teringat kata-kata arwah ibu, kata ibu, jika tidak bercucuk tanam untuk sendiri bimbang anak cucu kelaman orang jadi pencuri. Benar kata ibu kini hasil tanamannya anak, cucu dan cicit yang menikmatinya dan tidaklah sampai ke laman orang.

Tak terungkap kata-kata aku sangat bahagia tinggal disini, jauh dari kebingitan kota dan keributan manusia hanya suara pelbagai spesis meriuh dipersekitaran huuu bahagianya.  Puluhan tahun aku meninggalkan tempat ini kerana tinggal ditempat lain, perbezaan suasana bagai langit dengan bumi sungguh mengguja.  Di kampung ini banyak aktiviti yang boleh aku lakukan antaranya bolehlah aku bercucuk tanam dan apa2 saja yang mendatangkan hasil.

Persekitaran yang masih hijau
Persekitaran yang masih hijau
Pandangan luar jendela penuh dengan pohonan tempat burung2 dan tupai bersiulan dan berlarian dipagi hari
Tetamu istimewah, kami beri nama dia P. Ramli, kehadirannya menambah penghuni dalam rumah.
Persekitaran masih dalam proses pembersihan