Oleh: HAINI KARNO
PAYAH AKU mempercayai bahawa tajau itu menyimpan semangat manusia yang telah mati, apa lagi
PAYAH AKU mempercayai bahawa tajau itu menyimpan semangat manusia yang telah mati, apa lagi
ia telah tersimpan begitu lama, tidak pernah diusik oleh
sesiapa termasuk seluruh keluargaku. Aku
pernah mendengar banyak kisah tentang tajau itu dari nenek
saat dia masih hidup namun tidak
pernah aku ambil peduli. Maklumlah saat itu aku masih kanak-kanak
berusia sekitar tujuh tahun.
Nenek berpesan kepada
anak-anak dan cucu-cucunya setelah ketiadaannya jangan sekali-
kali diganggu tajau itu apa lagi menjualnya, kerana tajau
itu merupakan peninggalan mendiang
ayahnya, iaitu datok
kami. Kata nenek tajau itu dibeli oleh datok
daripada seorang rakan sebaik
nenek dilahirkan. Maknanya tajau itu sudah seusia nenek
seratus tahun. Nenek sayang sangat pada
tajau itu, seperti nenek sayangkan nyawanya. Kata-kata nenek
itu masih terngiang-ngiang
ditelingaku.
Menurut nenek lagi jika diganggu, semangat dalam tajau akan marah boleh berlaku
perkara yang tak diingini.
Aku tidak pasti apakah cerita nenek itu sekadar dongeng atau saja
menakut-nakutkan aku dari mengusik barang-barang kepunyaan
nenek dipondok itu.
Kerana nenek selalu melarangku memasukinya. Tajau yang nenek
maksudkan itu pun tidak pernah
aku berkesempatan melihatnya.
Aku selalu melihat nenek
masuk ke pondok itu setiap kali bulan mengembang. Aku tak kisah
langsung apa yang nenek buat. Terdetik juga keinginan ingin
tahu dibenakku, namun
terhalang bila
mengingati pesanan nenek.
“Ayah betulkah cerita nenek, dalam pondok itu ada tajau
besar? Ada semangat?” pertanyaanku
disatu petang agak mengejutkan ayah. “ nenek beritahu Ikin?”
soal ayah sambil memandang
tepat ke wajahku tanpa seukir senyuman. “Kenapa nenek
melarang Ikin masuk ke pondok
nenek?” aku menyambung pertanyaanku. “Ikin masih budak-budak lagi, tunggulah Ikin
dewasa,
pasti ikin akan tahu” jawaban ayah semakin mengundang jiwa nakalku
ingin tahu. Jiwa anak-anak
sekecil aku, mana mungkin didiamkan, satu masa pasti aku
akan tahu, hati kecilku memasang angan-
angan.
Satu malam ketika nenek
masuk ke pondok sewaktu bulan mengembang , aku
dan salah seorang sepupuku, telah berpakat mengintai apa yang nenek
lakukan semasa berada
dipondok itu. Sebaik
nenek beredar meninggalkan rumah, kami
mengekori nenek dari belakang
tanpa disedarinya.
Tentu nenek tidak
melihat kerana sekitar pondok dibelakang rumah itu terdapat pokok pisang ,
pokok langsat serta pokok tebu yang rimbun melindungi kami dari
penglihatannya fikirku. Meski
pun usia nenek sudah menjangkau seratus tahun namun penglihatannya
masih terang dan tubuh
badannya masih sehat.
Setelah nenek memasuki pondok dan menutup daun pintunya aku
dan sepupuku perlahan-lahan
mendekati pondok mengintai dibalik lubang dinding. Kedengaran
suara nenek sedang bercakap-
cakap namun tak begitu jelas, kelibat nenek tidak kelihatan “ Ikin jangan kamu ganggu nenek” Suara
nenek tiba-tiba kedengaran memberi amaran, aku dan sepupuku
terkejut, kami berpandangan
sesama sendiri lantas berlari sekuat tenaga meninggalkan
pondok dan kembali ke rumah yang hanya
tiga ratus meter jaraknya.
“Ikin bagaimana nenek tahu kita ke pondok itu ya” sepupuku
amin tiba-tiba bertanya padaku
yang masih tercunggap-cunggap kehabisan nafas akibat dari
berlari sebentar tadi. “ Eee tak tahulah”
jawabku. “Ikin barangkali betullah nenek kita itu sakti” amin menyambung kata-katanya. Aku
tergelak kecil memandang wajah amin yang masih kelihatan
pucat dan terkejut.
Perbuatan kami mengintai nenek sampai ke pengetahuan ayah
setelah diberi tahu oleh nenek.
Mengundang kemarahan ayah. “Berulang kali ayah dah cakap,
jangan sekali-kali kamu menganggu
nenek bila dia berada dipondok itu Faham!” begitu serius ayah memberi amaran. Aku dan
amin
terus diam membatu, tidak berani berkata-kata. Sejak itu aku
tidak lagi mengulangi perbuatan
mengintai nenek.
Beberapa bulan berlalu, seperti biasa nenek ke pondok itu,
sekitar pukul 7 malam. Namun menjadi
tanda tanya dihati kecilku kerana waktu nenek ke pondok bukan waktu bulan mengembang. Aku
tidak berani bertanya kerana bimbang akan mengundang
kemarahan nenek lagi. Aku hanya melihat
nenek pergi menuju kepondok.
Waktu telah menunjukkan pukul sembilan malam, kelibat nenek
masih belum muncul lagi dalam
rumah. Begitulah selalu apa bila nenek ke pondok berjam-jam
dia berada disitu. Semua keluarga
tidak kisah kerana sudah faham.
Tiba-tiba aku jadi risau, perasaanku tak tenteram memikirkan
nenek dipondok. Jam dinding sudah
menunjukkan pukul 11.00 malam belum juga nenek muncul.
Bermacam-macam perkara yang
menganggu fikiranku, biasanya nenek tak pernah begitu lama
di podok. Kadang-kadang hanya dua
jam nenek akan kembali ke rumah.
Aku sebenarnya sangat sayangkan nenek kerana dia terlalu
baik pada semua cucu-cucunya, nenek
tidak pernah membanding-bandingkan cucu-cucunya diantara
satu sama lain. Semuanya nenek
sayang. Nenek pandai mengubati orang yang sakit menggunakan
cara tradisional dan banyak lagi
kehebatan nenek. Nenek sangat dihormati dalam kampung kami
kerana kebaikannya.
Seingat aku, nenek tinggal bersama kami sejak dulu, setelah
datok meninggal dunia. Nenek memilih
tinggal bersama ayah kerana memandangkan ayah merupakan anak
bungsunya. Itu yang aku tahu.
Setelah kami adik-beradik mulai dewasa, nenek pernah suarakan,
bercadang tinggal dipondok
belakang rumah itu sendirian. Tetapi ayah tak izinkan bimbang
terjadi apa-apa kepada nenek.
Kata ayah, akan menjaga nenek sehingga akhir hayatnya.
Adik-beradik ayah semuanya tinggal
berjiran dengan kami. Mereka mahu menjaga nenek, tetapi atas
kehendak nenek mahu tinggal
bersama ayah mereka pun tidak kisah. Nenek sekali-sekala akan bermalam dirumah
anak-anaknya.
“Ayah Ikin risaulah nenek belum balik dari pondok tu” Kata-kataku mengejutkan Ayah yang
Kebetulan baru balik
dari rumah ketua kampung kerana menghadiri jamuan kenduri.
“ sekarang sudah
pukul 11 malam nenek belum balik” aku menyambung kata-kataku
menunjukkan keresahan. “ Jangan Ikin risau ya nanti ayah
tengok nenek kejap lagi” Jawab ayah.
Lantas ayah menggambil lampu picit yang terletak diatas para
di ruang tamu kemudian ayah
beredar dari rumah menuju ke podok. Pondok itu tidak
berlampu, biasanya nenek hanya
menggunakankan lilin apa bila nenek berada dipondok itu pada
waktu malam.
Tiba-tiba diluar rumah kedengaran suara ayah
memanggil-manggil pakcik Sukur, aku lantas keluar
dari rumah memastikan apa yang sedang berlaku. Aku lihat
ayah dan pakcik sukur berlari menuju ke
pondok. Aku hanya
memandang mereka pergi. Dalam beberapa
minit ayah dan pakcik sukur masuk
ke rumah mengendong nenek yang sudah tidak bergerak. Ayah
membawa nenek masuk ke rumah
dan membaringkan
nenek diatas kusyen di ruang tamu. “ Ibu! Ibu! Bangun bu” suara ayah
memanggil-manggil nenek sambil menggerak-nggerakkan tubuh nenek,
namun tiada tindak balas
dari nenek. Silih berganti ayah dan pakcik sukur cuba
mengejutkan nenek, namun semuanya
sia-sia.
Aku lihat wajah nenek seperti sedang tidur nenyak. Wajah
tenang nenek seakan tersenyum. Nenek
telah pergi buat selamanya.
Sebaik pengkebumian nenek selesai. Aku dan sepupuku amin
kembali menuju ke rumah. Begitu juga
seluruh keluarga. Kematian nenek meruntun jiwaku, aku dan
amin menanggis sedih. “Mungkinkah
kematian nenek ada kaitan dengan apa yang kita lakukan malam itu min” aku berbisik kepada
sepupuku amin ketika aku dan amin duduk dibawah pohon
mempelam dibelakang rumah. “ tak
adalah, umur nenek dah begitu lanjut mungkin sudah tiba ajal
nenek dijemput Tuhan” jawab amin
menenangkan gundaku.
Disatu pagi ketika aku sedang bersiap-siap ke sekolah, aku
lihat ayah dan pakcik sukur dihalaman
rumah sedang berbual, wajah ayah dan pakcik sukur kelihatan
resah. Aku dengar butiran
perbualan mereka berkenaan tajau nenek dipondok itu
tiba-tiba hilang. Tidak diketahui apakah tajau
itu dicuri orang atau hilang secara gaib.
Ayah telah menjengok tajau itu seminggu selepas kematian
nenek masih ada dipondok itu tetapi
beberapa bulan kemudian tajau itu tiba-tiba hilang. “ Kita akan tahu sekiranya tajau itu dicuri
mala
petaka akan menimpa pada orang itu” kata-kata ayah terluah dari bibirnya saat dia dan
pakcik sukur sedang bersembang diruang tamu disatu malam.
Kata-kata ayah mengingatkan aku pada cerita nenek, sesiapa
yang menganggu tajau itu akan ditimpa
malapetaka. “ mungkinkah benar apa yang nenek katakan itu”
hati kecilku berbisik. selepas
kehilangan tajau nenek. Pelbagai peristiwa berlaku dipondok
itu, kadang-kadang kedengaran suara
orang menanggis. Kemunculan lembaga hitam kepulan asap
keluar dari pondok.
Kehilangan tajau dipondok nenek telah tersebar, ributlah
orang kampung berbual tentangnya, ada
juga aku dengar seorang tua seusia ayah bercakap pernah
melihat tajau itu saat datok kami masih
hidup. Bentuk tajau
itu agak unik dan sangat besar berwarna hitam. Kata-kata pakcik itu semakin
menjelaskan kebenaran apa yang arwah nenek ceritakan.
“Pakcik Liawan yang tinggal dihujung kampung kita tiba-tiba
menjadi gila, menggamuk tidak tentu
pasal, entah apa sakitnya” ayah memberitahu ibu, yang
kebetulan sedang sibuk menyiapkan
sarapan pagi diruang dapur. ayah pula baru tiba dari surau menunaikan
solat subuh berjemaah
bersama orang kampung. Menurut ayah dia diberitahu oleh ketua kampung.
“Jangan-jangan ini ada kaitan dengan kehilangan tajau nenek”
hati kecilku mula berkata-kata. “ ah
tak kan pakcik Liawan tu tergamak melakukan perkara begitu?
Bukannya dia tak tahu akibatnya? Hati
kecilku terus dihujani banyak persoalan.
Kedatangan ketua kampung ke rumah bertemu ayah pagi itu
tambah mengejutkan aku. Ketua
kampung memberitahu
isteri kepada pakcik Liawan baru saja meninggal dunia. Ayah dan ketua
kampung bergegas menuju ke rumah pakcik Liawan yang terletak
dihujung kampung kami. Lantas
aku mendapatkan ibu yang masih tercegat dimuka pintu dapur memerhati
ayah pergi. “ Isteri
pakcik Liawan itu sakit apa bu?”, aku bertanya pada ibu. “ tak tahu lagi Ikin
tunggulah ayah kamu
balik, kita tahulah nanti.” Jawab ibu. “ Jangan-jangan dia
yang curi tajau nenek” kata-kataku
terluah tanpa ditapis-tapis.
“ hiss kau ni Ikin, tidak elok menuduh begitu, berdosa” ibu
memandang tajam ke mukaku sambi menepuk lembut bahu kiriku.
Kembalinya ayah kerumah tengahari itu meleraikan segala persoalan
yang terbuku dihatiku. Ayah
memberitahu ibu, pakcik Liawan telah menggambil tajau itu di
pondok nenek. “ Tak sangka pakcik
Liawan tergamak melakukan perkara keji begitu” keluh ayah,
“sekarang siapa yang menerima
natijanya, tanggunglah sendiri” kata-kata ayah itu tidak
mengejutkan aku. Benarlah dugaanku.
Perbuatan pakcik Liawan mencuri tajau nenek itu telah
di ketahui penduduk kampung. Pelbagai
cerita yang dibualkan oleh mereka. Kedengaran tiada seorang
pun yang menunjukkan simpati pada
pakcik Liawan yang tiba-tiba menjadi gila dan kematian
isterinya itu. Malah ada yang turut
menyumpah kerana sikap tamak pakcik Liawan. Pakcik Liawan
kabarnya telah di masukkan ke bukit
padang sedang mendapat rawatan setelah dihantar oleh
anaknya.
Sikap tamak pakck Liawan sudah lama menjadi perbualan penduduk kampung, kata mereka
sudahlah kaya tetapi masih bersikap tamak. Harta pakcik
Liawan bukannya sdikit, kebun kelapa sawit
dan kebun getah beratus ekar terbentang luas. Kedai
runcitnya juga bukan calang-calang besarnya.
Satu malam sekitar pukul 8 malam, tiba-tiba sebuah lori
besar dipandu oleh seorang lelaki
sebayah ayah, berkunjung kerumah kami bersama ketua
kampung. Aku tidak kenal siapa lelaki
itu.
Ayah menyambut mereka serta mempersilakan masuk ke
rumah.
Aku lihat lelaki itu tiba-tiba menanggis sambil memeluk ayah
dan berulang kali memohon maaf,
diatas perbuatan ayahnya mencuri tajau nenek. Rupanya lelaki
itu anak kepada pakcik Liawan. Aku
tidak pernah melihat lelaki itu berada dikampung. Ceritanya
dia tinggal di kota kinabalu, balik ke
kampung setelah mendapat perkabaran kedua ibubapanya
mendapat musibah.
Antara butiran perbualan yang aku dengar pakcik Liawan telah
memberi upah kepada seorang lelaki
Untuk mendapatkan tajau itu sekitar jam 2.00pagi tanpa kami sedari. Pakcik
Liawan telah menyembunyikan tajau itu dalam stor dibelakang
rumahnya. Pakcik Liawan kononnya
hendak menjual tajau itu dengan harga retusan ribu kepada seorang
taukeh cina. Namun
belum sempat tajau itu dijual, pakcik liawan tiba-tiba
menjadi hilang ingatan, bercakap seorang
diri dan mengilai diwaktu malam.
Kematian isterinya itu disebabkan telah dicekek oleh pakcik
liawan ketika isterinya sedang tidur.
Pelbagai lagi perkara aneh telah berlaku dirumah pakcik liawan
menurut anaknya.
Ayah mengucap panjang mendengar penjelasan dari anak pakcik
liawan itu. Anak pakcik liawan telah
berjanji kepada ayah dia akan menyembelih seekor kerbau
untuk upacara sogit dikampung,
bagi memohon kemaafan untuk keluarga kami dan keluarga
pakcik Liawan.
Setelah selesai perbincangan antara ayah dan anak pakcik
liawan, dia beredar dari rumah kami
menuju ke belakang lori diikuti oleh ayah dan ketua kampung
. Rupanya tajau itu ada di belakang lori
tersebut telah dibawa
oleh anak pakcik liawan untuk di kembalikan. Aku terkejut itulah pertama kali
aku melihat tajau
itu, begitu besar berwarna hitam. Mereka yang berada diluar rumah itu
bersama-sama menurunkan tajau itu daripada belakang lori dan meletakkannya diruang tamu
rumah kami, atas arahan ayah. Setelah semuanya selesai
urusan ayah dan anak pakcik liawan, dia
terus beredar meninggalkan rumah kami. aku merenung tajau itu lantas terkenangkan
nenek. Aku
jadi sebak, tiba-tiba aku rindu pada nenek.
Setelah upacara sogit dilakukan keesokan harinya, ayah dan pakcik sukur telah meletakkan
semula tajau itu dalam pondok nenek. Sejak itu tiada lagi
kedengaran bunyi-bunyi aneh berlaku.
Kini tajau itu agak terbiar. Sudah jarang
dikunjungi kerana tiada seorang pun
diantara keluarga ayah yang mewarisi amalan nenek pada tajau
itu.
Satu malam saat bulan mengembang tiba, sekitar jam 1 pagi aku
dan seisi keluarga dikejutkan oleh
satu bunyi yang agak pelik datang dari arah pondok nenek.
Silih berganti bunyi itu bertukar-tukar.
Suara perempuan menanggis, suara ayam berkokok dan pelbagai
bunyi yang agak aneh. Seolah-olah
dipondok nenek itu didiami oleh ramai penghuni.
Begitulah setiap malam sepanjang bulan mengembang
suara-suara aneh itu tidak berhenti-henti
meriuh semakin menganggu. Kekadang kedengaran dentuman kuat
seperti letupan
tembakan senapang patah dan bunyian muzik irama kelasik
mendayu-dayu.
Perkara ini mengundang kerisauan ayah dan pakcik sukur serta
seisi keluarga, ayah cuba mencari
jalan apa yang harus dilakukan agar gangguan itu dapat
dihentikan. “Aku tidak tahu apa yang harus di
lakukan sukur” ayah menyatakan kebimbangannya kepada pakcik
sukur,
“Kau tidak mahu teruskan amalan ibu pada tajau itu?”
tiba-tiba Pakcik sukur mengajukan pertanyaan
pada ayah. Aku terkejut, dan berkata dalam hati ini, apakah
ayah juga tahu amalan nenek pada tajau
itu?. “Entah sukur aku pun bimbang, jika aku pula yang
meneruskan banyak perkara menganggu
fikiranku nanti” jawab ayah penuh keresahan. “Kau cubalah,
agar semuanya dalam keadaan tenang”
pakcik sukur penuh pengharapan memandang tepat kewajah ayah.
Satu petang sebaik aku masuk ke rumah dari sekolah, tiba-tiba ibu
pengsan ketika sedang memasak
di dapur. Aku pantas berlari mendapatkan ibu yang sudah
terbaring. Aku memeluk
ibu dan memanggil ayah yang masih dalam kamar. Tiba-tiba
suara ibu melolong dan bercakap
meminta tolong. “Tolong! Tolong aku, lepaskan aku dari sini” suara ibu berhiba-hiba meminta
tolong. Sambil ibu menanggis tersedu-sedu. “Ayah kenapa ibu
jadi begini” tanyaku pada ayah yang
masih dalam kebinggungan. Sangkaku ayah bergaduh dengan ibu.
“panggil pakcik sukur ikin cepat”
ayah mengarahkan aku.
Aku keluar berlari kerumah pakcik sukur, minta segera datang
kerumah.
Sebaik pakcik sukur tiba dirumah lantas keruang dapur. “ini
amaran isteri kau dirasuk,
kita kena
teruskan”pakcik sukur berkata pada ayah. Sepata ayah tidak mengiyakan, wajah
ayah kelihatan semakin runsing. Ibu masih terus bercakap. Pada ayah dia tidak
bersetuju untuk
meneruskan amalan yang nenek buat memandangkan ayah telah
berpegang kepada ajaran agama.
Ayah lantas bangun menuju ke bilik air, aku lihat ayah menggambil air sembahyang
kemudian datang
semula menghampiri ibu yang masih tidak berhenti bercakap. Ayah membacakan ayat-ayat rukyah, selesai ayah membaca lalu dihembus perlahan keubun-ubun ibu, "Panas! Panas! Lepaskan akuuu". Ibu berteriak
siaran news sabah times 16/11/2016
HAINI KARNO | |||