Thursday, 13 July 2023

ULAT BULU DAN MAKMUR

sudah bertahun-tahun tidak buat biskut, mungkin dalam 10 tahun lalu tempoh yang agak lama tapi hari ini aku bangkit semula membuat biskut kegemaranku ini. Syukur alhamdulillah masih bisa rupanya dan tak sia-sia hasilnya sungguhlah enak di rasa.

Thursday, 23 March 2023

LANDSKAP HALAMAN RUMAH 2023

 
Landskap halaman rumahku yang sentiasa berubah wajah.  Pohon-pohon ini menyumbang damai di jiwa.


Wednesday, 22 March 2023

BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI

 Potret Kenangan di puncak bukit kampung watang daerah Tambunan. Suasana di tempat ini dingin dan tenang sesuai tempat mencari ketenangan bila dilanda stress. Foto ini dirakam lewat pada julai tahun lepas tidaklah terlalu lama dengan jarak tahun baru ini.

Tahun 2023 ini - Alhamdulillah semoga ketenangan menemani kehidupan ini di waktu2 mendatang. Buat kalian yang membuat hati ini hancur akan ku tunggu di akhirat menuntut keadilan. Percayalah kehidupan kamu di dunia ini tak kan ada kebahagiaan dan ketenangan selagi tiada kemaafan dari ku.




Sunday, 29 January 2023

MAWAR YANG SEMPURNA

Mawar tahun 2022



Pokok mawar ini aku beli di sebuah nusery terletak di atas bukit pekan Kundasang dengan harga sepokok RM 30.00. Aku masih ingat kata-kata penjual bunga ini, katanya kamu tak akan menyesal membelinya kerana bunganya tersangat cantik dan harum. Ternyata kata-kata penjual tersebut benar dan aku tak rugi membelinya dan aku sangat berpuashati.

Secara semulajadinya aku suka bunga ros tanpa sempadan kecantikan, keharuman itulah faktor utama. Percubaan pertama aku tanam bunga ros aku gagal, permulaannya semua OK namun lama kelamaan pokok layu dan akhirnya mati aku tak tahu apa cara memulihkannya. Percubaan kali kedua berjaya namun kerana kesibukan ku menyebabkan penjagaannya agak terbatas. Kerana kesibukan ku tang agak tak menentu  lalu pohon-pohon Ros ini ke semuanya aku tanam diatas tanah dengan tujuan menjimatkan tenaga dan masa, aku beranggapan bila tanam diatas tanah ia akan lebih sihat dan tidak perlu penyiraman lagi kerana ada kalanya hujan turun, namun akhirnya pohon-pohon Ros ini satu demi satu mulai merosot kesegarannya ada yg mati ada yg nyawa2 ikan. Aku berusaha memulihkan hayat Ros ini aku tanam semula dalam pasu, Alhamdulillah kini kembali segar dan mulai mengeluarkan kuntum-kuntumnya yang indah. 
 
.

 

TETAP HAPPY DI TAHUN BARU 2023

Hari ini permulaan tahun 2023 tiada apa yang berbeza dengan tahun kelmarin hanya angka yang berubah. Seperti biasa aku lalui hari ini dengan biasa2 saja walau dalam hati ini tersimpan sejuta duka yang sentiasa menyala. Tapi tak apalah biarkan semuanya terus berlalu. Hidup ini tidaklah merana hanya kerana mahluk bernama manusia.

Mudah-mudahan mahluk2 yg menyumbang duka itu akan menerima pembalasan di suatu hari nanti. Bagaimana kalian melukai hati ini begitulah akan kalian lalui mudah-mudahan akan kalian rasai. Itu saja mukadimah di tahun baru 2023 

Wednesday, 4 January 2023

2023 AKU MASIH DISINI




Jalan raya telah siap dibina
aku sangat berterima kasih kepada YB yang telah meluluskan pembinaan  jalan di tanah kebun kami. walaupun pembinaannya dilihat ibarat hanya melepas batuk di tangga asalkan ada, fahamlah kontrakter ni biasanya ingin banyak untung dan tentulah untuk habuan poket sendiri. hemmm 

Tuesday, 3 January 2023

RUMAH DI HARI TUA KU

  
Ini kediamanku di hari tua sehingga aku menutup mata. 
Syukur Alhamdulillah akhirnya kediaman sederhana ini telah terbina diatas sebidang tanah peninggalan arwah ayah dan ibu. kini hampir tujuh tahun aku dan keluarga kecilku bermukim ditempat kelahiran ku. Aku bahagia kembali ke sini segalanya atas kehendak ilahi. 
Sejak dulu aku tidak pernah berimpian membina rumah besar memikirkan suatu waktu nanti bila anak-anak sudah dewasa pastinya mereka juga inginkan kehidupan sendiri, tinggal di rumah sendiri begitulah putaran hidup seperti juga aku yang dulu tinggal bersama orang tua namun setelah menemui pasangan hidup akhirnya aku tinggalkan rumah orang tua ku dan memilih tinggal di rumah sendiri.