Sunday, 20 October 2019
ANGGUN MAWAR DIHALAMAN
Hanya ini saja koleksi mawar di halaman buat masa ini yang tertanam dalam pasu, selainnya, mawar kampung yang tertanam diatas tanah. Teruja melihat kuntum-kuntum mawar memekar seindah alam. Benarlah penjagaan untuk pokok-pokok mawar ini perlukan kesabaran yang tinggi jika tidak sabar janganlah berharap bunga-bunganya akan muncul dikelopak.
Pokok mawar ini banyak sangat serangga suka menganggu terutama sekali belalang yang suka makan daun-daunnya. Jadi untuk mengelak daunnya habis dimakan oleh serangga-serangga ini terpaksalah disembur racun berkimia, sesetengah pencinta bunga kata, tidak elok menggunakan racun mengandungi kimia kerana banyak kesannya yang tidak baik, bukan saja tidak baik kepada tumbuh-tumbuhan, tetapi kurang baik kepada manusia dan alam. Mereka mencadangkan agar menggunakan racun mesra alam iaitu racun buatan sendiri, ya elok juga bahan-bahannya pun mudah didapati. Akan dicuba bila waktu mencukupi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment