Saturday, 29 August 2020

SALAM RINDU DI BAWAH BAYU

Disinilah dunia mereka, Rumah diatas langit, persekitaran bingit dan menyesak, ngauman kenderaan 24 jam tidak berhenti-henti. 
Saya duduk disini sehari pun rasa mau terjun bangunan😭

Salam rindu dari bawah bayu untuk dua budak ni. Selalu dinanti kepulangan ke kampung halaman. 

Wednesday, 26 August 2020

TRAGEDI TAK PERNAH DISINGKAP

Sebuah perkampungan terlihat pada sisi potret, kedudukan dilereng bukit sungguh damai segar dan santai disini mengundang ingatan dimasa lalu. Tempat ini asal usul moyang ku, persekitarannya masih hijau, dan dibalik bukit itu adalah daerah Ranau. 

Ada kisah duka tersingkap disini, Suatu tragedi duka telah berlaku diantara dua keluarga namun kisahnya agak sensitif untuk di ceritakan. Peristiwa ini telah di ceritakan oleh saudara terdekat, ianya berlaku saat mereka masih belum beragama lagi. 

Mengenangnya rasa hiba, meski jenerasi kami tidak terlibat dalam hal itu, namun kesannya masih terlihat hingga ke hari ini. Biarlah masa lalu itu beredar jauh meninggalkan tanpa kesan pada sesiapa lagi. Yang baik itu jadikan tauladan dan yang sebaliknya jadikan sempadan. 

Moga moyang yang pernah bersengketa itu damai dialam abadi. 
Ya Allah jauhkan kami dari segala sengketa pada jenerasi kami dan jenerasi yang akan datang. Sumpah laknat jangan dipersenda, jangan di pandang remeh kerana kesannya berpanjangan dan buruk akibatnya. 

Masih ingatkah kisah sumpahan MAHSURI tujuh keturunan ditimpa musiba, Allahualam. 

Saturday, 22 August 2020

MENGINDAHKAN HALAMAN

Mengindahkan halaman sebegini harus juga dengan bajet yang tinggi, jika berkemampuan semuanya dapat di realisasikan, jika sebaliknya tinggal hanya impian.

Begitulah lebih kurang. Namun tidak Mengapa jika impian tidak jadi kenyataan pun bersyukur dengan apa yang ada. Tidak semua impian dan harapan itu akan menjadi nyata.

Oleh itu usah berduka yang penting hati tenang selalu. Ingat selalu pada TUHAN dan jangan tinggalkan yang wajib walau apa pun keadaan. 

Benarlah jiwa akan sentiasa tenang walau ditimpa seberat mana masalah. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. Ya Allah engkaulah yang berkuasa atas segala yang berlaku. Engkaulah tempat hamba2mu mengadu dikala susah dan senang. 

Thursday, 20 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT MAALHIJRAH 2020

Sepena cuti maalhijrah ini, saya ambil kesempatan menghijrahkan sebahagian pokok bunga kertas ke pasu putih. Wah Nampak lebih bergaya. 

Setiap kali balik dari ofes, nampak dari jauh berseri-seri halaman saya dengan keterampilan bunga-bunga anggun di pasu putih, rasanya tidak rugi membeli pasu tersebut walau harganya mahal, sangat berbaloi. 

Ingin kan sesuatu yang istimewa kenalah berkorban demi kebahagiaan jiwa sendiri, Terapi jiwa kata orang. Tetapi pengorbanan tidak semua membawa untung, lihatlah pengorbanan apa yang engkau lakukan. 

Jangan berkorban pada perkara yang membawa padah diri sendiri, nanti menyesal seumur hidup. Penyesalan hingga ke 7 keturunan pun tiada guna. 

#hidup hanya sekali, pengorbanan adalah suatu perjuangan#

Namun satu perkara yang buat aku kecewa bila pengorbanan tidak dihargai. Namun aku percaya pada suatu kata-kata mengucap syukur Alhamdulillah bila kita dijauhi oleh orang yang tidak menghargai. Hanya itu mampu di ucap walau terasa perit. Aku yakin ada hikmah disebalik semua dugaan. 

BERTABAHLAH, HIDUP HANYA SEMENTARA


Ingat lah Doa seorang ibu tiada hijab, moga bertemu diakhirat😭Allah mengetahui SEGALA-GALANYA. Engkau mendengar setiap doa hambamu. Ya Allah sedihnya kehidupan andai tiada keberkatan. 

Sunday, 16 August 2020

DARI DULU KINI DAN SELAMANYA

LURAH DAN LEMBAH KULEWATI

Dari desa ke desa dijelajahi merentasi pergunungan, lurah dan lembah, inilah sebahagian kehidupan yang kulewati, amanah yang kupikul, tanggungjawab yang di galas demi masyarakat luar Bandar. Akulah serikandi bangsa. 

Saturday, 15 August 2020

EMOSI BILA BERJIWA TUA

Kadang rasa sunyi itu indah 
Merindukan menyakitkan
Dikala tiada lagi tangan melambai 
Saat aku pergi 
Menanti diberanda ketika aku pulang 
Tiada ku dengar lagi suara tawa, tangis
Berlari bermain dihalaman 
Mengenangnya sendu
Embun pun mengalir perlahan dipipi 
 begitu kah emosi, bila sudah berjiwa tua 

Saturday, 8 August 2020

SELAMAT BERBAHAGIA FARIS, AINA


8hb 8 2020
Selamat menempuh gerbang rumah tangga buat anak buahku Faris dan isteri, moga bahagia hingga ke syurga.

Covid 19, tidak menghalang majlis di teruskan, akur saja mengikuti peraturan yang telah di tetapkan dan ikut sop. Syukur Alhamdulillah Majlis berlangsung dalam keadaan baik-baik saja dan sederhana namun tetap meriah hanya dihadiri dikalangan sanak saudara terdekat.

Syarat hanya 250 orang hadirin di benarkah dalam Majlis. Apakan daya keadaan tidak mengizinkan untuk menjemput semua orang. 

Tuesday, 4 August 2020

MAJLIS HARI RAYA AIDIL ADHA 2020








Majlis sederhana sempena hari raya aidil adha di kediamanku di kampung, hanya untuk keluarga terdekat. memandangkan masih dalam mood pkp saat ini tidaklah jemput orang luar dalam Majlis tersebut. Syukur Alhamdulillah Majlis berjalan dalam keadaan aman saja.