Setiap desis nafas ini berdoa untuk mu mahluk pengamal ilmu hitam semoga Allah memberi pembalasan atas segala fitnah2 yang kau tebar, porak perandakan kehidupan orang lain, pembohongan mu yang terang dan nyata. Tunggulah kehancuranmu TUHAN tidak tidur malam dan siang. Doa2 orang kau aniaya tak pernah berhenti berdoa memohon keadilan dari Allah swt.
Ada yang mengata saya ni malas masak, tiada nasi dirumah, tiada apa yang nak dimakan, agak2lah bila memfitnah, dari mulut siapa agaknya yang mengata itu hemm... Tak kan mau diheboh setiap apa yang mau dibuat.
Orang luar lebih tahu dari orang dalam rumah..
ini antara menu kegemaran hasil olahan tangan ku sendiri😅.
Siapa sebenarnya yang pemalas pandang-pandang lah kiri kanan.
Dah tua2 tak kan tunggu orang tua mau suapkan nasi kemulut.
Inilah sebahagian tetamu yang sempat dirakam, oleh Kerana masih rasa was-was dengan keadaan yang melanda dua tahun lalu tetamu undangan hanya dikalangan saudara mara terdekat, rakan dan jiran saja.
Saya tidak cukup tangan menyediakan makanan terpaksalah menggunakan khidmat katering bagi memudahkan segalanya berjalan lancar itu lebih baik. Alhamdulillah segalanya di permudahkan.
Rumah Kampung seadanya sederhana tetap membahagiakan.
pandangan sisi Kediaman ku yang sederhana. disini aku menghabiskan sisa-sisa hidup yang hanya tinggal sejengkal. Begitu singkatnya hayat kehidupan seperti baru semalam aku di lahirkan kini aku dah beransur senja. Bila usia kian senja lebih banyak memikirkan tentang kematian, benarlah kata orang bila usia beransur senja banyak kehendak perlu dipertimbangkan.
ketiadaan budak2 ni buat rumah jadi sunyi. Sekali setahun bertemu.
Sentiasa Kemas dan bersih buat jiwa tenang selalu.
Rumah ku syurga ku
pandangan hadapan
oleh kerana saiz kediaman ini sederhana saja, ruang ini dibina untuk aktiviti keluarga seperti kenduri, mesyuarat dan sebagainya.
Ruang santai di belakang rumah.
Kediaman sederhana saja yang penting selesa dan bahagia mendiaminya. Kediaman harusnya sentiasa Kemas dan bersih agar rasa tenang dan damai selalu. Tidak rugi korbankan banyak tenaga demi kebahagiaan jiwa sendiri kerana diri sendiri yang menikmatinya.
#biar siok sendiri yang penting tidak menganggu kehidupan insan lain# abaikan saja orang kata#
Tidak terlalu banyak menggunakan pasu nampak lebih lapang. Jika halaman luas lebih baik tanam diatas tanah pokok pun lebih sihat pertumbuhannya, juga boleh menjimatkan tenaga menyiram berulang kali.
Syukur Alhamdulillah masih menikmati anugerah ilahi bersama keluarga berbuka puasa Ramadan tahun ini. Tahun hadapan tiada kepastian, hanya mampu berdoa Semoga akan terus bersama. Ini sebahagian keluarga ku yang datang kali ini selainnya tidak dapat bersama atas alasan masing-masing. 😎Rasa bahagia bila bersama keluarga menjamu selera syukur Alhamdulillah.
Keadaan selalu berubah tidak sentiasa berada di posisi indah, tepulang kepada kehendak masing-masing ingin berubah atau kekal begitu selamanya. Namun semua orang mengharapkan perubahan kearah yang lebih baik. InsyahAllah segalanya di permudahkan. Semoga Allah menunjukkan jalan. Namun...
"seorang penipu tidak akan bahagia sepanjang hidupnya"