Tuesday, 27 March 2012

Kepayahan hidup adalah motivasi


sekadar gambar hiasan
Bila memandang puteriku berusia 6 tahun masih terlalu kecil, masih didodoi, masih menyusu botol, cakap pun belum lurus.. ke sekolah segala-gala masih di urus...di hantar dengan kereta dan begitulah seterusnya..

Berbanding aku seawal usia 6 tahun sudah bijak mengurus diri, bangun seawal pagi segala-gala urus diri sendiri, harapkan ibu langsung tiada waktu, seawal subuh ibu sudah ke kebun menoreh getah,, apa-apa hal bijak-bijaklah mengurus segalanya. ke sekolah jalan kaki sejauh 7km setiap hari hingga ke tahun enam, di jalan raya berhabuk.   menyaksikan kedewasaanku demi menuntut secebis ilmu. kepayahan, keletihan semua tolak ketepi.  Mengurus diri sendiri..kadang-kadang ke sekolah tanpa menjama sarapan pagi dan kadang-kadang tidak di bekalkan dengan duit. jika ada  pun hanya 10 sen, 15sen atau 20 sen. bila rasa dahaga  pergi saja ke air pancuran berdekatan dengan sekolah, daifnya kehidupan masa lalu. baju pun basuh sendiri aduhai.

 Tugasan orang dewasa  ambil kayu api, angkat air di perigi itulah antara aktiviti yang dilakukan, bantu ibubapa angkat susu getah dari pohon ke pohon sehinggalah semuanya selesai, jika tidak melakukan semua itu sudah pasti kena leter, kena marah , tiada can untuk malas, bila merajuk maaflah jangan harap dipujuk, pujuklah diri sendiri.. bila kerja siap tidak pernah di puji, malah jika kerja tak seberapa siaplah habis kena marah..mana-mana adik beradik yang tidak ikut kata denda sedang menunggu.
 
Kini bila memikirkan semua itu rasa bersyukur kerana sejak kecil telah di motivasikan oleh orang tua dengan keadaan demikian, namun setelah bergelar IBU tidak pula sanggup melihat anak-anak susah, sebagaimana yang pernah  di lalui dahulu bimbang anak-anak rasa letih, keadaan ini mengundang sikap anak-anak jadi manja, mereka juga tidak pernah merasai keperitan hidup malah sentiasa rasa selesa.

Alhamdulillah kepayahan hidup masa lalu tidak melontar aku menjadi insan terpinggir malah bersyukur dengan segala kepayahan yang dilalui. keadaan itu bukan suatu penderitaan, rezeki sentiasa ada walau seadanya saja, masih dilingkari suasana ceria dan harmoni menghiasai kehidupan keluarga, apa lagi suasana kampung yang begitu damai dan tenang.

No comments:

Post a Comment