Ketika kata menjadi pedang tajam,
Menusuk hati tanpa belas kasihan,
Aku memilih diam,
Mengubur suara dalam keheningan yang dalam.
Bukan kerana takut, bukan kerana lemah,
Tapi kerana diam lebih bermakna,
Dari ucapan yang tak punya jiwa,
Atau lontaran amarah yang sia-sia.
Dalam diam, aku menemukan kedamaian,
Suara hatiku lebih lantang dari dunia,
Dan meski mereka tak mengerti,
Diam adalah pilihanku, sebuah harmoni.
Haini Karno