Monday, 30 September 2019

SI KEMBOJA YANG ANGGUN

Ini spesis Bunga Kemboja Cina 

Dipenjuru halaman rumahku Sepasu bunga kemboja kesukaanku, warnanya merah jambu. Kubelai dengan sentuhan tangan lembut ku setiap hari, kini ia hidup Subur dan segar. Tidak sia-sia memiliki, berbaloi meski Harganya mahal.

Sungguh tidak mengecewakan ia menghibur jiwaku dengan kuntum-kuntumaya meranum sepanjang waktu. Ternyata percubaanku menanam bunga kemboja ini berhasil, penjagaannya  tidaklah melelahkan yang penting ia di siram selalu dan dibaja. Sifatnya suka pada matahari. Dengan merujuk teknik penjagaan bunga kemboja melalui Google banyak membantu.

Bunga kemboja sinonim dengan bunga kuburan, mungkin ia di tanam kerana bunganya berbau harum dan cantik tak perlu di jaga dengan sesempurnanya kerana ia pasti tumbuh dengan Suburnya. Pokok kemboja banyak jenis. Dalam proses menambah pelbagai koleksi begitulah. Aku pencinta bunga. Pohon-pohon yang kita tanam turut mendoakan keSejahteraan tuannya, itu kata sesetengah orang. Allahualam. Moga benar.




Thursday, 26 September 2019

YA TUHAN

Ya Tuhan janganlah aku menyusahkan sesiapa bila aku dihari tua. Simpati dengan mereka. Namun jika sebaliknya apa yang hendak di kata. Hari-hari yang di lalui kadang merisaukan apa yang bakal berlaku di masa mendatang. Hidup ini tidak sentiasa diposisi selesa. Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan beriman.


Thursday, 19 September 2019

MOGA DAMAI DAN BAHAGIA

"Nah, si pulan yang suka marah-marah dulu, kini sudah pencen ", kata seorang rakan, " dulu bukan main lagi dia dengan sikapnya yang sombong dan berlagak ", sambungnya lagi. aku turut mengiyakan kerana dia memang seorang yang sikapnya kadang terlebih.

Ingatan buat diri sendiri, saat kita berstatus pegawai kerajaan dan berkedudukan, tak perlulah terlebih - lebih marah orang bawahan sehingga menimbulkan ketidak selesaan , siap dengan uggutan lagi adehh, mengundang panas dihati. buat orang benci dan menjauh.

Beringat-ingatlah. Jangan sampai setelah pencen pun masih terbawa-bawa dibenci orang. Jawatan, pangkat, harta dan semua yang kita miliki hanya pinjam-pinjaman bukan selamanya.


Friday, 13 September 2019

AKU AKAN PERGI

Hasil nukilan abangku yang telah pergi menemui pencipta. ALFATIHAH , damailah engkau disana, disebuah negara abadi tempat kembalinya semua insan mahluk Tuhan bila tiba saatnya, begitu pilu Mengenang suatu pemergiaan namun ini hakikat hidup yang tidak mampu di tolak oleh setiap mahluk yang bernyawa. tiada yang kekal selamanya melainkan dia, dia yang maha esa. Kami redha menerima takdir ini kerana kami juga pasti akan menyusul. 

Sunday, 1 September 2019

KUDUS

Orang dalam gambar ini adalah kalangan insan hebat 

akanku coret....