Saturday, 31 December 2016

PULARA PANGKOR 7 PUISI MENGHARMONI



Pantai Pangkor

Santai-santai
Dengan pakaian etnik Kadazan/Dusun untuk persembahan
Jeti Pangkor
PULARA, satu perkataan agak unik dipendengaran buat pertama kali singgah  dicuping telingaku, tertanya-tanya dalam sanubari apa kah itu? Lalu aku teruskan pencarian di ruang google nah hasil dapatan buat dada berkocak-kocak ingin turut serta dalam acara.

Apa lagi lantas aku mendaftar secara online bertaruh nasib lulus atau tak lulus kerana dalam kenyataan penyertaan adalah terhad, berdoa moga dalam senarai sebagai peserta. Beberapa minggu aku menunggu jawaban, akhirnya aku terima emel surat undangan dari pihak penganjur ke pulara wah! Tuah aku, tanpa soal lantas membalas untuk bersetuju.

Pertemua pengerusi penganjur secara empat mata, tuan Malim Gozali di yogyakarta dalam acara sastera serantau tanggal 19hb november, menguatkan lagi semangat untuk turut serta ke PULARA.

8hb Disember bertambah lagi koleksi sejarah indah mewarnai kehidupanku sebagai penulis yang baru melakar nama dipersada penulis tanah air dalam persatuan MOMOGUN Sabah.

Pulara 7 Pangkor Mengharmoni puisi, banyak menyuntik semangatku untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. 25 negara berhimpun dalam acara sastera antarabangsa. Pengisian aktiviti dalam acara tersebut amat memberansangkan mindaku. Ditambah lagi aku dan tiga rakan dari persatuan penulis Momogun Sabah diberi ruang menyampaikan puisi etnik kadazan/dusun dikhalayak dengan pakaian tradisi.

Persembahan kami malam pertama selesai,  turun saja dari pentas berebut-rebut orang mau tangkap gambar dan bergambar sekali akibat penangan dari pakaian tradisi yang kami pakai, unik barangkali mempersona pandangan mata macam artislah pula mengalahkan Siti Nurhalizah ha ha..

Itulah sejarah pertama kali aku menyarungkan busana tradisi ke tubuhku, busana suku etnik dusun yang nampak agak purba dengan eksosoresnya yang entah berapa kilo beratnya. Tali pinggang tembaga dan seraung dengan manik berjuntai-juntai mengeluarkan irama bila bergeseran.

Paling mantap menteri besar perak merasmikan acara dan kehadiran sultan Perak sebagai tetamu kehormat dalam acara,  tanda sokongan padu pada acara yang diadakan. 

Antara sastera dan politik keduanya mempunyai keistimewaan berbeza. Dalam sastera jiwaku rasa santai dlm politik aku bertempur warna warni bagai pelangi menghias didada langit. Tetapi tetaplah biasa2 saja hi hi. oright itu saja.

Dibawah ini, inilah puisiku seadanya yang termuat dalam antalogi "PULARA 7 MENGHARMONI PUISI", taklah begitu anggun biasa-biasa saja baru belajar MENGARANG, apa pun syukur ada daripada tiada. 

Sunday, 25 December 2016

PERHIMPUNAN SASTRAWAN DAN BUDAYAWAN NEGARA SERUMPUN YOGYAKARTA 2016


dalam kereta api disebelah kak Nuning Purnama

Berteduh sementara sebelum menaiki kuil Borobudur
Berfoto kenangan bersama Bundo 

Yogyakarta suatu nama yang telah lama mesra dalam mindaku, saat dialam persekolahan menengah lagi melalui mata pelajaran sejarah. Tidak pernah melakar angan untuk ke kota ini apa lagi untuk melancung semuanya diluar kotak fikir. Demikianlah perancangan Tuhan dengan izinnya. Apa yang kita rancang kadang tidak akan menjadi kenyataan. Tetapi yang tidak dirancang berlaku pula sebaliknya.
17hb november, 

Jam 8 mlm rombongan karyawan daripada bawah bayu memulakan perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia menuju ke Kota Jakarta. Tiba lebih kurang 10.30mlm waktu malaysia. Dari lapangan terbang Seokarno- Hatta kami menaiki teksi menuju ke teratak bundo yang terletak di Kota Jakarta untuk bermalam sebelum rombongan berangkat ke yogyakarta pada keesokan malamnya. Bundo merupakan pengerusi acara yang bakal berlangsung dan telah berangkat lebih awal ke yogyakarta kerana mengurus atur acara tersebut. Kak Nuning Purnama yang peramah menyambut kami di rumah Dr. Bundo.

18hb november,
Jam 10 malam rombongan kami seramai sepuluh orang bersama kak Nuning bertolak dari stesen kereta api Jakarta menuju ke yokyakarta,  tiada apa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kerana suasana malam. Lebih kurang jam 3 pagi kami tiba distesen keretapi di yogyakarta dan terus saja rombongan dibawa ke hotel penginapan, Tembok Batu Residence Jogja. Hotel Yogyakarta dengan menaiki bas. Di hotel inilah acara bermula pada pagi 19hb November.

Ya Kerana sastera aku hadir disini. Kota Yogyakarta begitu indah dan tenang panoramanya, masih kekal suasana tradisinya. Tidak hairanlah yogyakarta menjadi salah satu tumpuan pelancong kerana terdapat banyak keunikan disini. 

Selain acara sastera sebagaimana tertera dalam aturcara yang telah disusun atur, rombongan dari pelbagai negara juga dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah disekitar. Salah satu destinasi yang sungguh menarik dilawati. Kuil purba Borobudur berusia mungkin ratusan tahun kewujudannya. 

Melihat Kuil Borobudur begitu menakjubkan, pantas benakku diterjah seribu persoalan bagaimana mungkin bangunan sebegitu kukuh dibina ketika zaman ratusan tahun dahulu, tentunya teknologi canggih tidak mungkin wujud saat itu? masih dalam suasana purba?? Lalu siapakah yang membinanya??? Aku tenggelam dalam tandatanya. 

Kata salah seorang rakan rombongan, kuil lama itu dibina oleh mahluk2 gaib yang tidak dilihat oleh mata kasar manusia biasa, ehh benarkah begitu..entahlah.  Tingkat demi tingkat tangga kami daki dan setiap tingkat kami jelajahi kelenguan lutut terasa saat menaiki setiap tangga kuil kerana agak tinggi. Benar2 unik. Pancaran terik matahari rasanya hampir buat aku tidak berdaya begitu panas membakar kulit. Selepas mengambil gambar cepat'-cepat aku turun ke bawah mengelak dari terus dipanah bahang mentari, wajahku kemerahan seperti kulit udang disimbah air panas.

Dalam rombongan kami, aku dan salah seorang rakan dari sabah En. Aslie amat bertuah kerana berkesempatan melawat ke sebuah perkampungan tradisi terletak disekitar kuil,  kampung itu agak tersorok dari pandangan umum kerana dikelilingi pohon'-pohon hijau rimbun dan berpagar pula siap dengan penjaga.  Kami diajak oleh sahabat dari bandung bernama Lela dengan menaiki kuda pedati yang sedia menunggu para pelancong dibawah kuil tersebut. 

Pemandu itu juga yang mencadangkan agar kami melawat kekampung berkenaan. Mulanya kami menolak namun kerana pujukan pemandu itu akhirnya kami bersetuju. Saya agak terkejut melihat saujana hijau sawah padi tumbuh subur milik penduduk kampung sekitar. Begitu teruja rasa melihat keindahannya. Deretan rumah kampung ditepi jalan kelihatan biasa2 saja. Kata lela rumah2 itu dikekalkan begitu saja agar tampak keasliannya,  kerana kebanyakan pelancong terutama pelancong dari eropah lebih suka melihat  suasana tradisi. 

Kami sempat singgah seketika disebuah warung milik penduduk kampung untuk melegakan tekak yang mula terasa dahaga sambil merasai keenakan makanan tradisi penduduk disitu. Kami hanya minum minuman sejuk dan makan kueh tradisi saja.  Suasana panas sungguh meletihkan aku berlama-lama diwarung itu kipas pun tiada ha ha. Aduhh.

Bersambung.....
Nah...Ku abadikan setiap destinasi yang dilewati. Melalui potret yang kurakam.





 Bersama Kak Ony berlatarkan Kuil Borobudur

Thursday, 1 December 2016

2016 BERTAMU LAGI DI PWTC

Perwakilan wanita Keningau Sempat berfoto bersama mantan ketua wanita UMNO Malaysia Dato Sri Dr. Zaharah Zulaiman dan mantan setiausaha wanita Pn. Zuraidah
Wanita Keningau dan Ranau sempat merakam kenangan
Barisan perwakilan wanita Parlimen Keningau bagi tahun 2016
Dewan persidangan Tun Dr. Husin On PWTC 2016
Perhimpunan umno tahun 2016. bermula 29hb november 2016 . Seperti juga tahun-tahun lalu hadir sebagai perwakilan. Tiada apa yang menarik untuk ku coretkan kali ini kerana pengisian acara sama saja sebagaimana pada tahun-tahun lalu. Intipati ucapan ketua wanita UMNO Malaysia kerja keras memenangkan kerajaan Barisan Nasional. hem tetaplah begitu sebagai ahlinya berusaha dengan jayanya mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

Ikrar serikandi terus mengorak langkah berjuang dengan penuh azam tanpa berbelah bagi sehingga ke titik nafas terakhir. Insyah Allah. UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.