Sunday, 25 August 2019

BILA AKU DI KUALA LUMPUR

Ini kerabat selalu menemani aku di Kuala Lumpur, mereka adalah permata hatiku, sentiasa ada dalam jiwaku

Sesekali aku ke Kuala Lumpur bertukar angin, aku selalu memilih tempat ini, Walau berbintang-bintang namun cukup aman dan selesa. Exclusive,, Lokasinya biarlah rahsia.

Aku suka di Kuala Lumpur sebab banyak  tempat untuk shopping, perempuanlah katakan banyak benda yang disukai, sebolehnya mau di angkat semua, lokasi biarlah rahsia, Harganya memanglah, tapi puashati.

Bila aku di Kuala Lumpur cukup setakat Lima harilah dah ok , lama-lama tak bisa, sebab kuala Lumpur bingit dan menyesak, aku suka yang tenang-tenang saja dan sudah pastinya kampung halaman paling aman.

JANGAN AMBIL ALIH KERJA TUHAN

Apa pun yang kita lakukan dosa atau pahala Allah swt yang lebih tahu penempatan kita di Syurga atau Neraka Allahualam 

Saturday, 24 August 2019

KAMI JUGA BAKAL MENYUSUL


Jublee Hj Karno telah kembali kepangkuan Ilahi pada 24hb Ogos 2019
Al Fatihah untukmu abang yang dikasihi semoga rohmu dikalangan orang beriman. Kini penderitaanmu sudah berakhir setelah sekian lama bergelut dengan kesakitan. Jam 5.30 subuh tadi kami di kabarkan melalui whatsap abang telah pergi buat selamanya.

sejak awal masuk wad Dr yang merawat telah menyatakan detak jantungnya semakin lemah dan di izin kan seluruh ahli Keluarga datang Ziarah. Ini bermaksud saat untuk dia pergi pada bila-bila waktu. Kami  pasrah menerima apa juga keadaan yang bakal berlaku.

pada seluruh keluarga yang di tinggalkan begitu pilu dengan pemergiaanmu apatah lagi isteri dan anak2 namun hakikat hidup pasti akan pergi setelah ajalnya tiba. Hanya doa mengiringimu semoga abang tenang disana, kami yang tinggal pasti menyusul pada suatu waktu yang belum pasti.

Kenangan bersama abang sentiasa mekar dalam ingatan dan kini kenangan itu satu demi satu melayang tiba.. Teringat aku Masa2 lalu perjalanan hidupmu banyak ranjau.. 😔 Sebak rasa Mengenangnya  kini semua sudah berakhir.

Abang Jublee berbaju merah 
Potret kami adik beradik 7 orang saja, 4 lelaki, 3 perempuan, kini hanya tinggal 6 orang

Tuesday, 6 August 2019

MARY KAY BUAT AKU JELITA. Hahh perasan

Secebis kisah bersama mary Kay,  telah lama aku berkenalan dengan produk ni cuma BELUM DIKATEGORIkan sebagai pengguna tegar kerana masih tidak begitu tahu secara medalam akan fungsi setiap produknya. Lagi pula kerana kesibukan dengan pelbagai kegiatan maka jadilah aku pengguna sekadar ala kadar saja. diawalnya hanya mengenali beberapa jenis iaitu sabun pembersih, toner, pelembab dan mask, , selainya produk dari jenama seperti shesido, avon, body shop dan lain2 lagi.

Aku telah membuat perbandingan produk mary kay dan yang lain2 tu, ternyata produk mary kay agak sesuai dengan kulit ku kesannya pun puashati berbanding produk lain yang pernah aku gunakan sebelum ini dalam tempoh yang tidak lama. Hanya dalam dua minggu penggunaan telah nampak perubahan dan ini sungguh membahagiakan jiwa nan raga.

Jujurnya aku bukanlah wanita jelita, sejelita-jelitanya bak bidadari dari kayangan, hanya wanita kampung yang biasa-biasa saja rutin harian kerjaya sebagai kakitangan awam makan gaji, pendapatan pun hanya bergantung secara hujung bulan itu pun tidaklah banyak mana..hem begitulah lebih kurang.  Aku masuk member mary kay tidak bermaksud untuk mengajak orang lain jadi pengguna hanya bertujuan untuk kegunaan diri sendiri saja,

Penggunaan secara konsisten pasti akan lebih cepat terlihat kesannya, kulit wajah semakin cerah halus mulus dan licin, tak perlu lagi menggunakan mekap tebal2 dah kelihatan neutral wow..sebenarnya kulitku memang semulajadi putih namun kerana banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari akhirnya bertukar kusam, aku tak kisah sangat kenapalah jadi macam keling namun bila bertemu dengan rakan2 semuanya bertanya kenapa kulit wajahku gelap dan kusam. Ini satu cabaran hi hi.. lalu aku pun bertekadlah memulihkan kulit wajahku yang dah macam Wanita usia 70han. Hemm gitulah kisah seadanya