Aku memulakan perjalanan dan berusaha mempercepatkan pemanduanku untuk mengelak suasana malam namun aku tidak mampu berbuat demikian kerana bandar raya kota kinabalu dalam waktu-waktu begitu sememangnya sesak teruk, pergerakan kenderaan sangat perlahan maklumlah waktu pejabat telah berakhir dan semua manusianya kembali ke tempat masing-masing, kesesakan yang sangat teruk di sepanjang jalan sekitar putera jaya hingga ke papar, buat jari-jemari kakiku rasa lenguh kerana asyik menekan brek
Tiba di kawasan Kg. Kelatuan Papar sudah menunjukkan jam 7.30mlm jalan raya mulai sepi dari keriuhan kenderaan. Hujan mulai turun terlalu lebat..pemanduanku semakin perlahan kerana jalan sudah tidak nampak jelas, hanya Tuhan yang tahu dalam kesendirian memandu begitu banyak perkara yang hadir bertandang di fikiranku apa lagi bila memikirkan sepanjang jalan menaiki bukit kimanis hutan di kiri kanan.
Teringat cerita beberapa rakan ketika mereka memandu di kawasan itu pada waktu malam pernah di ganggu ketika dalam perjalanan, melihat lembaga berdiri ditengah jalan tingginya bukan alang kepalang mencapai bumbung langit, kenderaan tidak bergerak dan bau yang sangat menganggu. Namun aku cuba atasi perasaan itu, pelbagai ayat kubaca untuk meredakan rasa ketakutan yang mula bersarang di fikiran. ketika aku menaiki bukit Kimanis menuju ke Keningau pemanduanku semakin perlahan kerana hujan semakin lebat turun mencurah-curah, kabus tebal di tambah lagi suasana gelap pekat, kaca mataku pun langsung tidak membantu menerangkan pandangan huuu ...
Kesunyian sangat terasa bila tiada sebuah kenderaan pun lalu lalang ketika itu, bayangkan sendirian memandu diwaktu malam begitu, rasa nafasku sesak, dalam kedinginan pun masih mampu berpeluh, namun mau buat macamana hendak tak hendak terpaksa kena kuatkan semangat, aku menggigil kedinginan aduhh saat yang amat aku rasakan sungguh mencabar pernah kulalui.
Aku berulangkali menarik nafas dan dalam hati hanya berdoa semoga selamat tiba kedestinasi.( inilah pengalaman pertamaku melewati malam dlm perjalan pulang dikawasan jalan kimanis ke keningau)- jika sebelum ini kekadang kelewatan malam di perjalanan antara Moyog, Tambunan ke keningau ..tiada apa yang hendak di risaukan kerana sepanjang jalan ada rumah orang kampung jika ada apa-apa berlaku mungkin boleh minta bantuan. Namun dikawasan ini sunyi sepanjang jalan.
ketika semakin hampir dipuncak bukit pertama, aku melihat disebelah kanan di terangi cahaya lampu terang-benderang seperti sebuah perkampungan, walau dalam keadaan hujan lebat namun nampak jelas, lalu keresahan mulai reda sedikit kerana sangkaku memang wujud perkampungan disitu. aku meneruskan perjalanan dan berusaha menenangkan fikiran yg masih dilanda kebimbangan.
Sehinggalah tiba dibandar keningau pada waktu lebih kurang 9.00mlm. Barulah Rasa nafasku berhembus lancar. Selang beberapa hari kemudian aku ke kota kinabalu atas urusan jabatan, ketika tiba dikawasan dimana aku melihat cahaya terang benderang yang kusangkakan perkampungan namun langsung aku tidak melihat adanya rumah2 disitu yang ada hanyalah kawasan hutan dan curam. Aku rasa pelik, berlegar-legar dalam fikiran dan tercari-cari dimanakah perkampungan itu. Sungguh misteri!

No comments:
Post a Comment