Wednesday, 29 December 2021
Tuesday, 28 December 2021
TIDAK JATUH MISKIN
InsyahAllah selagi hayat di kandung badan akan sentiasa membuat kebaikan dan kebaikan yang di lakukan itu tidak perlu dicanang-canang Itu pesanan arwah ayah.
*Sembunyikanlah sedekah mu, hanya Allah saja yang tahu *
Tuesday, 14 December 2021
SELAMAT PENGANTIN BARU
Selamat pengantin baru Hamizah dan Isnainππ semoga bahagia hingga ke syurga. Hanya madah ini yang dapat di ucap. Syukur Alhamdulillah
Monday, 13 December 2021
Sunday, 12 December 2021
Wednesday, 1 December 2021
ANGGUNNYA TERLEBIH
Pohon-pohon anggerik sedang hangat berbunga dilaman. Tiada yang mampu menandingi keanggunan si anggerik desa sentiasa menjadi pilihan penggemarnya. Tak hairanlah ianya sentiasa menjadi rebutan para datin-datin menghiasi banglo mewah mereka.
Walau aku bukan golongan datin namun anggerik tetap pilihan yang utama. Laman yang seadanya tempat melepas lelah mata dan emosi menjadi damai dari kelelahan sendiwara duniawi yang membikin cepat tua.
"KU SEMBUNYIKAN KESEDIHANKU DALAM PUISIKU"
Thursday, 11 November 2021
CATATAN UNTUK KENANGAN
aku masih kurus seperti dulu, biar saja agar baju-baju sedia ada kekal dipakai sampai bila-bila. Itu satu alasan untuk kekal kurus. π
π
Saturday, 30 October 2021
KAK LONGKU BERHATI KELULIπ
Masa lalu mengundang ingatan membangkitkan pelbagai perasaan, ada rindu, kesal dan pilu. Kehidupan ini hanyalah sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati dan yang tulus hanya dari sanubari. Kenangan akan menjadi guru, rindu akan menjadi tamu. Indahnya masa kecil yang lalu. Senja tak pernah salah, hanya kenangan membuatnya basah.
Suasana kebun yang mendamaikan, disini kak longku menghabiskan sisa waktu dengan aktiviti bercucuk tanam, dia sangat bahagia katanya. Setiap kali bangun pagi semangatnya berasa segar, sesegar hasil tanamannya tumbuh subur. Bukannya dia miskin, ekonomi mantap, restoran ada, kebun kelapa sawit luas. Anak-anak pun semuanya sudah berumahtangga. Tak ada lagi yang kak long perlu fikirkan hanya duduk bersenang lenang, tak perlu bersusah payah menyiksa fizikal. tapi aneh! dia memilih tinggal
dipondok sekecil ini duduk sendirian bertemankan alam sunyi, tenang mengabdi diri kepada sang pencipta katanya.
Dihalang anak-anak tapi hati orang tua manalah boleh dihalang, degil dan keras hati sekeras keluli. Kak long kata duduk ditanah ini adalah impiannya sejak dulu, ditempat inilah kak long, arwah ibu dan ayah memulakan kehidupan setelah tanah ini dimiliki sekitar awal tahun 50han mungkin usia kak long 12 tahun saat itu. Banyak Kenangan pahit manis kata kak long, disini kak long membesar sehingga remaja sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Kak long berumahtangga pun aku belum di lahirkan ke dunia ini. Seingatku ketika usiaku lima tahun baru aku tahu dia kak long ku.
Arwah ayah mewasiatkan tanah ini di agihkan buat anak-anaknya mengikut faraid, namun hasil dari perbincangan adik-beradik sepakat bersetuju agar pembahagian tersebut dibuat secara sama rata tanpa ada yang membantah dan tapak ini adalah di wasiatkan untuk kak long. Sebaik urusan pembahagian kawasan masing-masing selesai, bukan main lagi kak long gembira dan tak sabar-sabar ingin terus mengusahakan kawasannya.
Anak-anak kak long gempar seketika bila mengetahui ibu mereka ingin duduk ditempat sebegini, mereka terkedu, mati akal dengan keputusan kak long. Mereka bimbang dengan keadaan kak long bukannya sihat sangat tinggal pula sendirian.
Akhirnya anak-anak terpaksa mengalah, banyak hujah kak long yang buat mereka tak mampu berkata-kata. Syukur Alhamdulillah segalanya di permudahkan kini terbinalah sudah pondok kak long yang agak klasik hasil binaan anaknya sendiri, itu kemahuan kak long, dia suka gaya klasik macam dulu-dulu katanya daripada bahan bambu. Bila malam tak rasa panas tapi dingin tak perlu menggunakan kipas untuk menyejukkan badan.
Tak sunyi kak long, anak-anak, cucu, cicitnya selalu datang ziarah, kadang mereka bermalam menemankan kak long, aku juga dan adik beradik yang lain. jika bukan waktu siang, waktu malam kami serbu. wah best juga duduk tempat begini mengingatkan waktu-waktu dahulu.
Semoga kak long bahagia, tenang dan sihat selalu menghabiskan sisa-sisa hayat yang masih ada.
"Aku ingin melupakan kepahitan yang pernah singgah di halaman kehidupan" Jangan berseteru dengan dunia, dunia tak pernah salah, manusia selalu menyalahkan dunia walhal dia yang mencetuskan onarnya sendiri. Manusia sering juga menyalahkan takdir dalam banyak perkara walhal dia juga menciptakan kisahnya menjadi takdir lalu menyalahkan TUHAN. Hemm
Friday, 29 October 2021
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI
Semoga Allah taalah menghancurkan pengamal ilmu hitam. Mungkin bukan pada masa ini tapi tunggulah saatnya.
Thursday, 21 October 2021
ANAK BUAH BERTUNANG
Semoga berbahagia dengan bakal suami. Majlis perkahwinan akan berlangsung pada disember 2021.
Yang penting bakal suami bukan suami orang dan bukan lelaki sampah. Tahniah Ami moga bahagia hingga ke syurga.
ALOCASIA DIBURU PENCINTA TANAMAN HIAS
Alocasia Bambino
Alocasia Baginda
silver Dragon
Alocasia Dragon Scale
Alocasia reginula Black Velvet
Alocasia Melo
Keanggunan dan keunikan pohon-pohon ini menggamit perhatian ramai untuk di jadikan sebagai penyeri laman termasuk saya tidak terkecuali. Kini saya ada beberapa koleksi hanya untuk hiasan saja bukan untuk di jual. Tumbuhan ini memiliki pelbagai bentuk daun yang unik dengan warna daunnya cukup beragam, mulai dari warna hijau tua berkilau, permukaan halus seperti baldu, putih dengan daun keperakan dan banyak lagi. Tanaman ini memang pilihan tepat untuk penyeri laman. Yang paling penting anda tahu cara penjagaannya untuk memanjangkan hayat tanaman anda. Semoga sentiasa berhasil apa yang anda lakukan.
AKU YANG DULU
Di abadikan potret ini sebagai kenangan paling mahal dalam kehidupan. Mungkin kah waktu ini aku berusia 4 tahun tak ingat lagi waktu telah jauh berlalu, aku kini sudah beransur tua.
Berdiri sebelah kiri ialah aku, nampak comelkanπ
yang duduk arwah ibu, arwah abang Muhadi, sebelah kiri abang Zahrin, berdiri dibelakang arwah kakak sepupu. hanya aku dan abang yang berdiri sebelah kanan masih hidup.
Aku kehilangan gambar-gambar masa lalu akibat rumah ditimpah musibah, kediaman keluarga hangus di jilat api pada tahun 1991. Gambar ini dikirim oleh anak buah yang tinggal di daerah Tambunan. Terima kasih untuknya atas keperihatinan menghantar gambar ini.
Wednesday, 29 September 2021
UJIAN TERINDAH
Syukur Alhamdulillah sebuah lagi antalogi cerpen berjaya di terbitkan oleh Dewan bahasa hasil karya bersama rakan penulis dari semenanjung dan sabah.
Tuesday, 14 September 2021
ORKID BECCARII
Beginilah bentuk dan warna bunganya.
Nama saintifik bulbophyllum Beccarii.
Nama saintifik bulbophyllum Beccarii.
SubhanAllah, impian untuk mendapatkan spesies orkid ini akhirnya menjadi kenyataan, rezeki kata orang. Jenis orkid ini hanya terdapat di kawasan lawas sarawak dan tumbuhan ini antara yang dilindungi.
Friday, 10 September 2021
ORKID BIKIN HATI BERBUNGA-BUNGA
Bunga-bunga tersenyum riang dimusim hujan. Hujan memberi kesegaran kepada tumbuh-tumbuhan dan dihati tentunyaπππππππππππππ
Sebagai kenangan disaat hayat masih ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)