![]() |
![]() |
| dalam kereta api disebelah kak Nuning Purnama |
![]() |
Berteduh sementara sebelum menaiki kuil Borobudur
Berfoto kenangan bersama Bundo
17hb november,
Jam 8 mlm rombongan karyawan daripada bawah bayu memulakan perjalanan dengan menaiki pesawat Air Asia menuju ke Kota Jakarta. Tiba lebih kurang 10.30mlm waktu malaysia. Dari lapangan terbang Seokarno- Hatta kami menaiki teksi menuju ke teratak bundo yang terletak di Kota Jakarta untuk bermalam sebelum rombongan berangkat ke yogyakarta pada keesokan malamnya. Bundo merupakan pengerusi acara yang bakal berlangsung dan telah berangkat lebih awal ke yogyakarta kerana mengurus atur acara tersebut. Kak Nuning Purnama yang peramah menyambut kami di rumah Dr. Bundo.
18hb november,
Jam 10 malam rombongan kami seramai sepuluh orang bersama kak Nuning bertolak dari stesen kereta api Jakarta menuju ke yokyakarta, tiada apa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kerana suasana malam. Lebih kurang jam 3 pagi kami tiba distesen keretapi di yogyakarta dan terus saja rombongan dibawa ke hotel penginapan, Tembok Batu Residence Jogja. Hotel Yogyakarta dengan menaiki bas. Di hotel inilah acara bermula pada pagi 19hb November.
Ya Kerana sastera aku hadir disini. Kota Yogyakarta begitu indah dan tenang panoramanya, masih kekal suasana tradisinya. Tidak hairanlah yogyakarta menjadi salah satu tumpuan pelancong kerana terdapat banyak keunikan disini.
Selain acara sastera sebagaimana tertera dalam aturcara yang telah disusun atur, rombongan dari pelbagai negara juga dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah disekitar. Salah satu destinasi yang sungguh menarik dilawati. Kuil purba Borobudur berusia mungkin ratusan tahun kewujudannya.
Melihat Kuil Borobudur begitu menakjubkan, pantas benakku diterjah seribu persoalan bagaimana mungkin bangunan sebegitu kukuh dibina ketika zaman ratusan tahun dahulu, tentunya teknologi canggih tidak mungkin wujud saat itu? masih dalam suasana purba?? Lalu siapakah yang membinanya??? Aku tenggelam dalam tandatanya.
Kata salah seorang rakan rombongan, kuil lama itu dibina oleh mahluk2 gaib yang tidak dilihat oleh mata kasar manusia biasa, ehh benarkah begitu..entahlah. Tingkat demi tingkat tangga kami daki dan setiap tingkat kami jelajahi kelenguan lutut terasa saat menaiki setiap tangga kuil kerana agak tinggi. Benar2 unik. Pancaran terik matahari rasanya hampir buat aku tidak berdaya begitu panas membakar kulit. Selepas mengambil gambar cepat'-cepat aku turun ke bawah mengelak dari terus dipanah bahang mentari, wajahku kemerahan seperti kulit udang disimbah air panas.
Dalam rombongan kami, aku dan salah seorang rakan dari sabah En. Aslie amat bertuah kerana berkesempatan melawat ke sebuah perkampungan tradisi terletak disekitar kuil, kampung itu agak tersorok dari pandangan umum kerana dikelilingi pohon'-pohon hijau rimbun dan berpagar pula siap dengan penjaga. Kami diajak oleh sahabat dari bandung bernama Lela dengan menaiki kuda pedati yang sedia menunggu para pelancong dibawah kuil tersebut.
Pemandu itu juga yang mencadangkan agar kami melawat kekampung berkenaan. Mulanya kami menolak namun kerana pujukan pemandu itu akhirnya kami bersetuju. Saya agak terkejut melihat saujana hijau sawah padi tumbuh subur milik penduduk kampung sekitar. Begitu teruja rasa melihat keindahannya. Deretan rumah kampung ditepi jalan kelihatan biasa2 saja. Kata lela rumah2 itu dikekalkan begitu saja agar tampak keasliannya, kerana kebanyakan pelancong terutama pelancong dari eropah lebih suka melihat suasana tradisi.
Kami sempat singgah seketika disebuah warung milik penduduk kampung untuk melegakan tekak yang mula terasa dahaga sambil merasai keenakan makanan tradisi penduduk disitu. Kami hanya minum minuman sejuk dan makan kueh tradisi saja. Suasana panas sungguh meletihkan aku berlama-lama diwarung itu kipas pun tiada ha ha. Aduhh.
Bersambung.....
Bersambung.....






No comments:
Post a Comment